Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Selasa, 5 November 2013

Syubhat Bahawa Ibn Kathir Membenarkan Bertabarruk Kepada Mayat Ibn Taimiah (Part1)


Jawapan kepada syubhat bahawa Ibn Kathir membenarkan bertabarruk kepada mayat Ibn Taimiah oleh Syaikh Dr. 'Abd al-Qadir bin Muhammad al-Ghamidi (pensyarah 'aqidah di Ma'had al-Haram al-Makki, Makkah al-Mukarramah):



Petikan dari buku beliau "Jawab al-Shubahāt al-Mathārah Hawla Syaikh al-Islam Ibn Taimiah". 



Syubhat no. 33: Ibn Kathir membenarkan tabarruk kepada mayat Ibn Taimiah 

قال ابن كثير في ترجمته لشيخه ، ابن تيمية : ( توفي بقلعة دمشق بالقاعة التي كان محبوساً بها، وحضر جمع كثير إلى القلعة ، وأذن لهم في الدخول عليه ، وجلس جماعة عنده قبل الغسل وقرؤوا القرآن وتبركوا برؤيته وتقبيله ، ثم انصرفوا ، ثم حضر جماعة من النساء ففعلن مثل ذلك ثم انصرفن , وقد تضاعف اجتماع الناس على ما تقدم ذكره ، ثم تزايد الجمع إلى أن ضاقت الرحاب والأزقة والأسواق بأهلها ومن فيها ، ثم حمل بعد أن صلّي عليه على الرؤوس والأصابع ، وخرج النعش به من باب البريد , واشتد الزحام وعلت الأصوات بالبكاء والنحيب والترحم عليه والثناء والدعاء له , وأما الرجال فحُزروا بستين ألفاً إلى مائة ألف إلى أكثر من ذلك إلى مائتي ألف ، وشرب جماعة الماء الذي فضل من غسله ، واقتسم جماعة بقية السدر الذي غسل به ، ودفع في الخيط الذي كان فيه الزئبق الذي كان في عنقه بسبب القمل مائة وخمسون درهماً ، وقيل إن الطاقية التي كانت على رأسه دفع فيها خمسمائة درهماً. وحصل في الجنازة ضجيج وبكاء كثير ، وتضرع وختمت له ختمات كثيرة بالصالحية وبالبلد ، وتردد الناس إلى قبره أياماً كثيرة ليلاً ونهاراً يبيتون عنده واقتصروا على من يغسله ) البداية والنهاية .

Terjemahan: 

"Berkata Ibn Kathir dalam biografinya terhadap gurunya, Ibn Taimiah: (telah wafatnya beliau (Ibn Taimiah) di kubu Dimashq yang mana beliau dipenjarakan di dalamnya, Ramai orang hadir untuk menghadiri pengkebumiannya di kubu tersebut, mereka semua diizinkan masuk ke dalamnya, dan sekumpulan jemaah duduk di sisi jenazah sebelum jenazah dimandikan, dan mereka membaca al-Quran, mereka bertabarruk dengan cara melihat kepada jenazah dan menciumnya, kemudian mereka pun beransur pergi. Hadir pula satu jemaah dari golongan wanita, dan mereka pun turut melakukan perbuatan yang sama, dan kemudiannya mereka pun berlalu pergi...[hingga akhir petikan]"

Jawapan atas syubhat:

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله , وبعد , فابن كثير رحمه الله ينقل هذا عن العوام أو عن غيرهم , ولا يلزم من ذلك أنه يقرُّه , والظاهر أن ذاك المجتمع كثر فيه أثر الصوفية على العامة كما تدل عليه هذه القصص , لكن كون العامة يفعلون ذلك مع الشيخ يدل على تعظيمهم له , وهذا هو المراد من ذكر ابن كثير له , وإن كنا لا نقرهم على ما يخالف السنة النبوية على صاحبها أفضل الصلاة والسلام وأزكى التحية.

Terjemahan: 

"Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasul Allah, wa ba'd. Maka sesungguhnya Ibn Kathir menaqalkan cerita ini daripada orang-orang awam atau daripada selain mereka, dan ia tidak bermakna bahawa dia bersetuju dengannya. Dan adalah jelas bahawa masyarakat ketika itu, pengaruh sufi sangat kuat dan banyak ke atas orang-orang awam, sebagaimana yang ditunjukkan oleh cerita ini. Walau bagaimanapun, apabila orang-orang awam (yang jahil - pent) melakukan hal itu terhadap seseorang syaikh, ia menunjukkan bahawa mereka memuliakannya (sebagai bantahan kepada mereka yang menyesatkan dan merendahkan Ibn Taimiah – pent.). Dan inilah tujuan Ibn Kathir menyebut kisah ini (iaitu untuk menunjukkan bahawa Ibn Taimiah dimuliakan, bukan dihina atau direndahkan – pent.). Dan sebaliknya, kita tidak menyetujui mereka atas perbuatan mereka menyalahi sunnah Nabawiyyah ke atas yang empunya sunnah (iaitu Nabi) – sebaik-baik selawat dan salam dan semulia-mulia penghormatan ke atasnya" 

[Rujuk: Jawab al-Shubahāt al-Mathārah Hawla Syaikh al-Islam Ibn Taimiah, syubhat no. 33, halaman 60, Dr. 'Abd al-Qadir bin Muhammad al-Ghamidi (pensyarah 'aqidah di Ma'had al-Haram al-Makki, Makkah al-Mukarramah]


Via : Fathi Al-Sakandary

Tiada ulasan :