Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Sabtu, 30 Oktober 2010

oho, tidak...Rindu..Rindu serindu rindunya....

Tiada ulasan :
salamualaikum..
aku cukup letih hari ni..but aku still gagah nak conteng-conteng blog aku nih..

malam ni, aku rasa aku cukup sengsara. Jiwa aku tak nak berapa tenang. 
study week ni btol2 wat aku rasa serba salah...bila aku wat keputusan nak balek, ade la alasan dibenak, "weh, klo balek, xbace buku la aku kat uma", but apa yang berlaku sebaliknya? aku fikir, aku stay sini, dapatlah aku study sikit2, namun hampeh, hampir segala tindak-tanduk aku, aku bagai berenang dalam lautan dosa. Aku dah menipu parents aku, sanggup aku cakap xmo balek sbb nak study kat sini. Aku rase tertekan!!Aku xnak salahkan sesiapa, ni memang salah aku sendiri dan ni pilihan aku. Allah dah bagi jalan, aku yang memilih. 

Sepanjang aku dalam study week, aku banyak membuat perkara lagha drpda mengingat kekasih Abadiku, :
  • Solat dah jarang berjemaah di surau/masjid
  • kerap ngadap laptop, kdg2 smpai 2/3 hari terus menerus tak tidur
  • keluar makan dengan kaum berlainan spesis
  • gelak-gelak
  • ngadap movie
ooh.. Tuhan, peliharalah aku dari semua ni. Aku sedaya upaya dah, but aku masih kalah dengan nafsu. Mak bg duit untuk belanja harian sendiri *makan,minum* tapi aku banyak habiskan dengan beli minyak motor, boros!


emm, ni baru muqaddimah..belom masuk ayat topik

Petang tu, aku jalan2 buang masa, duk bertenggek atas motor bersama makhluk2 bertanduk melakukan kerja2 yg sia-sia, aku sempat membalas mesej dari bonda. "bu, mat rindu sgt kat ibu"...*aduh, berkaca lak mate aku nih*.. beliau tanya pasal tiket balekku, aku jawablah yang aku belom setel membelinya, then dy tanya, cukup ke duit? aduh, soalan ni paling berat aku nak jawab, aku rasa dah banyak aku habiskan duit ibu dengan benda-benda tak tentu hala.  Lalu aku pon jawablah dengan jujur kedudukan kewangan aku sekarang. beliau kate "takpe mat, nnti ibu bank in duit"..ya Allah, air mata ku berjujuran dan jatuh ke bumi mengikut arah angin deras menunggang motor dengan kencang.

Insan yg ku rindui tu sekali lagi buat mata aku basah dengan buat pengunguman yg beliau akan ke Bandung, Indonesia minggu depan. Ini bermakna, aku balek rumahku nanti tanpa disambut dengan pelukan seorang ibu, aduh, manje sangat aku ni dengan bonda.  da la..xde idea lagi nak tulis pe..





Jumaat, 29 Oktober 2010

Ibu

1 ulasan :
Salam'alaik
Apa yang aku nak sntuh pasal ibu?? Ada apa dengan ibu??
huh, sape xsayang ibu? akulah antara anak daripada kalangan anak-anak yang sayang ibu..huu~~ sebak la nak tulis entry bab ni..aku malam ni rasa terdetik nak write this title sbb aku teringat pada bondaku dirumah. Tak sabar ku menjengoknya dikampung..Teringat satu hal, malam ni, aku belek2 rak buku aku, ingat nak study la sikit sebagai persediaan final exam nanti, but, mood aku belom hadir untuk itu. Lalu aku capai semula buku yang bondaku hadiahkan padaku, "Dahsyatnya Doa Ibu"

dasyatinu.gif

Buku yang amat bernilai bagiku..Syukran ibu, aku sayu je malam tu bace kandungan buku ni..sesekali aku kagum dengan kata-kata yang indah dalam buku ni..Ye, mmg indah, memang bijak pengarang memukau pembacanya. Aku suka ayat ni " Ibu adalah orang yang keramat bagi seorang anak. Ibu adalah sumber kemudahan hidup bagi setiap anaknamun ramai orang tidak menyedari hal ini. Doa-doa yang ibu ucapkan untuk anaknya mampu menggoncang langit dan mengubah takdir lohmahfuz. Doa-doa ibu berupaya mengelakkan malapetaka dan bencana serta membuka pintu rahmat Allah"

Menarik tak?

Entahla kalo tak menarik, but for me that words drive me shocked..
Banyak sangat cerita-cerita menarik yang boleh dijadikan teladan kat buku nih, aku malas nak copy semula, xbaik lak copy2 karya orang..(aiceh)..


so, dalam masa beberapa hari lagi aku akan bertemu dengan insan yang punya sifat keibuan tu, anakmu ini merinduimu ibu. Ya Allah, panjangkan umurku untuk aku berpeluang bertemu dengan orang yang payah melahirkanku..amiin  :""- |

Nasihat Imam Hanbali

Tiada ulasan :
Antara Nasihat Imam Hanbali

  1. Dunia ini adalah tempat beramal sementara akhirat tempat menerima balasan. Sesiapa yang tidak beramal di sini akan menyesal di sana.
  2. Kemuliaan diertikan sebagai meninggalkan perkara-perkara yang diingini kepada perkara yang ditakuti.
  3. Diam orang berilmu kerana takut dan takwa. Diam orang jahil tidak berilmu.
  4. Manusia yang berkehendak kepada ilmu seumpama berkehendak kepada makanan dan minuman.
  5. Berbahagialah mereka yang banyak menyebut nama Allah
  6. Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mempelajarinya dengan tujuan keduniaan.
  7. Sesiapa yang menolak hadis akan tertolak hingga ke jurang kebinasaan. Sesiapa yang mati dalam Islam dan mengikut sunnah Rasulullah maka matinya dalam kebaikan.
  8. Bertanyalah kepada ahli hadis dan jangan bertanya kepada ahli fikir kerana mereka(ahli hadis) tidak bercakap menurut pendapat sendiri.
  9. Sesiapa yang menghormati ahli hadis maka tinggilah kedudukannya di sisi Rasulullah. Sesiapa yang menghina ulama hadis maka hinalah kedudukannya disisi Rasulullah.
Sumber : Novel Sejarah Islam ; Imam Hanbali, Penegak Kebenaran oleh Abdul Latip Talib

Mohd Safwan Bin Abd. Rahman
Dip. Usuluddin,
Universiti Sultan Zainal Abidin
hamba Allah

Isnin, 4 Oktober 2010

wujudkah cinta Islamik?? - sumber Facebook

2 ulasan :
Assalamualaikum..
‘Sayang’???
Saya terkejut apabila membaca
beberapa mesej daripada
handphone rakan saya itu. Dan
kelihatan muka si rakan itu
merah padam. Mungkin kerana
tidak menemui apa yang dia
kehendaki daripada handphone
saya..
Hal ini berlaku apabila dia
meminta untuk ‘melihat-lihat’
handphone saya dan saya pun
mengenakan syarat untuk
‘ melihat-lihat’ juga handphone
kepunyaannya. Dan inilah yang
terjadi..
Rakan saya itu merupakan
ketua Badan Nuqaba ’ di
universiti. Sangat berpengaruh
dan gemar memberi tazkirah.
Tetapi rupanya hanyut juga
dengan mainan nafsu..
“Ah, ana bercinta secara
islamik.”
“Islamik sangatkah kalau
sampai ada ‘sayang-sayang’?
Islamikkah kalau menaikkah
nafsu? Dan itukah yang Islam
benarkan untuk telefon berjam-
jam dan bermesej ‘sayang-
sayang’?” Soal saya kembali.
Dan dia diam membisu..
Entahlah. Saya sendiri tidak
dapat memikirkan mana yang
betul-betul baik dan mana yang
salah. Sebetulnya ini bukan kes
pertama yang saya temui. Dulu
saya pernah ditegur kerana
bercinta oleh seorang orang
kuat dalam Badan Nuqaba ’..
Tetapi pada suatu hari saya
terlihat pula orang yang
menegur saya itu keluar
berdua-duaan dengan
perempuan. Yang pasti bukan
adik atau saudaranya kerana
saya kenal juga dengan dia..
“Patutkah kamu menyuruh
manusia supaya berbuat
kebaikan sedang kamu lupa
akan diri kamu sendiri; padahal
kamu semua membaca Kitab
Allah, tidakkah kamu berakal ?”
(Al-Baqarah: 44)
Janganlah sorokkan keburukan
sendiri dengan cara
menunjukkan yang anda orang
yang betul-betul faham akan
agama..
Adakah istilah ‘Cinta Islamik’?
Dulu saya juga pernah
menggunakan istilah ini.
Menyukai seseorang tetapi
hanya sms sahaja menjadi
penghubung. Tidak pernah call
langsung dan tidak pula
terkeluar perkataan ‘sayang’
atau yang menaikkan nafsu.
Semua saya cuba kawal seboleh
mungkin..
Tetapi betulkah cinta seperti itu
yang saya hendakkan? Saya
berfikir balik kerana walaupun
sekadar sms sahaja sudah
mampu menyebabkan saya
sedikit lalai, dan cerita yang ini
anda boleh baca di entri saya
‘ Ibadah Itu Cinta’..
Saya tidak menafikan memang
fitrah manusia itu menginginkan
sesuatu untuk mendorongnya
daripada orang yang berlainan
jantina daripadanya. Tetapi
perlulah dengan cara yang
terkawal..
Kalau sudah masuk sampai fasa
ingin ada perkataan ‘sayang’
daripadanya, saya sarankan dua
perkara. Pertama, kahwin dan
yang kedua tinggalkan sahaja.
Ini kerana jika fasa ‘sayang’ itu
terlalu lama berlaku sebelum
kahwin, ini mungkin akan
menyebabkan satu perasaan
pelik datang. Jemu..
Saya tidaklah tahu hormon jenis
apa yang dirembeskan keluar
atau bahagian saraf yang mana
akan bertindak balas apabila
menerima ransangan dan
menyebabkan perasaan jemu
dan bosan itu berlaku. Tetapi
itulah yang berlaku kepada
beberapa orang rakan saya
yang bercinta..
Mungkin dalam dua tahun boleh
bertahan. Tetapi kalau sudah
masuk tahun keempat, ramai
yang sudah mula terpisah.
Jawapan mereka, “Dah tiada
jodoh, nak buat macam mana.”
Nasib baik ada seorang yang
berani tanpa malu menjawab,
“ Dah jemu sangat.”
Berbalik kepada persoalan
betulkah ada istilah ‘Cinta
Islamik’. Pandangan saya, ada
bagi orang yang betul-betul
menjaga pergaulan. Menetapi
kehendak syariat. Cumanya
memang fitrah manusia pula
menginginkan sesuatu yang
lebih daripada apa yang telah
dia dapat. Dan dari situlah
timbulnya merengek-rengek
kepada pasangannya untuk
memberikan lebih daripada
sebelumnya..
Jadi, bolehkah berlaku ‘Cinta
Islamik’ sebelum pernikahan
jika begitu? Kemudian
pandangan saya tertumpu pula
‘ Cinta Islamik boleh berlaku
selepas pernikahan’. Cuma ini
sekadar pendapat saya dan ia
masih lagi boleh dipertikaikan
oleh anda jika mahu..
Jangan burukkan nama institusi
jemaah..
Hal ini saya kira memang
berlaku dan menyerang mana-
mana institusi jemaah
mahasiswa. Bercinta dalam
jemaah? Satu lagi idea pelik
yang cuba dimurnikan. Maaf,
cinta yang dimaksudkan adalah
cinta antara pasangan berlainan
jenis...
Mereka katakan kepada saya,
“ Inilah cinta islamik. Kami
bercinta kerana dakwah. Nanti
sudah kahwin bolehlah
meneruskan jalan perjuangan
ini. ”
Tetapi bila saya datang ke
biliknya, dia pula sedang
menelefon pasangannya. Dan
akibatnya saya terpaksa
menunggu sehingga tamat
gayutan perbualan tersebut..
Lelaki dan wanita yang baik
bukanlah yang bersembunyi di
sebalik kosmetik kata murni
berbau Islam seperti itu. Kalau
sudah salah janganlah
disembunyikan lagi..
Memang setiap manusia ada
ego tersendiri. Mereka akan
menyangka apa yang mereka
buat adalah betul. Dan kerana
itu perlunya kawan untuk
menasihatkan. Tetapi kalau
nasihat kawan sendiri mereka
cuba sangkal, apa lagi yang
boleh saya buat..
“Dan janganlah kamu campur
adukkan yang benar itu dengan
yang salah dan kamu
sembunyikan yang benar itu
pula padahal kamu semua
mengetahuinya. ”
(Al-Baqarah: 42)
Saya tertarik dengan seorang
rakan saya yang memang betul-
betul berminat menjadikan
seorang akhawat dalam
jemaahnya sebagai isteri. Dan
dia meminta tolong daripada
naqibnya yang merupakan
seorang ustaz untuk
menguruskannya..
Harapnya tiada ‘sayang-sayang’
yang hadir sebelum
pernikahannya. Dan yang ada
hanyalah kerjasama dalam
jemaah seperti dahulu juga.
Seperti sebelum dia
menyatakan hasratnya..
Ada seorang lagi rakan saya
yang sedang bertunang dan
bakal berkahwin dalam bulan
Disember tahun ini. Hendak
dikatakan kemaruk itu tidak
nampak sedikit pun. Tiada pun
sms ‘tanya khabar’ lagikan pula
hendak telefon. Dia harap jika
sudah berkahwin nanti, barulah
rasa-rasa ingin bertanya khabar
itu baru datang. Dan barulah
cinta berputik pada masa itu.
Alangkah seringnya..
Mentergesai kenikmatan tanpa
ikatan..
Membuat detik-detik depan
terasa hambar..
Belajarlah dari ahli puasa..
Ada dua kebahagiaan baginya..
Saat berbuka..
Dan saat Allah menyapa lembut
memberikan pahala..
Inilah puasa panjang
syahwatku..
Kekuatan pada menahan..
Dan rasa nikmat itu bakal
kurasa..
Diwaktu buka yang penuh
kejutan..
Ya Allah. Hambamu telah
tersesat jalan. Ampunilah dosa-
dosa hambamu ini.
Sesungguhnya engkau Maha
Pengampun dan Maha Penerima
Taubat. Berilah kekuatan
kepadaku untuk menghadapi
godaan keremajaan ini.
Anugerahkan kepadaku
perasaaan benci kepada
maksiat. Hiasilah diriku dengan
akhlak yang mulia. Ibu dan
ayah, anakmu berdosa. Engkau
jagaku sedari kecil dengan
kasih saying. Mengapa
kucurahkan kasihku kepada
orang lain..
Oh Tuhan, hambamu yang
berdosa,
Amin.... Ya Rabb. Moga Allah
terima taubatmu..
Kita berpisah kerana Allah.
Kalau ada jodoh tidak kemana..
Ya Allah,bantulah mereka. Kini
mereka datang kepintuMu
mencari redhaMu. Terimalah
taubat mereka
Dipetik dari:
Salim A.Fillah(Buku: Nikmatnya
bercinta selepas pernikahan)
Niat berkogsi kerana
Allah..pengajaran & peringatan
buat diri sendri dan semua, dan
tidak berniat untuk
menyinggung mana2
pihak..bersahabat kerana Allah
& Mengingat-mengingati kerana
Allah..
Wallahu'alam..

Ahad, 3 Oktober 2010

Benarkah Aku Munafik?

2 ulasan :


Assalamualaikum..
malam hening ni..hati aku sgt2 gudah gulana...malam ni gak aku cube nak coretkan sikit ape yg aku rase dalam diri aku...adakah aku ni munafik? adakah aku ni seorang hipokrit? bodoh la ko safwan kalo ko munafik...

Letih sgt apabila memikirkan tntg diri aku,terkadang aku termenung panjang,pelbagai persoalan seakan-akan menumbuk-numbuk di benakku,persoaln yg aku sendiri pun runsing utk meleraikannya,seakan aku tertipu dgn diri aku sendiri.Tapi tak akan aku sebodoh itu utk tertipu dgn lamunan yg ntah apa-apa ni.terkadang aku bermonolog sendirian “apa la nak jadi dgn ko ni safwan?,kadang-kadang aku tgk ko baik,tp knp tiba-tiba ko berubah,pastu jadi baik blk,sbnarnya ko ni baik ke jahat safwan??” seketika ku tersentak,yelah kan,aku pun tak pasti aku ni baik atau pura-pura cam baik,hipokrit.Adui..letih-letih.Ya Allah hanya Kau yg mampu meleraikan persoalan ini,bantulah aku untuk kenal siapa diri aku yg sebenar-benarnya.Antara Muslim semata-mata atau muslim yg mukmin.

“Apa yg blh aku ckp,ko mmg hipokrit safwan..!!” aku bermonolog lg.Alahai knp la aku menghukum diriku sendiri sbgai golongan yg berpura-pura.Alangkah bodoh dan jahilnya aku,membuka aib sendiri,tak ke tu nama kerja yg sia-sia?Sedangkan Islam pun melarang keras umat manusia membuka aib dan kesalahan yg dilakukannya dgn memberitahu kpd org lain.Dah la blog ni very2 open,satu dunia blh baca ko punya penulisan tau tak??,tak ke itu memalukan??Knp la ko ni bodoh sgt safwan??knp ko kata yg ko ni “HIPOKRIT”.Haha..tak lah,Don’t jugde it only by my writing ok,sabar dulu,ni aku nk citer pd korang knp aku kata yg aku ni hipokrit.


Nasihat Ustaz & Ustazahku
 
Jiwaku menangis tertekan,aku tidak mampu lg untuk menghadapi semua ini,aku tidak sanggup utk terus ditikam oleh soalan-soalan yg mampu melunturkan mahmudah yg ada pd diriku ini.Aku tidak mahu digelar hipokrit krn tidak istiQomah dlm setiap tutur kata yg ku ungkapkan,aku tidak mahu dilabel sebagai golongan “ckp tak serupa bikin”sungguh,Aku runsing dan kecewa dgn apa yg terjadi.Aku mula termenung,mula mengamati kata-kata yg prnh aku dengar dulu.

“Safwan,cukuplah berpura-pura pd diri sendiri,tak payahlah hipokrit didepan Allah,kembalilah kpd fitrah kita yg sebenar,jadi la diri enta yg sebenar” Kata-kata yg cukup berbekas di hati aku.

“Mengapa ustaz ckp aku hipokrit??betul ke selama ini aku telah berpura-pura??Astarghfirullah..apa yg telah aku lakukan ni,tuhan maafkanlah aku” hatiku bermonolog sendirian.

Aku kembali bertanya “Hipokrit..?? apa yg ustaz maksudkan??” aku buat-buat tanya krn mahukan kepastian.

“Camni safwan,enta kena ingat bahawa kita dilahirkan dgn keadaan yg baik,dan fitrah kpd seorang manusia itu semestinya sukakan kebaikan,jika ditanya pada perompak sekalipun adakah dia mahu masuk ke syurga??sudah pasti dia mahu bkn??Jadi ini menunjukkan bahawa fitrah kita adalah cintakan kebaikan walaupun perbuatan kita tidak sama dgn apa yg kita ungkapkan” ustaz mengulas panjang.

“maksudnya??” aku kembali bertanya.

“maksudnya amat senang safwan,enta tak payahlah berpura-pura berperangai buruk,ana tahu enta sebenarnya baik,mengapa perlu berlagak jahat sedangkan fitrah kita adalah baik,akhlak yg baik akan terzahir dari hati yg suci yg sentiase berzikir mengingati Allah,manakala akhlak yg buruk itu adlah perangai syaitan yg lahir dari hati yg gersang dari mengingati Allah,jadi knp kita perlu berpura-pura berperangai buruk seperti syaitan??” terang ustaz sambil tersenyum.

Seketika lidahku kelu memikirkan apa yg dikatakan oleh ustaz,fikiranku jauh melayang sambil tersenyum hambar.


Sekadar Renungan,
“Dan (alangkah ngerinya),jika sekiranya kamu melihat org-org yg berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan tuhannya,(mereka berkata), “Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami(ke dunia), nescaya kami akan mengerjakan kebajikan.Sungguh, kami adalah org-org yg yakin”
(As-Sajdah ayat 12)

Sabtu, 2 Oktober 2010

Islam membenarkan cinta

Tiada ulasan :
islam merupakan agama yang indah..bukan agama yg mengongkong. bukan agama yg sebarangan menghalang kebebasan naluri manusia...


aku dapat sebuah video dari teman sejatiku. semasa aku menonton video ini, mengalir air mataku.huu, sedih.. hayatilah video ini..