Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Selasa, 5 November 2013

Syubhat Bahawa Ibn Kathir Membenarkan Bertabarruk Kepada Mayat Ibn Taimiah (Part5)


Pada 30 Oktober 2013, daku telah bertanya kepada guru kami Syaikhuna al-Muhaddith Dr. Mazen bin Muhammad al-Sarsawiy al-Misriy al-Azhariy, antara ulama besar hadith bermanhaj Muataqaddimin di Mesir, yang juga merupakan pensyarah hadith di Universiti al-Azhar, Mesir.



Beliau mendapat pangkat Mumtaz bersama al-Syaraf al-Uula (cemerlang dengan kepujian, 4.00 flat with honours) dalam pengajian ijazah pertama (B.A) hadithnya di al-Azhar, turut mendapat Mumtaz dalam tesis Sarjana (M.A) hadithnya [kajian, syarah serta tahqiq kitab 'Ilal al-Hadith, imam 'Ali ibn al-Madini], begitu juga mendapat Mumtaz bersama al-Syaraf al-Uula dalam tesis Kedoktoran (PHD) hadithnya di al-Azhar [kajian bertajuk Tasrifaat al-Ruwat Fi Mutun al-Ahadith al-Nabawiyyah] di bawah selian Syaikh Dr. Ahmad Ma'bad 'Abd al-Karim.

Beliau berguru dengan ramai ulama seperti Syaikh Dr. Ahmad Ma'bad 'Abd al-Karim (ulama besar hadith senior Mesir yang juga professor utama hadith di al-Azhar), Dr. Muhammad Mahmud Abu Haasyim (professor hadith al-Azhar), Syaikh Muhammad 'Amru 'Abd al-Latiff (ulama hadith besar Mesir yang merupakan pakar 'ilal), Syaikh Abu Ishaq al-Huweini serta ramai lagi. Beliau mentahqiq dan mensyarah pelbagai kitab seperti 'Ilal al-Hadith (imam 'Ali ibn al-Madini), al-Dhu'afa' (imam al-'Uqailiy), Tadrib al-Rawi (imam al-Suyuthi) dan banyak lagi. 

Soalku:

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته، لو سمحتم يا شيخنا، انا عندي استفسار ضروري بمسألة مهمة جدا أرجو الجواب عليها بأسرع وقت ممكن، شبهة حول ابن كثير يجيز التبرك بابن تيمية، قال ابن كثير في ترجمته لشيخه ، ابن تيمية: 

(توفي بقلعة دمشق بالقاعة التي كان محبوساً بها، وحضر جمع كثيرإلى القلعة ، وأذن لهم في الدخول عليه ، وجلس جماعة عنده قبل الغسل وقرؤوا القرآن وتبركوا برؤيته وتقبيله ، ثم انصرفوا ، ثم حضر جماعة من النساء ففعلن مثل ذلك ثم انصرفن , وقد تضاعف اجتماع الناس على ما تقدم ذكره ، ثم تزايد الجمع إلى أن ضاقت الرحاب والأزقة والأسواق بأهلها ومن فيها ، ثم حمل بعد أن صلّي عليه على الرؤوس والأصابع ، وخرج النعش به من باب البريد , واشتد الزحام وعلت الأصوات بالبكاء والنحيب والترحم عليه والثناء والدعاء له , وأما الرجال فحُزروا بستين ألفاً إلى مائة ألف إلى أكثر من ذلك إلى مائتي ألف ، وشرب جماعة الماء الذي فضل من غسله ، واقتسم جماعة بقية السدر الذي غسل به ، ودفع في الخيط الذي كان فيه الزئبق الذي كان في عنقه بسبب القمل مائة وخمسون درهماً ، وقيل إن الطاقية التي كانت على رأسه دفع فيها خمسمائة درهماً. وحصل في الجنازة ضجيج وبكاء كثير ، وتضرع وختمت له ختمات كثيرة بالصالحية وبالبلد ، وتردد الناس إلى قبره أياماً كثيرة ليلاً ونهاراً يبيتون عنده واقتصروا على من يغسله) البداية والنهاية

أرجو الإجابة سريعا وشكرا لكم جزيل الشكر

Terjemahan: 

"Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, pohon keizinan, jika dibenarkan wahai guru kami, saya mempunyai permintaan penting berkenaan masalah yang sangat penting, pohonlah kiranya menjawab akannya dengan secepat waktu mungkin, syubhat sekitar Ibn Kathir membenarkan bertabarruk kepada Ibn Taimiah (yang wafat), telah berkata Ibn Kathir berkaitan biografi gurunya, Ibn Taimiah:

(Telah wafatnya beliau (Ibn Taimiah) di kubu Dimashq yang mana beliau dipenjarakan di dalamnya, Ramai orang hadir untuk menghadiri pengkebumiannya di kubu tersebut, mereka semua diizinkan masuk ke dalamnya, dan sekumpulan jemaah duduk di sisi jenazah sebelum jenazah dimandikan, dan mereka membaca al-Quran, mereka bertabarruk dengan cara melihat kepada jenazah dan menciumnya, kemudian mereka pun beransur pergi. Hadir pula satu jemaah dari golongan wanita, dan mereka pun turut melakukan perbuatan yang sama, dan kemudiannya mereka pun berlalu pergi...[hingga akhir petikan])

Pohon jawapan segera, terima kasih dengan setinggi terima kasih"

Maka jawab Syaikhuna Dr. Mazen al-Sarsawiy:

هذا الذي ذكره ابن كثير إنما هو فعل العامة ممن يعظمون ابن تيمية وليس فعلهم حجة على أحد، ولا هو موافق للشرع أصلا ، ونقل ابن كثير المؤرخ لذلك لا يعني إقراره، وإنما هو يصف ما وقع، ولو كان ابن تيمية حيا لأنكر عليهم، والله أعلم.

Terjemahan: 

"Ini ialah apa yang disebut Ibn Kathir yang mana ia merupakan perbuatan orang-orang awam yang membesarkan Ibn Taimiah (kerana taksub dan kejahilan), dan perbuatan mereka bukanlah hujah ke atas sesiapapun, dan tidak juga ia menepati syara' secara asalnya, penaqalan Ibn Kathir yang merupakan seorang muarrikh (sejarahwan) akannya bukanlah bermakna persetujuannya, apa yang dilakukan hanyalah menceritakan keadaan yang berlaku (inilah uslub para muarrikh dalam kitab-kitab Tarikh, melaporkan keadaan tanpa memberi komentar - pent), jikalau Ibn Taimiah masih hidup nescaya beliau akan mengingkari perbuatan mereka, Allah Maha Mengetahui" 

Link : https://www.facebook.com/fathi.alsakandary/posts/533261976762001

Tiada ulasan :