Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Isnin, 22 Ogos 2011

Youtube Channel template

Tiada ulasan :
Seperti yang telah aku sebutkn dalam page gitarkapok202, aku nak share secara ringkas je bagaimana nak edit atau melawakan background youtube channel.

software yang diperlukan ialah photoshop any version

Klik gambar untuk besarkan

Step pertama : download template youtube dulu. klik sini
dah download? beres da..then korang boleh edit gamba yang korang download tu dengan software Photoshop any version.


Step Kedua : extract file zip yg korang download tu. Gambar yang korang download tu akan menunjukkan seperti bawah ni



ok..nampak kan macam youtube template?? ok bereh. skang korang boleh edit gmba atas ni dengan PS anyversion..xkesahlah nak edit yang macamana, nak colorful ke, nak drop shadow, outer glow or bagai2 lagi la ikut kreatif korang. Korang boleh tengok hasil yang aku dah buat kat Channel Gitarkapok202..Smart x?hehe

ok..kalau ikut format yang aku edit..
aku buang layer yg aku tandekn warne kuning.. spt dibawah



hanya yang tinggal ini..


pastu klik gradient tool, (berwarne kuning)
 pastu pilih la warne yang korang rase menarik..pastu dengan gradient tool tu..korang buat satu garisan lurus ke bawah pada backgroud layer

then..korang tulis la ape yang korang nak tulis..contohnya "design by " or ape2 jelah..

ok..pastu pndai-pndailah korang edit ye..da siap..save pic as JPEG..then korang boleh upload gmba ni ke channel korang..pastu korang boleh la, tukar transparent backgroud tu..pandai-pandai la ek..haha

ni tutorial paling malas..apa-apa hal..sila tinggalkan komen :D


Khamis, 18 Ogos 2011

Senyum

Tiada ulasan :
Dalam kamus google, senyum dalam bahasa English ialah Smile. (ntah la, aku main translate je). So, entry aku ni berkisarkan kisah atau pengalaman. Tapi sebelum tu, aku nak share sikit kata-kata motivasi dari pakar motivasi.

Senyum dapat menambahkan kesihatan fizikal dan mental kepada diri sendiri dan juga orang yang menerima senyuman. Orang sekeliling akan rasa terhibur dan bahagia bila diri mereka terima senyuman. Ibaratnya, senyuman ni sebagai penawar hati. malah, pendengki pon tak sanggup nak mendengki orang yang suke senyum ni - sumber Dr. Safwan Al-Kachak, anggota gitarkapok202 yang lembut-lembut

Sirah Nabi pon ada menceritakan bahawa nabi xpernah bermasam muka. Contohnya, Nabi junjungan besar, Muhammad S.A.W yang biase kite dengar, nabi dilempar najis ketika keluar rumah oleh seorang pembenci nabi. Tapi baginda ada buat muka benci? Baginda senyum je tau! sampaikan pencaci nabi tu heran. "kenapa aku baling najis, dia makin senyum pulak?"

ok..ni kisah aku pulak!
ni kisah mase aku tingkatan 5, ada seorang ustazah ni, . Ustazah . Ape yang bestnye?

Ceh, aku kan nak cite pasal senyum, so, ape yang ada dengan ustazah ni ialah, mukanya sentiasa senyum..

Kelas bising--> ustazah senyum, tegur dengan senyuman
Banyak kerja--> tetap tersenyum
Mengajar dalam keadaan mengandung--> senyum..
Aku buat masalah kat skolah--> bagi kaunseling kat aku dalam keadaan senyum
aargh..sentiasa senyumlah, kami kawan-kawan tak pernah nampak beliau muke monyok, masam, muka marah.

Biasanya, watak seseorang tu, akan terserlah dengan menghadap orang yang biasa dia jumpa. Apakah mksud ayat ni? ok..senang skit la kan. Kalau seseorang tu suke buat muka garang dengan anak-anak muridnya, soo, biasanya kat rumah pun akan garang bila jumpa dengan suami atau anak-anak. yeah, itu adalah salah satu statistik yang telah aku jalankan. dan ianya tepat.

Masih tak nampak? baik, contoh lainnya, jika kita dalam keadaan marah, mungkin sebab tak siap assaignment la sbgai contohnya. kemudian ada kawan yang suke menyibuk datang kt korang tanye itu ini, then awak pun melentinglah kat kawan tu. melenting pun jenis yang sungguh-sungguh! amboi, so perangai mamat ni lazimnya sama je bila jumpa adik-adik, mama papa, kengkawan etc semua dalam keadaan moody. Fuhh, bak kata awie "anoyying gile"


So, nasihat aku kepada yang sedih-sedih, marah-marah, moody, tanamkanlah sikap murah dengan senyuman, baru ramai yang dekat dengan kita. Nasihat untuk diri sendiri juga :D

Rabu, 10 Ogos 2011

Pergi

Tiada ulasan :
Pergi - Aizat

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia




Ahad, 7 Ogos 2011

Gitarkapok202

Tiada ulasan :
Gitarkapok202



Apakah
Gitar kapok ialah satu kumpulan vlogger berkonsepkan nasihat, jenaka dan petua-petua. Gitarkapok202 terdiri daripada 2 orang pelakon, iaitu Saf dan Awie.

Kenapakah 'Gitarkapok202'?
Dikatakan kumpulan ini, bukanlah terdiri daripada yang pandai main gitar. Cumanya, dinamakan gitarkapok iailah sebagai Trademark kumpulan ini. 202 pula, menunjukkan nombor yang tiada kaitan langsung dalam penubuhan ni :)

Sejarah Ringkas
Sifat hobi dan minat bervlogging pada diri masing-masing dua kepala ahli gitarkapok202 ni, Saf dan Awie bersetuju membuat satu prinsip, iaitu men-publishkan video nasihat atau jenaka kepada semua. Sama seperti konsep-konsep vlogger-vlogger yang lain seperti MentolPecah, Maccaboyz91, Shahrincool, Matluthfi90 dan ramai lagi.

aiceh, dah siap da beberapa video untuk sajian korang. haha, letihlah guna bahase formal. 

Korang boleh usha2 gitarkapok202 dgn klik gambar gitar diatas!


Like Gitarkapok202 FB page.. klik sini

Jumaat, 5 Ogos 2011

Youtube!

Tiada ulasan :
Ramai yang suka berBLOGGING. Ya, aku pasti!
Cuma tak ramai yang ada Youtube Account. Apa yang menariknya dgn Youtube Account?


Best ke? Boleh kenyang ke?
Post kali ni nak share kat kawan-kawan apa kelebihan Youtube Account.
Youtube Account, aku boleh bahagikan kepada 2 bahagian, sebelum tu, apa kelebihan akaun Youtube ni?
  • boleh 'like' video yang korang rase berminat dengan video tu
  • boleh lebelkan video yang korang MINAT GILE ke dalam video FAVORITE korang, then boleh la tgok lagi bila-bila masa korang nak.
  • boleh komen, apa yang korang rasa dengan video yang korang tengok, tak kesahlah nak komen buruk ke baik ke..hak koranglah!
  • boleh subscribe channel-channel yang korang anggap menarik. So, bila akaun tu korang subscribe, boleh taulah apa video baru yang telah diupload.
  • boleh tambah kawan, dengan add channel korang minat tu sbagai kawan, then borak-borak la ape yang patot, itu pon kalau ada respond la :D
  • boleh upload video, ikut suka koranglah, kalau ada video yang menarik untuk dikongsikan dalam youtube, boleh lah upload.

FIRST, youtube account yang minat VLOGGING/ buat video or bla bla. katogori ni, dikira advance la sikit, sebab korang boleh berBLOGGING dalam bentuk VIDEO. itu cukup MENARIK! So, adakalanya, kalau nak luahkan apa yang korang rasa, boleh luahkan dalam bentuk video, cuma kenelah ada syarat-syaratnya. Syarat utama ialah, video yang korang buat mestilah menarik, barulah orang suka nak tengok video tu, tapi kalo ANNOYING, maka ANNOYING lah jawabnya!

SECOND, orang yang buat account semate untuk like video, komen, lebelkan favorite dan macam-macam lagi, bagi aku, katogori ni adalah lebih bagus daripada yang tak ada account youtube, haha. Sebab, orang yang tak de account youtube, aktivitinya terhad dalam laman web video tu, nak komen video xboleh, nak like xboleh, mcm.....eerr..mcm nothing la..adus


so, nak ceritanya sekarang, keje aku bukan setakat berBLOGGING, tapi aku juga minat berVLOGGING.
Bagi semua para follower aku or para pengunjung yang datang blog ni yang ada minat bervlogging or just minat usha2 video kat youtube, bolehlah singgah ke channel aku

korang yang datang melawat channel aku ni bolehlah subscribe. so, bile aku upload je video baru, boleh tahu la :P


Rabu, 3 Ogos 2011

hari yang ditunggu dah tiba

2 ulasan :
hah, hari yang ditunggu dah pon tiba, peh..tengah-tengah duit tengah kering ni, aku hanya mampu lihat bil p1 ni dengan mata yang hampir berlinangan..haha..jiwang la pulak.


ape pon aku cube untuk langsaikan hutang p1 ni, baru bisnes boleh jalan..haha
TQ la P1!!

Selasa, 2 Ogos 2011

Nota ringkas ttg puasa

Tiada ulasan :
Selamat Menyambut Ramadhan Karim!

Lama dah blog ni xdisentuh, akibat kekeringan idea, kesibukan membuka gerai bazar Ramadhan dan Tumpu pelajaran (bajet je).

So, buah fikiran untuk entry kali ni, takdelah menarik mane, cuma aku nak ulang je entry pasal puasa aku tahun lepas, iaitu entry yang berjudul Puasa dari sudut Saintifik. Actually, entry aku sebelum ni bukanlah cerita pasal puasa pada saintifik secara keseluruhan, tapi cuma ringkasan jelah.

Idea ni aku ceduk sikit daripada sebuah buku yang amat menarik isinya, buku tu berjudul "SYOKNYA BERPUASA"


Sedikit Pengenalan
hipotalamus - (nama saintifik) bertindak balas dengan glikogen di dalam darah. Hipotalamus terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Lateral Hypothalamus(Pusat Lapar) dan Ventromedial Hypothalamus Nucleus (Pusat Kenyang).  Apabila kandungan glikogen rendah, pusat lapar akan memerintahkan tubuh untuk makan dan apabila kandungan glikogen tadi sudah tinggi, pusat kenyang menyuruh tubuh berhenti makan.


sistem pencernaan semasa kita berpuasa

Apabila Hipotalamus memerintahkan tubuh untuk makan tetapi kita berpuasa, otak akan menghidupkan program autolisis sebagai pengganti sumber tenaga. Apabila program ini aktif, seluruh bahagian tubuh menyampaikan laporan kpd bahagian tubuh yg mempunyai lemak. Selepas mendapat laporan bahawa terdapat lemak, program ini memburu lemak dan segera mengubahnya menjadi sumber nutrien (ganti makanan) dan sumber tenaga. Kedua-dua sumber ini (sumber nutrien&tenaga), seterusnya diedarkan melalui darah. Dengan kandungan glikogen dalam darah yg mencukupi, hipotalamus tidak lagi memerintahkan tubuh untuk makan.  

 
Dalam otak, kita berniat puasa mulai dari Subuh hingga Maghrib. Dengan niat itu, apabila tiba hari siang, apabila hipotalamus mengesan kadar glikogen yg rendah dlm darah dan memberi perintah makan pada tubuh, otak segera mengambil alih tugas perintah itu. Otak mengarah kita supaya tidak makan kerana kita sedang berpuasa. Oleh kerana kadar glikogen dalam darah rendah dan kita tidak makan ataupun minum, otak memberi perintah bagi menjalankan program autolisis. Apabila lapar tapi kita berniat berpuasa, kita dapat manfaat drpd proses autolisis dan detoksifikasi yg menyihatkan dan menyegarkan tubuh.


   Apabila kita tidak berniat puasa, semasa kita lapar dan hipotalamus memerintahkan diri untuk makan, otak tidak mengambil alih kerana kita tidak berniat puasa. Otak merestui dan membiarkan perintah hipotalamus itu. Kesannya seluruh tubuh organ pencernaan bersiap sedia:

  • mulut mula mengeluarkan air liur
  • limpa mengeluarkan asid
  • hati & pankreas mengeluarkan enzim pengurai
  • otot-otot usus melakukan pemanasan bagi proses penyerapan nutrien.
Apabila persiapan organ ini sudah berlaku, dan kita tidak makan, maka zat-zat kimia yang sudah disiapkan ini dapat merosakkan organ-organ pencernaan kita. perut terasa sakit dan kita boleh mendapat GASTRIK!!


Alhamdulillah, moga apa yang kita dapat hari ini, menjadi satu panduan dalam hidup sehari-hari :))

SELAMAT BERAMAL!!