Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Sabtu, 11 Januari 2014

Pandangan Prof. Dr. Syaraf al-Qudhah Terhadap Isu Sambutan Maulid



Sambutan maulid Nabi S.A.W dan hari-hari kebesaran islam yg lain. Soalan: Apakah hukum sambutan peringatan hari kelahiran Nabi S.A.W yang mulia dan hari-hari kebesaran Islam yang lain seperti awal tahun hijri dan sambutan peringatan Isra' dan Mi'raj?

Jawapan: Dengan nama Allah, Segala puji bg Allah, selawat dan salam ke atas Nabi S.A.W…terdapat beberapa golongan dari Muslimin yang beranggapan perbuatan menyambut, mengambil berat ataupun setiap bicara berkenaan dgn hari-hari kebesaran Islam, peristiwa hijrah, Isra' dan Mikraj, pembukaan Mekah, ataupun apa-apa peristiwa dalam sirah Nabi S.A.W adalah bidaah dalam agama dan setiap yg bidaah itu sesat dan kesesatan adalah dalam neraka. Menghukum secara mutlak ia sbg bidaah tidak benar. Sebaliknya yg kita larang dlm sambutan seperti ini jika ia bercampur dgn perkara mungkar dan perkara yang bercanggah dgn agama dan perkara yang Allah tidak izinkan seperti apa yg berlaku di sebahagian negara yang menyambut maulid Nabi S.A.W yang mana mereka menyambutnya dgn memuliakan (secara berlebihan) kpd wali-wali dan org salih. 

Tetapi jika kita mengambil peluang hari maulid ini untuk memperingati manusia tentang sirah Nabi S.A.W, tentang sahsiah baginda yang agung dan tentang risalah baginda yang kekal sehingga kiamat yang mana Allah jadikan sebagai rahmat kpd seluruh alam, adakah ia dikira bidaah dalam agama? Adakah ia dikira sesat? 

Sebaliknya apabila kita menyambut hari-hari seperti ini kita akan mengingatkan manusia tentang nikmat Allah yang agung dan memperingati mereka tentang nikmat adalah syarie, dipuji dan dituntut. Allah memerintahkan kita (untuk memperingati nikmat) dalam kitab-Nya yang bermaksud:

Wahai orang-orang beriman ingatlah nikmat Allah kepada kamu apabila datang kepadamu tentera, maka Kami hantarkan angin dan tentera yang kamu tidak nampak. Sesungguhnya Allah Maha melihat apa yang kamu lakukan. (al-Taubah: 9)

Allah mengingatkan tentang perang Khandak atau Ahzab apabila kaum Quraisy, Ghatafan dan puak-puak mereka memerangi Nabi S.A.W dan kaum Muslimin untuk memusnahkan bumi mereka. Mereka mengepung Madinah seperti gelang melilit pergelangan tangan. Mereka mahu memusnahkan tanaman orang-orang Muslimin dan menghapuskan akar-akarnya. Maka Allah membebaskan Muslimin daripada bahaya itu dengan menghantar angin dan tentera dari kalangan malaikat yang manusia tidak nampak. Allah mengingatkan mereka dengan nikmat ini, maka ingatlah kamu semua (wahai Muslimin), janganlah kamu lupa semua perkara ini. Maknanya wajib ke atas kita untuk mengingati nikmat ini dan tidak melupakannya.

Dalam ayat lain Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang beriman, ingatlah nikmat yang Allah kurniakan kepada kamu ketika ada satu kaum bercita-cita ingin menghulurkan tangan mereka kepada kamu (untuk menyerang kamu), maka Allah menghalang tangan mereka itu, dan bertaqwalah kamu kepada Allah, dan kepada Allah jualah (hendaklah) orang beriman itu perlu bertawakal" (al-Maidah:11) 

Allah mengingatkan Muslimin supaya memperingati nikmat apabila orang Yahudi Bani Qainuqa' berazam untuk melakukan serang hendap terhadap Rasulullah S.A.W dengan merancang helah dan tipu daya mereka tetapi kuasa Allah menggagalkan tipu daya mereka lebih kuat dan pantas. (Mereka merancang, Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang).

Jadi, memperingati nikmat adalah dituntut, kita memperingati nikmat Allah dalam peristiwa ini. Apabila kita memperingatkan manusia dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku untuk mengambil iktibar dengan menyebut pengajaran daripadanya adakah ia dikira salah? Adakah ia dianggap bidaah dan sesat? Wallahua'lam.

Tiada ulasan :