Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Sabtu, 10 April 2010

al kisah tentang SOLAT..




بِسْـــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِــيمْ

Aku suke nak bercerita tentang sebuah kisah bab-bab agama. Cerita ni mengisahkan perbandingan darjat orang yang sembahyang dengan orang yang tak sembahyang. Kisahnya bermula ketika seorang pak Haji yang ingin pulang ke KL dari Indonesia menaiki kapal terbang AirAsia. Apabila masuk waktu solat. Pak Haji ni ke tandas untuk mengambil wudhuk. Disebabkan tandas terlalu kecil pak Haji ni wudhuk tanpa menutup pintu tandas. Seorang pramugari yang sedari tadi memerhati tingkah laku pak Haji tu, agak terkejut kerana membasuh kaki di singki lalu menghampiri pak Haji tersebut.

Pramugari     : pak Haji, kat singki tu tak boleh cuci kaki, kotor!
Pak Haji         : (dengan sopan) saya ingin bertanya. Cik basuh muka berapa kali   sehari?
Pramugari     : 3 kali sehari, kenapa pak cik?
Pak Haji         : ini bermakna, kaki saya lebih bersih daripada muka cik. Kerana saya cuci kaki saya 5 kali sehari dengan wudhuk. Wudhuk bukan sahaja membersihkan kaki pak cik tapi cuci dosa-dosa.
Pramugari     : (senyap, malu dan terus blaah)

Berdasarkan cerita ini, benarlah, apabila kita berwudhuk, seluruh tubuh kita disucikan daripada kotoran dari lahiriah manakala dari batiniyah menghapuskan dosa-dosa kecil. Fakta ni aku nak sokongkan dengan sebuah hadis Rasulullah SAW sabdanya :

“Apa pandangan kamu semua sekiranya sebuah sungai di hadapan pintu rumah kamu, dia mandi di situ lima kali setiap hari, adakah kotorannya masih kekal? Para sahabat menjawab : sudah pasti kotorannya hilang. Rasulullah bersabda lagi, Begitulah perumpamaan solat lima waktu. Allah SWT menghapuskan dosa dengannya”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Di sini aku nak nasihatkan kepada semua kawan-kawan, TUNAIKANLAH SOLAT. Dengan solat itu menandakan kita bersyukur kapada Allah. Ketahuilah saudara-saudara dan rakan-rakan sekelian. Allah SWT telah banyak memberi kita nikmat. Tak terhingga banyaknya. Maka dengan itu, bnyakkan lah beramal ibadah sebagi tanda kita bersyukur kepada-Nya.
            Allah menjadikan sesuatu perkara itu penuh dengan hikmat, walaupun kadang kala kita tidak sanggup menempuhnya. Sesungguhnya setiap hamba Allah akan diuji mengikut kemampuan hamba-hambanya. Semakin kuat iman kita semakin tinggi ujian yang akan kita hadapi hanya ingin  menguji sejauh mana ketakwaan kita terhadap Al-Khaliq.

Renung-renungkanlah wahai sahabatku…