Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Isnin, 10 Jun 2013

Biodata Sheikh Maher Al-Mueaqly, Imam Masji al-Haram Mekah.



Sheikh Maher Mueaqly atau nama sebenarnya Sheikh Maher bin Hamad Al-Mueaqly lahir pada tahun 1970 atau 18 Syawal tahun 1388 Hijrah di Madinah dan dibesarkan di sana. Beliau merupakan Imam Masdil al-Haram Mekah, Arab Saudi. Kadang kala, beliau juga mengimami solat di Masjid al-Nabawi Madinah. Sheikh Maher mula menjadi imam sejak tahun 1428 (2007) - 1433 (2012). Beliau kebiasaannya mengimami solat Subuh dan Asar.

Beliau mendapat Ijazah professional dalam bidang matematik di Madinah dan mendapat pendidikan di sekolah Balat al-Syuhada dan kemudian dilantik menjadi student adviser di Sekolah Abd al-Majid Mekah.

Pada tahun 1425 Hijrah, Maher mendapat Master dalam bidang Syariah di Umm al-Qura University di Mekah. Menjadi pensyarah dalam bidang Syariah dan Fakulti Sains Islam. Maher juga menjadi imam di Masjid Abd Arrahmane Assaadi, Mekah.

Dari tahun 1416H hingga 1427, Maher menjadi Imam di Masjid al-Haram Mekah dan Masjid al-Nabawi Madinah.

Menurut info yg ambe dapatkan di fb Sheikh Mahir Al-Mueaqly, beliau pernah datang ke Malaysia dlm program Solat Maghrib dan Isya bersama Imam Masjidil Haram di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak.


Itu sahaja info yang ambe dapat. Itu pun ambe translate dari pakcik wiki. Terima kasih wiki, tanpa anda, tiadalah posting ini. Hehe..

Kalau nak usha-usha lebih banyak gambar Sheikh Maher, sila pergi tengok sendiri di fb beliau. Klik sini Sheikh Mahir Al-Mueaqly

Salam 1 Malaysia. Muehehehe..

Tiada ulasan :