Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Ahad, 29 Julai 2012

Hilal Asyraf mengamuk dengan tema merdeka tahun ni



Sebelum memulakan bicara, rasanya tidak salah untuk aku gelak. Kah Kah Kah. Kenapa aku gelak? Ya, aku gelak keranadari logo, tema dan lagu merdeka tahun ini SAMPAH semata. 


Dan yang paling terkini, Astro Awani telah melaporkan :

Hmm, maknenya kerajaan memang tak mahu dengar suara rakyat. Dah guna cara baik pun mereka buat tak tahu, apatah lagi kalau berdemonstasi.


Oklah, untuk kali ni, aku nak share apa kata Hilal Asyraf seorang novelis terkenal tanah air, mungkin dah ramai yang tahu apa yg beliau katakan. Tapi aku nak share jugak la. HEHE

‎[HARI KEMERDEKAAN YANG PATUT DIMUHASABAHKAN]

Kadangkala saya sendiri tidak faham dengan polemik politik di Malaysia. Negara adalah sebuah tanah yang hakikatnya dikongsi bersama-sama. Di dalamnya ada rakyat yang bersikap atas pagar, pembangkang, dan semestinya di dalamnya juga ada kerajaan.

Justeru, mana-mana parti yang naik memerintah, hakikatnya perlu menaungi semua yang ada di bawahnya. Bukannya merasa bahawa dirinya atau kumpulannya 'memiliki' semua yang ada di bawahnya.

Rakyat adalah untuk kerajaan berkhidmat kepadanya, bukan diperhambakan atau diperbodohkan. Pembangkang adalah rakan 'check and balance' yang perlu disantuninya, bukannya difitnah-fitnah. Kerajaan pula di mata rakyat adalah satu organisasi yang perlu diperhatikan sentiasa agar teguran dan peningkatan dapat dibuat dari masa ke semasa, dan di mata pembangkang, perlu ada rasa untuk menampungi dan menyedarkan kekurangan yang ada pada Kerajaan.

Dengan keadaan sebegini, mana-mana parti naik menjadi kerajaan pun, negara akan aman. Fitnah memfitnah tidak akan menjadi budaya, dan negara akan terus meningkat maju serta jaya.

Namun kita di Malaysia tidak.

Parti yang menjadi kerajaan merasakan bahawa diri mereka 'memiliki'. Media massa dari bentuk radio, suratkhabar dan televisyen, semuanya diadun agar memberikan sokongan kepada mereka. Duit negara keluar bagaikan air dipergunakan mereka untuk pelbagai perkara yang tidak sepatutnya. Seterusnya terdapat pelbagai kes duit yang lesap, dan tidak tahu dibelanjakan di mana.

Tetapi muhasabah tidak berlaku akan perkara-perkara ini. Bila rasa memiliki, maka segala teguran dilihat sebagai cubaan hendak 'merampas'. Aksi untuk menyelamatkan diri, adalah dengan terus menekan, dan mendoktrin. Hari ini dunia internet dan segala pekung mula terbuka dan terbuka. Namun pendoktrinan masih dilaksana tanpa segan dan malu melekat di dada.

Sambutan Kemerdekaan kita tahun 2012 ini sebagai buktinya. Dari logonya yang rapuh, dari lagunya yang merapu, dengan temanya yang nyata tidak punya makna patrioritik, pendoktrinan berjalan dengan hendak mengingatkan kepada rakyat bahawa 'parti' yang diberikan mandat oleh rakyat untuk menjadi Kerajaan hari ini memiliki kerajaan ini. Jangan sesekali cuba ditukar. Jasa sudah bertimbun banyak katanya. Itu dan ini, itu dan ini.

Jika hingga Hari Kemerdekaan pun di'rogol' sedemikian rupa, maka kita dapat membayangkan bagaimana pula di bahagian-bahagian yang lain. Pendidikan, ekonomi, agama dan sebagainya. Kita sendiri dapat lihat bagaimana suasana di negara kita. Hampir semua perkara hendak dipolitikkannya.

Saya sebagai rakyat amat concern dengan hal ini. Sampai bila Kerajaan kita masih merasa bahawa mereka boleh bersikap begini?

Sudah 55 tahun kita hidup di bawah pemerintahan tinggalan penjajah ini. Apakah benar kita merdeka? Dan pada satu point dalam sejarah negara kita, politik punya fasal, hingga ada yang menyatakan bahawa kita sebenarnya TIDAK PERNAH DIJAJAH.

Namun di mata saya, kita hakikatnya masih dijajah. Dijajah dengan sikap yang busuk ini, dijajah dengan perasaan bahawa negara kita akan terus kekal aman(yang sekarang pun sudah kelihatan seperti mahu crumble) jika kepimpinan bersikap sebegini.

Suka saya mengingatkan kepada diri saya, kerajaan, pembangkang, juga mereka yang berada di atas pagar bahawa, segala korupsi dan kerosakan yang kita jalankan ke atas negara kita ini, semuanya akan ditanggung bersama.

Mungkin yang telah songlap pelbagai duit, yang menerima gaji melebihi perit jerih yang sepatutnya, boleh melarikan diri ke luar negara jika negara mengalami krisis. Tetapi bagaimana rakyat marhaen?

Sebab itu pesanan akhir saya kepada rakyat, bukalah mata. Saya bukan membenci kerajaan saya, dan tidaklah saya ini penyokong utama kepada pembangkang. Saya hanyalah seorang rakyat yang melihat dan memandang.

Kita hakikatnya yang punya kuasa di sini.
Maka mengapa tidak melihat, dan memerhati.

Sekadar untuk muhasabah, mengambil peluang kehangatan isu Sambutan Kemerdekaan ke 55 kita tahun ini.

Sekian.

Hmm, You got it? Kalau nak keasliannya, aku bari link nya sekali. Hilal Asyraf (Official)

2 ulasan :

iamcikmisi berkata...

ooohh.. bgos2~ antara rakyat yg concern pada masalah negara ~ haaha, kalo bergabong jer kan best, xyah parti2..setuju x? hehe

Tanpa Nama berkata...

100% setuju...rakyat kena buka mata & minda untuk menilai situasi negara kita yang dikatakan "aman"..