Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Khamis, 18 Ogos 2011

Senyum

Dalam kamus google, senyum dalam bahasa English ialah Smile. (ntah la, aku main translate je). So, entry aku ni berkisarkan kisah atau pengalaman. Tapi sebelum tu, aku nak share sikit kata-kata motivasi dari pakar motivasi.

Senyum dapat menambahkan kesihatan fizikal dan mental kepada diri sendiri dan juga orang yang menerima senyuman. Orang sekeliling akan rasa terhibur dan bahagia bila diri mereka terima senyuman. Ibaratnya, senyuman ni sebagai penawar hati. malah, pendengki pon tak sanggup nak mendengki orang yang suke senyum ni - sumber Dr. Safwan Al-Kachak, anggota gitarkapok202 yang lembut-lembut

Sirah Nabi pon ada menceritakan bahawa nabi xpernah bermasam muka. Contohnya, Nabi junjungan besar, Muhammad S.A.W yang biase kite dengar, nabi dilempar najis ketika keluar rumah oleh seorang pembenci nabi. Tapi baginda ada buat muka benci? Baginda senyum je tau! sampaikan pencaci nabi tu heran. "kenapa aku baling najis, dia makin senyum pulak?"

ok..ni kisah aku pulak!
ni kisah mase aku tingkatan 5, ada seorang ustazah ni, . Ustazah . Ape yang bestnye?

Ceh, aku kan nak cite pasal senyum, so, ape yang ada dengan ustazah ni ialah, mukanya sentiasa senyum..

Kelas bising--> ustazah senyum, tegur dengan senyuman
Banyak kerja--> tetap tersenyum
Mengajar dalam keadaan mengandung--> senyum..
Aku buat masalah kat skolah--> bagi kaunseling kat aku dalam keadaan senyum
aargh..sentiasa senyumlah, kami kawan-kawan tak pernah nampak beliau muke monyok, masam, muka marah.

Biasanya, watak seseorang tu, akan terserlah dengan menghadap orang yang biasa dia jumpa. Apakah mksud ayat ni? ok..senang skit la kan. Kalau seseorang tu suke buat muka garang dengan anak-anak muridnya, soo, biasanya kat rumah pun akan garang bila jumpa dengan suami atau anak-anak. yeah, itu adalah salah satu statistik yang telah aku jalankan. dan ianya tepat.

Masih tak nampak? baik, contoh lainnya, jika kita dalam keadaan marah, mungkin sebab tak siap assaignment la sbgai contohnya. kemudian ada kawan yang suke menyibuk datang kt korang tanye itu ini, then awak pun melentinglah kat kawan tu. melenting pun jenis yang sungguh-sungguh! amboi, so perangai mamat ni lazimnya sama je bila jumpa adik-adik, mama papa, kengkawan etc semua dalam keadaan moody. Fuhh, bak kata awie "anoyying gile"


So, nasihat aku kepada yang sedih-sedih, marah-marah, moody, tanamkanlah sikap murah dengan senyuman, baru ramai yang dekat dengan kita. Nasihat untuk diri sendiri juga :D

Tiada ulasan :