Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Khamis, 22 April 2010

kuliah maghrib!!

Tanggal 21hb April Rabu malam Khamis, aku telah hadir dalam sebuah majlis ilmu yakni Raudhatul Jannah(taman syurga)..sebab apa aku katakan majlis ilmu itu taman syurga? Bukan aku yang keluarkan fatwa sesuka hati, aku pinjam kata-kata ustaz yang mengendalikan kuliah maghrib itu di masjid berdekatan dengan kediamanku.. katanya rasulullah S.A.W bersabda kepada para sahabat ”barang siapa bermusafir, merantau atau sebagainya..kemudian kamu itu melalui kawasan taman-taman syurga(raudhatul Jannah), hendak lah kamu singgah” lalu para sahabat kelihatan bingung lalu bertanya “ ya Rasulullah, ada lagikah taman syurga selain raudhah di madinah(mimbar nabi)? Rasulullah menjawab “ya, majlis ilmu itulah antara majlis yang didalamnya terdapat taman syurga”…hadis ni aku tak brape pasti samada sahih atau tak..namun apa salahnya kita mengamalkannya?




Sudah aku nyatakan dalam entry sebelum ni. Aku amat2 tertarik dengan penyampaian ilmu oleh ustaz yang diberi nama us. Nazri Nawi. Disamping beliau menyampaikan point2 penting dalam kitab hadis 40 berkenaan dengan ilmu dan ulamak beliau juga menyelitkan kisah2 isu semasa tentang kecetekan ilmu dalam kalangan belia zaman moden nih.. antara cerita beliau.. seorang sahabat beliau seorang guru agama disebuah sekolah mengadakan satu ujian bulanan kepada pelajar tingkatan4. beliau amat2 sedih dengan situasi belia zaman sekarang, katanya zaman sudah kembali ke zaman jahiliyah dulu. Para pelajar diajukan soalan yang berbunyi:” adakah Allah itu berbilang-bilang?” maka separuh daripada kelas menjawab “ya!” .. itu satu cerita..ada lagi satu cerita beliau yang mana, beliau diceritakan oleh sahabat beliau, sahabat beliau ni usha rancangan Nabil, siapa tak kenal Nabil? Orang yang terkenal dengan lawak bodohnya.. si nabil ni menjemput golongan kanak-kanak yang baru sahaja menceburi bidang hiburan. Antaranya bintang idola kecil. Ketika rancangan di adakan pada bulan hampir-hampir hari diambang umat Islam menyambut Aidilfitri. Si nabil ni bertanya kan satu solan kepada seorang kanak2 tu. “ dalam bulan islam, hari raya di sambut bulan apa?” peserta bintang idola kecil tu tak dapat menjawab…diam saja..ditanya oleh nabil soalan kedua. “siapakah penulis novel Harry Poter?” kanak-kanak itu dengan pantas sekali menjawabnya. Aku pon tak tau spe pnulisnye.. beliau(ustaz) menimbulkan persoalan?mana nilai Islam di kalangan orang2 muda? Sedangkan soalan hari raya dalam bulan apa, semua sudah sedia maklum bulan syawal. Beliau menegaskan ibu bapa yang memainkan peranan dalam menerapkan ilmu agama dalam benak anak-anak mereka. Sudah pasti parents kepada kanak-kanak tadi mengabaikan tanggungjawab itu. Malah semakin ramai parents yang menggalakkan malah bangga dengan pencapaian anak-anak mereka dalam bidang hiburan. Inikah yang di anjurkan oleh Rasulullah? Rasulullah memberi banyak pengorbanan dalam aktiviti dakwahnya. Sampaikan dicaci, dicemuh, dihina, dibaling dengan batu. Sebaliknya kita zaman sekarang ini tak mengendahkan langsung pengorbanan rasulullah.. so, disini aku nak ingatkan diriku sendiri dan kawan2.. hiduplah kita dalam suasana Islam, dari bangun tido sampai kita nak tido semula. Moga kita tersenarai dalam syafaat rasulluah kelak. Hidup di dunia hanya sementara..bnyakkan buat bekalan untuk hari yang abadi!!

Tiada ulasan :