Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Jumaat, 28 Mac 2014

Amalan Jahiliyyah Malam Nifsu Sya'ban - TG Abdul Hadi Awang


Kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah:
الأصل في العبادة البطلان حتى يقوم دليل على الأمر
Maksudnya: Hukum asal sesuatu ibadat itu TERBATAL (tidak diterima) sehingga ada dalil perintah. (A'lam al-Muwaqqi'in, jld. 1, hlm 401)
Kaedah ini juga pernah disebut oleh Ibn Hajar dengan lafaz yang berbeza tetapi dengan makna yang sama

Itulah sedikit gambaran bahawa amalan ibadat khusus tidak boleh direka-reka melainkan jika ada nas yang mengizinkannya. Terdapat beberapa hadith yang menerangkan apabila sesuatu perkara baharu itu dianggap ibadat khusus yang berkeyakinan dapat mentaqarrub kepada Allah, namun tiada contoh daripada Nabi, maka ia terbatal. Diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu'anha bhw Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda "Barangsiapa yang mengada-adakan perkara baharu dalam urusan agama, maka ia tertolak (tidak diterima)" Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Menjadi suatu amalan tradisi turun-temurun masyarakat melayu apabila menjelang tiba bulan sya'ban, maka ramai yang mempercayai buku amalan diangkat oleh malaikat untuk dipersembahkan kepada Allah azzawajalla yang mana mereka membuat persiapan untuk membaca yasin 3 kali. Perbuatan ini tiada contoh dari Nabi, ia dianggap amalan bid'ah.

Perlu ditegaskan disini, amalan membaca Yasin itu tidaklah salah, membaca 3 kali atau lebih, bukanlah suatu kesalahan. Yang menjadi kesalahan ialah menetapkan membaca yasin pada malam nifsu Sya'ban. Menetapkan mesti membacanya 3 kali dan beranggapan bahawa ia diangkat oleh malaikat untuk dipersembahkan kepada Robbul Jalil. Kepercayaan ini salah sama sekali, tidak diamalkan oleh para sahabat dan para Tabi'in. Apa yang sahih mengenai malaikat mengangkat buku amalan ke langit ialah pada waktu Subuh dan Asar sepertimana yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim :

Rasulullah bersabda: Para malaikat silih berganti turun kepadamu di waktu malam dan di waktu siang. Mereka berjumpa pada solat fajar dan solat Asar. Malaikat penjaga malam lalu naik ke langit, dan Allah bertanya kepada mereka padahal Ia Maha Mengetahui: Bagaimanakah engkau tinggalkan hamba-hamba-Ku?

Mereka menjawab: Kami tinggalkan mereka dalam keadaan tengah solat, dan kami datangi mereka dalam keadaan tengah solat.
(riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Amalan membaca 3 kali di malam nifsu sya'ban menurut kebanyakkan ulama ini berdasarkan hadith palsu. yang akhirnya memberi kesan kepada masyarakat yang tidak mengetahui disiplin fiqh dan hadith. Juga menjadi sebuah kepercayaan masyarakat kita mempercayai bahawa bulan Rejab bulan Allah, Sya'ban bulan Nabi dan Ramadhan bulan ummatnya.

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah ttg hadith ini :
“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah)

Bulan sya'ban merupakan antara bulan yang mulia, namun begitu, tiada amalan khusus yang disyariatkan melainkan Nabi sallallhu'alaihiwasallam berpuasa pada bulan sya'ban. 

“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Untuk artikel lain mengenai Nifsu Sya'ban Klik sini. Ditulis oleh Prof Madya Dr Asri Zainal Abidin.


Tiada ulasan :