Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Sabtu, 24 November 2012

Wanita dan Wangian



Memang fitrah manusia, ingin kelihatan cantik, kacak dan handsome. Namun, kita sebagai Muslim, semuanya telah dibatasi dengan garis panduan yang selari dengan fitrah sebagai manusia biasa. Tujuan garis panduan ini dibuat bukan untuk menyekat seseorang itu sesuka hati. Ada hikmah disebalik pensyariatan yang ditetapkan Allah SWT.

Sememangnya, berwangi-wangian dan bercantik-hias ini adalah sangat dituntut dalam Islam tertama dalam mengerjakan ibadah, kerana Allah itu cantik dan suka akan kecantikan. Hal ini bersesuaian dengan maksud surah Al-A'raaf, ayat yang ke-31:

"Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan solat), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas."

Terdapat beberapa hukum tentang wanita memakai minyak wangi iaitu wajib, harus, sunat, makruh dan haram.

Wajib

Bila wanita itu diwajibkan memakai wangian? Bilamana si suami menyuruh si isteri memakai wangian. Maka, dengan perintah si suami, hukum berwangian bagi wanita ketika itu adalah wajib

Harus

Seorang wanita harus memakai wangi-wangian ketika berada di dalam rumah bersama suami. Selain daripada itu, adalah tidak diharuskan sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

"Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu..." (Riwayat an-Nasa'is dari Abu Hurairah)
Sunat

Bila seorang wanita itu disunatkan memakai wangi-wangian? Sunat seorang wanita itu memakai wangian ketika di rumah, ingin beribadah di rumah, melayan tetamu sesama wanita. 

Wanita juga disunatkan memakai wangian sebelum melakukan ihram. Aisyah r.a berkata,
"Kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah s.a.w. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah s..aw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi s.a.w tidak melarang)" (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Makruh

Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulama dan terdapat penjelasan dalam bab puasa.

Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alasan ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan "makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa". Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.

Haram

Wanita yang memakai wangian ketika dikhalayak ramai, luar rumah hukumnya adalah Haram. Sabda Baginda SAW :
"Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina" (Abu Dawud, Tirmidzi)
Hadis di atas memberi perumpamaan seorang wanita yang mengenakan wangian yang melintasi khhalayak ramai adalah seperti penzina.

Ustaz Azhar Idrus
Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur "Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa Allah s.w.t tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi......" (Abu Daud, An-Nasaie, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)



Tiada ulasan :