Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Rabu, 27 November 2013

Karenah Mufti Kedah

Foto : Malaysiakini
Malaysia kali ini digemparkan sebuah video yang hangat dipersebarkan, iaitu video SS Mufti Kedah Menolak Wahabi dan Syiah.


Video ini telah pon dijawab oleh beberapa ilmuan. Antaranya oleh Dr. Mohd Asri sendiri dalam blog beliau disini. Antara lainnya, video ini juga dikomen oleh al-Ustaz Mohd Rozaimi Bin Ramlee. Bakal PhD di Jordan. Boleh lihat tulisan beliau disini. 

Isu ini juga hangat dalam media massa. Antaranya Malaysiakini yang menyiarkan laporan ttg keengganan SS Mufti Kedah bermubahalah/sumpah laknat atas tuduhannya terhadap DrMaza. Boleh lihat laporannya disini.

Disini, saya tidak mahu berkomen panjang mengenai isu ini. Cumanya, pada pendapat saya, SS Mufti bersifat kurang rasional kerana telah mendakwa DrMaza dgn tuduhan yang berat. Dan sewajibnya tuduhan yang dibuat itu dibuktikan samada ceramah DrMaza, tulisan atau apa-apa pun bentuk yang boleh disandarkan kepada beliau. Adalah tidak adil satu tuduhan itu tanpa mendatangkan sebarang bukti. Ini satu perkara yang besar. Kerana Sheikh Muhammad Baderuddin merupakan seorang berjawatan mufti. Ramai pengaruhnya, kita takut, orang-orang yang menjadi pengikutnya juga turut mengulang-ulang perkataan yang belum dapat ditentukan kepastiannya.

Cukup itu komen saya.

Saya juga ingin melahirkan rasa kesal dengan tindakan beberapa pihak yang mendakwa mereka membela SS Mufti. Persoalan yang timbul, apa yang mereka bela? Mereka bela perkara yang berat, suatu tuduhan yang tanpa bukti. Kemudian dengan membabi buta membela malah mencaci pihak yang tidak sependapat dengan mereka. 

Adakah mereka menyokong satu-satu statement yang hanya untuk memuaskan hati mereka atas kebencian dan dendam yang telah lama bersarang dalam hati mereka? Saya sokong mereka membela sekiranya DrMaza melontarkan fitnah kepada SS Mufti Kedah. 

Tulisan ini bukanlah untuk membela DrMaza, tapi kita perlu bersikap adil dalam menghukum.Kita tak mahu kita terlibat dengan sebarang fitnah dan tuduhan melulu yang melibatkan terbatalnya iman. Antara dakwaan SS Mufti ialah DrMaza mengatakan Allah macam kera, Allah pegang najis. Ini bukan tuduhan dalam perkara khilaf. Hatta Syiah sendiri tidak berpegang dgn akidah ini, jika ada mungkin hanya segentir. 

Antara lainnya, SS Mufti mendakwa bahawa wahabi kata tiada qunud subuh, masalah teraweh, tabarruk dan sebagainya adalah isu khilafiyyah. Yang mendakwa qunud itu bid'ah bukannya wahabi. Itu pendapat Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad dan sebahagian ulama mazhab al-Syafi'ie.

Jadi, saya kira SS Mufti kurang cermat dalam hal ini, dan orang-orang yang kononnya mendokong SS Mufti adalah satu keputusan yang kurang cerdik. Menjadi suatu masalah besar apabila berlakunya fanatik mazhab. Inilah yang menjadi punca perpecahan antara umat di Malaysia.

Marilah kita renungi kata-kata dari Imam al-Syafie rahimahullah:


“ Setiap apa yang aku ucapkan, kemudian mendapati adanya hadis sahih yang dilaporkan daripada Rasulullah SAW bercanggah dengan pendapatku, maka hadis itu yang lebih utama, jangan kamu mengikuti pendapatku.”


Didalam kitab Siyar A’lam al-Nubula karangan Imam az-Zahabi, beliau juga menukilkan kata-kata Imam Asy-Syafi’i:


“ Jika kamu dapati apa yang ada dalam bukuku bercanggah dengan Sunnah Rasulullah SAW, maka berpeganglah dengan sunnah dan tinggalkan pendapatku.”


Akhir kalam, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Tulisan ini hanyalah pendapat saya selaku manusia biasa yang rasa terpanggil untuk menjelaskan kebenaran. Namun begitu, bukanlah saya mengatakan tulisan saya ini benar-benar belaka. Perlu dinilai, saya mengajak para pembaca membacanya dengan berlapang dada.

أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ، وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا، فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا، فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ، تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ، فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ

<رواه أبي داود رقم 4607>

Tiada ulasan :