Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Isnin, 30 Julai 2012

Wartawan Jepun Memeluk Islam Oleh Tentera Pembebasan Syria

Info baru yang aku dapat dari sebuah link video yang di upload di laman sosial Youtube oleh penyokong tentera pembebasan Syria. Tentang seorang wartawan Jepun beragama Buddha, telah memeluk Islam. Tentera pembebasan Syria telah mengajar beliau mengucap dua kalimah Syahadah bersaksikan tentera pembebasan Syria yang lain.


Moga beliau Istiqomah dengan agama Islam. 

Bila tengok je video ni, aku rasa semangat aku bagai dihembus kencang untuk bersama mereka berjuang korbankan jiwa untuk tegakkan kalimah Syahadah. Dulu zaman sahabat dan zaman selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, mereka berlumba-lumba memburu syahid. 

Aku kagum dengan sahabat Khalid al-Walid yang cita-citanya memburu Syahid, tapi perancangan Allah itu perancangan yang terbaik. Akhirnya Khalid al-Walid meninggal dunia kerana sakit tua, bukan mati Syahid.

Apa pun doakan saudara-saudara kita di Syria, Rohingya dan seluruh negara yang mempertahankan agama Allah ini, berjaya mencapai cita-citanya menegakkan kalimah "Tiada Tuhan melainkan Allah sahaja yang berhak disembah, dan Muhammad sebagai Pusuruh Allah"

Saksikan video wartawan Jepun diajar mengucap kalimah Syahadah


Follow my twitter : https://twitter.com/SafIbnRahman

1 ulasan :

whatever berkata...

ya..smoga beliau istiqomah dan mengikut cara hidup islam yg sebenar