Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Khamis, 24 April 2014

Hukum Menyebarkan Hadith Palsu

Tiada ulasan :

            Persoalan yang timbul apakah hukum menyebarkan hadith palsu? Menyebarkan atau menyampaikan hadith palsu dengan diketahui bahawa hadith tersebut adalah palsu, hukumnya adalah haram. Sama ada hadith tersebut berkaitan hukum-hakam, kisah sejarah, tarhib (menakutkan orang ramai terhadap perkara maksiat) dan targhib (menggalakkan perkara ibadat) dan sebagainya.

Terdapat beberapa hadith Nabi yang termaktub dalam kitab-kitab hadith mengenai ancaman berdusta atas nama Baginda Sallallahu'alaihiwasallam.

Hadith yang mutawattir bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam berpesan dengan sabdanya :

من كذب علي متعمدا، فليتبوأ مقعده من النار

Maksudnya : "Barang Siapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka tempahlah tempatnya di neraka" (Hadith diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Ibn Majah, Ahmad, at-Tirmizi dan lain-lain)
Baginda Sallallahu'alaihiwasallam bersabda lagi :

من حدّث عني بحديث يرى أنه كذب فهو أحد الكاذبين

Maksudnya : "Barang siapa yang menceritakan daripadaku suatu hadith, dan dia mengetahui Ia adalah dusta, maka dia juga salah seorang daripada pendusta" (Hadith diriwayatkan oleh Muslim)

            Para Ulama generasi salaf sepakat mengenai perkara ini, iaitu hukum mengebarkan hadith palsu adalah haram sepertimana yang dinyatakan oleh Imam al-Suyuti dalam kitabnya Tadrib al-Rawi.

Begitu juga menyebarkan sesuatu hadith yang belum dikenalpasti akan kesahihan hadith tersebut. Syaikh Syu'aib al-Arnaoth dalam mentahqiq kitab Siyar A'lam al-Nubala menukilkan :

قد قال محدث الديار الشامية الشيخ بدر الدين الحسني: لا يجوز إسناد حديث لرسول الله صلى الله عليه وسلم إلا إذا نص على صحة هذا الحديث حافظ من الحفاظ المعروفين، فمن قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو لا يعلم صحة ذلك من طريق أحد الحفاظ يوشك أن يصدق عليه حديث " من قال علي ما لم أقل فليتبوأ مقعده من النار"

“Sesungguhnya seorang ulama hadith Syam, Badruddin al-Hasani telah berkata, tidak harus menyandarkan sesebuah hadith kepada Rasulullah salallahu‘alaihi-wasallam kecuali apabila dinyatakan kesahihannya oleh seorang huffaz yang dikenali. Sesiapa yang berkata, Rasulullah salallahu‘alaihiwasallam telah bersabda, sedangkan dia tidak tahu kesahihan hadith tersebut dibimbangi dia termasuk dalam hadith yang menyebut: “Sesiapa yang berdusta ke atasku sesuatu yang aku tidak ucapkan, maka siap sedialah tempat duduknya dalam neraka”[1]

Menurut Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (wafat 1403h) dalam kitabnya al-Wasit fi 'Ulum wa al-Mustalah al-Hadith, katanya :

لا يحل رواية الموضوع في أي باب من الأبواب إلا مقترنا ببيان وضعه سواء في ذلك ما يتعلق بالحلال والحرام أو الفضائل أو الترغيب والترهيب والقصص والتواريخ ونحوها
"Tidak halal menyampaikan hadith palsu dalam apa perkara sekalipun melainkan diterangkan bersama mengenai kepalsuannya. Ini sama ada berkaitan perkara halal dan haram, fadhail, al-Targhib (menggalakkan ibabat), al-Tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat), kisah-kisah dan lain-lain."[2]

            Sesiapa yang menyampaikan atau menyebarkan sesuatu hadith tanpa keterangan martabat hadith, bererti dia sudah melakukan dosa yang besar dan termasuk dalam senarai pendusta.




[1] Al-Zahabi, Shamsuddin Muhammad bin Ahmad, Siyar A'lam an-Nubala, Cetakan Muassassah Ar-Risalah, Cetakan Pertama, 1984, jilid 19 hal 339
[2]  Abu Syuhbah, Muhammad bin Muhammad Suwailam, al-Wasit fi 'ulum wa al-Mustalah al-Hadith, Cetakan Dar al-Fikri al-'Arabi, hal 321

Rabu, 16 April 2014

Alasan Biasa Pendusta Atas Nama Nabi

Tiada ulasan :

Apabila telah dibuktikan kepada seseorang suatu hadith adalah palsu atau bathil melalui kata2 nuqqad hadith, lalu dia mendatangkan salah 1 dari 5 alasan ini untuk membenarkn hadith tersebut. Percayalah siapa sahaja yang duduk dengan orang sebegini untuk belajar hadith, tidak akan bertambah baginya melainkan kebodohan.
1) Hadith ni kan diriwayatkn dari sahabat nabi, x mungkin sahabat nabi nak buat hadith palsu. Ulama semua dah sepakat kalau riwayat Abu Hurairah atau Anas x dak yang palsu
2) Hadith ni kan ada dalam buku sekian-sekian (buku2yang penulisnya bukan muhaddith ataupun muhaddith yang tidak mensyaratkan khabar maqbul semata dalam kitabnya), x kanlh penulis kitab tu x tau hadith ni palsu.
3) Ustaz sekian-sekian pernah sebut hadith ini. Kalau palsu x kanlah ustaz tu nak sebut
4) Hadith daif ni bukan semuanya ditolak , ulama' sepakat ada bab ia boleh diterima.
5) x pelah walaupun palsu, bukan ajak orang buat maksiat pun , maksudnya kan baik.......

Copy dari status ustaz Salman Ali Link