Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Khamis, 18 Julai 2013

Persoalan Taklid Mazhab dan Mencampuradukkan Mazhab

Perkara Asas Tentang Bermazhab
Beberapa perkara asas ini perlu difahami bagi memastikan kefahaman para pembaca lebih jelas.

a) Mazhab-mazhab ini merupakan madrasah dan aliran-aliran fiqh bagi mentafsirkan nas-nas syariat dan pengambilan hukum-hukum daripadanya. Maka ia adalah kaedah atau metodologi fiqh dalam mengistinbat dan mengetahui hukum. Ia bukan syariat baru dan bukan sesuatu yang lain daripada Islam.
b) Sesungguhnya syariat Islam, iaitu nas-nas al-Quran dan al-Hadith lebih besar dan lebih luas daripada mana-mana mazhab.
c) Syariat Islam menjadi hujah ke atas setiap mazhab, bukan mazhab yang menjadi hujah ke atas syariat.
d) Sesungguhnya asas yang mengharuskan mengikut mazhab-mazhab ini adalah kerana diyakini bahawa ia telah berjaya memperkenalkan kepada pengikutnya hukum-hukum syariat berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu, apabila ternyata bahawa mazhab tertentu tersalah dalam sesuatu masalah dan yang betulnya berada di satu pihak lain dengan jelas, maka perlulah orang yang mengikut mazhab itu berpaling daripada mazhabnya dalam masalah ini kepada pandangan mazhab yang lebih tepat itu atau bahasa mudahnya pandangan mazhab yg lebih dekat dengan sunnah.
e) Bagi seseorang yg mengikut mazhab tertentu, adalah DIHARUSKAN mengikut mazhab lain dalam sesetengah masalah, kerana tidaklah wajib dia terikat dengan kesemua ijtihad mazhab yang menjadi ikutannya. Tetapi ikutan kepada mazhab lain itu hendaklah berasaskan kepada dalil-dalil yg kuat dan mendorongnya beralih. Ia juga harus bertanya kpd mana-mana ulama lain daripada mazhabnya tentang hukum syarak dalam apa jua masalah dan beramal dengan fatwanya.
f) Sebagai seorang muqallid (pengikut mazhab), hendaklah dirinya bersih dari sifat taasub kepada mazhabnya secara melulu, kerana mazhab-mazhab fiqh bukan sebagai pemecahbelah Islam, dan bukan sebagai agama yang menasakhkan syariat Islam. Bahkan ia hanya merupakan aliran-aliran dalam mentafsir syariat dan fahamannya. Ia juga sebagai metodologi dalam penyelidikan, kajian dan kefahaman, di samping sebagai cara ilmiah dalam istinbat hukum, kesemuanya bertujuan untuk mengenali hukum-hukum
g) Kita tidak harus merasa sempit dada dengan adanya perbezaan pandangan dan ijtihad mazhab-mazhab, kerana perbezaan kefahaman itu adalah sesuatu perkara tabii kepada manusia. Akal, pengetahuan dan kefahaman seseorang adalah berbeza-beza. Maka sudah pasti berbeza tentang istinbat dan kefahaman. Bahkan kita harus berbangga dengan perbezaan ilmu fiqh ini yang telah mewariskan kepada kita perbendaharaan yang besar,dan kita menganggap itu sebagai tanda kesuburan dan hidupnya fiqh.
h) Hendaklah kita memahami daya usaha yang dicurahkan oleh ulama-ulama mujtahidin daripada pelbagai mazhab itu. Hendaklah kita menghormati dan beradab terhadap mereka serta mendoakan kebaikan mereka dan kita percaya bahawa mereka akan mendapat ganjaran pahala sama ada ijtihad mereka tepat atau tidak, asalkan mereka ikhlas dan telah berusaha bersungguh-sungguh dengan takwa dan iman dlm mengeluarkan hukum.

Talfiq
Mereka yang telah berpegang kepada satu-satu mazhab tertentu boleh bertaklid dengan mazhab lain dengan syarat tidak berlaku talfiq atau tarkib. Keharuskan ini boleh berlaku dengan beberapa syarat. 
  1. Jangan bertaklid sehingga membawa kepada talfiq yang dilarang, iaitu percampuran sesuatu pandangan ulama mazhab sehingga menjadikannya terkeluar daripada semua pandangan ulama.
  2. Tidak bertujuan sengaja mencari-cari yang rukhsah (mencari yang ringan) iaitu yang mudah-mudah daripada setiap mazhab, dan amalan ini berdosa dan boleh menjadi fasik. [lihat I'anah al-Tolibin, al-Bakri bin Muhammad Syata al-Dimyati, 4/217 ; al-Taqrir wa al-Tahbir, Imam Salahuddin al-'Alafi, 3/351]


[Artikel ini dipetik dari buku 'Formula Solat Sempurna' oleh Dr. Zaharuddin Abd. Rahman]


Tiada ulasan :