Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Isnin, 15 Julai 2013

Jenis Tangisan



Al Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata :

أنواع البكاء



والبكاء أنواع . أحدها : بكاء الرحمة والرقة . والثاني : بكاء الخوف والخشية



. والثالث بكاء المحبة والشوق . والرابع بكاء الفرح والسرور . والخامس بكاء



الجزع من ورود المؤلم وعدم احتماله . والسادس بكاء الحزن .


والفرق بينه وبين بكاء الخوف أن بكاء الحزن يكون على ما مضى من



حصول مكروه أو فوات محبوب وبكاء الخوف يكون لما يتوقع في المستقبل



من ذلك والفرق بين بكاء السرور والفرح وبكاء الحزن أن دمعة السرور باردة



والقلب فرحان ودمعة الحزن حارة والقلب حزين . والسابع بكاء الخور



والضعف . أقسى الناس قلبا . والتاسع البكاء المستعار والمستأجر عليه



كبكاء النائحة بالأجرة فإنها كما قال عمر بن الخطاب : تبيع عبرتها وتبكي



شجو غيرها والعاشر بكاء الموافقة وهو أن يرى الرجل الناس يبكون لأمر



ورد عليهم فيبكي معهم ولا يدري لأي شيء يبكون ولكن يراهم يبكون



فيبكي


Tangisan ada beberapa macam

1. Tangisan kasih dan kelembutan.

2. Tangisan takut dan khawatir.

3. Tangisan cinta dan rindu.

4. Tangisan gembira dan kebahagiaan.

5. Tangisan kegelisahan kerana datangnya suatu penderitaan yang tidak mampu untuk ditanggung.

6. Tangisan kesedihan...

Perbezaan antara tangisan ketakutan dengan tangisan kesedihan adalah tangisan kesedihan terjadi adanya sesuatu yang tidak menyenangkan atau hilangnya sesuatu yang disukai dimasa lalu, sementara tangisan ketakutan adalah mirip sebabnya akan tetapi untuk masa yang akan datang.



Adapun perbezaan antara tangisan tersebut dengan tangisan kebahagiaan adalah jika tangisan tersebut merupakan tangis kebahagiaan maka air mata yang mengalir adalah air mata yang dingin dan sejuk dengan hati yang gembira, sementara tangisan kesedihan akan mengalirkan air mata yang panas dengan hati yang sedih.

7. Tangisan kelemahan dan ketidak mampuan.

8. Tangisan kemunafikan, dimana matanya berlinang sementara hatinya keras membatu, dia menampakkan kekhusyuan tetapi hatinya merupakan hati yang paling keras.

9. Tangisan pinjaman, seperti tangisan orang yang dipinjam untuk meratapi mayyit. Umar bin Khattab radhiallahu anhu pernah berkata : " Dia menjual ucapannya dan menangis bersama mereka."

10. Tangisan ikut - ikut, yaitu ketika seseorang melihat seseorang menangis kerana sesuatu lalu dia menangis bersama mereka meskipun dia tidak tahu untuk apa dia menangis akan tetapi dia melihat mereka menangis kemudian dia ikut menangis..... "

[Zadul Ma'aad 1/185-186 cetakan Muasasah Ar Risalah - Mesir]



lalu yang sebenarnya ,kenapa kita menangis...?

Tiada ulasan :