Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Jumaat, 12 Julai 2013

Sedikit Mengenai Ibnu Taimiyyah.

Sheikh al-Islam Taqiyuddin Ibnu Taimiyyah(wafat 728h) merupakan ulama yg hebat. Ramai di kalangan para ulama selepasnya memuji Sheikh al-Islam. Beliau merupakan ilmuwan dan seorang pemikir yang tinggi ilmunya. 

Kata Al-Hafizh Jalaluddin As-Suyuthi:

"Demi Allah, mataku tidak melihat seseorang yang lebih luas ilmunya dan lebih kuat kecerdasannya melebihi seorang yang disebut dengan Ibn Taimiyyah, seorang yang zuhud dalam makanan, pakaian dan wanita, seorang yang teguh dalam membela kebenaran dan berjihad dengan segala sesuatu yang memungkinkan."

Ia juga mengatakan:

"Ibnu Taimiyyah adalah syaikh, imam, ulama besar, Al-Hafizh, seorang kritikus, ahli fiqh, mujtahid, mufassir, manusia yang mempunyai kepiawaian tinggi, syaikh al-Islam, tokoh zuhud, orang yang langka (jarang ada) pada zamannya, salah satu ulama besar, orang yang masuk dalam kategori lautan ilmu, cerdas, zuhud dan tiada taranya."

[Lihat: Min A'lam As-Salaf, Terbitan Dar Al-Akidah, Kaherah, Mesir.]


al-Zahabi menyenaraikan gurunya itu di dalam kitabnya Tazkirah al-Huffaz تذكرة الحفاظ yang dikhaskan untuk para hafiz dalam hadith. Beliau memuji Ibn Taimiyyah dengan pujian yang sangat hebat juga menggelarnya dengan gelaran Syeikh al-Islam, antara katanya: 

“Ibn Taimiyyah: seorang syeikh, imam, al-`allamah (sangat alim), al-hafiz (dalam hadith), seorang yang kritis, mujtahid, penafsir (al-Quran) yang mahir, beliau adalah Syeikh al-Islam….dari lautan ilmu, dari para cendikiawan yang terbilang, dari golongan zuhud yang sukar dicari, dari tokoh-tokoh yang berani dan pemurah lagi mulia, dipuji oleh penyokong dan penentang”
[al-Imam al-Zahabi, Tazkirah al-Huffaz, jilid 4, m.s. 1496, cetakan Haidar Abad, India.]

Allahua'lam

Bersambung...

Tiada ulasan :