Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Sabtu, 7 Januari 2012

Plan B DSAI

Tiada ulasan :

Seperti yang kita maklum, bahawa 9 Jan merupakan keputusan mahkamah terhadap DSAI atas kes liwatnya. Menurut beliau, beliau tak dapat menjamin yang dirinya akan menang dalam keputusan mahkamah tersebut walaupun pendakwa gagal memberikan bukti-bukti yang kukuh, dan beliau bersedia untuk dipenjarakan, bagi beliau ini bukan perkara baharu. 



Dalam pada itu, Akhbar Sinar Harian telah membuat satu wawancara. Wawancara itu bagi aku sangat superb. Isi yang mantap, Persoalan mengapakah beliau enggan bersumpah ketika dituduh meliwat? Apakah perancangan seterusnya menjelang PRU-13. Video wawancara tersebut berdurasi lebih kurang 30 minit.



Jumaat, 6 Januari 2012

Susah dan Senang Hanya Datang dari Allah (sembang rakyat)

Tiada ulasan :
Dalam kehidupan, Allah telah tentukan nasib seseorang dengan pilihan mereka sendiri. Bagaimana seseorang individu itu memilih, maka Allah Maha Mengetahui Segala-galanya. Jika kita memilih untuk malas bekerja, maka kita akan menjadi tak maju dan terus dalam kemiskinan, manakala orang yang rajin berusaha mencari rezeki, maka dia telah memilih jalan untuk senang didunia. justeru, Allah tidak melarang hambanya berusaha mencari kekayaan yang ada didunia asalkan tidak melanggar syariat dan tidak leka dengan keduniaan sehingga akhirat terabai.

Kita sebagai hamba Allah yang kerdil wajib meyakini bahawa Allah yang menurunkan kesenangan dan kesusahan ke atas hambanya kerana Allah Maha Kuasa. Wajib meyakini bahawa Allah yang memberi kita rezeki. Jadi disini saya ingin menimbulkan persoalan.

Adakah Boleh kita menyatakan kesenangan itu datang disebabkan bantuan manusia?

Di sini saya nak perjelaskan bahwa, seseorang itu boleh jatuh syirik jika kita berkata seperti :

  • "Nasib baik ko datang, kalau tak, mati aku"
  • "Nasib baik ko tolong aku, kalau tak, aku tak mungkin sekaya ni"
Ingtlah kawan-kawan, iman kita boleh terbatal dengan 3 perkara iaitu dengan percakapan, perbuatan dan qasad(niat).

saya buat entry ini, sempena untuk mengkritik sebuah video yang menimbulkan kekeliruan dari sudut akidah..semoga mereka yang terlibat diberi hidayah dan sempat bertaubat.


Sejak akhir-akhir ni, banyak saya tonton video-video koleksi sembang rakyat yang kebanyakkannya menyalahi akidah dan menghina Islam walaupun barisan pelakonnya beragama Islam sendiri. Inilah hasil didikan kerajaan. Saya bukan nak menghina kerajaan dalam hal ini, cuma saya agak terkilan dengan video ini yang sewenang-wenangnya berbicara tanpa ilmiah agama. 


kawan-kawan boleh saksikan sendiri koleksi sembang rakyat dan kawan-kawan boleh menilai seniri video-video tersebut. :)