Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Sabtu, 4 Ogos 2012

Aidilfitri: Antara Adat, Sunnah & Tradisi


Alamak, Raya lambat lagi. Tapi Sibuk menulis tentang Raya. Ehe, apa pon tulisan ini memberi sedikit perkongsian yang seharusnya diberi perhatian. Mungkin beberapa ciput kumpulan orang yang belum mengetahui apa yang dianjurkan dalam Islam pada Hari Lebaran ini. 

Yeah, antara sebabnya, masyarakat Melayu telah mencampurkan antara adat dan tradisi dengan apa yang dianjurkan dalam Islam. Takut-takut kita menganggap satu adat itu ialah disuruh dalam Islam. Namun, jika adat itu tak bercanggah dengan garis yang telah ditetapkan, bukanlah suatu kesalahan. 

Ehe, tak salah pun dalam kehidupan kita mengamalkan adat yang dipopularkan oleh nenek moyang kita. Asalkan tak melangggar Syariat. 

Masih ramai yang belum sedar bahawa sebahagian adat mempunyai unsur-unsur yang sangat bahaya dala agama. Jadi perkara yang perlu jaga ialah, JAGA I'TIQAD/AKIDAH.

Jom kita tengok, apa adat, tradisi dan Sunnah pada Hari Aidulfitri ini.

Antaranya termasuk:

MEMASANG PELITA PADA MALAM 7 LIKUR

Malam tujuh likur merupakan malam 27 Ramadan dan biasanya kita akan memasang pelita atau panjut bermula malam tujuh likur. Digunakan untuk menerangi jalan suatu masa dahulu, kini ramai yang memasang pelita sebagai hiasan menyambut Hari Raya, malah digunakan untuk menyalakan bunga api! Oho, jgn lah main bunga api tanpa pengawasan ibu bapak
 
Suatu masa dahulu juga pelita tersebut dipercayai untuk menyuluh jalan roh-roh orang mati supaya memudahkan mereka menemui jalan pulang ke rumah. Namun itu cuma kepercayaan karut dan tahyul dan menjadikan hukumnya haram.

Maka sekiranya anda ingin memasang pelita, pasanglah sekadar untuk menggamit nostalgia!

MENYEDIAKAN JUADAH HARI RAYA
Tidak sah raya di negara ini tanpa ketupat, lemang, rendang, lodeh, kuah kacang dan kuih-muih pelbagai rupa dari yang tradisional seperti semperit, sarang semut dan bahulu sehinggalah kuih-muih dengan nama barat seperti Almond London atau nama produk seperti biskut Mazola.
[Kredit]
Malah kini ada pula bahulu pelbagai rasa, dari bahulu coklat, blueberry dan perisa pandan. Tak mengapalah. Asalkan tiada sesiapa terfikir nak memulakan resipi rendang blueberry.

MELAUNGKAN TAKBIR :-D

Sebaik sahaja anak bulan Syawal kelihatan, sunat hukumnya untuk melaungkan takbir dan diteruskan sehingga imam naik ke atas mimbar. Ia bukan semata-mata untuk memeriahkan sambutan dengan laungan yang mendayu-dayu, tetapi juga sebagai tanda semangat kerana berjaya dalam perjuangan menentang hawa nafsu dan bersyukur dengan anugerah yang telah diberikan Allah sebagaimana dalam firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 185:
"Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengangungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, dan supaya kamu bersyukur."

MANDI SUNAT AIDILFITRI 

Begitu mudah untuk peroleh pahala pada Hari Raya. Anda hanya perlu berniat untuk mandi atas kedatangan Aidil Fitri. Namun sekiranya rakan anda terlalu lama mandi sunat Aidil Fitri di dalam bilik air, maafkanlah dia.

MAKAN BUAH KURMA

Satu lagi perbuatan sunat pada Hari Raya merupakan amalan memakan buah kurma dengan bilangan yang ganjil sebelum ke masjid untuk menunaikan solat Sunat Hari Raya. Hadith Rasulullah SAW ada menyebut:

"Dari Anas ia berkata: Rasulullah SAW tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga dimakan baginda terlebih dahulu beberapa biji tamar dan berkata Murajja' bin Raja telah diceritakan kepada Ubaidullah ia berkata: telah diceritakan oleh Anas dari Nabi SAW: Dan baginda memakan tamar itu dalam bilangan ganjil."

Tapi ini agak ganjil sikit dalam masyarakat Melayu. Masa berpuasa beli sebundle kurma, masuk hari raya terus lupa kurma tu. Ehe, Mana taknya, ketupat, rendang, dodol, lemang dan macam2 lagi.

SOLAT SUNAT HARI RAYA

Hadis nabi ada menyebut: "Dari Al-Baraa' ia berkata: Aku mendengar Nabi SAW berkhutbah, sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah sembahyang."

Haruslah diingatkan, sekalipun solat sunat Hari Raya bukan sahaja perkara sunat malah dah menjadi tradisi umat Islam untuk mengerjakannya, Semua itu tak bererti sekiranya anda tidak pernah mengerjakan solat yang wajib.

MENZIARAHI TANAH PERKUBURAN
Sekalipun tiada tertera di dalam sunnah mengatakan kewajipan menziarahi tanah perkuburan pada Hari Raya, ia tetap menjadi tradisi. Kebiasaannya dilakukan selepas solat sunat Hari Raya, tradisi menziarahi kubur ini adalah untuk mendoakan mereka yang telah pulang ke Rahmatullah dan mengingati kematian 

BERPAKAIAN BARU

Bila lagi anda akan melihat teman sekerja/sekuliah/sekelas and bla bla bla yang selama ini tidak pernah berbaju kurung tampak ayu mengenakan kurung satin serba baru? Hari Raya merupakan hari di mana tua dan muda saling berpakaian baru atau paling tidak pun berpakaian kemas. Pelbagai jenis pakaian tradisi boleh dilihat pada hari ini. Baju kurung biasa, kurung Pahang, kebaya Riau, kebaya nyonya, cekak musang, teluk belanga, jubah, jubah kelawar, abaya dalam pelbagai warna. Baju raya saya tahun ni Hijau. Ehe

BERMAAF-MAAFAN

Mana ada waktu lain yang lebih syahdu selain daripada bermaaf-maafan di pagi raya. Bermula dengan yang kecil bersalam-salam dengan yang dewasa, anak dengan ibu bapanya, ibu bapa dengan datuk dan nenek dan begitulah seterusnya. Inilah masanya untuk memohon semua salah dan silap (zahir dan batin) yang dilakukan selama ini. Atau buat anak-anak kecil, inilah masanya untuk mintak duit raya! :-D

KUNJUNG-MENGUNJUNGI

Amalan kunjung-mengunjungi merupakan satu tuntutan dan tradisi yang tak akan pernah lapuk ditelan zaman. Inilah waktunya untuk saudara-mara yang saling tidak mengenal mula bertaaruf. Inilah masanya untuk bertemu dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak bersua muka. Inilah juga masanya untuk merapatkan kembali jurang antara sesama Muslim. Inilah masanya bertemu jodoh. Eh!

MEMBERI DUIT RAYA

Tradisi yang paling disukai oleh kanak-kanak, Hari Raya bagaikan tidak lengkap tanpa sampul raya pelbagai warna yang biasanya akan bersepah di atas lantai lima minit selepas diberikan. Ikut kepada si pemberi untuk memberikan sebanyak mana yang mereka nak, tradisi ini dilihat sebagai satu usaha untuk gembirakan orang yang terchenta dan dalam masa yang sama boleh jugak sebagai satu sedekah. 
Ada juga yang menjadikan sampul duit raya sebagai koleksi, tidak ubah seperti pengumpul setem!
Harap-harap tahun ni, saya masih dapat duit raya =)

MENGADAKAN RUMAH TERBUKA

Tidak sah Hari Raya tanpa ada jemputan ke rumah terbuka. Selain merapatkan ukhuwah sesama insan, majlis-majlis sebegini juga membolehkan semua sanak-saudara, rakan taulan dan jiran-jiran untuk bertemu dalam satu majlis. Bertemu jodoh? Pon boleh juga! :-D

PUASA ENAM
Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia berpuasa enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti dia berpuasa sepanjang tahun." (HR Muslim)
Puasa enam kini popular dan menjadi satu daripada usaha yang dilakukan pada bulan Syawal. Bukan je untuk mendapatkan pahala malah ia cara terbaik untuk membakar lemak akibat pengambilan rendang ayam yang berlebihan! EHE.


Aha, akhir kata. Saya ambil kesempatan nak ucap Selamat Hari Raya. Takut tak sempat wish. HEHE
Puasa bagi penuh dulu der!

Meh follow twitter gua : https://twitter.com/SafIbnRahman

1 ulasan :

iamcikmisi berkata...

cikmisi leen mau berkata neh ; hehe

amboii, takot tak sempat wish.. wallahuallam.. salam aidilfitri jua