Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Jumaat, 3 Ogos 2012

beristeri satu lebih baik

Bismillahirrahmanirrahim ..
Insyaallah, masih diberikan peluang oleh Allah untuk meneruskan entry kali ini. Setelah selesai menghabiskan bacaan dalam sebuah novel tauhid,sebarkan cinta-Mu, hasil karya ustazah Fatimah Syarha, ana teringin untuk berkongsi dengan antum tentangnya. Jujur ana katakan, novel ini sangat awesome ! rugi siapa yang tidak membacanya. Ceyhh ! promote ! huhu .. :D

Di dalam penulisan ini, dapat ana simpulkan, ianya berkaitan dengan poligami. Untuk menyedarkan masyarakat kita hari ini tentang kesalah fahaman ataupun kekeliruan mereka tentang poligami. Insyaallah, ana cuba kongsikan di sini. Ana menggunakan bahasa ana sendiri, tidak lah bersastera, ana juga tidaklah sehebat beliau mahupun blogger2 yang terkenal seperti Fauziah Jafri di dalam penulisan blognya. Di sekolah dahulu, sering sahaja ditegur dek penulisan yang tidak berkembang.huhu..Tapi insyaallah, ana cuba untuk berkongsi.:)

Apa itu poligami ya? Poligami mengikut kefahaman kita adalah mempunyai isteri lebih daripada seorang. Ketika masih di dalam alam rumah tangga, ketika hayat si isteri, si suami mempunyai isteri yang lain juga. Insyaallah, ana yakin, semua tahu apa itu poligami. Apa hukum poligami?

Look. Hukum asal poligami ialah HARUS. Ana ulang, ianya HARUS. BUkan wajib ataupun Sunnah. Poligami merupakan pilihan terakhir untuk menyelesaikn sesuatu masalah di dalam rumahtangga. Poligami bukan satu galakan. Tolong ubah mindset bagi siapa yang mengatakan poligami itu galakan. Berbalik kepada hukum asal, ianya harus.
Jika kaum Adam mengatakan ianya SUNNAH nabi, bagaimana?

Wahai Hawa, jawablah kepada si Adam bahawa nabi tidak pernah sesekali memadukan Saidatina Khadijah ketika hayatnya. Nabi tidak pernah mempoligamikan isteri pertamanya. Baginda hanya berpoligami setelah kewafatan isteri tercinta, Saidatina Khadijah. Dan kehidupan Nabi lebih kepada monogami(seorang isteri) berbanding berpoligami.

Ada sesetengah perbuatan nabi itu dikhususkan kepada nabi sahaja dan ada sebahagiannya harus. Kalau semua perbuatan nabi sunnah, habis, macam mana pula apabila nabi pernah menceraikan Hafsah tetapi dirujuk balik atas perintah Jibril? Adakah itu juga sunnah? Nabi juga pernah melabel Ubay Bin Khalaf sebagai bakal ahli neraka, maka adakah ia sunnah jika kita melabel orang yang tidak sependapat dengan kita sebagai ahli neraka?? Tidak ! sebab ada dalil lain ia khusus untuk Nabi sahaja. Jika poligami itu suatu galakan, kenapa Nabi melarang menantu-menantunya berpoligami? Kenapa Nabi pernah menolak pinangan Saidina Abu Bakar dan Saidina Usman untuk Fatimah Az-Zahra, ketua bidadari syurga?



Tidak dapat menerima bukan bererti menolak hukum Allah. Tidak menerima bukan bererti derhaka atau tidak taat kepada si suami. Wahai Hawa, kita juga ada hak untuk mempertahankannya. Nabi juga melarang Saidina Ali menduakan Fatimah kerana takut akhirat anaknya rosak. Bahkan, melarang semua menantunya menduakan puteri- puteri baginda. Fitrah wanita dalam dirinya ada sifat cemburu, kerana takutkan akhirat rosak disebabkan sifat cemburu yang akan membawa fitnah nanti, kita berhak untuk tidak berpoligami. Malah, Allah telah memberi rukhsah kepada kaum Hawa, boleh untuk meminta cerai sekiranya dimadukan kerana takutkan akhiratnya rosak.

dalil, hadis daripada Abdullah bin Abbas, dia berkata, " isteri Thabit bin Qais datang menemui Rasulullah SAW, dia berkata,' Ya Rasulullah! Thabit bin Qais, saya tidak mencela akhlaq dan agamanya, tetapi saya takut berbuat kekufuran. Rasulullah bertanya,'apakah engkau akan mengembalikan kebunnya(mahar yang telah diberikan kepadanya)? dia ( isteri Thabit) menjawab, 'sanggup!' Rasulullah berkata kepada Thabit, 'ambillah kebunnya(maharnya) dan jatuhkanlah talak kepadanya. -HR Bukhari-
Talak ialah perkara yang paling dibenci Allah tetapi dihalalkannya. Poligami ialah hak individu sama ada ingin meneruskan ataupun tidak. Banyak kajian dalam dunia Islam dipetik daripada buku Al-fiqh al-islamiy wa adillatuhu karangan Prof. Dr. Wahbah Zuhaili, menunjukkan poligami hanya pilihan terpencil. Jika kita lihat suami beristeri dua hanya 3 %, di Mesir 4% dan di Syria 1% dan ini menunjukkan ianya bukan satu galakan.

[Kredit]
Masyarakat banyak memandang poligami ini negatif kerana realiti sekarang memang begitu. Kebanyakan lelaki yang menikahi satu , dua mahupun tiga isteri bukan lagi mempunyai tujuan, fungsi serta manfaat seperti apa yang diharuskan. Yusuf al-Qhardawi mengatakan bahawa masyarakat ada maslahat untuk melindungi warganya dan mempunyai hak untuk menyokong pernikahan yang bertanggungjawab dan mengutuk pernikahan yang zalim. Poligami itu diharuskan bagi siapa yang rela kerana ia masih ada kebaikan. Cuma ia tidak digalakkan kerana ramai yang bertindak zalim dalam pelaksanaannya.

Orang yang memaksa poligami kepada seseorang yang tidak menyukainya samalah seperti memaksa semua orang sukakan durian. Dari segi hukum, ianya makanan halal dan diharuskan dalam Islam tetapi menjadi makruh disebabkan baunya yang kuat. Tidak semua orang suka makan durian. Boleh ke kita kata orang yang tidak suka makan durian ini seperti menolak durian ini sebagai makanan halal? Menolak apa yang Allah kata boleh? Menolak Al-Quran? Boleh ke kita paksa dia untuk terima benda yang dia tak suka? Adakah ia tiada hak ? siapa kita untuk wajibkan perkara harus kepada orang lain? Bukan ke Islam itu meraikan hak individu dalam perkara harus? Ia sama seperti poligami. Jika rela, teruskanlah kerana ia harus, tetapi jangan dipaksa bagi yang tidak rela kerana ianya pilihan dan HAK individu. Dan sekiranya ada yang mendakwa wanita yang tidak rela berpoligami menolak hukum Allah, ia satu fitnah.

Contoh paling hampir, ayat al-quran yang sama dari sudut keharusannya seperti poligami ialah bertahallul, “jika kamu bertahallul(daripada haji) maka berburulah. Nada perintahnya sama seperti ayat poligami. Hukum berburu ialah harus, sama seperti poligami. So, wajib ke kita paksa jemaah haji keluar berburu setelah bertahallul? Some of them, tak tahu nak berburu, uzur, tak mampu, adakah mereka ini juga menentang hukum Allah? Kenyataanya, Islam tidak memaksanya kepada sesiapa, malah diberi pilhan.

Hukum poligami adalah harus dan terpulang kepada individu untuk menerima atau menolaknya. Sang suami tidak boleh memaksa isteri untuk menerimanya atas alasan sunnah Nabi, jika benar ikutkan sunnah, Nabi tidak pernah menduakan Khadijah, isteri pertamanya. Jika sang suami terus mendesak dan kamu takut cemburu itu meroskkan akhiratmu, maka kamu boleh untuk meminta cerai daripadanya.
Jalan paling selamat untuk tidak terbeban di dunia, mahupun tempang di akhirat "BERISTERI SATU LEBIH BAIK". :D

Tiada ulasan :