Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Khamis, 15 Disember 2011

Sahabat Sejati

Tiada ulasan :
Secara fitrahnya, seseorang manusia itu saling memerlukan antara satu sama lain. Orang yang sentiasa bersama kita tak mengira apa pun keadaan dan situasi kita waktu itu di samping menjadi kekuatan untuk kita terus bersemangat berjalan atas bumi  ini dinamakan sahabat sejati. Sahabat sejati juga berperanan mempengaruhi semangat, pemikiran, perangai, akhlak dan sebagainya. 

Cukup besar peranan Sahabat sejati. Jadi pesanan untuk diri sendiri dan kawan-kawan, pilihlah kawan yang boleh membantu kita mengapai kejayaan. Sahabat yang baik bukan saja bersama kita dikala kita dalam kegembiraan, tapi setia dengan kita dikala kesusahan dan kesedihan.



Ciri-ciri sahabat sejati :
  • Tak jemu menasihati kita kearah kebaikan
  • Memberi kata-kata semangat, motivasi dan kata-kata perangsang.
  • Membantu kita dikala susah,
  • Sentiasa mendoakan kita kearah kejayaan
  • Membimbing kita kearah kebaikan
  • Menegah kita dari kemaksiatan

p/s : lame bebeno xupdate blog..pesanan ringkas ini khas untuk semua sahabat2 :D