Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Ahad, 7 Julai 2013

Teguran kepada Program Tahlil di Bulan Ramadhan - Abu Anas Madani

Assalamualaikum,
Sedikit perkongsian ringkas.

Seperti yg kita maklum. Melayu kaya dengan budaya dan tradisi dari turun-temurun. Namun, pelbagai spekulasi bahawa tradisi dan budaya itu berasal dari pelbagai agama. Yang selalu kita dengarnya, melayu banyak terpengaruh dengan budaya amalan agama Hindu. Kerana menurut sejarah, sebelum Sultan Melaka memeluk Islam, mereka beragama hindu, tetapi dimana asasnya, sama-samalah kita kaji.

Jadi, amalan dan budaya yg tidak berasa ini, turut terkena tempiasnya dalam hal-hal yg berkaitan dengan agama, seterusnya menjurus kepada amalan bidaah. Amalan yg sangat popular dikalangan masyarakat Melayu, iaitu program tahlil sempena Ramadhan, tujuannya mungkin untuk para tahlil-tahlil itu sedekahkan pahalanya kpd org2 tua yg sudah meninggal dunia. Namun, apa yg tidak kita ambil berat. Bahawa amalan yg sahih dari al-Quran dan as-Sunnah lah sepatutnya menjadi keutamaan kita untuk beramal.

Bila datangnya bulan Ramadhan, terlalu berleluasa pihak-pihak tertentu yg menganjurkan program-program sebegini dengan mengedarkan borang-borang yg kononnya program menghapuskan dosa kpd orang yg sudah menginggal dunia dengan kadar bayaran yg tertentu khasnya di masjid-masjid.

Sedangkan doa ini mudah, tugas ini mudah dengan peranan anak-anak.. dalam hadith nabi yang diriwayatkan oleh Imam Muslim :

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah R.A, rasulullah SAW bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.

Jadi, kenapa perlu menswastakan untuk mendoakan kpd ibu bapa. Cukup sekadar si anak mendoakan ibu bapanya. 

Jom tonton video AAM berkenaan program Tahlilan di bulan Ramadhan ni.


Tiada ulasan :