Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Rabu, 24 Julai 2013

Apa Pendapat Imam Syafie Mengenai Menghadiahkan Pahala Bacaan Al-Quran Kepada si mati

Kita baru-baru ni (bulan ramadhan) dikejutkan dengan banyak isu khilafiyah yg kontroversi melanda umat Islam khususnya di Malaysia. 

  • Isu Rambut Nabi SAW. Rujuk sini
  • Isu Jualan Air Anai-anai, rambut Nabi dll
Dan yang agak hot diperbincangkan ialah isu Abang Sham Kamikazee. Bekas artis kumpulan rock Kamikazee. Ada satu slot di TV Hijrah yang mana Abang Sham menjelaskan bahawa menjadi kebiasaan masyarakat kita Khasnya Melayu, apabila mendengar berita tentang kematian seseorang, secara automatik, kita akan mengucapkan "al-Fatihah" ini adalah kebiasaan masyarakat kita yang menjadi amalan turun-temurun yang kita sendiri tidak tahu dari mana asal-usulnya. Melayu sememangnya begitu, mudah menerima sesuatu perkara tanpa usul-periksa.

Entry ini saya ingin sekali menjelaskan kepada semua, dimanakah silapnya kita dalam hal ini? Sebenarnya, abang sham bukan mereka-reka fatwa ini, malah abang sham menaqalkan apa kata Ulama. Ada segelintir manusia yg mengaku kononnya pengikut ulama telah mencela, mencaci abang sham. Esh esh.Ini bukan budaya ilmu.
Bukti :

Kesian saya tengok para pengkomen-pengkomen status di atas. Moga Allah merahmati kalian. Isunya disini, bukan awak wahabi, saya betul. Isunya, Imam Syafie sendiri berpendapat bahawa bacaan al-Quran itu tak sampai kpd si mati. Ini penegasan saya, kenapa? Nanti saya akan sertakan hujah Imam Syafie di akhir perbincangan ini.

 Jadi, saya tidak mahu menulis panjang. Takut-takut pembaca bosan. Kita tengok, apa kata abang Sham.


Jadi, marilah kita sama-sama bincangkan. Adakah benar, dakwaan abang sham bahawa al-fatihah atau bacaan al-Quran untuk si mati tidak sampai kpd rohnya? 



Pandangan Al-Imam Al-Syafi'i berkenaan menghadiahkan pahala bacaan Al-Quran kepada si mati.

تفسير ابن كثير، سورة النجم (53)، الآية (39):

وَمِنْ وَهَذِهِ الْآيَة الْكَرِيمَة اِسْتَنْبَطَ الشَّافِعِيّ رَحِمَهُ اللَّه وَمَنْ اِتَّبَعَهُ أَنَّ الْقِرَاءَة لَا يَصِل إِهْدَاء ثَوَابهَا إِلَى الْمَوْتَى لِأَنَّهُ لَيْسَ مِنْ عَمَلهمْ وَلَا كَسْبهمْ وَلِهَذَا لَمْ يَنْدُب إِلَيْهِ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُمَّته وَلَا حَثَّهُمْ عَلَيْهِ وَلَا أَرْشَدَهُمْ إِلَيْهِ بِنَصٍّ وَلَا إِيمَاء وَلَمْ يُنْقَل ذَلِكَ عَنْ أَحَد مِنْ الصَّحَابَة رَضِيَ اللَّه عَنْهُمْ وَلَوْ كَانَ خَيْرًا لَسَبَقُونَا إِلَيْهِ

وَبَاب الْقُرُبَات يُقْتَصَر فِيهِ عَلَى النُّصُوص وَلَا يُتَصَرَّف فِيهِ بِأَنْوَاعِ الْأَقْيِسَة وَالْآرَاء

فَأَمَّا الدُّعَاء وَالصَّدَقَة فَذَاكَ مُجْمَع عَلَى وُصُولهمَا وَمَنْصُوص مِنْ الشَّارِع عَلَيْهِمَا 

وَأَمَّا الْحَدِيث الَّذِي رَوَاهُ مُسْلِم فِي صَحِيحه عَنْ أَبِي هُرَيْرَة قَالَ : قَالَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " إِذَا مَاتَ الْإِنْسَان اِنْقَطَعَ عَمَله إِلَّا مِنْ ثَلَاث : مِنْ وَلَد صَالِح يَدْعُو لَهُ أَوْ صَدَقَة جَارِيَة مِنْ بَعْده أَوْ عِلْم يُنْتَفَع بِهِ " فَهَذِهِ الثَّلَاثَة فِي الْحَقِيقَة هِيَ مِنْ سَعْيه وَكَدِّهِ وَعَمَله كَمَا جَاءَ فِي الْحَدِيث " إِنَّ أَطْيَبَ مَا أَكَلَ الرَّجُل مِنْ كَسْبِهِ وَإِنَّ وَلَدَهُ مِنْ كَسْبه"

وَالصَّدَقَة الْجَارِيَة كَالْوَقْفِ وَنَحْوه هِيَ مِنْ آثَار عَمَله وَوَقْفه وَقَدْ قَالَ تَعَالَى " إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي الْمَوْتَى وَنَكْتُب مَا قَدَّمُوا وَآثَارَهُمْ " الْآيَة

وَالْعِلْم الَّذِي نَشَرَهُ فِي النَّاس فَاقْتَدَى بِهِ النَّاس بَعْدَهُ هُوَ أَيْضًا مِنْ سَعْيِهِ وَعَمَلِهِ وَثَبَتَ فِي الصَّحِيح " مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْر مِثْل أُجُور مَنْ اِتَّبَعَهُ مِنْ غَيْر أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورهمْ شَيْئًا".

Tafsir Ibnu Kathir, Surah al-Najm 53, ayat 39:

Dan daripada ayat yang mulia ini, al-Imam al-Syafi’i rahimahullah dan orang yang mengikutinya telah beristinbat bahawa bacaan itu tidak sampai hadiah pahalanya kepada orang-orang yang mati kerana ianya bukan daripada amalan mereka dan bukan juga daripada usaha mereka. Disebabkan inilah Rasulullah s.a.w. tidak mensunatkannya ke atas umatnya dan tidak pula menggalakkan mereka kepadanya atau menunjukkan mereka kepadanya samada dengan nas mahupun isyarat. Perkara ini tidak pula dinukilkan daripada seorangpun para sahabat r.a. Jika perkara ini baik pasti mereka akan mendahului kita kepadanya.

Perbincangan tentang al-qurubat (perkara yang mendekatkan kepada Allah) adalah perkara yang dibataskan kepada nas-nas dan tidak sekali-kali boleh diuruskan oleh jenis-jenis qiyas mahupun pendapat.

Berkenaan doa dan sedekah, kedua perkara ini telah disepakati sampai pahalanya dan dinyatakan berkenaannya dalam syarak.

Berkenaan hadith yang diriwayatkan Muslim dalam sahihnya daripada Abu Hurairah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda “Sekiranya mati seorang insan, amalannya terputus kecuali daripada tiga: daripada anak salih yang mendoakannya, atau sedekah berterusan selepasnya, atau ilmu yang dimanfaatkan.” Tiga perkara ini sebenarnya adalah daripada usahanya, titik peluhnya dan amalannya, seperti mana terdapat dalam hadith: “Sesungguhnya sebaik-baik apa yang dimakan oleh seseorang lelaki ialah daripada usahanya. Dan sesungguhnya anaknya adalah daripada usahanya.”

Sedekah yang berterusan seperti waqaf dan sebagainya adalah daripada kesan amalannya dan waqafnya. Allah Ta’ala telah berfirman (Yasin: 12): “Sesungguhnya kami yang menghidupkan orang yang mati dan kami catatkan apa yang mereka dahulukan dan juga kesan-kesan mereka.”

Ilmu yang disebarkannya kepada manusia lalu diteladani oleh manusia selepasnya juga adalah daripada usahanya dan amalannya. Telah terdapat dalam hadith sahih: “Sesiapa yang mengajak kepada hidayat, dia akan dapat pahalanya seperti pahala-pahala orang yang meneladaninya tanpa dikurangi pahala mereka sedikitpun.”



Setelah menelitinya, adakah Mohd Hanif beserta rakan-rakan dan guru mereka akan menuduh Imam Syafie' juga wahabi? Mengaji tidak bersanad? Sesungguhnya golongan ini adalah golongan yang menolak kebenaran dan merendahkan manusia lain. Sabda Baginda saw;
“Tidak masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun seberat zarah.”-HR Muslim

Sabda Baginda saw lagi;“Kesombongan itu MENOLAK KEBENARAN dan MERENDAHKAN MARTABAT manusia.”-HR Muslim



Telah KAFIR si IBLIS Laknatullah dengan kedua gabungan akhlak ini! Bukan sahaja menolak kebenaran bahkan merendah-rendahkan orang lain. Di dalam Quran jelas menyebut Iblis itu 'Abba Was Takkbarraa' iaitu Enggan dan takabburr!

"..maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur (sombong) dan ia termasuk golongan orang-orang yang kafir“ (QS. Al Baqarah:34)

Dan Allah berfirman; “Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS. Luqman:18)

Didalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Haritsah bin Wahb Al Khuzai’i berkata bahwa ia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Maukah kamu aku beritahu tentang penduduk neraka? Mereka semua adalah orang-orang keras lagi kasar, tamak lagi rakus, dan takabbur(sombong).“ (HR. Bukhari no. 4918 dan Muslim no. 2853).


IMAM SYAFIE BERKATA: AKU MAMPU BERHUJAH DENGAN 10 ORANG YANG BERILMU, TETAPI AKU AKAN TEWAS KEPADA SEORANG YANG JAHIL KERANA DIA TIDAK PERNAH MENGETAHUI AKAN LANDASAN ILMU"


Nauzubillah min zalik. Moga kita sentiasa berada di bawah naungan rahmat Allah azza wajal.

Tiada ulasan :