Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Selasa, 7 Ogos 2012

10 Masjid Yang Paling Indah di Dunia

Alhamdulillah. Selesai je solat teraweh. saya berkesempatan membaca apa-apa yang menarik di Yahoo!. Akhirnya, jumpa satu artikel yang bertajuk "10 Masjid Yang Paling Indah di Dunia".

Jom kita terjah masjid-masjid ni :)
Sambil-sambil tu, kalau anda ada hobi dalam bidang photographer. Boleh lah snap2 angel yg patut anda snap.

1. Masjid Faisal di Islamabad adalah masjid yang paling besar di Pakistan. Vedat Dalokay, arkitek Turki yang mengilhamkannya, menggunakan khemah Beduin sebagai inspirasi seni bina Masjid Faisal.
Subhanallah indah kan?

2. Masjid Besar Baiturrahman di Banda Acheh, Mengikut sejarahnya, masjid di Indonesia ini telah dibakar habis apabila Acheh diserang kuasa Belanda pada tahun 1873. Namun, ia telah dibina semula satu dekad kemudian. Ia di antara masjid yang paling indah di seluruh Indonesia.
Selain pernah dibakar oleh Belanda, masjid ini juga pernah dilanda Tsunami besar di Banda Acheh.
Masjid Besar Baiturrahman
Bagai padang jarak padang tekukur selepas di landa Tsunami besar. Apa pun masjid ini terselamat. Allahuakbar. Maha Besar kuasa-Mu

3. Masjid Taj Ul di Bhopal adalah di antara masjid yang paling besar di benua Asia. Ia juga diguna sebagai madarasah. Masjid ini antara yang terindah di dunia, terletak di India.
Fuhh, Ramainye, Masjid ini juga dijadikan madrasah untuk para jemaah mendalami ilmu agama

4. Masjid Badshahi telah dibina oleh Maharaja Mughal yang mashyur, Aurangzeb, pada tahun 1671. Ia merupakan masjid yang kelima paling besar di dunia.
Masjid ini terletak di Pakistan. Fieww, Pakistan, banyaknye masjid. Hew hew, Mungkin kerana faktor populasi di Pakistan lebih ramai berbanding Malaysia.

5. Great Mosque of Xi'an di China menampilkan ciri-ciri budaya Cina bersebelahan dengan seni bina Islam.
Sekali pandang, nampak macam tokong cina. Memanglah, di Malaysia, belum ada masjid yang berbentuk begini. Tapi Alhamdulillah, Islam tu bukan kolot sampai tak boleh itu ini. Melayu yang kadang-kadang kolot dan jumud. kiki

6. Masjid Jamek, adalah salah satu masjid yang paling ikonik untuk penduduk-penduduk bandaraya Kuala Lumpur. Wow, Masjid Malaysia pun ada tersenarai.
Sekali pandang, masjid ni semacam penuh dengan sejarah. Dari zaman merdeka sampai sekarang.    Masjid Jamek merupakan masjid tertua di Kuala Lumpur, Malaysia. Didesign oleh Arthur Benison Hubback, masjid ini dipengaruhi arsitektur khas Moors yang merupakan designer khas Afrika Utara. Masjid jamek salah satu masjid indah di dunia.
Emm, teringat masa muda-muda dulu, tanggal 28hb 4, saya, kawan-kawan dan ramai lagi berkumpul untuk bersuara menentang ketidaktelusan Kerajaan. Semua berbaju kuning. Hidup Bersih. Hew hew.

7. Masjid Muhammad Ali Pasha di Cairo, Mesir menampilkan seni bina Ottoman yang klasik. Ia dibina oleh pemerintah Mesir, Muhammad Ali Pasha untuk mengingati anak sulungnya, Tusun Pasha.
Wow, Tersergam indah masjid ni. Bilalah agaknya orang nak tampung perbelanjaan saya ke sini :P

8.  Sultanahmet Camii, juga dikenali sebagai Blue Mosque, di antara masjid yang paling mashyur di Turki. Pembinaannya mengambil masa tujuh tahun, dari 1609 hingga 1616. Seni bina masjid ini dipengaruhi unsur-unsur Ottoman dan Byzantine.
Masjid ni dikenali sebagai Blue Mosque. Tapi tak nmpak blue pon. Nmpak Gold je. Woow. Sangat indah masjid ni Subhanallah.

9.  Masjid An-Nabawi di Madinah adalah fokus umat Islam pada musim Haji. Bersama dengan Masjidil Haram di Mekah, ia adalah tempat yang paling suci untuk agama Islam.
Tak payah cakaplah, Semua umat Islam tahu masjid ni. Orang non-Muslim pun tahu. Hehe, Masjid ni antara cita-cita saya untuk dilawat. Ku Merindui mu Ya Rasulullah.

10. Masjidil Haram di Mekah merupakan tempat yang paling suci bagi umat Islam di seluruh dunia. Setiap tahun, berjuta-juta umat akan ke Tanah Suci Mekah untuk menyempurnakan ibadah Haji dan Umrah.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Masjid inilah masjid paling ngetop. Destinasi inilah menjadi idaman honeymoon saya dengan isteri tercinta nanti. :P.
Jom sama-sama berdoa. "Ya Allah, panjnagkan umur kami, agar dapat kami berkunjung ke Tanah Haram yang penuh berkat ini. Ku ingin jejak kaki ini ke bumi kekasih-Mu ya Allah."

Ehem, sampai sini dulu penulisan blog ini. Moga kawan-kawan yang membaca peroleh redha-Nya :)

1 ulasan :

(: KamALiaH RoSLi :) berkata...

amiinnn..insyaAllah..Allah permudahkan urusan yg mnuju redhaNya..
:)