Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Rabu, 10 Oktober 2012

Dr. Zakir Naik Seru Kepada Persaudaraan Sejagat

Seronok bila kita kaji tentang kepercayaan agama-agama lain selain Islam. Apa asalnya, semua agama mengajak kepada menyembah kepada TUHAN YANG SATU.  Hanya kerana beberapa faktor yang membuatkan sesuatu kepercayaan itu menjadi sesat berdasarkan pemerhatian atas golongan :


  1. Pegangan dan amalan Ibu Bapa, Nenek Moyang
  2. Mazhab-mazhab sesat
  3. Gorongan, godaan yang sesat
  4. Para Ilmuan
Teringat pada ucapan seorang panel ketika saya berkunjung ke Melaka untuk mengkaji kepelbagaian budaya dan kepercayaan agama-agama lain yang lebih kurang bunyinya :

"Kita kena cari persamaan kepercayaan agama-agama lain dengan konsep dan pegangan kepercayaan dalam Islam. Seperti contohnya, Islam sangat menekankan Esakan Allah SWT. 
Jadi panel tu dari pemerhatian saya, memang minat dalam mengkaji perbandingan agama, kerana menghafal beberapa potongan ayat dari kitab suci agama lain seperti Hindu, Kristian, Buddha dan banyak lagi.

Kitab suci Hindu


Gambar di atas, Dr. Zakir Naik membacakan sepotong ayat  dari kitab suci agama Hindu yang hampir sama ayatnya dengan ayat dalam Al-Quran dalam surah al-Ikhlas. Surah al-Ikhlas yang menjelaskan kepada kita tentang keEsaan Allah SWT yang mana Allah SWT tidaklah beranak dan diperanakkan.



Saya rasa itulah juga respon sebahagian besar hadirin yang terdiri dari yang beragama Islam dan juga yang belum beragama Islam pada malam itu. Pendekatan secara lojik fikiran yang disampaikan oleh Dr Zakir Naik di hadapan lebih 12,000 orang yang duduk di dalam dewan dan di luar dewan begitu menarik perhatian semua.



Beliau telah menyampaikan syarahan bertajuk ‘Universal Brotherhood’ bagi mengajak manusia agar bersatu menyembah Tuhan Yang Satu. Bagi membawa mesej tersebut, beliau telah membawa beberapa bukti ayat-ayat dari kitab asal agama Hindu, Yahudi, Kristian dan Islam yang menceritakan tentang menyembah Tuhan Yang Satu.


Jika penganut-penganut agama Hindu, Yahudi dan Kristian membaca betul-betul kitab asal agama mereka, tentu mereka mendapati bahawa kitab-kitab tersebut menceritakan tentang Tuhan Yang Satu. Malangnya disebabkan mereka tidak membacanya tetapi lebih membaca kitab-kitab sekunder agama atau hanya mendengar kata-kata ahli agama mereka, maka sebab itulah mesej yang penting ini dilalaikan dari pengetahuan mereka sehingga ada yang menyembah patung-patung, haiwan, pokok dan manusia yang dianggap sebagai tuhan mereka.


Sepatutnya mereka merujuk sendiri kepada kitab asal agama mereka. Dengan merujuk kepada kitab asal mereka, jurang perbezaan antara manusia dapat dikecilkan kerana masing-masing menyembah Tuhan Yang Satu. Dan beliau semalam menyentuh ciri-ciri asas Tuhan yang disebut di dalam kitab-kitab asal agama Hindu, Yahudi dan Kristian iaitu Tuhan hanya satu, amat berkuasa, tidak berkeluarga dan tidak mempunyai ciri-ciri makhluq yang diciptakanNYA.

Beliau telah menaqalkan satu persatu dari kitab-kitab Hindu, Yahudi dan Kristian bagi membuktikannya. Inilah kelebihan utama yang diberikan oleh ALLAH Ta`ala kepada Dr Zakir Naik. Beliau berkemampuan untuk memetik beberapa ayat dari al-Quran dan kitab-kitab agama lain secara pantas, dengan izin ALLAH.



Kesemua ciri-ciri asas itu ada disebut di dalam kitab-kitab mereka dan di dalam al-Quran ciri-ciri Tuhan disebut di dalam surah al-Ikhlas, ayat 1-4 dengan amat jelas, iaitu:

  1. قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ: Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah ALLAH Yang Maha Esa;
  2. اللَّهُ الصَّمَدُ: ”ALLAH Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
  3. لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ: ”DIA tiada beranak, dan DIA pula tidak diperanakkan;
  4. وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ: ”Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNYA”.

Disebabkan kitab-kitab agama Islam, Yahudi, Kristian dan Hindu menceritakan mengenai ciri-ciri Tuhan yang sama. Ini bermakna ciri-ciri persamaan itu telah ada dalam agama-agama ini dan sepatutnya ia menyatukan sekalian ummat manusia yang menyembahTuhan Yang Satu. Jurang perbezaan dapat dikecilkan jika mesej ini dapat diterima ramai dan akan wujudlah persaudaraan sejagat, Universal Brotherhood, yang berlandaskan kepada Tuhan Yang Satu.

Dan di dalam kitab Hindu, Yahudi dan Kristian juga ada menceritakan akan datangnya individu terakhir yang akan membawa mesej Tuhan Yang Satu itu. Menurut Islam, individu yang dimaksudkan itu ialah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam. Berdasarkan kitab induk agama Hindu, Yahudi dan Kristian, ciri-ciri individu yang disebut di dalam kitab-kitab tersebut mencirikan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam. Mungkin perkara ini telah disentuh oleh Dr Zakir Naik dalam syarahan beliau di Johor Bharu sehari sebelumnya yang bertajuk ‘Muhammad SAW in World’s Religious Scriptures’. Tentunya syarahan tersebut sangat menarik kupasannya.



Secara umumnya, Dr Zakir Naik semalam mengajak masing-masing agar merujuk kepada kitab asal agama masing-masing supaya mereka benar-benar mengenali agama mereka dan apa intipati ajaran tersebut. Dan tentunya apabila mereka mengenali betul-betul agama mereka dengan mendalam, mereka pastinya akan akhirnya cenderung kepada Islam kerana Islam adalah agama tauhid yang dibawa oleh Nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam sebagaimana yang telah diramal oleh kitab-kitab pegangan Hindu, Yahudi dan Kristian.

Jika diamati sejarah sejak zaman Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam hinggalah pada zaman kini, kita pasti mendapati mereka yang alim terhadap kitab agama masing-masing, akhirnya pasti memeluk agama Islam lantaran kelestarian ajaran Islam di dalam al-Quran dengan kitab-kitab agama terdahulu khususnya dalam bab ketuhanan dan kenabian.


Sepatutnya kita semua yang berasal dari jiwa yang satu iaitu Adam `alaihissalam memilih untuk hidup bersaudara kerana memang kita bersaudara semuanya. Firman ALLAH Ta`ala dalam surah an-Nisa, ayat 1:


يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا


Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada TUHAN kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawwa’), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada ALLAH yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNYA, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya ALLAH sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

Dan kesemua para Nabi mengajak kepada menyembah Tuhan Yang Satu iaitu ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.

Banyak lagi yang disentuh beliau sebenarnya. Tapi saya kira mesej utama beliau pada malam semalam ialah agar semua manusia kembali kepada mentauhidkan ALLAH, iaitu mengesakan ALLAH, menunggalkan ALLAH, men-satu-kan ALLAH dan tidak menyekutukanNYA dengan sesuatu apa pun. Inilah ajaran utama agama sejak manusia pertama diwujudkan.


Walaupun secara zahirnya Dr Zakir Naik semalam mengajak kepada penganut-penganut Hindu, Yahudi dan Kristian agar kembali merujuk kitab asal agama mereka, itu tidak bermakna beliau suruh kembali kepada agama mereka secara hakikatnya.


Seingat saya, ia adalah strategi dakwah tokoh-tokoh dalam comparative religion. Ahmad Deedat dulu begini juga caranya. Dr Zakir Naik, Yusuf Estes dan lain-lain tokoh juga begitu. Mula-mula mereka mengajak mereka kembali kepada kitab asal mereka dan mencari persamaan supaya nilai yang sama itu dapat dipersetujui secara bersama. Kemudian akan diajak pula memperhalusi kontradiksi iaitu percanggahan yang terdapat di dalam kitab-kitab agama mereka. Di situlah al-Quran akan terserlah kebenarannya sebagai kitab dari Tuhan Yang Satu.



Allah, Hebat bukan insan yang Allah berikan akal digunakan untuk berdakwah kembali kepada kepercayaan sebenar.

Inilah Hero kita :

Sheikh Said Rageah ⇨ Somalia
Sheikh Hussain Yee ⇨ Malaysia
Sheikh Zakir Naik ⇨ India
Sheikh Muhammad Salah ⇨ Egypt
Sheikh Yusuf Estes ⇨ United Satates of America

Di saat Junjungan Baginda SAW dihina oleh golongan Barat. Mereka membalas secara profesional.

Tiada ulasan :