Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Jumaat, 4 Oktober 2013

Puasa dan Solat Cara Nabi Daud A.S?



Al-Imam Al-Bukhariy meletakkan satu hadis di bawah "Bab Solat Paling Disukai Oleh Allah Solat Nabi Dawud..." :


حدثنا قتيبة بن سعيد حدثنا سفيان عن عمرو بن دينار عن عمرو بن أوس الثقفي سمع عبد الله بن عمرو قال قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم أحب الصيام إلى الله صيام داود كان يصوم يوما ويفطر يوما وأحب الصلاة إلى الله صلاة داود كان ينام نصف الليل ويقوم ثلثه وينام سدسه

"Telah memberitahu kami Qutaybah bin Sa`id, telah memberitahu kami Sufyan dari `Amru bin Dinar dari `Amru bin Aus As-Saqafi, telah mendengar `AbduLlah bin `Amru, dia berkata: Telah berkata kepadaku RasuluLlah SallaLlahu `Alayhi Wasallam:

Puasa paling disukai oleh Allah adalah puasa Dawud, dia berpuasa satu hari dan berbuka satu hari. Dan solat paling disukai oleh Allah adalah solat Dawud, dia tidur separuh malam dan bangu sepertiganya dan tidur seperenamnya" [Al-Bukhariy no 3238]



Di dalam bab yang lain di bawah Kitab Tahajjud, Al-Imam Al-Bukhariy meletakkan 3 hadis:

a) Hadis Pertama:



حدثنا علي بن عبد الله قال حدثنا سفيان قال حدثنا عمرو بن دينار أن عمرو بن أوس أخبره أن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما أخبره أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال له أحب الصلاة إلى الله صلاة داود عليه السلام وأحب الصيام إلى الله صيام داود وكان ينام نصف الليل ويقوم ثلثه وينام سدسه ويصوم يوما ويفطر يوما



Telah memberitahu kami `Aliy bin `Abd Llah, dia berkata telah memberitahu kami Sufyan, dia berkata telah memberitahu kami `Amru bin Dinar bahawa `Amru bin Aus mengkhabarkannya bahawa `AbdaLlah bin `Amru bin Al-`As RadhiyaLlahu `ahuma mengkhabarkannya bahawa RasulaLlah SallaLlahu `Alayhi Wasallam berkata kepadanya:

Solat yang paling disukai oleh Allah adalah solat Dawud `Alayhi s-Salam. Dan puasa paling disukai oleh Allah adalah puasa Dawud. Dan dia tidur separuh malam dan dia bangun sepertiganya dan dia tidur seperenamnya. Dan dia berpuasa sehari dan berbuka sehari" [Al-Bukhariy no 1079]


b) Hadis Kedua:


حدثني عبدان قال أخبرني أبي عن شعبة عن أشعث سمعت أبي قال سمعت مسروقا قال سألت عائشة رضي الله عنها أي العمل كان أحب إلى النبي صلى الله عليه وسلم قالت الدائم قلت متى كان يقوم قالت كان يقوم إذا سمع الصارخ حدثنا محمد بن سلام قال أخبرنا أبو الأحوص عن الأشعث قال إذا سمع الصارخ قام فصلى



"Telah memberitahu aku عبدان, dia berkata telah mengkhabarkan aku ayahku dari Syu`bah dari أشعث dia mendengar ayahku berkata, dia mendengar Masruqan dia berkata:

Aku bertanya `A'isyah RadhiyaLlahu `Anha: Apakah amalan yang paling disukai oleh An-Nabiy SallaLlahu `Alayhi Wasallam.
Dia (`A'isyah) berkata: Yang berterusan.
Aku berkata: Bilakah baginda bangun (qiyamu l-layl).
Dia (`A'isyah) berkata: Baginda bangun apabila baginda mendengar suara kuat.

Telah memberitahu kami Muhammad bin Salam, dia berkata telah mengkhabarkan kami أبو الأحوص dari الأشعث dia berkata: "Apabila baginda mendengar suara kuat (lalu) baginda bangun kemudian baginda solat"
[Al-Bukhariy no 1080]

Al-Imam Ibnu Hajar Al-`Asqalaniy ketika mensyarahkan hadis di atas berkata:

وقوله : " الصارخ " أي الديك

"Dan perkataannya 'suara yang kuat' bermaksud (kokokan) ayam".

c) Hadis Ketiga:


حدثنا موسى بن إسماعيل قال حدثنا إبراهيم بن سعد قال ذكر أبي عن أبي سلمة عن عائشة رضي الله عنها قالت ما ألفاه السحر عندي إلا نائما تعني النبي صلى الله عليه وسلم



"Telah memberitahu kami Musa bin Isma`il dia berkata, telah memberitahu kami Ibrahim bin Sa`d dia berkata, ayahku telah menyebutkan dari Abi Salamah dari `A'isyah RadhiyaLlahu `Anha, beliau berkata: 'Tiadalah aku menjumpai baginda ketika suhur di sisiku melainkan baginda sedang tidur'. Beliau bermaksudkan An-Nabiy SallaLlahu `Alayhi Wasallam" [Al-Bukhariy/ 1082]

Selain dari mencontohi sunnah berpuasa mengikut cara puasa Nabi Dawud `Alayhi s-Salam, contohilah juga solat yang paling disukai Allah - iaitu solat Nabi Dawud.

2. Cara Nabi Dawud susun waktu untuk solat (qiyamu l-layl) adalah:

i) Tidur 1/2 malam

ii) Kemudian bangun untuk 1/3 malam

iii) Kemudian tidur lagi untuk 1/6 malam.

3. Sehinggakan `A'isyah RadhiyaLlahu `Anha berkata bahawa tiadalah beliau mendapati Nabi bersuhur (makan sahur) di sisi beliau melainkan baginda sedang tidur (bukan sedang qiyam atau sebagainya).

WaLlahu a`lam.

Artikel ini di ambil dan disunting dari forum al-fikrah.net. Atas permintaan ibundaku tersayang. Semoga amalan ibunda diterima Allah.

Tiada ulasan :