Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Rabu, 3 Februari 2010

Rahsia AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)

Tiada ulasan :

Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah ! Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, raya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut se dalam hadith yang lain:Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan
kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan:Barangsiapamembacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

Kamus Untuk Pengguna Komputer

Tiada ulasan :

Penggunaan kamus secara berterusan secara tidak langsung dapat meningkatkan
penguasaan bahasa seseorang. Kekerapan membuat semakan akan dapat membuatkan
kita dapat mengingati makna dan maksud sesuatu perkataan dengan lebih mudah,
khususnya dalam bahasa asing. Namun demikian, untuk membawa kamus ke sana dan
ke sini adalah meremehkan bagi kebanyakan orang. Bagi pengguna komputer,
khususnya internet saban hari kita akan terjumpa dengan perkataan-perkataan baru
ketika sedang melayari internet. Sayangnya kita tidak dapat memanfaatkan
penemuan perkataan-perkataan baru tersebut untuk menambahkan perbendaharaan kata
dan penguasaan bahasa kita. Ini disebabkan remehnya hendak membuat semakan di
dalam kamus kerana kita terpaksa melakukan 2 kerja dalam satu masa -
mengendalikan komputer dan membuat semakan di dalam kamus buku.


Menyedari hakikat ini sebuah syarikat Bumiputera, iaitu Alaf Teras telah
memperkenalkan perisian e-Kamus pertama pada tahun 2000. Kini setelah 10
tahun berkecimpung membangunkan perisian e-kamus, e-Kamus 5.02 adalah merupakan
versi paling terkini dan sofistikated dengan kemampuan mencari makna perkataan
secara gerakan tetikus dan juga dwiklik. Ini adalah fungsi yang menarik di mana
pengguna tidak perlu menaip huruf untuk mendapatkan makna sesuatu perkataan -
cukup dengan gerakan tetikus atau dwilik pengguna akan melihat makna perkataan
dengan hampir serta-merta di tetingkat khas e-Kamus 5.02 yang muncul. Pada masa
yang sama pengguna dapat menentukan sendiri jenis kamus yang mereka ingin guna
setiap kali menghidupkan perisian.


Perisian e-kamus 5.02 turut didatangkan dengan pelbagai pilihan jenis kamus
yang semestinya menepati keperluan anda. Pada masa ini terdapat 17 jenis kamus
yang anda boleh gunakan termasuk kamus-kamus istilah. Selain daripada itu
perisian e-Kamus 5.02 juga mempunyai mempunyai penyemak ejaan Bahasa Melayu yang
akan dapat berintegrasi dengan MS Words apabila perisian ini dipasang di
komputer anda. Penyemak ejaan ini akan menandakan perkataan yang tersalah eja
dan akan memberikan perkataan-perkatan cadangan. Jika anda seorang yang kerap
menaip dan menyediakan dokumen dalam Bahasa Melayu, e-Kamus 5.02 juga adalah
merupakan pilihan yang tepat untuk anda.


Maklumat lanjut mengenai perisian e-Kamus 5.02 boleh didapati di laman web E-Kamus-Malaysia.com.







Anda juga boleh terus ke laman web tersebut dengan mengikuti pautan di bawah ini.


Laman web: http://e-kamus-malaysia.com


Catatan oleh: Safwan Rahman