Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Jumaat, 28 Mac 2014

Amalan Jahiliyyah Malam Nifsu Sya'ban - TG Abdul Hadi Awang

Tiada ulasan :

Kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah:
الأصل في العبادة البطلان حتى يقوم دليل على الأمر
Maksudnya: Hukum asal sesuatu ibadat itu TERBATAL (tidak diterima) sehingga ada dalil perintah. (A'lam al-Muwaqqi'in, jld. 1, hlm 401)
Kaedah ini juga pernah disebut oleh Ibn Hajar dengan lafaz yang berbeza tetapi dengan makna yang sama

Itulah sedikit gambaran bahawa amalan ibadat khusus tidak boleh direka-reka melainkan jika ada nas yang mengizinkannya. Terdapat beberapa hadith yang menerangkan apabila sesuatu perkara baharu itu dianggap ibadat khusus yang berkeyakinan dapat mentaqarrub kepada Allah, namun tiada contoh daripada Nabi, maka ia terbatal. Diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu'anha bhw Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda "Barangsiapa yang mengada-adakan perkara baharu dalam urusan agama, maka ia tertolak (tidak diterima)" Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Menjadi suatu amalan tradisi turun-temurun masyarakat melayu apabila menjelang tiba bulan sya'ban, maka ramai yang mempercayai buku amalan diangkat oleh malaikat untuk dipersembahkan kepada Allah azzawajalla yang mana mereka membuat persiapan untuk membaca yasin 3 kali. Perbuatan ini tiada contoh dari Nabi, ia dianggap amalan bid'ah.

Perlu ditegaskan disini, amalan membaca Yasin itu tidaklah salah, membaca 3 kali atau lebih, bukanlah suatu kesalahan. Yang menjadi kesalahan ialah menetapkan membaca yasin pada malam nifsu Sya'ban. Menetapkan mesti membacanya 3 kali dan beranggapan bahawa ia diangkat oleh malaikat untuk dipersembahkan kepada Robbul Jalil. Kepercayaan ini salah sama sekali, tidak diamalkan oleh para sahabat dan para Tabi'in. Apa yang sahih mengenai malaikat mengangkat buku amalan ke langit ialah pada waktu Subuh dan Asar sepertimana yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim :

Rasulullah bersabda: Para malaikat silih berganti turun kepadamu di waktu malam dan di waktu siang. Mereka berjumpa pada solat fajar dan solat Asar. Malaikat penjaga malam lalu naik ke langit, dan Allah bertanya kepada mereka padahal Ia Maha Mengetahui: Bagaimanakah engkau tinggalkan hamba-hamba-Ku?

Mereka menjawab: Kami tinggalkan mereka dalam keadaan tengah solat, dan kami datangi mereka dalam keadaan tengah solat.
(riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Amalan membaca 3 kali di malam nifsu sya'ban menurut kebanyakkan ulama ini berdasarkan hadith palsu. yang akhirnya memberi kesan kepada masyarakat yang tidak mengetahui disiplin fiqh dan hadith. Juga menjadi sebuah kepercayaan masyarakat kita mempercayai bahawa bulan Rejab bulan Allah, Sya'ban bulan Nabi dan Ramadhan bulan ummatnya.

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah ttg hadith ini :
“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah)

Bulan sya'ban merupakan antara bulan yang mulia, namun begitu, tiada amalan khusus yang disyariatkan melainkan Nabi sallallhu'alaihiwasallam berpuasa pada bulan sya'ban. 

“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Untuk artikel lain mengenai Nifsu Sya'ban Klik sini. Ditulis oleh Prof Madya Dr Asri Zainal Abidin.


Rabu, 19 Mac 2014

Kelas Bahasa Arab 3 oleh Dr Zulazhan Ab Halim

Tiada ulasan :


Sedikit Maklumat Mengenai Kelas Pengajian Bahasa Arab

Kelas Bahasa Arab yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Dr Zulazhan Ab Halim. Kelas ini lebih khusus dalam bab Nahu (kaedah tatabahasa arab). Kelas ini telah berjalan dalam beberapa siri, lebih kurang dalam 5 atau 6 atau mungkin lebih lagi siri, cuma kali ini saja yang sempat dirakamkan dan di muat naik ke Youtube.

Pengajian bahasa arab ini, menggunakan kitab Murshid al-Tullaab ila al-Nahwi wa al-I'raabi


Kelas Bahasa Arab Siri 2

Selasa, 18 Mac 2014

Ahli Sunnah meng-isbatkan ru'yatullah (melihat Allah) di syurga

Tiada ulasan :


Kata Ibn Abi Daud (316h) :

وقل يتجلى الله للخلق جهرةً ... كم البدر لا يخفى وربك أوضح

Dan katakan Allah muncul dihadapan makhluknya dgn terang.. seperti terangnya bulan purnama tiada sembunyi Tuhan kamu, malah Jelas
(Manzumah al-Ha-iyyah li Ibn Abi Daud)

Antara nikmat agung di dalam syurga ialah dapat melihat Allah azzawajalla.
Rasulullah telah mengajar kita berdoa mengharapkan melihat wajah Allah

وَأَسْأَلُكَ الرِّضَا بَعْدَ الْقَضَاءِ، وَأَسْأَلُكَ بَرَدَ الْعَيْشِ بَعْدَ الْمَوْتِ، وَأَسْأَلُكَ لَذَّةَ النَّظَرِ إِلَى 

وَجْهِكَ وَالشَّوْقَ إِلَى لِقَائِكَ فِي غَيْرِ ضَرَّاءٍ مُضِرَّةٍ وَلَا فِتْنَةٍ مُضِلَّةٍ

....Aku memohon keredhaan setelah adanya keputusan, dan kenyamanan hidup setelah mati dan kelazatan memandang kepada wajah-Mu serta keredhaan berjumpa dengan-Mu tanpa ada bahaya yang membahayakan dan tanpa fitnah yang menyesatkan... (HR al-Nasaie, Hadith Sahih)

Adapun Kuffar dihalang perolehi nikmat yang agung ini sebagaimana firmanNya:

كَلَّا إِنَّهُمْ عَنْ رَبِّهِمْ يَوْمَئِذٍ لَمَحْجُوبُونَ

Sekali-kali tidak! sesungguhnya mereka pada ketika itu benar-benar terhalang daripada (melihat) Tuhannya (Mutoffifin ayat 15)

Ahad, 16 Mac 2014

[Video] Menjawab Syubhat Golongan Anti-Hadith

Tiada ulasan :

Video Ceramah Khas bertajuk Menjawab Syubhat atau Tuduhan Golongan Anti-Hadith yang disampaikan oleh Yg Bhg. Mohammad Rozaimi Ramle boleh layari laman blog beliau (disini). Ceramah berlansung di Surau Pak Tuyu, Mengabang Telipot, Belakang Unisza, Kuala Terengganu.

Intisari daripada ceramah ini, mengupaskan mengenai isu yang ditimbulkan oleh golongan Quranism (anti-Hadith) yang mana, menjawab secara khusus dan ringkas kepada persoalan yg ditimbulkan oleh Farouk A Peru.

Antara persoalan yang ditimbulkan ialah :

Khalifah-khalifah Ar-Rashideen sendiri, Abu Bakr dan Umar Al-Khattab membakar koleksi hadis. Umar menyuarakan pendapat yang hadis-hadis dapat melekakan umat Islam dari mengkaji kitab Allah. Dia menyatakan prinsip “hasbuna kitab Allah” (cukup bagi kami kitab Allah).

Katanya lagi :

Bukan saja itu, tapi monarki pertama Islam iaitu Khalifah Umayyah juga tidak merasmikan sebarang kitab hadis yang menjadi sumber perundangan mereka. Alangkah anehnya yang pada masa umat Islam telah mempunyai empayar yang luas, hadis belum lagi dirasmikan sebagai kitab?

Dan banyak lagi persoalan yg ditimbulkan. Jadi, dalam video ini, sedikit sebanyak memberi gambaran atau jawapan kepada persoalan dari Farouk A Peru. Selainnya, boleh rujuk di laman blog Ustaz Rozaimi disini




Jangan lupa untuk subscribe channel SafIbnRahman untuk mengetahui update terikini kuliah sunnah sekitar UniSZA. Klik Gambar dibawah


Sabtu, 15 Mac 2014

Syair al-Muzani : Golongan BODOH

Tiada ulasan :


Gejala Kurang Sihat yg masyarakat pandang sebagai salah satu cara menzahirkan rasa kecintaan pada Rasul.

Imam Al-Muzani pernah bersyair:

الضرب بالطارات في ليلة 
والرقص والتصفيق فعل السفيه 

هذا ابتداع وضلال الورى
وليس في التنزيل ما يقتضيه

ولا حديث عن نبي الهدى
ولا صحابي ولا تابعيه

بل جاهل يلعب في دينه
قد ضيع العمر يلهو وتيه

MEMUKUL REBANA pada waktu malam, Dan MENARI dan BERTEPUK TANGAN adalah perbuatan orang yang BODOH;

Ini merupakan REKAAN BARU dan KESESATAN makhluk,
Tiada di dalam Al-Qur'an yang menunjukkan kepadanya

Begitu juga, tiada hadis daripada Nabi yang membawa petunjuk (shallallahu alaihi wa sallam),
Tiada juga nukilan daripada sahabat dan tabiin;

Tetapi daripada ORANG JAHIL yang BERMAIN-MAIN dengan agamanya,
Yang MENSIA-SIAKAN umurnya dengan hiburan yang menyesatkan.

[Al-Madkhal oleh Ibn al-Haaj 3/98]


Dipetik dari FB Abu Anas Madani

Rabu, 12 Mac 2014

Kelas Bahasa Arab 2 oleh Dr Zulazhan Ab Halim

Tiada ulasan :
Lihat Siri 1 Disini


Sedikit Maklumat Mengenai Kelas Pengajian Bahasa Arab

Kelas Bahasa Arab yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Dr Zulazhan Ab Halim. Kelas ini lebih khusus dalam bab Nahu (kaedah tatabahasa arab). Kelas ini telah berjalan dalam beberapa siri, lebih kurang dalam 5 atau 6 atau mungkin lebih lagi siri, cuma kali ini saja yang sempat dirakamkan dan di muat naik ke Youtube.

Pengajian bahasa arab ini, menggunakan kitab Murshid al-Tullaab ila al-Nahwi wa al-I'raabi


Jangan lupa untuk Subscribe channel SafIbnRahman untuk mengetahui update video terkini mengenai kuliah-kuliah sunnah sekitar Kuala Terengganu. Klik gambar di bawah




Khamis, 6 Mac 2014

(Gambar) Silsilah/Rantaian Kitab-Kitab Fiqh Mazhab Syafi'e

Tiada ulasan :
Dikutip dari seorang sahabat kuat mazhab al-Syafi'e. Akhuna Amir Sharif al-Din bin Amir al-Meluri hafizahullah.

Moga-moga bermanfaat


Isnin, 3 Mac 2014

Kuliah Tafsir : Hukum-hukum Sekitar Riba dan Hutang - Prof Madya Dr Basri Ibrahim

Tiada ulasan :


Kuliah Tafsir al-Quran yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Basri Ibrahim al-Hasani al-Azhari di surau Furqan, belakang UniSZA. Kuliah diadakan setiap minggu Ahad malam Isnin kecuali hari minggu.

Kuliah maghrib kali ini Dr. Basri mengupas tafsir surah al-Baqarah ayat 275 hingga 281 serta membahaskan mengenai hukum-hukum yang berkaitan dengan riba dan berhutang.

  

Semoga bermanfaat.

Dan jangan lupa subscribe channel SafIbnRahman di youtube untuk mengetahui update video kuliah sunnah terbaru sekitar Unisza. Klik pada gambar di bawah


Sabtu, 1 Mac 2014

Kuliah Khas : Pemuda Sehebat As-habul Uhdud - Prof Madya Dr Basri Ibrahim

Tiada ulasan :
Kuliah Subuh Khas yang diadakan pada 28hb Febuari (Jumaat) bertempat di Surau Sa'udah Unisza menampilkan sembang santai bersama Prof Madya Dr. Basri Ibrahim yang bertajuk : Gempur Subuh, Pemuda Sehebat As-habul Uhdud.

Antara Intipati menarik yang menjadi perbahasan :

  • Tips menjadi muslim sehebat ashaabul uhdud,
  • Adab-adab menuntut ilmu
  • Bersungguh-sungguh dlm menuntut ilmu. Dan yg paling menarik :
  • Kekeliruan dan ke'elergik'an masyarakat dengan nama "Ibn taimiyyah" dan Wahabi.
  • Dan banyak lagi.



Jangan lupa untuk subscribe channel SafIbnRahman untuk mengetahui update terikini kuliah sunnah sekitar UniSZA. Klik Gambar dibawah