Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Memaparkan catatan dengan label tips berguna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips berguna. Papar semua catatan

Sabtu, 1 Mac 2014

Kuliah Khas : Pemuda Sehebat As-habul Uhdud - Prof Madya Dr Basri Ibrahim

Tiada ulasan :
Kuliah Subuh Khas yang diadakan pada 28hb Febuari (Jumaat) bertempat di Surau Sa'udah Unisza menampilkan sembang santai bersama Prof Madya Dr. Basri Ibrahim yang bertajuk : Gempur Subuh, Pemuda Sehebat As-habul Uhdud.

Antara Intipati menarik yang menjadi perbahasan :

  • Tips menjadi muslim sehebat ashaabul uhdud,
  • Adab-adab menuntut ilmu
  • Bersungguh-sungguh dlm menuntut ilmu. Dan yg paling menarik :
  • Kekeliruan dan ke'elergik'an masyarakat dengan nama "Ibn taimiyyah" dan Wahabi.
  • Dan banyak lagi.



Jangan lupa untuk subscribe channel SafIbnRahman untuk mengetahui update terikini kuliah sunnah sekitar UniSZA. Klik Gambar dibawah


Jumaat, 11 Oktober 2013

Download Maktabah Syameela

Tiada ulasan :


UPDATE: Download ini adalah untuk versi terbaru (3.48) 2012
Link untuk mendownload Maktabah Syamilah versi official dengan jumlah kitab sekitar 6111 kitab (2GB). Ada 3 jenis installer yaitu yang belum dipecah (direct download serta torrent) dan yang sudah dipecah (direct download). Silakan pilih salah satu sesuai kecepatan koneksi internet yang dimiliki.
  • Installer dalam 1 file besar (ukuran 2GB). Jika koneksi internet Anda lambat maka sebaiknya download installer yang sudah dipecah di atas (per 100MB):
    Download ShamelaLibrary348.7z di http://www.mediafire.com/download.php?ejo03c3h7iyxda8
  • Installer dalam format Torrent. Untuk mendownloadnya dibutuhkan aplikasi Torrent.
    Download ShamelaLibrary348.7z.torrent (11.19KB). Ukuran file yang akan didownload setelah torrent dijalankan adalah 2GB
Sesuai permintaan pengunjung, berikut ini kami sertakan MD5 checksum dari file-file di atas. MD5 checksum dapat digunakan untuk mengecek apakah file hasil download sudah sama dengan yang kami sediakan sehingga jika file download rusak dapat segera diketahui. Berikut ini link salah satu aplikasi MD5 Checksum yang dapat didownload di Download.com: MD5 & SHA-1 Checksum Utility

  • f4c5d2b324462746fdef7b6f2dba6464 ShamelaLibrary348.7z
  • 815bfc9c9d3867fb013462af87991780 shamelaP.7z.001
  • 43982d3166cef785c5ccd0287934c1fd shamelaP.7z.002
  • c131f10581b8587253f6db2089a77c7e shamelaP.7z.003
  • 8587637a5df6d2cc4f848314d1f421b8 shamelaP.7z.004
  • 9364a4b979b938da3c3d3d97fa24c05c shamelaP.7z.005
  • 807efa51d4e465e96b0aaafb74c9e690 shamelaP.7z.006
  • 1ccc6422b6afee3ba17edcb2ec79b143 shamelaP.7z.007
  • 2644846f8b94c103940e1e2273aa4723 shamelaP.7z.008
  • 51032604ec240776502d93f87c9b60b1 shamelaP.7z.009
  • d7fc7c108293481cec4ca082936f795e shamelaP.7z.010
  • ab962c6cf4979cd113ff6f4d8cac7727 shamelaP.7z.011
  • 043679e9f34b6119b480becb27b98f49 shamelaP.7z.012
  • 0baf413147bfbd053d090e328459b97a shamelaP.7z.013
  • 46dcd8f109a01ef7f6026549c5aa0440 shamelaP.7z.014
  • 93a675ce6717b9a94398df3029927e2c shamelaP.7z.015
  • a203bd04b1250b4628f47db731c81c8d shamelaP.7z.016
  • bebbf578f6ec1ce909fc3fddca3bc4ea shamelaP.7z.017
  • 367745a81675d9e0b9797855d69c34cf shamelaP.7z.018
  • 92b1ce5d0de75ed75d78998c40ddc481 shamelaP.7z.019
  • 4aa9b113ed04c67239770465034ff37c shamelaP.7z.020
  • 231ed95ad603441067a17c87e48c92b1 shamelaP.7z.021
  • bc0776d5269f35f3807d4fa93601806b shamelaP.7z.022
  • 8636135795a002159b3129353261bf56 shamelaP.7z.023

Credit : http://maktabahsyamilah.com/download/

Apa itu maktabah Syameela? Insya-Allah. ana akan terangkan sekadar yang ana tahu, Maktabah syameela ialah sebuah perpustaakan elektronik yang mengumpulkan banyak kitab-kitab arab. Namun, ia bukanlah menjadi satu rujukan untuk tujuan kajian, thesis, assignment dan sebagainya. Ia adalah sebuah platform yang pantas untuk mengakses kitab-kitab arab tanpa menapak ke perpustakaan. Ia juga boleh dikatakan sebagai alat untuk mencari matan hadith, tafsir al-Quran, matan-matan syair, dan segala matan. InsyaAllah, entry yang akan datang, ana akan beri tunjuk ajar cara bagaimana mencari matan hadith, status/martabat hadith sama ada hadith tersebut saheh, hasan, dhoif atau palsu. Semoga entry ini bermanfaat untuk semua :)

Jumaat, 4 Oktober 2013

Puasa dan Solat Cara Nabi Daud A.S?

Tiada ulasan :


Al-Imam Al-Bukhariy meletakkan satu hadis di bawah "Bab Solat Paling Disukai Oleh Allah Solat Nabi Dawud..." :


حدثنا قتيبة بن سعيد حدثنا سفيان عن عمرو بن دينار عن عمرو بن أوس الثقفي سمع عبد الله بن عمرو قال قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم أحب الصيام إلى الله صيام داود كان يصوم يوما ويفطر يوما وأحب الصلاة إلى الله صلاة داود كان ينام نصف الليل ويقوم ثلثه وينام سدسه

"Telah memberitahu kami Qutaybah bin Sa`id, telah memberitahu kami Sufyan dari `Amru bin Dinar dari `Amru bin Aus As-Saqafi, telah mendengar `AbduLlah bin `Amru, dia berkata: Telah berkata kepadaku RasuluLlah SallaLlahu `Alayhi Wasallam:

Puasa paling disukai oleh Allah adalah puasa Dawud, dia berpuasa satu hari dan berbuka satu hari. Dan solat paling disukai oleh Allah adalah solat Dawud, dia tidur separuh malam dan bangu sepertiganya dan tidur seperenamnya" [Al-Bukhariy no 3238]



Di dalam bab yang lain di bawah Kitab Tahajjud, Al-Imam Al-Bukhariy meletakkan 3 hadis:

a) Hadis Pertama:



حدثنا علي بن عبد الله قال حدثنا سفيان قال حدثنا عمرو بن دينار أن عمرو بن أوس أخبره أن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما أخبره أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال له أحب الصلاة إلى الله صلاة داود عليه السلام وأحب الصيام إلى الله صيام داود وكان ينام نصف الليل ويقوم ثلثه وينام سدسه ويصوم يوما ويفطر يوما



Telah memberitahu kami `Aliy bin `Abd Llah, dia berkata telah memberitahu kami Sufyan, dia berkata telah memberitahu kami `Amru bin Dinar bahawa `Amru bin Aus mengkhabarkannya bahawa `AbdaLlah bin `Amru bin Al-`As RadhiyaLlahu `ahuma mengkhabarkannya bahawa RasulaLlah SallaLlahu `Alayhi Wasallam berkata kepadanya:

Solat yang paling disukai oleh Allah adalah solat Dawud `Alayhi s-Salam. Dan puasa paling disukai oleh Allah adalah puasa Dawud. Dan dia tidur separuh malam dan dia bangun sepertiganya dan dia tidur seperenamnya. Dan dia berpuasa sehari dan berbuka sehari" [Al-Bukhariy no 1079]


b) Hadis Kedua:


حدثني عبدان قال أخبرني أبي عن شعبة عن أشعث سمعت أبي قال سمعت مسروقا قال سألت عائشة رضي الله عنها أي العمل كان أحب إلى النبي صلى الله عليه وسلم قالت الدائم قلت متى كان يقوم قالت كان يقوم إذا سمع الصارخ حدثنا محمد بن سلام قال أخبرنا أبو الأحوص عن الأشعث قال إذا سمع الصارخ قام فصلى



"Telah memberitahu aku عبدان, dia berkata telah mengkhabarkan aku ayahku dari Syu`bah dari أشعث dia mendengar ayahku berkata, dia mendengar Masruqan dia berkata:

Aku bertanya `A'isyah RadhiyaLlahu `Anha: Apakah amalan yang paling disukai oleh An-Nabiy SallaLlahu `Alayhi Wasallam.
Dia (`A'isyah) berkata: Yang berterusan.
Aku berkata: Bilakah baginda bangun (qiyamu l-layl).
Dia (`A'isyah) berkata: Baginda bangun apabila baginda mendengar suara kuat.

Telah memberitahu kami Muhammad bin Salam, dia berkata telah mengkhabarkan kami أبو الأحوص dari الأشعث dia berkata: "Apabila baginda mendengar suara kuat (lalu) baginda bangun kemudian baginda solat"
[Al-Bukhariy no 1080]

Al-Imam Ibnu Hajar Al-`Asqalaniy ketika mensyarahkan hadis di atas berkata:

وقوله : " الصارخ " أي الديك

"Dan perkataannya 'suara yang kuat' bermaksud (kokokan) ayam".

c) Hadis Ketiga:


حدثنا موسى بن إسماعيل قال حدثنا إبراهيم بن سعد قال ذكر أبي عن أبي سلمة عن عائشة رضي الله عنها قالت ما ألفاه السحر عندي إلا نائما تعني النبي صلى الله عليه وسلم



"Telah memberitahu kami Musa bin Isma`il dia berkata, telah memberitahu kami Ibrahim bin Sa`d dia berkata, ayahku telah menyebutkan dari Abi Salamah dari `A'isyah RadhiyaLlahu `Anha, beliau berkata: 'Tiadalah aku menjumpai baginda ketika suhur di sisiku melainkan baginda sedang tidur'. Beliau bermaksudkan An-Nabiy SallaLlahu `Alayhi Wasallam" [Al-Bukhariy/ 1082]

Selain dari mencontohi sunnah berpuasa mengikut cara puasa Nabi Dawud `Alayhi s-Salam, contohilah juga solat yang paling disukai Allah - iaitu solat Nabi Dawud.

2. Cara Nabi Dawud susun waktu untuk solat (qiyamu l-layl) adalah:

i) Tidur 1/2 malam

ii) Kemudian bangun untuk 1/3 malam

iii) Kemudian tidur lagi untuk 1/6 malam.

3. Sehinggakan `A'isyah RadhiyaLlahu `Anha berkata bahawa tiadalah beliau mendapati Nabi bersuhur (makan sahur) di sisi beliau melainkan baginda sedang tidur (bukan sedang qiyam atau sebagainya).

WaLlahu a`lam.

Artikel ini di ambil dan disunting dari forum al-fikrah.net. Atas permintaan ibundaku tersayang. Semoga amalan ibunda diterima Allah.

Isnin, 15 Julai 2013

Jenis Tangisan

Tiada ulasan :


Al Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata :

أنواع البكاء



والبكاء أنواع . أحدها : بكاء الرحمة والرقة . والثاني : بكاء الخوف والخشية



. والثالث بكاء المحبة والشوق . والرابع بكاء الفرح والسرور . والخامس بكاء



الجزع من ورود المؤلم وعدم احتماله . والسادس بكاء الحزن .


والفرق بينه وبين بكاء الخوف أن بكاء الحزن يكون على ما مضى من



حصول مكروه أو فوات محبوب وبكاء الخوف يكون لما يتوقع في المستقبل



من ذلك والفرق بين بكاء السرور والفرح وبكاء الحزن أن دمعة السرور باردة



والقلب فرحان ودمعة الحزن حارة والقلب حزين . والسابع بكاء الخور



والضعف . أقسى الناس قلبا . والتاسع البكاء المستعار والمستأجر عليه



كبكاء النائحة بالأجرة فإنها كما قال عمر بن الخطاب : تبيع عبرتها وتبكي



شجو غيرها والعاشر بكاء الموافقة وهو أن يرى الرجل الناس يبكون لأمر



ورد عليهم فيبكي معهم ولا يدري لأي شيء يبكون ولكن يراهم يبكون



فيبكي


Tangisan ada beberapa macam

1. Tangisan kasih dan kelembutan.

2. Tangisan takut dan khawatir.

3. Tangisan cinta dan rindu.

4. Tangisan gembira dan kebahagiaan.

5. Tangisan kegelisahan kerana datangnya suatu penderitaan yang tidak mampu untuk ditanggung.

6. Tangisan kesedihan...

Perbezaan antara tangisan ketakutan dengan tangisan kesedihan adalah tangisan kesedihan terjadi adanya sesuatu yang tidak menyenangkan atau hilangnya sesuatu yang disukai dimasa lalu, sementara tangisan ketakutan adalah mirip sebabnya akan tetapi untuk masa yang akan datang.



Adapun perbezaan antara tangisan tersebut dengan tangisan kebahagiaan adalah jika tangisan tersebut merupakan tangis kebahagiaan maka air mata yang mengalir adalah air mata yang dingin dan sejuk dengan hati yang gembira, sementara tangisan kesedihan akan mengalirkan air mata yang panas dengan hati yang sedih.

7. Tangisan kelemahan dan ketidak mampuan.

8. Tangisan kemunafikan, dimana matanya berlinang sementara hatinya keras membatu, dia menampakkan kekhusyuan tetapi hatinya merupakan hati yang paling keras.

9. Tangisan pinjaman, seperti tangisan orang yang dipinjam untuk meratapi mayyit. Umar bin Khattab radhiallahu anhu pernah berkata : " Dia menjual ucapannya dan menangis bersama mereka."

10. Tangisan ikut - ikut, yaitu ketika seseorang melihat seseorang menangis kerana sesuatu lalu dia menangis bersama mereka meskipun dia tidak tahu untuk apa dia menangis akan tetapi dia melihat mereka menangis kemudian dia ikut menangis..... "

[Zadul Ma'aad 1/185-186 cetakan Muasasah Ar Risalah - Mesir]



lalu yang sebenarnya ,kenapa kita menangis...?

Rabu, 10 Julai 2013

Berlembutlah dan Hargailah Insan Bernama Isteri

Tiada ulasan :
Bismillah.....

Berkata Syaikh Abdul Malik rahimahullah,

“Betapa banyak kita dapati seseorang tatkala bertemu dengan sahabatnya di tempat kerja maka ia akan bersifat mulia dan lembut,,,

Namun jika ia kembali ke rumahnya maka jadilah orang yang kasar, keras, dan menakutkan.., Padahal orang yang paling berhak untuk ia berlembut adalah isterinya…

Hakikat seseorang lebih terungkap di rumahnya daripada tatkala ia di luar rumah...

seseorang menampak-nampakkan akhlak yang baik tatkala ia di luar rumah dan ia boleh sahaja bersabar dalam menampakan akhlak yang baik tersebut kerana waktu pertemuannya dengan orang-orang di luar rumahnya hanyalah sebentar/seketika...

Ia bertemu dengan seseorang setengah jam, dengan orang yang kedua selama satu jam, dan dengan orang yang ketiga lebih cepat atau lebih lama, dan dia mampu sabar berhadapan dengan mereka dengan menampak-nampakan akhlak yang baik dan ia tidak mampu bertahan di atas keperibadian yang bukan asli di rumahnya sepanjang hidupnya…

Akhlak asli seseorang boleh diperiksa tatkala ia di rumahnya...

Di situlah akan dia akan menampakkan sikap kerasnya atau sikap kelembutannya,...

Terungkap sikap pelit,bakhilnya kedekutnya atau sikap kedermawanannya...

Terungkap sikapnya yang terburu-buru dari sikap kesabarannya, bagaimanakah ia bermu’amalah dengan ibunya dan ayahnya...isterinya...anaknya??

Betapa banyak sikap derhaka/munafiq di zaman ini..…

Maka kenalilah (hakikat) dirimu di rumahmu..,

Bagaimanakah kesabaranmu tatkala engkau menghadapi anak-anakmu??,,, tatkala menghadapi isterimu??...

Bagaimana kesabaranmu menjalankan tanggung jawab rumah tangga??

sabda Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam,,

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي

“Sebaik-baik kalian adalah yang terbaik bagi isterinya dan aku adalah orang yang terbaik di antara kalian terhadap isteriku”

[HR Abu Isa At-Tirmidzi no 3895 dari hadith Aisyah dan Ibnu Majah no 1977 dari hadith Ibnu Abbas dan dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani (lihat As-Shahihah no 285)]

Beliau shallahu ‘alayhi wa sallam juga bersabda

أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا

“Orang yang imannya paling sempurna diantara kaum mukminin adalah orang yang paling bagus akhlaknya di antara mereka, dan sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya terhadap isteri-isterinya”.

[HR Abu Isa At-Tirmidzi no 1162 dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Majah no 1987 dari hadits Abdullah bin ‘Amr, dan dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani (lihat As-Shahihah no 284)]

[Al-Mau’idzoh Al-Hasanah hal 77-79 dengan beberapa penambahan ]

Jumaat, 28 Disember 2012

Cara Mengembalikan Barang yang Hilang - Dr. Haron Din

Tiada ulasan :

Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.

Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.

Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;

1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

2. Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.
3. Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;
  • Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.
  • Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.

3. Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.

4. Bagi memudahkan untuk beramal dengan kaedah ini, berikut adalah Surah Yaasin yang telah disediakan kolum bilangan doa yang dibaca mengikut turutan dari 1 hingga 28 yang ditandakan pada ayat yang berakhir dengan Mubin.

Sabtu, 24 November 2012

Wanita dan Wangian

Tiada ulasan :


Memang fitrah manusia, ingin kelihatan cantik, kacak dan handsome. Namun, kita sebagai Muslim, semuanya telah dibatasi dengan garis panduan yang selari dengan fitrah sebagai manusia biasa. Tujuan garis panduan ini dibuat bukan untuk menyekat seseorang itu sesuka hati. Ada hikmah disebalik pensyariatan yang ditetapkan Allah SWT.

Sememangnya, berwangi-wangian dan bercantik-hias ini adalah sangat dituntut dalam Islam tertama dalam mengerjakan ibadah, kerana Allah itu cantik dan suka akan kecantikan. Hal ini bersesuaian dengan maksud surah Al-A'raaf, ayat yang ke-31:

"Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan solat), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas."

Terdapat beberapa hukum tentang wanita memakai minyak wangi iaitu wajib, harus, sunat, makruh dan haram.

Wajib

Bila wanita itu diwajibkan memakai wangian? Bilamana si suami menyuruh si isteri memakai wangian. Maka, dengan perintah si suami, hukum berwangian bagi wanita ketika itu adalah wajib

Harus

Seorang wanita harus memakai wangi-wangian ketika berada di dalam rumah bersama suami. Selain daripada itu, adalah tidak diharuskan sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

"Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu..." (Riwayat an-Nasa'is dari Abu Hurairah)
Sunat

Bila seorang wanita itu disunatkan memakai wangi-wangian? Sunat seorang wanita itu memakai wangian ketika di rumah, ingin beribadah di rumah, melayan tetamu sesama wanita. 

Wanita juga disunatkan memakai wangian sebelum melakukan ihram. Aisyah r.a berkata,
"Kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah s.a.w. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah s..aw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi s.a.w tidak melarang)" (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Makruh

Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulama dan terdapat penjelasan dalam bab puasa.

Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alasan ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan "makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa". Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.

Haram

Wanita yang memakai wangian ketika dikhalayak ramai, luar rumah hukumnya adalah Haram. Sabda Baginda SAW :
"Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina" (Abu Dawud, Tirmidzi)
Hadis di atas memberi perumpamaan seorang wanita yang mengenakan wangian yang melintasi khhalayak ramai adalah seperti penzina.

Ustaz Azhar Idrus
Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur "Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa Allah s.w.t tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi......" (Abu Daud, An-Nasaie, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)



Ahad, 11 November 2012

Hadith berkenaan Pemerintah

Tiada ulasan :
Hari ni saya nak kongsikan kepada pembaca belog saya hadith berkenaan Pemerintah. Pakat share-share lah. Moga bermanfaat.

Hadith 1
Daripada Aishah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda dalam rumahku ini, Ya Allah, sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, kemudian ia melakukan kezaliman ke atas mereka, maka kembalikan kezaliman itu ke atas mereka. Sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, dengan menunjukkan kasih sayang kepada mereka, maka kasihilah orang tersebut.
(HR Muslim)
 Hadith 2
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum karabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai.
(HR Muslim)
Hadith 3 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah akan menduduki beberapa mimbar yang diperbuat daripada cahaya. Mereka ialah orang-orang yang berlaku adil di dalam pemerintahan, ke atas keluarga dan apa-apa yang ditadbir oleh mereka.
(HR Muslim)
Hadith 4 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah!, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.
(HR Abu Daud dan Ibnu Majah)
Hadith 5 
Dari Ibnu Abbas r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda:Jika diberikan kepada manusia apa sahaja yang didakwa oleh mereka tentunya akan mendakwa beberapa orang lelaki akan harta suatu kaum dan darah mereka tetapi (dalam hal ini diperlukan) saksi atas orang yang mendakwa dan sumpah atas (orang) yang engkar (yang terdakwa).
(HR al-Baihaqi)
Hadith 6 
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Sesiapa yang menjalankan pemerintahan mengenai urusan umat Islam tanpa menghiraukan kemiskinan,keperluan,kefakiran dan hajat mereka, nescaya Allah akan membiarkannya pada hari kiamat tanpa menghiraukan kemiskinannya, keperluannya, hajatnya dan kefakirannya.
(HR Abu Dawud)

Rabu, 31 Oktober 2012

Jangan Menghampiri Zina

1 ulasan :

Allah berfirman :
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Surah Al-Isra' Ayat 32)

Rasulullah SAW telah bersabda:
“Tidak dihalalkan bagi lelaki dan wanita unuk berdua-duaan sebab pihak yang ketiga adalah syaitan, kecuali (disertai) mahram”. (H.R Ahmad, Bukhari, Muslim dari Amir bin Rabi’ah)

Rasulullah saw bersabda:
“Zina kedua mata adalah melihat, zina kedua telinga adalah mendengar, zina tangan adalah memukul, zina kaki adalah berjalan, serta zina hati adalah bernafsu dan berangan-angan, yang semuanya itu dibuktikan oleh kemaluannya.” [HR Bukhari & Muslim]


Ahad, 5 Ogos 2012

Jadi Weblogger Professional

5 ulasan :
Bismillah.
Entry kali ni, saya nak share kengkawan, ttg blog ohsem lagi professional. Ehe, blog ni bukan dan takkan lah kot jadi blogger professional. Mana taknya, ayat masih terabur, bahasa kurang cool, design template pon kurang lagi. InsyaAllah, saya cuba menjadi blogger yang professional. menjadi blogger professional ni tak semestinya terkenal oleh seluruh pelusuk nusantara dan asia tenggara. Tak Perlu! Apa yang paling Penting neh?
Perkara yang paling penting dalam kita berblog ialah niat kita. Itu sebabnya Imam An-Nawawi dalam dua kitabnya kalau tak silap (kalau silap tegur di ruangan komen okayh) meletakkan satu hadis Nabi SAW yang sangat terkenal.

"Sesungguhnya amalan itu bergantung kepada niat...."
Ha, besar dah ni, kalau tak nmpak gak, kene pakai spec mata dua lapis. Segala amalan mestilah dengan niat yang baik. Apa tujuan kita berblog?InsyaAllah, set kan balik minda kita. 
"Aku Berblogging kerana Allah Taala"
Sebab apa saya beriya sangat suruh orang niat berblog kerana Allah? yelah, supaya tulisan kita di blog tak menjadi sia-sia, malah boleh main saham-saham kat akhirat naa. banyak yang kita share di blog, insyaAllah, Allah maha Kaya. yang penting niat. Hehe

Sebenarnya, sebelum-sebelum ni, saya pernah blogwalking. Tapi dah lepas, maknanya past tense la kan? BLOGWALKED. kui kui.

Antara blog yang selalu saya usha-mengusha ialah blog angelpakaigucci. Serius blog ni memang ohsem. blog ni dipercayai seorang ikhwan dalam IKRAM. Saya pun kurang jelas sangat tentang ini. Cuma apa yang pasti, tulisan dalam blog beliau membuatkan daku jatuh cinta dengan ayat-ayat cinta nya. Ahak. Serius tak bosan.

Semasa saya explore-explore di blog tu, saya terbaca di chatbox anggelpakaigucci. Dia tawarkan sedikit tutorial blog untuk panduan si angelpakaigucci. Maka,saya pon klik dan terus ke laman blog si penegur itu. Nama blog itu USYAHIDU™.

Oh Tidak!! Kenapa bahasa-bahasa mereka sgt gempak ni? Kadang-kadang baca tulisan mereka, terasa kepala ini diketuk-ketuk dengan kuat. Sebab nasihat-nasihat dlm blog itu sgt terkena atas kepala saya. Maka, mengalir air mata ini laju-selaju-lajunya.
 
Eh kawan-kawan. kata-kata atas ni cuma baru pendahuluan. Hehe. Point pentingnya ialah kata-kata how to be a professional weblogger?


Dengan lafaz bismillah, saya copy ayat ni dari blog USYAHIDU™.

Khamis, 2 Ogos 2012

Tutorial buat text 3D di Photoshop

2 ulasan :
Tutorial di aplikasi terkenal, Photoshop. Hari ni, terasa rajin nak update pasal Tutorial tentang cara bagaimana nak buat tulisan 3D guna photoshop. Lepas ni, bolehlah buat header yang superb untuk blog masing-masing ehh.
Step 1
pilih new seperti dalam rajah bawah
kemudian, pilih la saiz gambar ikut kesesuaian dengan selera anda.. Tekan ok.

Step 2
Kemudian, pilih text tool, tulislah apa yang anda mahukan, saya pilih 'budumasham' sempena nama blog saya. Ikut font kesukaan anda, dan warna ikut selera tekak anda. Lihat rajah bawah.
pastikan juga saiz tulisan agak besar, kalau nak kecil pon tak hal.

Step3
duplicate layer text budumasham tuh. right klik pada layer asal budumasham, pilih dulicate layer ATAU tekan ctrl+J. Lihat rajah bawah.
so, layer yg di duplicate tu automatik akan diberi nama 'budumasham copy'

Step 4
Pada layer copy tadi, klik pada simbol fx bawah tu, pilih gradient overlay

Step5
Bila dah klik pada gradient overlay, akan keluar satu pop-up, untuk setting corak dalam tulisan budumasham tadi. Klik warna hitam pada pop-up tadi, spt dalam rajah anak panah berwarna merah. Kemudian, keluar satu lagi pop-up untuk setting pattern dan colour. Pilih warna kesukaan anda pada anak panah hitam dalam rajah bawah, kemudian boleh adjust corak atau pattern pada anak panah biru. Agak-agak kalau dah berpuas hati dengan kehendak dan cita rasa, boleh terus tekan ok pada kedua-dua pop-up tadi.

Ini hasilnya.

Step 6
Klik pada layer asal budumasham tadi, (lihat rajah bawah), kemudian pilih pula move tool pada bulatan rajah di bawah.
Kemudian, drag/bawa layer tu ikut suka. ok? Saya nak pilih ke bawah. lihat rajah seterusnya.

Step7
Lihat hasilnya setelah drag tadi. Kemudian klik pada new layer spt rajah bawah.

Step8
Pilih polygonal Lasso Tool dan pilih juga add to selection seperti rajah bawah.

Step 9
Zoom dulu gambar anda itu dengan tekan (CTRL + +). Kemudian dengan Lasso Tool tu, buat bentuk menghubungkan layer 'budumasham' dgn layer 'budumasham copy'. Tengok Rajah bawah.

Step 10
Pilih Paint Bucket Tool. Klik pada kawasan selection gune lasso yang tadi. Hasilnya akan jadi gambar seterusnya
Ini hasilnya
Kemudian, tekan CTRL+D untuk hilangkan selection


Step 11
Klik pada layer asal, iaitu layer 'budumasham'. Right click pada layer itu, pilih resterize type. 
Step 12
Selepas anda rasterize type tu, Select dua layer(layer1 dengan budumasham) dengan tekan CTRL+ Layer1 + budumasham. Kemudian right clik pada dua selection tadi, pilih merge layers. Proses gabung layer.
Dua layer ini akan bergabung menjadi satu layer sahaja.

Step 13
Seterusnya, nak letak gradient. Supaya bayang-bayang tulisan biar nmpak lebih 3D. Caranya sama macam awal tadi. Pada layer 1 yang telah di merge tu, tekan simbol fx bawah tu. Pilih gradient Overlay dan try adjust color dan patter gradient.

Jadi akhir projeknya seperti ini. :D





Selamat mencuba !!

Ahad, 29 Julai 2012

Nasihat Dr. Zaharuddin kepada wanita yg suka menonjolkan auratnya

Tiada ulasan :
Sebelum tu, saya nak bertanya, Sudahkah anda memiliki buku karangan Dr. Zaharuddin bin Abdul Rahman yang berjudul "LEDAKAN FACEBOOK ANTARA PAHALA & DOSA"? Beruntung bagi sesiapa yg sudah memilikinya.


Hobi aku antaranya ialah membaca, suatu malam, ketika seronok membaca buku ini, tersedak dengan kata-kata Dr. Zaharuddin di segmen status facebook terpilih. Status itu berbunyi :
Wanita yang pakaiannya menonjolkan bentuk payudara dan punggungnya (kerana baju sempit) itu sama seperti seorang lelaki berjalan di khalayak ramai dengan kemaluannya sedang terlihat jelas pada seluarnya. Namun, tiada lelaki berbuat demikian. Penonjolan itu seperti sedang berkata kepada orang awam yang melihat "Cantik dan besar ataupun tidak payudaraku, punggungku?"
Ia nampak lucah bukan? Tapi itulah realiti dan hakikatnya. Kadang-kadang diri ini tertanya, tak malu ke tayang aib tu? Simpan-simpan la, buat tayang kepada orang yang sah ditayang. Kesianlah terhadap kami ini kaum lelaki, kami manusia biasa, bukan nabi. Ramai lagi lelaki yang kurang 'mampu' mengawal nafsu.

Ni gambar ori.
Klik gambar untuk besarkan
Apa pun, selamat beramal kawan-kawan. Jangan lupa follow my twitter : https://twitter.com/SafIbnRahman

Khamis, 15 Disember 2011

Sahabat Sejati

Tiada ulasan :
Secara fitrahnya, seseorang manusia itu saling memerlukan antara satu sama lain. Orang yang sentiasa bersama kita tak mengira apa pun keadaan dan situasi kita waktu itu di samping menjadi kekuatan untuk kita terus bersemangat berjalan atas bumi  ini dinamakan sahabat sejati. Sahabat sejati juga berperanan mempengaruhi semangat, pemikiran, perangai, akhlak dan sebagainya. 

Cukup besar peranan Sahabat sejati. Jadi pesanan untuk diri sendiri dan kawan-kawan, pilihlah kawan yang boleh membantu kita mengapai kejayaan. Sahabat yang baik bukan saja bersama kita dikala kita dalam kegembiraan, tapi setia dengan kita dikala kesusahan dan kesedihan.



Ciri-ciri sahabat sejati :
  • Tak jemu menasihati kita kearah kebaikan
  • Memberi kata-kata semangat, motivasi dan kata-kata perangsang.
  • Membantu kita dikala susah,
  • Sentiasa mendoakan kita kearah kejayaan
  • Membimbing kita kearah kebaikan
  • Menegah kita dari kemaksiatan

p/s : lame bebeno xupdate blog..pesanan ringkas ini khas untuk semua sahabat2 :D

Isnin, 22 Ogos 2011

Youtube Channel template

Tiada ulasan :
Seperti yang telah aku sebutkn dalam page gitarkapok202, aku nak share secara ringkas je bagaimana nak edit atau melawakan background youtube channel.

software yang diperlukan ialah photoshop any version

Klik gambar untuk besarkan

Step pertama : download template youtube dulu. klik sini
dah download? beres da..then korang boleh edit gamba yang korang download tu dengan software Photoshop any version.


Step Kedua : extract file zip yg korang download tu. Gambar yang korang download tu akan menunjukkan seperti bawah ni



ok..nampak kan macam youtube template?? ok bereh. skang korang boleh edit gmba atas ni dengan PS anyversion..xkesahlah nak edit yang macamana, nak colorful ke, nak drop shadow, outer glow or bagai2 lagi la ikut kreatif korang. Korang boleh tengok hasil yang aku dah buat kat Channel Gitarkapok202..Smart x?hehe

ok..kalau ikut format yang aku edit..
aku buang layer yg aku tandekn warne kuning.. spt dibawah



hanya yang tinggal ini..


pastu klik gradient tool, (berwarne kuning)
 pastu pilih la warne yang korang rase menarik..pastu dengan gradient tool tu..korang buat satu garisan lurus ke bawah pada backgroud layer

then..korang tulis la ape yang korang nak tulis..contohnya "design by " or ape2 jelah..

ok..pastu pndai-pndailah korang edit ye..da siap..save pic as JPEG..then korang boleh upload gmba ni ke channel korang..pastu korang boleh la, tukar transparent backgroud tu..pandai-pandai la ek..haha

ni tutorial paling malas..apa-apa hal..sila tinggalkan komen :D


Khamis, 18 Ogos 2011

Senyum

Tiada ulasan :
Dalam kamus google, senyum dalam bahasa English ialah Smile. (ntah la, aku main translate je). So, entry aku ni berkisarkan kisah atau pengalaman. Tapi sebelum tu, aku nak share sikit kata-kata motivasi dari pakar motivasi.

Senyum dapat menambahkan kesihatan fizikal dan mental kepada diri sendiri dan juga orang yang menerima senyuman. Orang sekeliling akan rasa terhibur dan bahagia bila diri mereka terima senyuman. Ibaratnya, senyuman ni sebagai penawar hati. malah, pendengki pon tak sanggup nak mendengki orang yang suke senyum ni - sumber Dr. Safwan Al-Kachak, anggota gitarkapok202 yang lembut-lembut

Sirah Nabi pon ada menceritakan bahawa nabi xpernah bermasam muka. Contohnya, Nabi junjungan besar, Muhammad S.A.W yang biase kite dengar, nabi dilempar najis ketika keluar rumah oleh seorang pembenci nabi. Tapi baginda ada buat muka benci? Baginda senyum je tau! sampaikan pencaci nabi tu heran. "kenapa aku baling najis, dia makin senyum pulak?"

ok..ni kisah aku pulak!
ni kisah mase aku tingkatan 5, ada seorang ustazah ni, . Ustazah . Ape yang bestnye?

Ceh, aku kan nak cite pasal senyum, so, ape yang ada dengan ustazah ni ialah, mukanya sentiasa senyum..

Kelas bising--> ustazah senyum, tegur dengan senyuman
Banyak kerja--> tetap tersenyum
Mengajar dalam keadaan mengandung--> senyum..
Aku buat masalah kat skolah--> bagi kaunseling kat aku dalam keadaan senyum
aargh..sentiasa senyumlah, kami kawan-kawan tak pernah nampak beliau muke monyok, masam, muka marah.

Biasanya, watak seseorang tu, akan terserlah dengan menghadap orang yang biasa dia jumpa. Apakah mksud ayat ni? ok..senang skit la kan. Kalau seseorang tu suke buat muka garang dengan anak-anak muridnya, soo, biasanya kat rumah pun akan garang bila jumpa dengan suami atau anak-anak. yeah, itu adalah salah satu statistik yang telah aku jalankan. dan ianya tepat.

Masih tak nampak? baik, contoh lainnya, jika kita dalam keadaan marah, mungkin sebab tak siap assaignment la sbgai contohnya. kemudian ada kawan yang suke menyibuk datang kt korang tanye itu ini, then awak pun melentinglah kat kawan tu. melenting pun jenis yang sungguh-sungguh! amboi, so perangai mamat ni lazimnya sama je bila jumpa adik-adik, mama papa, kengkawan etc semua dalam keadaan moody. Fuhh, bak kata awie "anoyying gile"


So, nasihat aku kepada yang sedih-sedih, marah-marah, moody, tanamkanlah sikap murah dengan senyuman, baru ramai yang dekat dengan kita. Nasihat untuk diri sendiri juga :D

Jumaat, 5 Ogos 2011

Youtube!

Tiada ulasan :
Ramai yang suka berBLOGGING. Ya, aku pasti!
Cuma tak ramai yang ada Youtube Account. Apa yang menariknya dgn Youtube Account?


Best ke? Boleh kenyang ke?
Post kali ni nak share kat kawan-kawan apa kelebihan Youtube Account.
Youtube Account, aku boleh bahagikan kepada 2 bahagian, sebelum tu, apa kelebihan akaun Youtube ni?
  • boleh 'like' video yang korang rase berminat dengan video tu
  • boleh lebelkan video yang korang MINAT GILE ke dalam video FAVORITE korang, then boleh la tgok lagi bila-bila masa korang nak.
  • boleh komen, apa yang korang rasa dengan video yang korang tengok, tak kesahlah nak komen buruk ke baik ke..hak koranglah!
  • boleh subscribe channel-channel yang korang anggap menarik. So, bila akaun tu korang subscribe, boleh taulah apa video baru yang telah diupload.
  • boleh tambah kawan, dengan add channel korang minat tu sbagai kawan, then borak-borak la ape yang patot, itu pon kalau ada respond la :D
  • boleh upload video, ikut suka koranglah, kalau ada video yang menarik untuk dikongsikan dalam youtube, boleh lah upload.

FIRST, youtube account yang minat VLOGGING/ buat video or bla bla. katogori ni, dikira advance la sikit, sebab korang boleh berBLOGGING dalam bentuk VIDEO. itu cukup MENARIK! So, adakalanya, kalau nak luahkan apa yang korang rasa, boleh luahkan dalam bentuk video, cuma kenelah ada syarat-syaratnya. Syarat utama ialah, video yang korang buat mestilah menarik, barulah orang suka nak tengok video tu, tapi kalo ANNOYING, maka ANNOYING lah jawabnya!

SECOND, orang yang buat account semate untuk like video, komen, lebelkan favorite dan macam-macam lagi, bagi aku, katogori ni adalah lebih bagus daripada yang tak ada account youtube, haha. Sebab, orang yang tak de account youtube, aktivitinya terhad dalam laman web video tu, nak komen video xboleh, nak like xboleh, mcm.....eerr..mcm nothing la..adus


so, nak ceritanya sekarang, keje aku bukan setakat berBLOGGING, tapi aku juga minat berVLOGGING.
Bagi semua para follower aku or para pengunjung yang datang blog ni yang ada minat bervlogging or just minat usha2 video kat youtube, bolehlah singgah ke channel aku

korang yang datang melawat channel aku ni bolehlah subscribe. so, bile aku upload je video baru, boleh tahu la :P


Isnin, 11 Julai 2011

Belajar Adobe After Effect dan Adobe Premiere.

Tiada ulasan :
Sejak akhir-akhir ni, minat aku dalam seni pengambaran makin menjadi-jadi..haha. Antara hasilnya, sudah pon aku post kat entry sebelum ni. So, aku nak share sikit blog-blog atau website yang berguna menyediakan sessi tutorial bagi mereka yang ingin belajar edit-edit video khususnye pengguna Adobe After Effect dan Adobe Premiere.

Seperti yang kita tau 2 software ini iaitu Adobe After Effect(AE) dan Adobe Premier merupakan software terbaik untuk edit video. Walaupun ada jugak software lain seperti sony vegas, imovie dan sebagainya, namun apa yang pasti rujukan untuk 2 software yang aku nyatakan diatas lebih banyak.
Bagi korang yang bekerja dalam bidang pengiklanan, filem, dan sewaktu dengan edit2 video ni, walaupun HARGA software ini agak berat, namun ianya memang berbaloi. Sebab, kebanyakkan industri perfileman menggunakan software ini. Setakat ni, aku tak nampak sangat di Malaysia, tetapi dibarat, kebanyakkan video editor mereka menggunakan software ini dengan plugin2 tertentu.


Okeh, let me show beberapa laman web yang menyediakan tutorial untuk menguasai 2 software ini:

Sangat excited dengan website ni, beri penjelasan yang perinci dari mereka yang beginner sehingga yang advanced, cumenye, kalau nak download video tutorial, mesti kene ade IDM, kalau xde, kene tengok tutorial tu secara online lah..huhuu

Website ni pon ok..not bad, lengkap dengan tutorial AE

Website ni juga menyediakan tutorial. Korang boleh gak carik plug-in terkini untuk AE di website ni. Website ni, korang boleh tengok video tutorial secara online atau download video tutorial, tu yang best tu, bila dah download, bile2 mase kite boleh tengok

website ni ok gak, selain AE dalam mase yg same, korang boleh gak dapatkan tutorial Photoshop. Gempak!

Terbaik. Website ni sediakan tutorial motion2 yang menarik. Cumanya, kalau nak video yang advanced dalam website ni, terhad kepada ahli premium members aje. Kene tengok video secara online sahaja. Melainkan korang ade IDM, boleh la download video tutorial tuh


Ini pun salah satu website yang boleh dibuat rujukan untuk AE

Lebih kurang seperti blog2 diatas jugak. Cuma lebih banyak tutorial2 lain yang berkaitan dengan motion dan graphic design.

Boleh tahan blog ni. Walaupun simple tetapi penuh dengan tutorial yang best2. Tak jauh dari ciri2 blog lain, blog ini juga memiliki tutorialnya sendiri.


Antara Lainnya, tutorial korang boleh carik sendiri di Youtube atau vimeo. Sekian, ada apa-apa pertanyaan, boleh je bertanya..jangan malu jangan segan..huhuu