Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Khamis, 29 April 2010

MATI, PERINGATAN YANG DILUPAKAN OLEH UMAT ISLAM


Dalam satu wasiat nabi Muhammad SAW kepada Ibnu Umar r.a. berbunyi : “ Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir atau pun sebagai pengembara.”

Keterangan,

Hadis ini menganjurkan kepada kita supaya sentiasa mengingatkan mati dan mengurangkan cinta keterlaluan terhadap dunia yang bersifat sementara ini.

Ibnu Umar pernah berkata: Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang jangan tunggu hingga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit.

Justeru, wasiat nabi di atas sentiasa mengingatkan kita betapa kita bagaikan musafir yang sedang berlalu sementara di dunia ini, maka apakah persiapan bekalan yang telah kita buat bagi menghadapi Allah  SWT pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar?

Kita tidak akan hidup kekal di dunia. Oleh itu, jangan sesekali kita melakukan kejahatan.

Manusia hari ini enggan bercakap tentang mati. Ia terjadi kerana mereka tidak mahu meletakkan urusan agama itu lebih penting daripada segalanya. Sebagai contoh, kalau pada hujung minggu, selepas solat subuh mereka sambung tidur, tidak berapa terikat dengan kuliah subuh, pembacaan al-Quran, membaca zikir al-Ma’thurat, kaunseling diri, isteri, anak-anak, kawan-kawan atau apa sahaja yang boleh meningkatkan tahap keimanan seseorang itu.

Persoalannya, kenapa elemen-elemen agama tidak termuat dalam diari atau agenda harian hidup seseorang Muslim. Apakah kita rasa sudah cukup dengan ilmu yang ada di dada mengenai ilmu-ilmu yang boleh mengingatkan kita kepada alam kamatian?

Rasulullah S.A.W pada penghujung hayatnya, pernah memanggil menantunya, Ali bin Abi Tolib. Baginda mewasiatkan, katanya : Wahai Ali, Jika berlalu di kalangan orang Islam 40 hari, mereka tidak hadir dalam majlis ilmu, maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk. Pertama hatinya menjadi keras (sukar untuk menerima hidayah Allah atau segala kebaikan) dan kedua berani pula melakukan dosa-dosa besar.

Insan bernama Muslim hari ini kebanyakan tidak mempedulikan persoalan agama mereka sendiri. Bahkan terasa senang melakukan dosa-dosa besar. Si suami membiarkan isteri keluar tanpa bertudung. Si ayah membiarkan anak gadis tidak bertudung dan menampakkan pusat mereka. Anak lelaki tidak mengenal huruf-huruf al-Quran dan ada juga yang tidak tahu bermandi junub.

Ada antara para ibu bapa yang seronok melihat anak-anak mereka berjaya dalam bidang hiburan malah mereka berasa bangga.


2 ulasan :

Tanpa Nama berkata...

weih..aku slalu igt mati dowh..tkot nyer aku..ble mngenangkan azab kubur..ya Allah..

SafwanRahman berkata...

zkir bnyk2!..buat la ibadah sungguh2 sperti esok ko mninggalkn dunia ni...