Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Selasa, 31 Julai 2012

kisah mangkuk yang cantik.


bismillahirrahmanirrahim..

"mangkuk yang cantik?ape kena mengena eak?malas la nak bace.hurmmm "..
sabar la dulu sayang-sayang sekalian..kita baca kisah ini dulu yuk ! :)

one day, Rasulullah S.A.W mengajak sahabat-sahabat baginda, Abu Bakar , Umar dan Usman R.A berziarah ke rumah Ali R.A.. wahh ! bestnye ! pegi ziarah rumah kawan2, kita ade lg tak eak?kalau pergi pun, kalau ade urusan,and raye je dok?hehehe..
Time mereka datang ni, Ali R.A dan Fatimah menghidangkan mereka madu yang diletakkan di dalam mangkuk yang cantik.



see ! cantik kan !? biasela, curik google image kan... huhu..

tanpa sedar, mase mereka NAK makan ni, BELOM makan ye darlings.,heee,,ada la sehelai rambut dalam madu tu.Nabi berkata sesuatu kepada para sahabat.

"Ya sahabatku.Cuba kita buiat perbandingan dengan apa yang dilihat di depan mata kita, sebuah mangkuk yang cantik,madu yang manis dan sehelai rambut."

Lalu, para sahabat memerhatikan, ya! memang ada sehelai rambut yang compem comprem tidak disengajakan dalam madu tersebut.

berkata Abu Bakar R.A, " iman itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini. orang yang beriman itu lebih manis daripada madu dan mepertahankan iman itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut".

kata Umar RA pula, " kerajaan itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini. Seorang raja itu lebih manis daripada madu dan memerintah dengan adil itu lebih sulit daripada meniti sehili rambut".

Setelah itu, giliran Usman RA memberi pendapat, "ilmu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini. Menjamu tetamu itu lebih manis daripada madu dan beramal dengan ilmu itu lebih yang dimiliki itu lebih sulit daripada meniti sehelai rambut".

Menurut Ali RA, " Tetamu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini, menjamu tetamu itu lebih manis daripada madu dan membuat senang sampai kembali ke rumah mereka adalah lebih sukar daripada meniti sehleai rambut".

Sementara Fatimah RA berkata, " Seorang wanita yang berpurdah itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini. Wanita yang berpurdah itu lebih manis daripada madu dan mendapatkan wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit daripada meniti sehelai rambut".

Baginda tersenyum mendengar pandangan para sahabat dan semuanya benar, tiada yang salah.

Kemudian, Rasulullah SAW memberikan pandangannya.

"Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik daripada mangkuk yang cantik ini. Beramal dengan amal yang baik itu lebih manis daripada madu dan berbuat amal dengan ikhlas itu lebih sulit daripada meniti sehelai rambut."

Mendengarkan para sahabat memberikan pandangan, lalu malaikat Jibril juga memberikan pandangannya, "menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik itu. Menyerah diri, harta dan waktu untuk menyebarkan agama lebih manis daripada madu dan mempertahankan syiar agama sehingga akhir hayat itu lebih sulit daripada meniti sehelai rambut."

Dan Allah berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik itu. Nikmat syurga-Ku itu lebih manis daripada madu dan jalan ke syurga-Ku itu lebih sulit daripada meniti sehelai rambut."

Setiap yang berlaku dalam kehidupan kita, ada indahnya, ada manisnya dan harus juga ada yang sukar. Tetapi ingatlah, kadang2 yang cantik dan manis itu nampak indah tetapi di dalamnya ada kepahitan. Dan yang sukar itu nampak susah tetapi jika berusaha, pasti ada manisnya! Menjaga hati itu sangat sukar, ya ! tetapi ingatlah, yang sukar itu membawa kamu bahagia di ATAS sana.

ingatlah, jalan untuk ke syurga itu penuh dengan onak dan duri tetapi hasil dan kenikmatan syurga itu tidak dapat kita rasai di dunia ini. Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan??

alhamdulillah, selesai da menaip.hehe..
insyaallah, niat ana untuk berkongsi,mana yang baik kita ambil.

jaga diri jaga iman,Jom bersama menuju JANNAH ! :)









Tiada ulasan :