Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Memaparkan catatan dengan label kawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kawan. Papar semua catatan

Rabu, 15 Oktober 2014

Biarlah Aku Mengembara

Tiada ulasan :
Kredit : syafiqahrahmat.blogspot.com

Biarkan aku mengembara..
Pengembaraan berseorang, memang tidak sepi dengan cabaran, kesedihan, keperitan.
Mengembara itu sifatnya asing, semisal seorang pelajar baru yang baru ditawarkan masuk universiti,
Semisal keluarga yang baru pindah ke rumah baru. Seasing orang yang tiada rumah untuk bertedung, 
bergelandangan di kaki-kaki lima.

Aku dicemuh, dihina, diejek, dipandang dengan pandangan yang tiada nilai dimata masyarakat.
Kerana aku ialah pengembara, dan aku hanya menumpang di bumi Tuhan.
Tiada seorang pon yang peduli, tiada seorang pon yang mendengar rintihan ini, tiada seorang pon yang memahami.

Dahulu, aku tidak sedar akan hakikat ini, bahawa aku seorang pengembara.
Lalu aku alpa dengan dunia yang penuh penipuan ini. Aku seorang yang jahil yang suka berfoya-foya.

Bergelumang dengan dosa noda godaan Iblis. Lalu aku ditakdirkan menjadi tetamu ar-Rahman. 
Aku berdoa sesungguhnya, aku menangis di hadapan Kaabah, agar aku kembali kepada fitrah.

Ternyata, Rahmat Tuhan itu maha luas, aku rasakan hidayah Allah itu mahal, tiada yang bernilai untuk aku jual hidayah ini dengan sesuatupun. Aku mengerah keringat untuk mempertahankannya. Bekerja keras untuk berusaha ke arah yang lebih baik, namun begitu, aku seorang manusia. 

Yang kadang-kadang terbabas jua dek kerana hasutan itu terlalu halus. Aku bukanlah seorang nabi yang bebas dari segala dosa. Disini, aku punya teman untuk bergelak tawa tatkala aku bergembira. Namun, segalanya hilang tatkala aku dirudum kegundahan.

Dikala aku sedar bahawa hakikat dunia ini hanyalah seorang pengembara, aku berusaha memperbaiki diri. Aku mula mencari-cari pembimbing untuk membimbing aku ke jalan yang lurus. Aku mula berjinak-jinak dengan ilmu, kerana aku sedar, seorang pengembara di lautan sahara tidak pernah puas dengan air, kerana kerongkong selalu kering. Manusia itu perlukan ilmu, sebagaimana pengembara memerlukan air untuk meneruskan perjalanan. Hanya dengan cara ini, aku dapat mengatasi liku-liku hidup.

Kawan itu musuh, dan begitu sebaliknya. Manusia yang pernah aku letakkan sepenuh kepercayaan, kini berubah menjadi orang yang paling kejam menikam aku dari belakang. Tujuan aku tidak lain, hanyalah untuk menyelamatkan semua teman-temanku dari bakaran api di hari yang tidak lagi berguna penyesalan. 

Aku sangkakan teman dapat menjadi tulang belakang dalam proses pengembaraan ini, namun aku sedar aku hanyalah seorang pengembara yang tidak sunyi dari ujian. Ujian sebesar ini, sedangkan air sungai yang tenang itu banyak buaya, hutan yang menghijau itu banyak makhluk buas. Inikan seorang teman berubah menjadi musuh ketat.

Aku tidak mengejar pujian ramai, keran aku punya prinsip. Dan sering kali prinsipku ini menjadi bahan mainan orang ramai. Aku dilabel jumud dan taasub, kerana berpegang dengan prinsip, aku tidak pernah mengagumi mana-mana sosok manusia didunia ini melainkan ikon pengembara yang paling tabah, Muhammad bin Abdullah al-Qurasyi. Aku hairan, mengapa aku dilabel sebegitu hebat. Taasub? Dengan siapa aku taasub, sedang tiada individu yang aku kagumi melainkan Muhammad ini?

Hidup ini penuh dengan keajaiban, cinta yang disemai lama, berubah menjadi sebuah kebencian dan dendam. 

Menyedari hakikat bahawa pengembara itu sifatnya asing, aku teringat dengan sabda Muhammad : 

بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا، وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا، فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ

Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan datang suatu hari juga dalam keadaan asing, maka beruntunglah bagi orang yang asing.

Aku nukilkan puisi ini, atas catatan seorang pengembara, mungkin pembacanya merasakan ini adalah puisi paling hodoh di dunia. Kerana aku seorang pengembara, yang sering diejek.

Aku tidak peduli semua itu, namun yang lebih mengundang kegundahan di hati ini, bila Tuhan tidak menerima aku sebagai tetamu-Nya di syurga nanti.

Hasil dari pemerhatian aku dan juga tunjuk ajar pembimbingku, aku mengenal perkara furu' dan khilafiyyah. Aku juga mengenal yang mana rajih dan marjuh dari pembacaan tulisan-tulisan para sarjana Islam yang tidak pernah lelah menyumbangkan sesuatu untuk ummat ini.

Namun, manusia itu memandang perkara khilaf itu sebagai satu alternatif untuk memenuhi kehendak hawa nafsu. Sekiranya tidak, aku pun lebih memilih hidup dengan muzik, kerana dulu aku adalah seorang tegar muzik hiphop. Namun, aku memilih pendapat yang ada roh sebagai hamba, hiburan yang paling indah adalah al-Quran. Sabda Muhammad itu jelas, bahawa muzik hanya membawa kepada kealpaan. 

Aku juga memerangi tabarruj, betapa ramai ustazah-ustazah diluar sana berbicara mengenai cinta, menyertai NGO Islam, berusrah tapi tewas bertabarruj. Kata-kata indah tetapi disaluti dengan noda syaitan. Benarlah bisikan Iblis itu halus. Seandainya pandangan para ulama ini ingin aku sesuaikan dengan nafsuku, nescaya aku lebih memilih untuk tidak berniqab bagi wanita, supaya aku dapat melihat keindahan wajah-wajah wanita. Jelas, ini hanyalah nafsu. Aku memilih untuk berniqab bagi wanita.

Aku tidak penah menganggap khilaf dalam perkara furu itu suatu malapetaka, tetapi aku menguruskan kekhilafan ini dengan panduan para ulama salaf al-Soleh, kerana mereka hidup lebih dahulu dari aku, dan merekalah lebih memahami al-Quran dan al-Hadith.

Ketahuilah para pemuda-pemudi sekalian, tiadalah gunanya engkau mengembara dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang dan lain-lain tetapi disini engkau hanya berfoya-foya, mencari-cari kesalahan orang yang mahu berubah, hidup penuh dengan senang-senang. bergelak tawa dengan kaum bukan sejenis, menghabiskan waktu dengan muzik, wanita bebas keluar menonjolkan diri dikhalayak. Aku menegah kalian, bukan kerana aku sempurna dalam segala hal, aku menegur kerana kasih dan sayangku terhadap kalian.

Namun, siapalah aku untuk menegur kalian. 




Pengembara yang hina.

Selasa, 30 Julai 2013

Jabatan Usuluddin UniSZa

Tiada ulasan :
LATAR BELAKANG
Jabatan Usuluddin adalah salah sebuah daripada enam (6) jabatan di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam yang diketuai oleh seorang Ketua Jabatan. Jabatan ini menawarkan dua program pengajian peringkat Ijazah iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin) dan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dengan Kaunseling Dengan Kepujian dan satu program pengajian peringkat Diploma iaitu Diploma Pengajian Islam (Usuluddin).
Di bawah jabatan ini, para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai persoalan dan isu-isu berkaitan dengan akidah,pemikiran Islam dan tasawuf. Ini bertepatan dengan matlamat program Usuluddin itu sendiri untuk melahirkan pelajar yang dapat memperkukuhkan keimanan mereka dan mampu menangani permasalahan masyarakat khususnya serta mengatasi kekeliruan minda apabila berhadapan dengan pemikiran yang menyeleweng dalam negara amnya. Selain itu, pelajar akan dimantapkan dengan beberapa lapangan disiplin ilmu melalui kurikulum dan ko-kurikulum bersepadu yang dirancang dari semasa ke semasa oleh pihak jabatan dan aktiviti-aktiviti dalam persatuan mahasiswa Usuluddin (PMUS). Seterusnya, jabatan ini akan sentiasa mengorak langkah untuk merealisasikan motto "Bersama Memartabatkan Usuluddin Ke Persada Dunia"

MOTTO
"Bersama Memartabatkan Usuluddin Ke Persada Dunia"

PROGRAM PENGAJIAN
1. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin) Dengan Kepujian
2. Ijazah Sarjana Muda (Usuluddin Dengan Kaunseling) Dengan Kepujian
3. Diploma Pengajian Islam (Usuluddin)

STRUKTUR PENAWARAN KURSUS
1. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin)

StatusBil.KodNama KursusJumlah KreditJum
Kursus
1UBA 3022Bahasa Arab2
2UBI 3012English For Communication I2
3UIU 3012Aqidah dan Akhlak2
4UBI 3022English For Communication II2
5UMW 3012Asas Pembudayaan Keusahawanan2
Kursus6UIT 3012Tamadun Islam dan Tamadun Asia2
Universiti7UIE 3012Hubungan Etnik2
8*** ****Ko Kurikulum I1
9UIU 3022Fiqh Islami2
10*** ****Ko Kurikulum II1
11*** ****Ko Kurikulum III1
12UIQ 3010Talaqqi al-QuranAudit
19
1IUF 3012Tafsir I2
2ISF 3013Usul Fiqh3
3IQF 3002Ulum al-Quran2
4IQF 3012Hadis I2
5IQF 3032Ulum al-Hadis2
6TKF 3283Pengantar Teknologi Maklumat3
7IUF 3022Tafsir II2
Kursus8IQF 3022Hadis II2
Fakulti9IRF 3013Metodologi Penyelidikan3
10IQF 3041Hafalan al-Quran I1
11IBF 3012Bahasa Arab II2
12IIF 3012Bahasa Inggeris III2
13IBF 3022Bahasa Arab III2
14IIF 3022Bahasa Inggeris IV2
15IQF 3051Hafalan al-Quran II1
16ILF 4013Kemahiran Komunikasi3
17IRF 4043Latihan Ilmiah (Pengajian Islam)3
18IQF 4061Hafalan al-Quran III1
19*** ****Elektif Luar Fakulti2
20IXF 4996Latihan Industri6
46
1IUS 3013Kepercayaan Masyarakat Melayu3
2IUS 3023Aqidah II3
3IUS 3033Metodologi Pendalilan Ilmu Kalam I3
4IUS 3043Mantiq Kelasik3
5IUS 3053Falsafah Islam3
6IUS 3063Metodologi Pendalilan Ilmu Kalam II3
7IUS 3073Mantiq Moden3
Kursus8IUS 3083Falsafah YunanI3
Program9IUS 3093Kajian Teks Aqidah I3
10IUS 4103Falsafah Akhlak3
11IUS 4113Haqa’iq Tasawwuf I3
12IUS 4123Perbandingan Agama dan Mazhab3
13IUS 4133Kajian Teks Aqidah II3
14ISS 4202Fiqh Semasa2
15IUS 4143Falsafah Moden3
16IUS 4153Haqa’iq Tasawwuf II3
17IUS 4163Tasawuf Perbandingan3
18IUS 4173Kajian Ajaran Sesat3
19ISS 4212Fiqh Perbandingan2
55
Kursus ElektifKursus Elektif44
Jam Kredit Setiap Semester124
Jumlah Jam Kredit124

Sabtu, 2 Oktober 2010

Islam membenarkan cinta

Tiada ulasan :
islam merupakan agama yang indah..bukan agama yg mengongkong. bukan agama yg sebarangan menghalang kebebasan naluri manusia...


aku dapat sebuah video dari teman sejatiku. semasa aku menonton video ini, mengalir air mataku.huu, sedih.. hayatilah video ini..



Ahad, 25 April 2010

aktiviti pagi ahad

4 ulasan :

yeaah.. aku agak senang dengan mood aku hari ni...bngun pagi selepas bertemu kekasihku,


 aku bersama family pergi ke komplex sukan. my parents mcam beselah..dorang nak jogging..aku ikot aje..rase cam malas nak jogging... aku jogging pon kejap2 je..yeah..pagi2 lg aku dah kesana dengan 2 jentera..haha.. ayahku membawa van niaga..yelah..selepas pergi pasar pagi Pandamaran, dia sudah berjanji dengan kitorang nak jogging..so, aku naek ngn kete mak aku...hbs je jogging aku ngn famili bekfes kt kedai kopi berdekatan..aku yg sedari td xhbs2 ngadap hanset..haha..bersms la tuh..tp bkan dgn kekasih..tp ngn member.. sorang membe ni kdang2 xphm keadaan aku..die tak paham yg aku kat lua...aku marah betul ngn die nih..sbb pe?


yelah slpas mkn aku ngn mak aku g tesco...pas g tesco..g JJ bkit tinggi..nak carik barang mak aku..aku pon temankan je lah...yang aku bengangnye..kwn yg sedang asyik bersms ni slalu buat aku tgelak sorg2..tu yg aku marah tu..dr tesco smpailah JJ..aku tgelak sorg2..dan kdua2 tmpt tu gak aku degn banggenye di usha dek orang...*dlm pkiran mereke..apahal dak ni tgelak sorg2?btol ke tak?* pastu aku geram aku pon soun la mmbe aku yg wat aku tgelak ni..die msih mmpu tgelak dgn sound aku tu..sbb die pon senasib ngn aku..hah..die dtgur ngn maknye...huh sme gak nseb aku ngn die..dan aku tulis entry ni pon atas permintaan die lah..




mule2 mmg aku brat hty nak tulis..sbb mende ni melibatkan maruah aku..haha..dan akhirnye aktiviti bersms pon berakhir sbb beteri hanset aku da 'kiok'... 



Jumaat, 23 April 2010

terima kasih!!!

2 ulasan :
“Slm,safwan tq sbb mnjd mmbe ku y t’beq antre y t’baeq..trims krne sudi m’mimpin sy dr troz hnyut..syukrn krn msih m’nyokong ktke sy buntu dgn sbrg p’simpngn..trime ksih krne sbr m’ngingtkn sy pd p’juangn kte sbgai khlifh NYA..trime ksih byk2”

Baru-baru ini aku dapat satu SMS dr seorang sahabat *afifah*.. aku amat terharu dgn kata2nya. Bg aku, kwn aku stakat ni, jarang yang sedar yg kita lahir di dunia ni hanya untuk beribadah kepada al-Khaliq, saling ingat-mengingatkan, saling tegur-menegur dalam hal-hal agama.
“Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku” – firman Allah


Aku amat bangga kalau semua kawn2ku sedar tentangnya. Malah tak jemu-jemu mengingatkan antara satu sama lain. Tapi sebaliknya kwn2 kbnyakkan berkongsi kgembiraan, kesedihan dan segala macam prasaan mereka sendiri. Ini bukan satu perkara yang salah, tapi persoalannya, berapa ramai yang bertanya, berkongsi maslah, kemusykilan tentang agama? Dalam kehidupan kita sehari-hari, hendaklah kita mengutamakan Agama sebagai no 1 dalam hidup, ketepikan segala macam yang tak berkenaan dalam hal agama. Ini tidaklah menyusahkan para penganut Islam, kerana Islam itu ad-Din, iaitu cara hidup, yang merangkumi segala aspek kehidupan sosial, politik, ekonomi, akhlak, pelajaran etc.

Jadi entry aku kali ni nak berkisarkan/nak beri sedikit ulasan tentang ko *afifah*. Dulu, aku disekolah SMIF, kau adalah seorang classmateku yang paling tal menonjol. Kau lah antara pendiam dikelas. Aku begitu paham perasaan ko dalam kelas itu. So, tak perlulah aku selitkan kat entry ni. Takut tsalah percaturan, silap hari bulan bala menimpa. aku tak banyak sangt bgaul dgn ko. Yelah..ko paham sendiri lah. Sekolah lama aku, mana ada kaum hawa.

Setelah kita melangkah keluar pada hari terakhir SPM di high skol Klang, aku sangat merindui suasana kelas, suasana gelak ketawa dengan kawan2, bgurau senda etc. aku baru mengenal, siapa engkau disebalik watak pendiam ko tu. Ko seorang yang sabar dan tabah dengan ujian. Aku rase kalau aku ditempat ko, aku mmg xboleh tahan. Tp ko mmg berbeza. Malah aku mula menyedari perubahan yang berlaku pada ko. Ko mula sedar dengan nilai agama. Malah pertuturan ko amat sopan sambil ko selitkan madah agama. Aku malu!..afifah..aku malu! Kenapa ko cakap aku adalah kwn yang trbaek antara yg terbaek? Aku tak layak menerima title tu. Aku masih bnyak kotor. Walau aku sedar sesuatu yang kotor itu, aku tetap melakukan kekotoran. Aku sangat beruntung dan rasa bersyukur kerana Allah mengurniakan sahabat macam ko yang selalu ingtkan aku dalam hal agama. So, mase aku taip entry ni, aku betol2 tgah sakit kepale, so, idea aku terbantut. Aku nak ucap banyk2 trima kasih kt ko afifah* aku doakan ko selalu bahagia dan hidup diberkati oleh-Nya.

          Dan kesmpatan ini aku nak ucap juga ribuan trima kasih kepada seorang sahabat lama aku kat sekolah Hafiz, *Ahmad Fathi*. Beliau jugak selalu menyumbangkan madah2 agama. Than to all may frens yang ingatkn aku tatkala aku tersesat. Maaf lah kalau anda yang tak tersenarai namanya kat entry aku nih..

          Dan aku nak amek kesempatan ni jugak nak menghargai jasa-jasa korang sebagai membe aku!!

1.      mushaimi hasif bin Mustafa[hafiz]
2.      siti nur farhana[hafiz]
3.      nur afifah ibrahim[SMIF]
4.      ahmad fathi[hafis]
5.      ezzatul khafawati[hafis]
6.      syuhada hashim[SMIF]
7.      ummul hasanah[SMIF]
8.      puteri zakiya(poozab)[hafis]
9.      nuur qaiyim[MDM]
10. hafis maeroh[hafis]
11.  huda Abdullah[SMIF]
12.  asyraf[SMIF]
13.  tc marini[my eng teacher][SMIF]
14.  fathi abau[SMIF]
15.  Iqbal afiq[SMIF]
16.  arif yassin[hafis]
17.  afifah imran[MDM]
18.  aliah nadhirah[MDM]
19.  asma hawa[MDM]
20. jamilah[MDM]

21.  fakruradzi[hafis]
22. Muhammad ismail[SMIF]

TERIMA KASIH atas sumbangan anda semua. Dan minta maaf kepada sumbangan mereka yang tidak tertulis namanya dalam senarai.