Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

Jumaat, 27 September 2013

Tan Sri Ust Azizan Abdul Razak dalam kenangan

Tiada ulasan :
Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya jualah kita kembali.

Pagi ini, jam 11:10 pagi, bertarikh 26 September 2013. Saya dikejutkan dengan berita pemergian insan yang banyak menabur jasa dalam dunia politik Malaysia tercinta. Kebetulan, pagi itu, pkul 11 tepat, saya berada di perpustakaan UniSZA, saya mendapati, kawan-kawan, Yb, dan orang-orang ternama melaporkan bahawa Ust Azizan telah pergi kembali menemui Sang Pencipta. 

Pemergian ini sedikit sebanyak memberi kesan dalam dunia politik Malaysia, khasnya di Kedah. Jasa beliau yang membangunkan KUIN, membanteras gerakan Syiah dan banyak lagi, disamping tidak dinafikan juga, ada beberapa kelemahan dibawah pemerintahan beliau. Semoga Allah mengampuni arwah Ust Azizan.

Setakat hari ini, ramai kawan-kawan facebook yang update ttg kematian Ust Azizan. Dilaporkan bahawa ramai yang mengiringi jenazah ketika upacara pengebumian dari rakyat marhaen sehinggalah berpangkat MB dan Bekas PM. MB Kedah dan bapanya Dr Mahathir yang turut hadir dlm majlis pengebumian. Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah juga tidak ketinggalan menziarahi.

Upacara Pengebumian, Turut hadir, Mat Sabu, Mukhriz, Dr Mathir Mohamad

Dr.Haron Din mengiringi jenazah

Dr Mahathir bersalaman dengan peminat-peminat beliau :D Jangan takut, orang PAS tak makan orang

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah



Akhir kata dari admin. Marilah sama-sama mendoakan agar arwah Ust Azizan diampuni segala dosanya, dan bersama dengan orang-orang yang soleh.

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

Isnin, 12 Ogos 2013

Tahniah Buat Dr. Zaharuddin

Tiada ulasan :
Diam-diam besi berkarat, diam-diam ubi berisi. Mungkin peribahasa ini sesuai untuk menggambarkan berita tentang khabar Dr.Zaharuddin Abd Rahman melangsungkan perkahwinannya dengan isteri ke-duanya dalam bulan Syawal. Allah. Tak tahu nak ucap apa yg selayaknya untuk Uzar. Tahniah Tahniah dan Tahniah buat idolaku Dr.Uzar. 

Credit : TV PRU13
Apa pon saya masih belum mendapat info ttg identiti wanita bertuah yang menjadi pilihan Dr.Uzar. Dan itu tak penting. Yang penting, kita harus berasa gembira dengan berita ini. Saudara kita gembira kita juga turut rasa gembira.

Doa saya buat Dr.Uzar, Moga perkahwinan ini diberkati, seterusnya menambah umat Nabi Muhammad, dan mendidik anak-zuriat menjadi anak yang soleh dan menjadi Ulama yang dapat membimbing ummah. Kullu'am wa antum biKheir.



P/S : Tahniah Uzar, dan aku masih membujang T_T

Rabu, 31 Julai 2013

Kini Ustaz Salman Ali pula Mencabar Abu Syafiq Berdebat!

Tiada ulasan :
Sebelum ini, telah saya tuliskan artikel  Ust. Salman Ali Sahut Cabaran Debat Dengan Abu Syafiq

Tepat jam 3:35 petang, 31 Julai 2013, kini ustaz Salman Ali pula mencabar ustaz pro-ahbash itu ke gelanggang debat. Dengan topik yang saya kira amat menarik. Iaitu mengenai kajian tulisan Abdullah al-harari Syaikh al-ahbash yang menuduh Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyyah sebagai sesat dalam kitabnya yang bertajuk :

المقالات السنيّة في كشف ضلالات أحمد بن تيميةّ

Menurut Ust Salman Ali, buku Sheikh Abdullah al-Harari ini dipenuhi dengan penyelewengan fakta dan segala macam jenayah ilmiyah. Jadi, ia menjadi tajuk perbincangan antara Ust Salman Ali dengan Abu Syafiq nanti.

Kita Nantikan! Jeng jeng jeeeng





Selasa, 30 Julai 2013

Jabatan Usuluddin UniSZa

Tiada ulasan :
LATAR BELAKANG
Jabatan Usuluddin adalah salah sebuah daripada enam (6) jabatan di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam yang diketuai oleh seorang Ketua Jabatan. Jabatan ini menawarkan dua program pengajian peringkat Ijazah iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin) dan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dengan Kaunseling Dengan Kepujian dan satu program pengajian peringkat Diploma iaitu Diploma Pengajian Islam (Usuluddin).
Di bawah jabatan ini, para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai persoalan dan isu-isu berkaitan dengan akidah,pemikiran Islam dan tasawuf. Ini bertepatan dengan matlamat program Usuluddin itu sendiri untuk melahirkan pelajar yang dapat memperkukuhkan keimanan mereka dan mampu menangani permasalahan masyarakat khususnya serta mengatasi kekeliruan minda apabila berhadapan dengan pemikiran yang menyeleweng dalam negara amnya. Selain itu, pelajar akan dimantapkan dengan beberapa lapangan disiplin ilmu melalui kurikulum dan ko-kurikulum bersepadu yang dirancang dari semasa ke semasa oleh pihak jabatan dan aktiviti-aktiviti dalam persatuan mahasiswa Usuluddin (PMUS). Seterusnya, jabatan ini akan sentiasa mengorak langkah untuk merealisasikan motto "Bersama Memartabatkan Usuluddin Ke Persada Dunia"

MOTTO
"Bersama Memartabatkan Usuluddin Ke Persada Dunia"

PROGRAM PENGAJIAN
1. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin) Dengan Kepujian
2. Ijazah Sarjana Muda (Usuluddin Dengan Kaunseling) Dengan Kepujian
3. Diploma Pengajian Islam (Usuluddin)

STRUKTUR PENAWARAN KURSUS
1. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin)

StatusBil.KodNama KursusJumlah KreditJum
Kursus
1UBA 3022Bahasa Arab2
2UBI 3012English For Communication I2
3UIU 3012Aqidah dan Akhlak2
4UBI 3022English For Communication II2
5UMW 3012Asas Pembudayaan Keusahawanan2
Kursus6UIT 3012Tamadun Islam dan Tamadun Asia2
Universiti7UIE 3012Hubungan Etnik2
8*** ****Ko Kurikulum I1
9UIU 3022Fiqh Islami2
10*** ****Ko Kurikulum II1
11*** ****Ko Kurikulum III1
12UIQ 3010Talaqqi al-QuranAudit
19
1IUF 3012Tafsir I2
2ISF 3013Usul Fiqh3
3IQF 3002Ulum al-Quran2
4IQF 3012Hadis I2
5IQF 3032Ulum al-Hadis2
6TKF 3283Pengantar Teknologi Maklumat3
7IUF 3022Tafsir II2
Kursus8IQF 3022Hadis II2
Fakulti9IRF 3013Metodologi Penyelidikan3
10IQF 3041Hafalan al-Quran I1
11IBF 3012Bahasa Arab II2
12IIF 3012Bahasa Inggeris III2
13IBF 3022Bahasa Arab III2
14IIF 3022Bahasa Inggeris IV2
15IQF 3051Hafalan al-Quran II1
16ILF 4013Kemahiran Komunikasi3
17IRF 4043Latihan Ilmiah (Pengajian Islam)3
18IQF 4061Hafalan al-Quran III1
19*** ****Elektif Luar Fakulti2
20IXF 4996Latihan Industri6
46
1IUS 3013Kepercayaan Masyarakat Melayu3
2IUS 3023Aqidah II3
3IUS 3033Metodologi Pendalilan Ilmu Kalam I3
4IUS 3043Mantiq Kelasik3
5IUS 3053Falsafah Islam3
6IUS 3063Metodologi Pendalilan Ilmu Kalam II3
7IUS 3073Mantiq Moden3
Kursus8IUS 3083Falsafah YunanI3
Program9IUS 3093Kajian Teks Aqidah I3
10IUS 4103Falsafah Akhlak3
11IUS 4113Haqa’iq Tasawwuf I3
12IUS 4123Perbandingan Agama dan Mazhab3
13IUS 4133Kajian Teks Aqidah II3
14ISS 4202Fiqh Semasa2
15IUS 4143Falsafah Moden3
16IUS 4153Haqa’iq Tasawwuf II3
17IUS 4163Tasawuf Perbandingan3
18IUS 4173Kajian Ajaran Sesat3
19ISS 4212Fiqh Perbandingan2
55
Kursus ElektifKursus Elektif44
Jam Kredit Setiap Semester124
Jumlah Jam Kredit124

Khamis, 25 Julai 2013

Syiah Tiada Ruang di Perlis

Tiada ulasan :
KANGAR 24 Julai - Kerajaan negeri menerusi agensi pihak berkuasa agamanya sentiasa menjalankan pemantauan rapi bagi memastikan tidak ada sebarang usaha daripada pihak tertentu mengembangkan ajaran atau fahaman Syiah di negeri ini.

Perkara itu berikutan fatwa yang diwartakan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pada 27 September tahun lalu bahawa ajaran dan fahaman Syiah bercanggah dan menyalahi ajaran Islam sebenar.

Mufti Perlis, Datuk Mursyid Diraja Dr. Juanda Jaya memberitahu, pemantauan tersebut penting kerana pengikut ajaran atau fahaman Syiah tidak boleh diberikan ruang menjalankan usaha-usaha mempengaruhi umat Islam di Perlis.

"Walaupun kedudukan Syiah di Perlis tidak membimbangkan dengan maklumat diterima jumlah ahlinya tidak melebihi lima orang, pemantauan ke atas usaha untuk mengembangkannya sentiasa dibuat untuk memastikan pengaruhnya tidak meluas.

"Ini kerana pihak berkuasa pernah merampas buku-buku berkaitan Syiah dari negara jiran di pintu sempadan," kata beliau dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Sehubungan itu, kata Juanda, umat Islam di negeri ini perlu berwaspada dengan percubaan golongan tersebut untuk mempengaruhi mereka menerusi pelbagai cara termasuk penyebaran risalah, buku dan ceramah.

"Pihak berkuasa juga memantau penceramah yang dijemput memberikan ceramah di masjid-masjid di seluruh negeri bagi mengelak pengaruh Syiah berleluasa.

"Begitu juga dengan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dari luar negara yang menyambung pengajian di negeri ini bagi mengelakkan penularan pengaruh Syiah," tambahnya.

Walau bagaimanapun, kata Juanda, hasil maklumat pihak berkuasa, tidak ada penuntut luar negara di negeri ini yang menjalankan aktiviti menyebarkan fahaman Syiah.

Khamis, 9 Mei 2013

Ustaz Azizan Kembali Stabil

Tiada ulasan :


Alhamdulillah. Setakat ini, dapat kepastian bahawa Ustaz Azizan Abdul Razak, bekas MB Kedah kini dalam keadaan stabil. Bekas Setiausaha media, Helmi Khalid melaporkan kepada Media Selangorku jam 5.30 petang tadi bahawa keadaan tekanan darah Azizan kembali normal.

Keadaannya kini dalam keadaan normal dan mampu berinteraksi tetapi dalam nada perlahan.





Azizan dimasukkan ke hospital itu pada petang semalam dan kini menerima rawatan di unit kardiologi kerana mengalami komplikasi hipertensi, diabetes dan ginjal.

Pengarah hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Yasmin Sulaiman berkata Azizan, 73, dimasukkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma semalam sebelum dipindahkan ke ICU pada pukul 9.15 malam tadi.

Teruskan berdoa untuk Ustaz Azizan Abdul Razak.

Sabtu, 26 Januari 2013

Perginya Sang Murabbi bertemu Allah : Syeikh Abdul Qadir : Murabbi dan Mursyid

Tiada ulasan :

Syeikh Abdul Qadir : Murabbi dan Mursyid

Beliau lebih dikenali dengan panggilan Paksu Haji Musa dan hanya segelintir sahaja yang tahu nama sebenar beliau iaitu Syeikh Abdul Qadir Jailani Bin Mohd Yusuff. Beliau telah dilahirkan pada 27/12/1946 di Kampung Tebing Tinggi, Kota Bharu Kelantan oleh pasangan suami isteri Mohd Yusuf Bin Mohd Soleh dan Aminah Binti Che Wok.

Beliau memulakan pendidikan peringkat menengah di SMUA Tarbiyah Mardhiah, Pancor selama dua tahun. Selepas itu melanjutkan pangajian ke Pondok Lanai Banggol Berangan, Madrasah Misbahul Falah dibawah asuhan mudirnya serta guru kerohanian beliau yang amat beliau sayangi Tuan Guru as-Syeikh Umar az-Zuhdi Bin Haji Sholeh dan kemudiannya di Pondok al-Bakriah ad-Diniyah, Pasir Tumboh dengan Tuan Guru Haji Hashim bin Hj Abu Bakar.


Beliau juga telah melanjutkan pengajian ke Madrasah Darul Ulum ad-Diniyiah, Mekah dibawah asuhan Musnid Dunya al-Alim al-Allamah as- Syeikh Muhammad Yasin bin Muhammad Isa Al-Fadani, seorang ulama hadis yang terkenal. Selepas itu beliau meneruskan pengajian ke Universiti Islam Umm Darman, Sudan dan akhir sekali mendapat ijazah kuliyah hadis dari Universiti Islam Madinah.

Banyak pengalaman telah beliau perolehi kerana kembara ilmu beliau bermula dari India melalui jalan darat merentasi benua sehinggalah sampai ke Mekah dan Madinah.


Sekembalinya ke tanah air, beliau telah menginfaqkan diri beliau untuk berdakwah dan kuliyah ilmu di segenap ceruk negeri tanpa mengira penat dan lelah serta habuan dunia. Sehingga sekarang beliau masih menyampaikan kuliyah-kuliyah ilmu di Masjid beliau di Kampung Dalam Lanas, Tumpat walaupun keadaan kesihatan beliau yang selalu uzur. Setiap kali turun ke masjid untuk memberi kuliyah, beliau terpaksa dipapah oleh dua orang murid beliau.

Beliau merupakan seorang yang amat warak dan zuhud serta amat menyayangi sesama manusia sama ada yang dikenali ataupun tidak. Beliau sentiasa membahasakan dirinya sebagai ‘ayah’ kepada para murid beliau. Setiap kali menyampaikan kuliyah, tangisan dan air mata tidak dapat dielakkan tatkala tiba pada kalimah-kalimah ayat al-Quran yang membicarakan tentang dosa dan neraka. Pernah juga beliau berhenti mengajar kuliyah kerana ingin diamalkan terlebih dahulu isi kandungan kitab yang ingin disampaikan kepada murid-murid beliau.

Setiap kali bersalaman, pasti beliau akan memeluk seseorang itu sambil membisikkan ketelinga orang tersebut “tolong doakan ayah etek deh.” Tersentuh hati ambo yang jahil ini apabila seorang alim begitu meminta kita yang jahil ini memohon doa kepada ALLAH untuk dirinya.Pok su juga ada berkata kepada ambo bahawa beliau lebih jahil dari ambo dan orang lain,masyaALLAH..begitu merendah diri sedangkan ambo ini sangat jahil dan timbul rasa malu kerana hakikatnya ambo yang terlebih jahil.

Lidahnya tidak pernah sunyi dari zikir dan doa.Jari telunjuknya sentiasa bergerak menandakan hatinya sentiasa mengingati ALLAH. Setiap kali melangkah, pasti ada zikir, doa dan wirid yang disebut beliau. Beliau juga merupakan guru Tareqat Ahmadiyah Idrisiyah ad-Dandarawiyah yang diterima beliau melalui tiga sanad yang berbeza.Alhamdulillah,syukur kepada ALLAH subhanahuwataala ambo berasa amat bertuah sekali kerana sempat beliau yakni pok su musa mendoakan ambo dan meniup doanya diatas kepala ambo yang hina ini disisi ALLAH subhanahuwataala.

Antara kelebihan yang ALLAH subhanahuwataala kurniakan kepada beliau adalah dapat menafsir keadaan jiwa seseorang yang datang untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar beliau sebagaimana yang diceritakan oleh kebanyakan murid beliau.Buktinya beliau dapat menegur kesalahan dan kesilapan ambo tampa ambo memberi tahu kepadanya.SubhanaALLAH.

Nama beliau cukup masyhur meniti dibibir para pencinta ilmu terutamanya pelajar pondok di seluruh negara. Sehinggakan ramai yang datang dari jauh untuk mengenali beliau setelah dicadangkan oleh para guru-guru pondok.

Semoga ALLAH SWT akan terus memberkati usia beliau dengan kebaikan dan ibadah kerana para murid beliau masih terlalu dahagakan ilmu yang berada dalam gedung simpanan beliau itu.

Jumaat, 23 November 2012

Felda Angkuh, Tak Benar Masuk, Terus Support Israel

Tiada ulasan :


FELDA ANGKUH, TAK BENAR MASUK!

Himpunan Aman tuntut Felda hentikan penjualan minyak sawit kepada Sykt Yahudi bermula dengan solat Jumaat di Masjid UTM, Jln Semarak. Selesai ucapan, Tuan Hj Mohd Sabu, mengetuai perarakan hampir 2 ribu orang menuju ke Ibu Pejabat Felda di Jln Semarak. Turut bersama, Ust Nik Abduh, Ust Idris Ahmad, Ust Aris Faizol, Aiman Atirah, Abby Abadi dll.

Malangnya, 5 orang wakil yang diketuai Hj Mohd Sabu dihalang masuk dalam premis HQ Felda untuk menyerahkan memorandum kpd Tan Sri Isa Samad. Pegawai Khas Pengarah Besar Felda, hanya bersedia menerima memorandum di pintu pagar sahaja; sama hodoh tindak tanduknya dengan Pegawai Kedutaan Amerika Syarikat! 

Kami batalkan hasrat menyerahkan memorandum tersebut, ekoran sikap angkuh Pegawai Khas Faizoull Ahmad. ANAK memberi tempoh 7 hari kpd Felda untuk menghentikan penjualan minyak sawit kpd sykt Yahudi.


Menurut laporan Malaysiakini, Sekumpulan kira-kira 700 orang yang diketuai oleh PAS, hari ini gagal menyerahkan memorandum kepada Felda, menggesanya supaya menghentikan dakwaan jualan minyak sawit kepada "sebuah syarikat Yahudi".

NONE
Para pengawal di ibupejabat Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur 
enggan membuka pintu atau membenarkan wakil masuk untuk menyerahkan memorandum itu kepada pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

"Inilah caranya mereka melayan rakyat Malaysia, seolah-olah Felda milik ibu bapa mereka," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kepada para hadirin.

"Malah, di Istana Negara pun mereka terima dan membenarkan wakil masuk."

Menurut Presiden ANAK, Mazlan Aliman, Felda telah dimaklumkan melalui faks dan e-mel sebelum demonstrasi hari ini diadakan.


Aduhai Kerajaan Malaysia, apa semua ni? Umat Islam di Gaza menderita, Ngo-Ngo tak kenal erti penat lelah memberi bantuan, bertukus lumus memberi bantuan untuk Gaza, tapi Kerajaan Malaysia tiada usaha untuk selamatkan umat Malaysia. 

Ya Allah ampuni dosa-dosa kami sekiranya kami rakyat Malaysia ada memberi sumbangan ke atas Yahudi Zionis laknatullah.

Rabu, 21 November 2012

Akaun FB, Twitter TPM Israel digodam

Tiada ulasan :
Akaun Facebook dan Twitter milik Timbalan Perdana Menteri Israel, Silvan Shalom di godam oleh sekumpulan penggodam/hacker yang menggelarkan sebagai "ZCompanyHackingCrew" yang dipercayai hacker dari Pakistan. Link akaun twitter boleh di lihat disini dan akaun facebook disini.

Akaun twitter milik TPM Israel, Silvan dibanjiri dengan mesej pro-Palestine.

Ikuti laporan Sinar Harian berkenaan "Akaun FB, Twitter TPM Israel digodam"


21 November 2012
TEL AVIV - Akaun Facebook, Twitter, Linkedln dan YouTube milik Timbalan Perdana Menteri Israel, Silvan Shalom digodam dan 'dibanjiri' dengan mesej-mesej  pro-Palestin. 
Menurut  ZCompanyHackingCrew, pihak yang bertanggungjawab berhubung kejadian ini, terlibat sama dengan perang siber yang sedang melanda Israel bermula beberapa hari lalu.
Penggodam berjaya menggodam masuk e-mel peribadi Shalom dan mempunyai rancangan untuk menghapuskan dokumen lama yang terkandung dalam e-mel. 
Melalui Twitter milik Shalom, kumpulan penggodam melakukan protes dan mengemas kini status yang berbunyi, “perang ini sangat tidak adil” dan “siapa yang perlu bertanggungjawab ke atas kematian anak-anak kecil dan orang yang tidak bersalah cuba melindungi tanah air mereka sendiri?” 
Serangan skala penuh siber ini bermula selepas kumpulan penggodam terkenal Anonymous membocorkan maklumat peribadi 5,000 pegawai Israel. 
Setakat ini, Anonymous telah menggodam 700 laman web Israel termasuk Bank Jerusalem, Kementerian Pertahanan Israel, IDF Blog, laman web rasmi presiden dan majoriti  laman web masih tidak lagi dapat diakses. 
Menteri Kewangan Israel, Yuval Steinitz memperitahu AP yang serangan itu merupakan salah satu gelombang perang melalui siber dan berkata, kerajaan kini cuba membuat serangan balas dan mempertahankan lama web rasmi kerajaan dari terus digodam.



Setakat ini, saya dapat berikan snapshot akaun twitter Silvan Shalom sahaja, facebook tak dapat saya berikan snapshot kerana dipenuhi dengan bahasa Israel mungkin. Apa pon saya ucapkan tahniah kepada penggodam kerana menggodam manusia dajjal ini.

Klik sini untuk follow kumpulan yang bertanggungjawab atas kejadian menggodam akaun Twitter TPM Israel.



Jumaat, 10 Ogos 2012

Gambar. Istana Kelantan diserbu rakyat teraweh bersama Sultan

2 ulasan :
Saya cukup kagum dengan Negeri Kelantan. Sultan yang baik, Pemimpin dari ilmuan agama. 
Ini kali, pembesar-pembesar negeri Kelantan mengajak rakyatnya berjemaah solat sunat teraweh di mahligai Istana sultan Kelantan.


Program QIAM WITH ME@ISTANA NEGERI KUBANG KERIAN bersama KDYMM Sultan Muhammad V,YTM. Tengku Mahkota Kelantan dan YAB. Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan serta pembesar-pembesar Negeri Kelantan disambut hebat oleh rakyat Kelantan.

Disamping itu, turut disajikan dengan makanan rohani dengan ceramah Ustaz Azhar Idrus.

Wow, agak-agak boleh kira tak berapa jumlah manusia dalam gambar ni?
Sungguh beruntung siapa yang menghidupkan majlis mulia seperti ini. Moga Kelantan terus diterajui oleh kepimpinan Ulama. Beri contoh kepada negeri lain.

Gambar BR ni tak ada kena mengena. Cuma bandingkan, program mana lagi menguntungkan? Fikir-fikirkan