Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Jumaat, 6 Mei 2011

2 ulasan :
Assalamualaikum... apa perasaan kita apabila memakan sebiji limau yang amat manis... sempurna rasanya... cantik kulitnya. begitu juga isinya... tentu kita memuji limau tersebut.. wah.. bestnya limau ni. teruja kita. kita makan dengan begitu asyik sekali. betulkan? dan kita kata inilah contoh limau yang cemerlang, gemilang dan terbilang! ke guane?

namun apabila direnung jauh-jauh.. kecemerlngan sebiji limau yang amat manis itu bukannya terhasil dengan sendirinya. ia adalah hasil dari gabungan kerjasama semua pihak. dari pekebunnya yang tidak kenal penat lelah menjaga dan membaja. dari sumbangan kerja sekumpulan daun yang rimbun yang tidak pernah ponteng dari tugasnya walaupun seterik mana mentari memancarkan sinarnya. ia tetap menjalankan tugas untuk mengumpul cahaya untuk menjalankan proses fotosentisis. dari sumbungan sekumpulan akar yang begitu kuat mencari bahan makanan untuk petumbuhbesaran. begitu juga sumbangan awan yang menurunkan hujan yang cukup kuantitinya. tidak lupa juga sumbangan tanah yang subur sebagai tempat bertapaknya sebatang pokok.. dan, yang terpenting, kewujudan izin Allah untuk membenarkan kewujudan sebiji limau yang manis itu direalisasikan..

namun, segala sumbangan yang penulis taipkan di atas menjadi sirna dan terhijab. yang wujud hanya pujian terhadap sebiji limau yang manis dan kita terlupa untuk memuji kesempurnaan proses kewujudan sebiji limau yang manis... betulkan?

yang terpenting, kita terlupa untuk memuji kebijaksanaan Allah yang mencukupkan segala-galanya dalam merealisasikan kewujudan sebiji limau yang manis. kita terlupa mengucucap syukur. yang terlihat di mata kita ialah kehebatan makhluk, yang terhijab dari pandangan hati kita ialah kehebatan Allah. kita memuji kesempurnaan rasa sebiji limau dan kita terlupa memuji kehebatan Allah Yang Maha Sempurna...

semoga hati kita akan sentiasa melihat kebesaran Allah dalam setiap gerak kehidupan kita.. janganlah kita hanya terhijab dengan makhluk. bukakan hati kita, bersihkan ia, semogakan tersingkap tirai makhluk dari hati kita dan hanya Allah yang wujud di hati kita..

Rabu, 4 Mei 2011

Kesalahan Lazim Pada Bacaan Al-Quran

2 ulasan :
Banyak kita jumpe dari kalangan pendakwah-pendakwah muda yang masih tak tahu hukum tajwid. Jadi apa salahnya kita belajar sedikit ilmu tajwid, ni antara kesalahan lazim yang aku dapat simpulkan semasa tadarus dengan para kaki surau di kampus aku.







Nampak tak tulisan yang aku highlight dengan warne kuning?? itu lah yang selalu kita terlepas pandang.
Ok, aku nak terangkan sikit ape penerangan bagi perkataan yang aku kuningkan ni.

  1. lihat kat kuning yang pertama, ia merupakan hukum ikhfa' haqiqi, iaitu dengung dengan 2 harkat, apa kesalahan yang selalu kita buat? kita tak mendengungkan atau dengung tapi xsampai 2 harkat.
  2. kuning yang kedua ialah idgham ma'al ghunnah, sama je cara bacaannya dengung tapi dengan memasukkan tanwin tu dalam huruf ya'. bunyiknye "sujjadayabtaghu..."ape kesalahannya yang biasa kita dengar? same je, kurang 2harkat dengungnye.
  3. kuning yang ketiga, sama macam yang kedua.
  4. hah, ini yang perlu ditekankan, banyak antara yang membaca kuning yaang keempat dengan bacaan qalqalah, Kenapa qalqalah? huruf Dha bukan dalam huruf qalqalah, memang biasa sangat kita dengar, dan kadang2 kita tak perasan yang kita yang bace dengan qalqalah.
Yang lain boleh rujuk sendiri, masa tak mengizinkan, doakan aku berjaya dalam Final Exam, ni paper last. (sempat lagi nak blogging).haha

Bagaimana membuat Transparent Image untuk Header Blog

Tiada ulasan :
Tak tahu cmne nak bagi pendek tajuk entry aku ni, ni kot yang paling pendek..Sepertimana pernah diajar oleh salah seorang kawan aku nih, Zizie Zizot yang banyak mengeluarkan entry tentang tutorial men'comel'kan blog, aku pon nak gak menyibuk mengajar orang dalam tema yang same, cantekkan blog..hoho, tapi aku ajar benda yang agak specifik skit lah, yang penting korang yang nak buat cara aku ni, kene ade software Photoshop 7.0 dan ke atas, dan dalam tutorial aku ni, aku menggunakan Photoshop CS3.




So, tajuk khusus aku ni ingin mengajar sedikit tentang kemahiran menggunakan Photoshop,mungkin dalam video aku ni agak laju sikit, yelah nak mengejar mase. OK, korang saksikanlah tutorial ni kat video bawah ni, ade ape-ape masalah feel free je nak bertanye, jangan risau, saya bukan jenis makan orang k..Selamat menonton