Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Ahad, 25 Julai 2010

soal jawab tentang cinta

 HUKUM COUPLE

soalan:salam.ustaz sy ingin bertanyakan tentang cinta...ad pihak yg mengatakan "kapel" itu zina...walaupun kte mmang menjaga batas2 agama adkah salah/berdosa utk berkapel?? bukankah cinta itu dituntut dalam

Jawapan: cinta adalah fitrah dalam kehidupan manusia, cinta adalah anugerah dari Allah. Islam tidak melarang manusia daripada bercinta, akan tetapi ia haruslah mengikut batasan yang ditetapkan dalam Islam. Bercinta sebelum berkahwin adalah dilarang kerana ia lebih menjurus kepada maksiat, bercinta selepas berkahwin adalah lebih baik untuk keharmonian rumahtangga. ."


HUKUM CINTA DALAM ISLAM

soalan:Kawan saya kata cinta adalah haram dalam agama Islam, maksudnya cinta adalah haram bagi golongan yang belum khawin? Adakah cinta itu hanya dibenarkan selepas perkhawinan?

Jawapan :cinta sesama insan tidak haram,cuma kita perlu menjaga adab dan garis panduan dalam percintaan tersebut.Kita tidak dibenarkan bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan kecuali ditemani mahram, wajib menjaga aurat ketika bergaul dengan ajnabi.Menjaga tutur kata ketika berkomunikasi agar tidak bertentangan dengan syariat Islam."


HUKUM DEGAR LAGU JIWANG

soalan:adakah haram jika mendengar dan menonton filem2 dan lagu cinta... tetapi sekadar mendengar dan menonton dan tidak mendatangkan kemabukan jiwa

Jawapan: Sekiranya lagu-lagu dan filem-filem cinta tersebut membuat membuatkan kita leka dan lalai daripada mengerjakan tanggungjawab terhadap Allah ia adalah haram. "


ADAKAH CINTA DILARANG DALAM ISLAM???

soalan : Saya ingin bertanya mengenai cinta di dalam islam. Adakah bercinta dilarang di dalam islam?

Jawapan: Islam tidak pernah melarang percintaan. Malah ia amat dititikberatkan di dalam agama ini. Walaupun begitu, hanya cinta yang berlandaskan garisan yang telah ditetapkan dan memenuhi kehendak Syara’ sahaja yang dibenarkan. Contohnya seperti firman Allah S.W.T dalam Surah ar-Rum ayat 21 ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ
maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”. 
Bagi memupuk perasaan cinta yang suci murni, Islam telah menggariskan cara dan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang bukan mahram dan salah satu caranya adalah melalui perkahwinan seperti yang dijelaskan dalam maksud ayat di atas. Melalui perkahwinan juga dapat menjaga dan memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan lain2 kemungkaran"


BOLEH KE BERCINTA SEBELUM KAHWIN???

soalan : salam......adakah istilah COUPLE dalam Islam?????ataupun dalam erti kata yang lain BERCINTA sebelum berlakunya hubungan yang sah di sisi agama Islam......

Jawapan: cinta adalah fitrah dalam kehidupan manusia, cinta adalah anugerah dari Allah. Islam tidak melarang manusia daripada bercinta, akan tetapi ia haruslah mengikut batasan yang ditetapkan dalam Islam. Bercinta sebelum berkahwin adalah dilarang kerana ia lebih menjurus kepada maksiat, bercinta selepas berkahwin adalah lebih baik untuk keharmonian rumahtangga."



 DOA SUPAYA ISTERI SAYANG PADA SUAMI

soalan :Asalamualaikum. Apakah doa atau ayat bolih dibaca supaya suami sayang pada isteri?

Jawapan: Wa Alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, Antara ayat yang boleh diamalkan bagi mengekalkan perasaan cinta dan kasih sayang pasangan kita hanya untuk kita:
ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ
Katakanlah: Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
Surah Ali Imran ayat ke-31.


Tiada ulasan :