Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Memaparkan catatan dengan label Salaf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Salaf. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Mac 2014

Amalan Jahiliyyah Malam Nifsu Sya'ban - TG Abdul Hadi Awang

Tiada ulasan :

Kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah:
الأصل في العبادة البطلان حتى يقوم دليل على الأمر
Maksudnya: Hukum asal sesuatu ibadat itu TERBATAL (tidak diterima) sehingga ada dalil perintah. (A'lam al-Muwaqqi'in, jld. 1, hlm 401)
Kaedah ini juga pernah disebut oleh Ibn Hajar dengan lafaz yang berbeza tetapi dengan makna yang sama

Itulah sedikit gambaran bahawa amalan ibadat khusus tidak boleh direka-reka melainkan jika ada nas yang mengizinkannya. Terdapat beberapa hadith yang menerangkan apabila sesuatu perkara baharu itu dianggap ibadat khusus yang berkeyakinan dapat mentaqarrub kepada Allah, namun tiada contoh daripada Nabi, maka ia terbatal. Diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu'anha bhw Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda "Barangsiapa yang mengada-adakan perkara baharu dalam urusan agama, maka ia tertolak (tidak diterima)" Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Menjadi suatu amalan tradisi turun-temurun masyarakat melayu apabila menjelang tiba bulan sya'ban, maka ramai yang mempercayai buku amalan diangkat oleh malaikat untuk dipersembahkan kepada Allah azzawajalla yang mana mereka membuat persiapan untuk membaca yasin 3 kali. Perbuatan ini tiada contoh dari Nabi, ia dianggap amalan bid'ah.

Perlu ditegaskan disini, amalan membaca Yasin itu tidaklah salah, membaca 3 kali atau lebih, bukanlah suatu kesalahan. Yang menjadi kesalahan ialah menetapkan membaca yasin pada malam nifsu Sya'ban. Menetapkan mesti membacanya 3 kali dan beranggapan bahawa ia diangkat oleh malaikat untuk dipersembahkan kepada Robbul Jalil. Kepercayaan ini salah sama sekali, tidak diamalkan oleh para sahabat dan para Tabi'in. Apa yang sahih mengenai malaikat mengangkat buku amalan ke langit ialah pada waktu Subuh dan Asar sepertimana yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim :

Rasulullah bersabda: Para malaikat silih berganti turun kepadamu di waktu malam dan di waktu siang. Mereka berjumpa pada solat fajar dan solat Asar. Malaikat penjaga malam lalu naik ke langit, dan Allah bertanya kepada mereka padahal Ia Maha Mengetahui: Bagaimanakah engkau tinggalkan hamba-hamba-Ku?

Mereka menjawab: Kami tinggalkan mereka dalam keadaan tengah solat, dan kami datangi mereka dalam keadaan tengah solat.
(riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Amalan membaca 3 kali di malam nifsu sya'ban menurut kebanyakkan ulama ini berdasarkan hadith palsu. yang akhirnya memberi kesan kepada masyarakat yang tidak mengetahui disiplin fiqh dan hadith. Juga menjadi sebuah kepercayaan masyarakat kita mempercayai bahawa bulan Rejab bulan Allah, Sya'ban bulan Nabi dan Ramadhan bulan ummatnya.

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah ttg hadith ini :
“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah)

Bulan sya'ban merupakan antara bulan yang mulia, namun begitu, tiada amalan khusus yang disyariatkan melainkan Nabi sallallhu'alaihiwasallam berpuasa pada bulan sya'ban. 

“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Untuk artikel lain mengenai Nifsu Sya'ban Klik sini. Ditulis oleh Prof Madya Dr Asri Zainal Abidin.


Selasa, 18 Mac 2014

Ahli Sunnah meng-isbatkan ru'yatullah (melihat Allah) di syurga

Tiada ulasan :


Kata Ibn Abi Daud (316h) :

وقل يتجلى الله للخلق جهرةً ... كم البدر لا يخفى وربك أوضح

Dan katakan Allah muncul dihadapan makhluknya dgn terang.. seperti terangnya bulan purnama tiada sembunyi Tuhan kamu, malah Jelas
(Manzumah al-Ha-iyyah li Ibn Abi Daud)

Antara nikmat agung di dalam syurga ialah dapat melihat Allah azzawajalla.
Rasulullah telah mengajar kita berdoa mengharapkan melihat wajah Allah

وَأَسْأَلُكَ الرِّضَا بَعْدَ الْقَضَاءِ، وَأَسْأَلُكَ بَرَدَ الْعَيْشِ بَعْدَ الْمَوْتِ، وَأَسْأَلُكَ لَذَّةَ النَّظَرِ إِلَى 

وَجْهِكَ وَالشَّوْقَ إِلَى لِقَائِكَ فِي غَيْرِ ضَرَّاءٍ مُضِرَّةٍ وَلَا فِتْنَةٍ مُضِلَّةٍ

....Aku memohon keredhaan setelah adanya keputusan, dan kenyamanan hidup setelah mati dan kelazatan memandang kepada wajah-Mu serta keredhaan berjumpa dengan-Mu tanpa ada bahaya yang membahayakan dan tanpa fitnah yang menyesatkan... (HR al-Nasaie, Hadith Sahih)

Adapun Kuffar dihalang perolehi nikmat yang agung ini sebagaimana firmanNya:

كَلَّا إِنَّهُمْ عَنْ رَبِّهِمْ يَوْمَئِذٍ لَمَحْجُوبُونَ

Sekali-kali tidak! sesungguhnya mereka pada ketika itu benar-benar terhalang daripada (melihat) Tuhannya (Mutoffifin ayat 15)

Ahad, 16 Mac 2014

[Video] Menjawab Syubhat Golongan Anti-Hadith

Tiada ulasan :

Video Ceramah Khas bertajuk Menjawab Syubhat atau Tuduhan Golongan Anti-Hadith yang disampaikan oleh Yg Bhg. Mohammad Rozaimi Ramle boleh layari laman blog beliau (disini). Ceramah berlansung di Surau Pak Tuyu, Mengabang Telipot, Belakang Unisza, Kuala Terengganu.

Intisari daripada ceramah ini, mengupaskan mengenai isu yang ditimbulkan oleh golongan Quranism (anti-Hadith) yang mana, menjawab secara khusus dan ringkas kepada persoalan yg ditimbulkan oleh Farouk A Peru.

Antara persoalan yang ditimbulkan ialah :

Khalifah-khalifah Ar-Rashideen sendiri, Abu Bakr dan Umar Al-Khattab membakar koleksi hadis. Umar menyuarakan pendapat yang hadis-hadis dapat melekakan umat Islam dari mengkaji kitab Allah. Dia menyatakan prinsip “hasbuna kitab Allah” (cukup bagi kami kitab Allah).

Katanya lagi :

Bukan saja itu, tapi monarki pertama Islam iaitu Khalifah Umayyah juga tidak merasmikan sebarang kitab hadis yang menjadi sumber perundangan mereka. Alangkah anehnya yang pada masa umat Islam telah mempunyai empayar yang luas, hadis belum lagi dirasmikan sebagai kitab?

Dan banyak lagi persoalan yg ditimbulkan. Jadi, dalam video ini, sedikit sebanyak memberi gambaran atau jawapan kepada persoalan dari Farouk A Peru. Selainnya, boleh rujuk di laman blog Ustaz Rozaimi disini




Jangan lupa untuk subscribe channel SafIbnRahman untuk mengetahui update terikini kuliah sunnah sekitar UniSZA. Klik Gambar dibawah


Sabtu, 15 Mac 2014

Syair al-Muzani : Golongan BODOH

Tiada ulasan :


Gejala Kurang Sihat yg masyarakat pandang sebagai salah satu cara menzahirkan rasa kecintaan pada Rasul.

Imam Al-Muzani pernah bersyair:

الضرب بالطارات في ليلة 
والرقص والتصفيق فعل السفيه 

هذا ابتداع وضلال الورى
وليس في التنزيل ما يقتضيه

ولا حديث عن نبي الهدى
ولا صحابي ولا تابعيه

بل جاهل يلعب في دينه
قد ضيع العمر يلهو وتيه

MEMUKUL REBANA pada waktu malam, Dan MENARI dan BERTEPUK TANGAN adalah perbuatan orang yang BODOH;

Ini merupakan REKAAN BARU dan KESESATAN makhluk,
Tiada di dalam Al-Qur'an yang menunjukkan kepadanya

Begitu juga, tiada hadis daripada Nabi yang membawa petunjuk (shallallahu alaihi wa sallam),
Tiada juga nukilan daripada sahabat dan tabiin;

Tetapi daripada ORANG JAHIL yang BERMAIN-MAIN dengan agamanya,
Yang MENSIA-SIAKAN umurnya dengan hiburan yang menyesatkan.

[Al-Madkhal oleh Ibn al-Haaj 3/98]


Dipetik dari FB Abu Anas Madani

Ahad, 12 Januari 2014

Para Sahabat Dilanda Duka...

1 ulasan :

Gambar sekadar hiasan

Tarikh 12 rabi'ul awwal 11 hijriah adalah tarikh dimana segenap para sahabat dilanda kedukaan.

Anas Radhiallah'anh meluahkan : 

"Aku tidak pernah melihat hari yg lebih baik dan lebih terang selain pada saat Rasulullah Shallallah'alaihiwasallam masuk ke tempat kami dan aku tidak melihat hari yg lebih buruk dan lebih muram (menyedihkan) selain hari saat Rasulullah wafat"
(Diriwayatkan oleh al-Darimi)

Ketika itu, Fathimah menuturkan :

"Wahai Ayah, Rabb telah memenuhi doamu. Wahai ayah, Firdaus tempat kembalimu. Wahai ayah kepada Jibrail kami khabarkan kewafatanmu"
(Ibnu Hisyam)

Umar al-Khattab yg seolah-oleh tidak dapat menerima khabar bahawa Rasulullah telah wafat berkata :

"Demi Allah, Rasulullah akan kembali! Siapa yang menganggap bhw Rasulullah telah wafat, hendaklah pancung tangan dan kakinya!"
(Ibnu Hisyam)

Abu Bakr al-Siddiq dtg menenangkan keadaan sambil mengucapkan kata semangat dihadapan para sahabat :

"Sesiapa diantara kamu yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad telah wafat, tetapi sesiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah maha hidup dan tidak Mati. Allah berfirman :



Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, telah berlalu sebelumnya beberapa rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh, kamu berpaling (ingkar, murtad)? Sesiapa yang berpaling ke belakang maka ia tidak memudharat sedikit pun kepada Allah, dan Allah memberi balasan kepada mereka yang bersyukur
(Surah Ali 'Imran - 144)

'Umar berkata :

Demi Allah, setelah mendengar Abu Bakr membaca ayat tersebut, aku menjadi lemah hingga aku tidak berdaya mengangkat kedua kakiku, aku terduduk ketika mendengarnya. Kini aku sedar bahawa Nabi memang telah wafat
(Sahih Bukhari)

_____________________

Betapa besarnya cinta para sahabat kpd insan bernama Muhammad.

اللهم صل على محمد وعلى آل محمد، كما صليت على إبراهيم، وعلى آل إبراهيم، إنك حميد مجيد، اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد، كما باركت على إبراهيم، وعلى آل إبراهيم إنك حميد مجيد

Ringkasan dari Rahiq al-Makhtum oleh Shafiyyurrahman al-Mubarakpuri

Sabtu, 11 Januari 2014

Pandangan Prof. Dr. Syaraf al-Qudhah Terhadap Isu Sambutan Maulid

Tiada ulasan :


Sambutan maulid Nabi S.A.W dan hari-hari kebesaran islam yg lain. Soalan: Apakah hukum sambutan peringatan hari kelahiran Nabi S.A.W yang mulia dan hari-hari kebesaran Islam yang lain seperti awal tahun hijri dan sambutan peringatan Isra' dan Mi'raj?

Jawapan: Dengan nama Allah, Segala puji bg Allah, selawat dan salam ke atas Nabi S.A.W…terdapat beberapa golongan dari Muslimin yang beranggapan perbuatan menyambut, mengambil berat ataupun setiap bicara berkenaan dgn hari-hari kebesaran Islam, peristiwa hijrah, Isra' dan Mikraj, pembukaan Mekah, ataupun apa-apa peristiwa dalam sirah Nabi S.A.W adalah bidaah dalam agama dan setiap yg bidaah itu sesat dan kesesatan adalah dalam neraka. Menghukum secara mutlak ia sbg bidaah tidak benar. Sebaliknya yg kita larang dlm sambutan seperti ini jika ia bercampur dgn perkara mungkar dan perkara yang bercanggah dgn agama dan perkara yang Allah tidak izinkan seperti apa yg berlaku di sebahagian negara yang menyambut maulid Nabi S.A.W yang mana mereka menyambutnya dgn memuliakan (secara berlebihan) kpd wali-wali dan org salih. 

Tetapi jika kita mengambil peluang hari maulid ini untuk memperingati manusia tentang sirah Nabi S.A.W, tentang sahsiah baginda yang agung dan tentang risalah baginda yang kekal sehingga kiamat yang mana Allah jadikan sebagai rahmat kpd seluruh alam, adakah ia dikira bidaah dalam agama? Adakah ia dikira sesat? 

Sebaliknya apabila kita menyambut hari-hari seperti ini kita akan mengingatkan manusia tentang nikmat Allah yang agung dan memperingati mereka tentang nikmat adalah syarie, dipuji dan dituntut. Allah memerintahkan kita (untuk memperingati nikmat) dalam kitab-Nya yang bermaksud:

Wahai orang-orang beriman ingatlah nikmat Allah kepada kamu apabila datang kepadamu tentera, maka Kami hantarkan angin dan tentera yang kamu tidak nampak. Sesungguhnya Allah Maha melihat apa yang kamu lakukan. (al-Taubah: 9)

Allah mengingatkan tentang perang Khandak atau Ahzab apabila kaum Quraisy, Ghatafan dan puak-puak mereka memerangi Nabi S.A.W dan kaum Muslimin untuk memusnahkan bumi mereka. Mereka mengepung Madinah seperti gelang melilit pergelangan tangan. Mereka mahu memusnahkan tanaman orang-orang Muslimin dan menghapuskan akar-akarnya. Maka Allah membebaskan Muslimin daripada bahaya itu dengan menghantar angin dan tentera dari kalangan malaikat yang manusia tidak nampak. Allah mengingatkan mereka dengan nikmat ini, maka ingatlah kamu semua (wahai Muslimin), janganlah kamu lupa semua perkara ini. Maknanya wajib ke atas kita untuk mengingati nikmat ini dan tidak melupakannya.

Dalam ayat lain Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang beriman, ingatlah nikmat yang Allah kurniakan kepada kamu ketika ada satu kaum bercita-cita ingin menghulurkan tangan mereka kepada kamu (untuk menyerang kamu), maka Allah menghalang tangan mereka itu, dan bertaqwalah kamu kepada Allah, dan kepada Allah jualah (hendaklah) orang beriman itu perlu bertawakal" (al-Maidah:11) 

Allah mengingatkan Muslimin supaya memperingati nikmat apabila orang Yahudi Bani Qainuqa' berazam untuk melakukan serang hendap terhadap Rasulullah S.A.W dengan merancang helah dan tipu daya mereka tetapi kuasa Allah menggagalkan tipu daya mereka lebih kuat dan pantas. (Mereka merancang, Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang).

Jadi, memperingati nikmat adalah dituntut, kita memperingati nikmat Allah dalam peristiwa ini. Apabila kita memperingatkan manusia dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku untuk mengambil iktibar dengan menyebut pengajaran daripadanya adakah ia dikira salah? Adakah ia dianggap bidaah dan sesat? Wallahua'lam.

Ahad, 22 Disember 2013

Apabila Redha Manusia Mendahului Redha Ilahi

Tiada ulasan :


Ibnu Hazm rahimahullah berkata :

الْعقْلُ وَالرَّاحَةُ وَهُوَ إِطْرَاحُ الْمُبَالاَةِ بِكَلَامِ النَّاس وَاسْتِعْمَال المبالاة بِكَلَام الْخَالِق عَزَّ وَجل، بَلْ هَذَا بَاب الْعقل والراحة كلهَا، مَنْ قَدَّرَ أَنه يَسْلَمُ مِنْ طَعْنِ النَّاسِ وَعَيْبِهِمْ فَهُوَ مَجْنُون

"Kecerdasan dan rileks (istirahat) adalah dengan sikap tidak peduli terhadap perkataan/komentar manusia dan dengan memperdulikan/memperhatikan perkataan sang Pencipta Azza wa Jalla. Ini adalah pintu kecerdasan dan seluruh peristirahatan. Barang siapa yang menyangka ia dpt selamat dari celaan manusia dan cercaan mereka maka ia adalah orang gila." (Al-Akhlaaq wa As-Siyar fi mudawaatin nufuus hal 17)

Sungguh benar pernyataan Ibnu Hazm di atas…, betapapun baik diri anda dan betapa dermawan dan mulia, tetap anda tidak mungkin selamat dari celaan manusia. Lihatlah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang terkumpulkan padanya banyak sifat yang mulia, kecerdasan, kedermawanan, kelembutan, kefasihan, kemampuan berhujjah…toh beliau tetap dikatakan orang gila, penyair gila, penyihir, bahkan tersihir..!!!

Kerananya anda tidak akan selamat dari perkataan manusia –sama saja apakah keadaan anda sebagai orang baik mahupun sebagai orang buruk-. Jika anda baik, maka akan dicela oleh orang-orang yang buruk. Namun jika anda buruk maka anda akan dicela oleh orang-orang yang baik. Terlebih lagi banyak manusia –baik manusia baik maupun bejat- yang hobinya mengomentari orang lain !!. Jangankan orang yang masih hidup…, bahkan mayat yang telah terpendam berabad-abad pun tidak selamat dari celaan dan makian mereka.


Sebagaimana dikatakan :

رِضَا النَّاسِ غَايَةٌ لاَ تُدْرَكُ

"Keredhaan manusia adalah tujuan yang tidak mungkin tercapai"

Jika demikian, bagaimanapun keadaan anda tetap akan dicela dan dihina- maka hendaknya anda mencari keredhaan Allah. Maka disitulah anda akan menemukan ketenangan, ketenteraman, dan kebahagiaan. Hati anda akan aman dan santai, tidak sibuk memikirkan komentar-komentar orang yang memuji anda, apalagi komentar orang-orang yang memusuhi Anda.

Ibnu Abdis Salaam (Sulthoonul Ulamaa') rahimahullah berkata :

وَفِي رِضَا اللهِ كِفَايَةٌ عَنْ رِضَا كُلِّ أَحَدٍ :

Keredhaan Allah mencukupkan dari keredhaan siapapun…

فَلَيْتَكَ تَحْلُو ، وَالحَيَاةُ مَرِيرَةٌ ، ** وَلَيْتَكَ تَرْضَى وَالأَنَامُ غِضَابُ

Duhai seandainya Engkau manis/redha meskipun kehidupan ini pahit…

Duhai seandainya Engkau redha meskipun seluruh manusia marah…

(Thobaqoot Asy-Syaafi'iyyah Al-Kubroo 8/228)

Ahad, 10 November 2013

Masalah Majlis Perkahwinan dan Tahlilan Menurut Pandangan Islam

Tiada ulasan :


Suatu tulisan nota kecil yang ringkas, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, yang telah memberi saya sedikit kekuatan ini untuk menulis suatu artikel ttg masalah yang dilanda umat Islam khususnya di Malaysia dewasa kini.

Ia adalah sebuah tulisan mengenai kajian yang ringkas mengenai bid'ah, khurafat dan syirik serta dimuatkan amalan-amalan adat Melayu yang ada unsur-unsur bid'ah yang menjadi suatu amalan yang amat popular dikalangan masyarakat.

Ini adalah satu daripada tiga ceraian kertas kerja yang bertajuk Adat-adat Melayu yang bercanggah dengan Syariat Islam. Saya mengambil tugas untuk memperbahaskan tentang majlis perkahwinan secara ringkas dan acara tahlilan yang diamalkan oleh masyarakat kita sejurus selepas kematian seseorang dalam sebuah kampung. Berbekalkan beberapa hujah dari kitab-kitab fiqh mazhab syafie, saya menyimpulkan bahawa, adalah makruh lagi bid'ah melakukan upacara Kenduri Tahlil Arwah. Kenapa? Mari baca hujah-hujjahnya. Klik ini untuk download


Selasa, 5 November 2013

Syubhat Bahawa Ibn Kathir Membenarkan Bertabarruk Kepada Mayat Ibn Taimiah (Part5)

Tiada ulasan :

Pada 30 Oktober 2013, daku telah bertanya kepada guru kami Syaikhuna al-Muhaddith Dr. Mazen bin Muhammad al-Sarsawiy al-Misriy al-Azhariy, antara ulama besar hadith bermanhaj Muataqaddimin di Mesir, yang juga merupakan pensyarah hadith di Universiti al-Azhar, Mesir.


Syubhat Bahawa Ibn Kathir Membenarkan Bertabarruk Kepada Mayat Ibn Taimiah (Part 4)

Tiada ulasan :

Pada 30 Oktober 2013, daku telah bertanya kepada guru kami Syaikhuna al-Muhaddith al-Hafiz 'Abdul 'Aziz Marzuq at-Tharifi, antara ulama hadith bermanhaj Muataqaddimin di 'Arab Saudi, dan merupakan lambang muhaddith zaman kita, beliau juga adalah al-Hafiz yang telah menghafaz keseluruhan kutub sittah, kitab-kitab fiqh, aqidah, serta syair. 


Syubhat Bahawa Ibn Kathir Membenarkan Bertabarruk Kepada Mayat Ibn Taimiah (Part3)

Tiada ulasan :

Pada pagi 31 Oktober 2013, daku telah bertanya kepada guru kami Syaikhuna al-Muhaddith al-Muhaqqiq Dr. Mahir Yasin al-Fahl, syaikhul hadith di Darul Hadith Iraq, ketua pensyarah hadith dan fiqh muqaran (fiqh perbandingan mazhab) di universiti al-Anbar, Iraq. Pentahqiq Mukhtasarul Mukhtasar (Sahih Ibn Khuzaimah), Syamail al-Nabi, Musnad al-Syafie dan lainnya.


Syubhat Bahawa Ibn Kathir Membenarkan Bertabarruk Kepada Mayat Ibn Taimiah (Part2)

Tiada ulasan :

Syaikhuna 'Umar al-Muqbil antara muhaddith Arab Saudi bermanhaj Mutaqaddimin, juga merupakan pensyarah di Univ. al-Qasim, Arab Saudi, penyusun kitab Manhaj al-Hafiz Abi 'Abullah Ibn Mandah Fi al-Hadith wa 'Ulimih dan lainnya.

Syubhat Bahawa Ibn Kathir Membenarkan Bertabarruk Kepada Mayat Ibn Taimiah (Part1)

Tiada ulasan :

Jawapan kepada syubhat bahawa Ibn Kathir membenarkan bertabarruk kepada mayat Ibn Taimiah oleh Syaikh Dr. 'Abd al-Qadir bin Muhammad al-Ghamidi (pensyarah 'aqidah di Ma'had al-Haram al-Makki, Makkah al-Mukarramah):

Cerita-Cerita Popular Berkaitan Dengan Kematian Nabi SAW

Tiada ulasan :



Banyak penyebaran cerita-cerita yang tak tahu apa martabatnya dalam group-group fb, whatsapp, BBM, Wechat dll. Ini sedikit perkongsian cerita kewafatan Nabi SAW yang direkodkan oleh Imam al-Bukhari.


عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: لَمَّا مَرِضَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ المَرَضَ الَّذِي مَاتَ فِيهِ جَعَلَ يَقُولُ: فِي الرَّفِيقِ الأَعْلَى

Maksudnya : Daripada A'isyah Radhiallahu'anha, beliau berkata : ketikamana Nabi Saw sakit, sakitnya yang membawa kpd kematian. baginda bersabda : fi ar-rafiqil a'la (yang maha lembut itu maha Tinggi)
[sahih Bukhari no 4436]


Allah Ada Dimana-mana? Mari Faham

Tiada ulasan :


Selalu kita dengar ada yang mengatakan Allah itu berada dimana-mana. Dengan berdalilkan :

هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الْأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Maksudnya: "Dialah yg menciptakan langit2 dan bumi dlm enam hari kemudian Dia naik ke atas 'Arasy sedangkan Dia mengetahui apa yg masuk ke bumi dan apa yg keluar darinya dan apa yg turun dari langit dan apa yg naik kepadanya dan Dia bersama kamu di mana shja kamu berada dan ALLAH itu maha melihat apa yg kamu lakukan". [al-Hadid: 4]

Dan Allah berfirman lagi :

وَهُوَ اللَّهُ فِي السَّمَاوَاتِ وَفِي الْأَرْضِ يَعْلَمُ سِرَّكُمْ وَجَهْرَكُمْ وَيَعْلَمُ مَا تَكْسِبُونَ

Maksudnya: "dan Dialah ALLAH yg berada di ats langit2 sedangkan Dia mengetahui apa yg kamu sembunyikan dan apa yg kamu lakukan secara jelas dan Dia mengetahui apa sahaja yg kamu lakukan".  [al-An'am: 3]

Khamis, 24 Oktober 2013

Bilangan Ahli Badar Yang Rojih Menurut Sahih al-Bukhari

Tiada ulasan :
Gambar sekadar hiasan : kredit Sheikh al-Google

Selalu kita dengar bahawa ahli badar iaitu para sahabat yang menyertai perang Badar jumlahnya ialah 313. Adakah ia sahih? Jom kita kaji. Kita menggunakan kita Sahih al-Bukhari. Apa yang al-Bukhari catat dalam kitab sahihnya mengenai bilangan Ahli Badar. Kita semak riwayat yang pertama:

3955 - حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنِ البَرَاءِ، قَالَ: اسْتُصْغِرْتُ أَنَا وَابْنُ عُمَرَ،


3956 - حَدَّثَنِي مَحْمُودٌ، حَدَّثَنَا وَهْبٌ، عَنْ شُعْبَةَ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنِ البَرَاءِ، قَالَ: «اسْتُصْغِرْتُ أَنَا وَابْنُ عُمَرَ يَوْمَ بَدْرٍ، وَكَانَ المُهَاجِرُونَ يَوْمَ بَدْرٍ نَيِّفًا عَلَى سِتِّينَ، وَالأَنْصَارُ نَيِّفًا وَأَرْبَعِينَ وَمِائَتَيْنِ»
Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Abu Ishaq dari Al Bara’ berkata; “Aku dan Ibnu Umar masih dianggap anak kecil”. Telah menceritakan kepadaku Mahmud telah menceritakan kepada kami Wahb dari Syu’bah dari Abu Ishaq dari Al Bara’ berkata; “Aku dan Ibnu ‘Umar masih dianggap anak kecil pada saat perang Badar. Pada waktu itu, jumlah kaum Muhajirin sekitar enam puluh orang sedangkan Kaum Anshar berjumlah dua ratus empat puluh orang.



3957 - حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ خَالِدٍ، حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ، حَدَّثَنَا أَبُو إِسْحَاقَ، قَالَ: سَمِعْتُ البَرَاءَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، يَقُولُ: حَدَّثَنِي أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِمَّنْ شَهِدَ بَدْرًا: «أَنَّهُمْ كَانُوا عِدَّةَ أَصْحَابِ طَالُوتَ، الَّذِينَ جَازُوا مَعَهُ النَّهَرَ، بِضْعَةَ عَشَرَ وَثَلاَثَ مِائَةٍ» قَالَ البَرَاءُ: «لاَ وَاللَّهِ مَا جَاوَزَ مَعَهُ النَّهَرَ إِلَّا مُؤْمِنٌ»

Telah menceritakan kepada kami ‘Amru bin Khalid telah menceritakan kepada kami Zuhair telah menceritakan kepada kami Abu Ishaq berkata, aku mendengar Al Bara’ radhiyallahu ‘anhu berkata, telah menceritakan kepadaku para shahabat Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam diantara orang yang turut dalam perang Badar, bahwa jumlah mereka seperti jumlah tentara Thalut, bala tentara yang menyeberangi sungai dimana jumlahnya sekitar tiga ratus sepuluh orang. Al Bara’ berkata; “Demi Allah, tidak ada dari mereka yang dapat menyeberangi sungai melainkan orang beriman”.

3958 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ رَجَاءٍ، حَدَّثَنَا إِسْرَائِيلُ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنِ البَرَاءِ، قَالَ: كُنَّا أَصْحَابَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، نَتَحَدَّثُ: «أَنَّ عِدَّةَ أَصْحَابِ بَدْرٍ عَلَى عِدَّةِ [ص:74] أَصْحَابِ طَالُوتَ الَّذِينَ جَاوَزُوا مَعَهُ النَّهَرَ، وَلَمْ يُجَاوِزْ مَعَهُ إِلَّا مُؤْمِنٌ بِضْعَةَ عَشَرَ وَثَلاَثَ مِائَةٍ»
Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Raja' telah menceritakan kepada kami Isra'il dari Abu Ishaq dari Al Bara’ berkata; “Kami, para shahabat Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam bercerita bahwa jumah pasukan dalam perang Badar adalah seperti jumlah bala tentara Thalut, yang menyeberangi sungai, dimana tidak ada dari mereka yang dapat menyeberangi sungai melainkan orang beriman. Jumlahnya sekitar tiga ratus sepuluh orang”.

3959 - حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا يَحْيَى، عَنْ سُفْيَانَ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنِ البَرَاءِ، ح وحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ، أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنِ البَرَاءِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: " كُنَّا نَتَحَدَّثُ: أَنَّ أَصْحَابَ بَدْرٍ ثَلاَثُ مِائَةٍ وَبِضْعَةَ عَشَرَ، بِعِدَّةِ أَصْحَابِ طَالُوتَ، الَّذِينَ جَاوَزُوا مَعَهُ النَّهَرَ، وَمَا جَاوَزَ مَعَهُ إِلَّا مُؤْمِنٌ "
Telah menceritakan kepadaku ‘Abdullah bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Yahya dari Sufyan dari Abu Ishaq dari Al Barra’. Dan diriwayatkan pula, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Katsir telah mengkhabarkan kepada kami Sufyan dari Abu Ishaq dari Al Bara’ radhiyallahu ‘anhu berkata; kami menceritakan bahwa jumlah pasukan Badar sekitar tiga ratus sepuluh orang, seperti jumlah tentara Thalut yang menyeberangi sungai dan tidak ada yang dapat menyeberangi sungai melainkan orang beriman dimana jumlahnya sekitar tiga ratus sepuluh orang”.

Komen admin, kenapakah dalam riwayat al-Bukhari ini terdapat percanggahan? Antara sebab berbeza kerana jalur sanad yg diterima dan disemak kembali akan imam Bukhari. 

Ahad, 6 Oktober 2013

Bulan Zulhijjah, Bulan Teristimewa Buat Umat Islam

Tiada ulasan :
Selain bulan 10 malam terakhir bulan Ramadhan dan 1 Syawal, kita masyarakat Melayu kurang pendedahan tentang keistimewaan bulan Zulhijjah. Zul hijjah adalah bulan yang istimewa, disana terdapat beberapa ibadah khusus untuk kita beramal. Suka saya kongsikan kepada semua pembaca, apakah istimewanya bulan Zulhijjah ini?

Perbanyakkan takbir. Bulan Zulhijah adalah bulan yang istimewa kerana disana umat Islam seluruh dunia bertakbir membesarkan Allah SWT.



Kata Syaikhul Islam wal Imam al-Muhaddithin al-Bukhari Radhiallahu anh:

Ibn Umar dan Abu Hurairah Radhiallahu anhuma keduanya keluar ke pasar pada hari-hari 10 (awal Zulhijjah) dengan bertakbir. Orang ramai pun bertakbir dengan takbir keduanya.

[Rujuk: Fath al-Bari, Syarah Sahih al-Bukhari.]

Firman Allah SWT :
لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ۖ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
(Surah al-Hajj ayat 28)
Maksudnya : "Agar mereka menyaksikan berbagai manfaat untuk mereka dan agar menyebut nama Allah pada beberapa hari yang telah ditentukan..."

Kata Bahrul Ummah Abdullah Ibn Abbas Radhiallahu anhuma:

ويذكرون اسم الله في أيام معلومات

"Yang dimaksudkan dengan Ayyaam Ma'lumaat ialah 10 terawal Zulhijjah."

[Rujuk: Fath al Bari, Syarah Sahih al-Bukhari.]

Dalam riwayat Ahmad dalam Musnadnya :

حَدَّثَنَا عَفَّانُ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ أَبِي زِيَادٍ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ

Telah menceritakan kepada kami Affa telah menceritakan kepada kami Abu Awanah dari Yazid bin Abi Ziyad dari Mujahid dari Ibnu Umar dari Nabi Shallallahu'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Tidak ada suatu hari yang lebih agung di sisi Allah dan tiada pula hari yang lebih Dia cintai untuk beramal daripada sepuluh hari ini, maka perbanyaklah tahlil, takbir dan tahmid." [Nombor Hadith : 5879]

Di antara 10 awal Zulhijjah dan 10 terakhir bulan Ramadhan, yang manakah lebih afdhal ?Jawab al-Hafiz Ibn Qayyim:

"Malam-malam 10 terakhir Ramadhan lebih afdhal dari malam-malam Zulhijjah. Dan hari-hari 10 awal Zulhijjah lebih afdhal dari hari-hari 10 terakhir Ramadhan."

Berfirman Allah lagi dalam surah al-Fajar ayat 1 hingga 2 maksudnya : 
"Demi al-Fajr dan malam-malam yang sepuluh."

Kata Bahr al-Ummah Ibn Abbas, Ibn az-Zubair, Mujahid, dan ramai dari kalangan Salaf:
"Ia adalah 10 hari Zulhijjah."

Kata al-Hafiz Ibn Kathir:
Pendapat ini adalah Sahih.

Allah tidak akan bersumpah, melainkan pada suatu yang penting dan besar manfaatnya.
Masya-Allah. Sungguh besar fadhilat bulan Zulhijjah, bulan memborong amal ibadah, apa tunggu lagi? Allah SWT telah menawarkan "Mega Sale" jangan sia-siakan.Semoga ia bermanfaat.

Himpunan kata-kata Ulama ini dikutip dari page Sebar Manfaat. dan hadith riwayat Ahmad dari Musnadnya

Sabtu, 28 September 2013

Maulana Asri : Mushannaf Ibnu Abu Syaibah adalah kitab terbaik yang menghimpunkan atsar para sahabat

Tiada ulasan :

Gambar di atas ialah kita 'Musonnaf Ibnu Abi Syaibah'
  • Musonnaf Ibnu Abi Syaibah : Kitab yang paling hebat mengenai atsar, menghimpunkan amalan-amalan dan perkataan para sahabat.
  • Ibnu Abi Syaibah ada 3 beradik, semuanya alim, iaitu : Usman, Abu Bakar dan Muhammad, tetapi jika hanya disebut Ibnu Abi Syaibah, siapakah ia?
  • Siapakah Hasan?
  • Siapakah Abdullah?



Siapa yang berhajat untuk memuat-turun kitab Mushannaf Ibnu Abi Syaibah (pdf+Arab) sila klik salah satu link berikut: [LINK] atau [LINK] atau [LINK] atau [LINK]

Kredit : al-Ahkam.net
Disunting sikit oleh admin :D

Syeikh Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab: Tokoh Yang Dizalimi.

Tiada ulasan :

Klik Pada gambar


Alhamdulillah, sebuah ebook yang boleh dibaca secara online yang menjelaskan kpd kita, salah faham terhadap tokoh yang dianggap kontroversi, Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab. Ebook ini menceritakan mengenai sejarah, dakwah sheikh Muhammad yang kebanyakkan masyarakat salah faham tentang apa yang dibawa oleh Sheikh Muhammad. 
Boleh dapatkan dalam bentuk PDF di sini


Syeikh al-Islam Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab: Muslih Mazlum wa Muftaro ‘alayh ditulis dalam bahasa Urdu oleh pendakwah salafi al-Syeikh Mas’ud al-Nadwi rahimahullah dan dicetak sewaktu hayatnya di Pakistan pada 1975. Ia diperolehi dari pusat pendidikan Islam al-allamah Ibn Baz di India serta Pusat Penerbitan Dar al-Da’ie di Riyadh. Penulisan ini diterjemah ke dalam bahasa Arab oleh al-Syeikh Dr ‘Abd. Alim al-Bastawi. Beliau ketika itu merupakan penuntut di fakulti pendidikan tinggi Universiti Umm al-Qura. Penterjemahan di bawah penelitian al-Syeikh Dr Taqi al-Din al-Hilalirahimahullah dan dicetak oleh Kementerian Pendidikan serta Waqaf kerajaan Arab Saudi.

Daku berpeluang membaca penulisan ini dalam bahasa Urdu lantas mendapatinya amat bermutu serta bernilai untuk diketahui kaum muslimin sekalian. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengurniakan ganjaran kepada al-Syeikh ‘Abd. Alim al-Bastawi kerana berusaha menterjemahkan penulisan ini kepada penutur lughoh al-Dhod (bahasa Arab). Namun percetakan dalam bahasa asal (Urdu) masih giat diteruskan penerbitan Dar al-Da’ie yang berpusat di Riyadh.

Sehubungan ini tidak perlu bagiku memperjelaskan dengan mendalam kepentingan penulisan ini sekiranya diperbandingkan majoriti penulisan lain mengenai perjuangan serta rintangan yang dihadapi al-Syeikh al-Imam Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab rahimahullah dalam memperjuangkan dakwah al-Salafiyyah di Semenanjung Tanah Arab. Mencukupi kenyataan guruku al-Syeikh Dr Taqi al-Din al-Hilali seperti berikut:


Amat sesuai bagimu mengenali perjuangan serta rintangan yang dihadapi al-Syeikh al-Imam Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab rahimahullah menerusi pengumpulan maklumat yang tepat dalam sebuah penulisan yang tidak melebihi 200 halaman. Segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan rahmat-Nya mengurniakan taufik kepada al-Ustaz Mas’ud al-Nadwi dalam merealisasikan perkara ini. Beliau merupakan muridku yang terbilang di fakulti Nadwah al-Ulama’ di India.

Beliau menambah:

Secara realiti ramai pengarang menulis mengenai sejarah dakwah al-Salafiyyah. Namun jarang maklumat terkumpul menerusi sebuah penulisan yang diulas, diteliti serta menerima pengesahan. Allah Subhanahu Wa Ta’alamengurniakan rahmat-Nya ke atas muridku al-Ustaz Mas’ud al-Nadwi dalam merealisasikan perkara ini sehingga memperolehi kejayaan. Sehubungan ini terpampang di hadapan kami sejarah perjuangan al-Syeikh Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab rahimahullah serta penolakan terhadap pendustaan para penentang terhadapnya. Ia berdasarkan pembuktian kukuh yang diperolehi dari umat Islam serta golongan non muslim.

Kepada para pendakwah serta penuntut ilmu daku persembahkan penulisan mengenai mujaddid Islam kurun ke 12 al-Syeikh Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab rahimahullah. Beliau dengan gigih berusaha mengembalikan umat Islam kepada kefahaman akidah Islam yang sahih bersumberkan al-Qur’an serta al-Sunnah Rasul-Nya pada setiap ketika.

Daku berterimakasih kepada sahabatku al-Syeikh Dr ‘Abd. Alim al-Bastawi di atas usahanya menterjemahkan penulisan ini ke dalam bahasa Arab serta menghadiahkannya untuk diterbitkan di bawah percetakan Dar al-Da’ie. Beliau seterusnya mewakafkan pula kepada Universiti Imam Ibn Taymiyyah serta pusat pendidikan Islam al-allamah Ibn Baz di India. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengurniakan rahmat serta ganjaran kepadanya.

Ahad, 15 September 2013

Syarah Kitab Aqidah Wasatiyyah Ibn Taimiyyah (Video)

Tiada ulasan :
Suka saya berkongsi dengan teman-teman semua koleksi video ceramah Syarah bagi kitab Aqidah Wasatiyyah yg dikarang oleh Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah yang disampaikan oleh Maulana Shaari. Cuma nasihat saya supaya dapatkan khidmat translate, kerana maunala Shaari menggunakan bahasa Kelantan. Semoga bermanfaat

Gambar sekadar hiasan. Matan, Syarah dan terjemahan Syarah.