Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Isnin, 31 Disember 2012

Bagaimana menyambut Detik Tahun Baru 2013?

Tiada ulasan :

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk hirup udara milik mutlak Allah SWT. Banyak cerita, kisah dan pengalaman sepanjang tahun 2012. Samada cerita manis mahupun pahit itu semua daripada ketentuan Allah. Apa yang sedih-sedih sepanjang tahun 2012 ini, kita buka laman baru, tinggalkan yang lepas, biarkan ia lepas.

Fokus memikirkan apa yang nak dilakukan untuk masa depan. InsyaAllah, 2013 ambe ramalkan Malaysia bakal berdepan dengan satu perubahan pemerintahan. InsyaAllah. 

Apa yang penting, dalam menghadapi tahun baru 2013, suka ambe nak ingatkan semua, nak sambut tahun baru tidak mengapa. Tapi bagaimana caranya menyambut 2013 dengan efektif dan kretif?

  • Sambut dengan penuh kesyukuran kerana Allah masih memanjangkan umur untuk beri kesempatan untuk bertaubat dari kesalahan yg pernah kita lakukan
  • Hadiri majlis-majlis tahun baru yang Islamik. Sambutan yang dianjurkan Kerajaan Negeri Selangor pada saya amat bagus sekali dengan menampilkan Idola anak muda sekarang, Ustaz Azhar Idrus
  • Elakkan menyambut tahun baru dengan kemaksiatan. Ini amatlah penting demi menjaga keberkatan umur yang Allah SWT anugerahkan kepada kita.
  • Perbanyakkan amal ibadah. Kita yang berkesempatan diberi Allah umur yang panjang ini, gunakan masa sebaiknya. Kerana menyesal di hari kemudian tiada gunanya.
  • Berazam untuk sentiasa memperbaiki diri supaya menjadi orang yang tidak menangisi kisah lampau, berusaha menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.
Pesan ambe untuk semua, pasangkan azam untuk tahun baru ini untuk berubah menjadi yang lebih baik dari semalam. Lupakan kisah sejarah hitam, kita mulakan dengan nafas baru. Terus istiqomah dalam perjuangan, Jgn pernah jatuh!



Akhir kalam dari ambe, Kami Sayang Ulama :)

Saya Menjangkau 87 Tahun, Bila-bila masa saya akan pergi - Dr. Yusuf Qaradhawi

Tiada ulasan :

Khutbah Sheikh Yusuf Qaradhawi Jumaat 28 Dis merupakan yang terakhir bagi tahun 2012 dan kedua dalam tempoh dua bulan. Kementerian Wakaf Mesir telah mengkhususkan mimbar Masjid Al-Azhar kepada beliau setiap bulan bagi menyampaikan ilmu yang telah didahagakan oleh sekalian umat Islam khasnya di Mesir yang disekat menyebarkan dakwah lebih 30 tahun lalu.

Sekalipun Sheikh Qaradhawi menjangkau usia hampir 90 tahun tetapi kelantangan dan kepetahannya berhujah seperti usia di awal 30-an dan ditambah ingatannya yang kuat membuatkan setiap kalimah yang dilontarkan dinanti-nantikan oleh pendengar.

Agak malang, jumlah mereka yang hadir di Masjid Al-Azhar kali ini berkurangan berbanding Jumaat pertama beliau menyampaikan khutbah sebulan lalu.

Khutbah Shiekh Qaradhawi berkisar kepada dua topik utama; khutbah pertama menyeru kesatuan ummat khasnya di Mesir selepas Revolusi 25 Januari dan khutbah kedua berkaitan konflik di Syria.

Dalam khutbah pertama, beliau menyeru kepada seluruh rakyat Mesir untuk bersatu sepertimana yang dilakukan mereka di Tahrir bagi menumbangkan rejim Mubarak. "Saya melihat sendiri bagaimana seorang Kristian tolong mencurahkan air untuk saudara Islamnya untuk berwudhuk di Tahrir."

Apa yang menyentuh perasaan para pendengar ialah apabila beliau berkata, "Saya telah menjangkau usia 87 tahun, beberapa hari lagi saya akan pergi (meninggalkan dunia ini), akan tetapi saya menyeru kepada rakyat Mesir dan umat Islam untuk bersatu.."

Berkaitan konflik di Syria, beliau penuh yakin bantuan Allah kepada rakyat Syria terlalu hampir. Beliau turut mengecam Russia dan Iran yang terus-terang bersekongkol dengan rejim Basyar yang membunuh kanak-kanak, wanita dan orang tua tanpa belas kasihan



Moga Sheikh Dr. Yusuf Qaradhawi dipanjangkan umurnya untuk terus berbakti kepada agama. Ambe sangkakan bahawa Dr. Yusuf Qardhawi ni berusia lingkungan 50-an. Tapi Allah itu maha Berkuasa. Subhanallah

Tiada satu pun masjid di Syria yang tidak dibom oleh Syiah - Syeikh Ali al-Shobuni

Tiada ulasan :
Sheikh Muhammad Ali Soubuni - Ulama Syria


Syeikh mengatakan bahawa ada empat sebab mengapa jihad di Syria lebih diutamakan sementara waktu ini berbanding Palestin. Syeikh tentu saja menegaskan bahawa jihad di Palestin pun juga pentingnya.

1). Beliau berkata keadaan di Syria lebih buruk daripada Palestin. Umat Islam dibunuh dengan kejam. Menurut beliau, ibaratnya 60 ribu rakyat Palestin dibunuh dalam masa 60 tahun. Tapi di Syria, 60 ribu umat Islam dibunuh hanya dalam masa dua tahun sahaja. Itu menurut data rasmi. Ada puluhan ribu pembunuhan lain yang tidak mungkin direkodkan.

2). Para ulama sudah mengeluarkan fatwa bahawa Syria menjadi tempat yanga istimewa berdasarkan Quran dan Sunnah, melihat keutamaan Syria. Syria adalah bumi Dimasyh, di mana Nabi Isa akan turun nanti, seterusnya Imam Mahdi mengikuti dalil al-Quran.

3). Jihad di Palestin sudah diketahui oleh umat Muslim sedunia. Namun di Syria, sebahagian besar umat Islam hanya tahu bahawa itu hanya konflik sosial dan reformasi. Di Syria tidak ada media dan juga tidak ada bantuan.

4). Menurut Syeikh Ali, "Tiada satu pun masjid di Syria yang tidak dibom!". Seorang perempuan harus merahsiakan kematian keluarganya kerana jika dia membocorkannya, dia akan ditangkap dan dibunuh.

Jumaat, 28 Disember 2012

Cara Mengembalikan Barang yang Hilang - Dr. Haron Din

Tiada ulasan :

Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.

Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.

Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;

1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

2. Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.
3. Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;
  • Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.
  • Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.

3. Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.

4. Bagi memudahkan untuk beramal dengan kaedah ini, berikut adalah Surah Yaasin yang telah disediakan kolum bilangan doa yang dibaca mengikut turutan dari 1 hingga 28 yang ditandakan pada ayat yang berakhir dengan Mubin.

Ahad, 23 Disember 2012

Peringatan Para Ulama' Bagi Mereka Yang Menolak Hukum Allah

1 ulasan :


Ustaz Abdul Qodir Audah – ( Kitab: Al-Islam Wa Audho’una Al-Qanuniyyah ) : “ sesiapa yang menolak hukum Allah atau menegakkan hukum yang lain, maka ia dikira kafir dan tidak ada walaupun sebesar zarah akan keIslaman di dalam hati mereka walaupun mereka dinamakan dengan nama-nama Islam dan mendakwa bahawa mereka adalah Muslim.”

Ibnu Kathir – ( Kitab: Tafsir Ibnu Kathir ) : “ sesiapa yang meninggalkan undang-undang yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan berhukum dengan undang-undang yang lain, maka ia telah kufur kepada Allah s.w.t. Bagaimana pula hukum mereka yang menggunakan undang-undang ciptaan manusia yang terdapat di dalam kitab Ilyasa’? Mereka juga kufur kepada Allah s.w.t secara ijma’.”

As-Syahid Sayyid Quthb – ( Kitab: Tafsir Fi Zhilalil Qur’an ) : “ sesiapa pun tidak berhak membuat undang-undang yang lain kecuali Allah s.w.t . Sesiapa yang cuba melakukan perkara demikian, maka ia telah mencabar keTuhanan atau Uluhiyyah Allah s..w.t yang paling utama. Mana-mana individu, pertubuhan dan negara yang mencabar Uluhiyyah Allah s.w.t tersebut, maka ia telah terang-terangan kufur kepada Allah s.w.t dan perkara ini termasuk ke dalam al-ma’lum minad din bid dhorurah.

Dr.Muhammad Abdul Qodir Abu Faris – ( Kitab: An-Nizhom As-Siyasi fil Islami ) : “ wajib ke atas setiap Muslim menggunakan undang-undang Allah s.w.t dan haram sama sekali berhukum dengan undang-undang ciptaan manusia. Sesiapa yang menolak hukum Allah adalah kafir, manakala sesiapa yang menggunakan undang-undang ciptaan manusia dengan keinginan dan redho, maka ia juga dikira kafir bahkan mereka hendaklah dikenakan hukuman bunuh sebagaimana yang dilakukan oleh Saidina Umar.”


Dr.Yusuf Al-Qardhawi : “ diantara perkara yang berhak dihukum kafir tanpa keraguan adalah pemerintah-pemerintah sekular dan pendukung-pendukung parti sekular yang secara terang-terangan menolak syariat Allah s.w.t dan melaungkan pemisahan negara daripada agama. Apabila diajak kepada hukum Allah s.w.t, mereka enggan dan engkar. Lebih dahsyat dari itu, mereka bertindak melakukan keganasan ke atas orang-orang yang menyeru supaya berhukum dengan syariat Islam atau kembali kepada Islam.”


Cukuplah dan insafilah akan kekerdilan serta ketidak mampuan kita dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan yang jalannya telah ditunjukkan oleh Allah s.w.t dalam keadaan Allah mengetahui bahawa ada hal-hal yang manusia tidak mampu untuk menyelesaikannya melainkan dengan penyelesaian dari Allah. Lebih 50 tahun kita dikurniakan oleh Allah s.w.t kemerdekaan, namun tidak ada satu jenayah pun di dalam negara ini yang berkurangan, bahkan bertambah-tambah dan menakutkan dari hal pembunuhan, perompakan, pencurian, pemerkosaan, penzinaan, pemurtadan dan sebagainya yang mewarnai wajah negara.

Rabu, 19 Disember 2012

RIAK BOLEH MENGHAPUS AMAL KEBAJIKAN. Jom kenali Nafsu kita

Tiada ulasan :
ISLAM sentiasa menyeru umatnya supaya sentiasa beramal atau melakukan perkara kebaikan dengan penuh ikhlas dan mengharapkan reda Allah. Dalam melaksanakan sesuatu amal kebajikan umat Islam sepatutnya menyedari bahawa sifat malu hanya ditujukan kepada Allah. Ini kerana segala isi hati atau niat setiap hamba-Nya hanya diketahui oleh Allah. Sementara manusia pula hanya dapat mengetahui, menilai dan melihat dari segi lahiriah semata-mata. 

Ada umat Islam yang melakukan sesuatu perbuatan atau amalan kebajikan terutama dalam beribadat hanya untuk mengaburi mata manusia semata-mata sesuai dengan pangkat dan kedudukannya. Dengan perlakuan itu dirinya dianggap baik, warak, kuat iman dan rajin beribadat. 

Ia seolah-olah mereka hanya mengharapkan keredaan manusia dan melupakan kebesaran Allah. Sesungguhnya seseorang yang beramal dan mengerjakan sesuatu yang baik semata-mata untuk dihargai dan dipuji orang lain termasuk perbuatan orang munafik. Ia disebut riak' atau pura-pura. 

Riak adalah salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) dalam Islam serta boleh membinasakan martabat dan kemuliaan seseorang insan. Orang yang bersifat riak tergolong dalam orang munafik. Ini kerana adanya persamaan iaitu dalam sifat berpura-pura, kerana orang yang munafik juga mempunyai sifat kepura-puraan. 

Perbuatan riak juga tergolong dalam syirik kecil yang boleh merosakkan dan menghapuskan amal kebajikan serta melunturkan kemurnian akhlak. Selain itu ia akan mendapat kerugian hidup di dunia dan akhirat, seterusnya mengundang laknat Allah.

Islam memandang perbuatan riak sebagai suatu wabak atau penyakit rohani yang cukup bahaya. Ia juga mengancam kemurnian akidah dan iman serta merosakkan nilai keikhlasan hati, keluhuran akhlak dan sebagainya. 

Secara ringkasnya, riak ialah suatu perbuatan yang tersembunyi di dalam hati, perasaan dan peribadi seseorang dengan niat dan tujuan tertentu. Orang yang gemar mengamalkan riak, hidup dan jiwanya penuh dengan kebohongan dan kepalsuan semata-mata. Ini kerana ia bertujuan untuk mengharapkan pujian, sanjungan dan penghormatan daripada orang lain.

Diriwayatkan daripada Jundub al-Alaqiy, katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud : 

"Sesiapa yang (melakukan satu amalan) supaya orang
menghormatinya, Allah akan menunjukkan aibnya dan sesiapa yang
(melakukan suatu amalan kerana) ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia,
Allah akan memperlihatkan kecacatannya." 
(Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Meminta Simpati Hadis no. 6018).


Seseorang yang riak juga selalu mengikut hawa nafsu. Biasanya nafsu banyak menggoda dan mempengaruhi perasaan dan jiwa manusia untuk melakukan sesuatu kejahatan. 

Allah berfirman bermaksud: 

"Dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah." 
(Surah Sad, ayat 26).

Manusia pada hakikatnya adalah makhluk Allah yang tidak layak untuk melahirkan perasaan bangga diri, megah dan takbur. Allah mengancam dan memberi amaran keras terhadap hamba-Nya yang melakukan riak dalam kehidupannya. 

Allah mengutuk dan melaknat orang yang melakukan ibadat yang disertakan dengan sifat riak. Selain menghapuskan segala amal kebajikan, sifat riak akan menghalang seseorang daripada mendapat rahmat Allah di dunia dan akhirat. 

Orang yang bersifat riak juga akan mendapat banyak kerugian baik di dunia mahupun di akhirat. Mereka tidak akan mendapat pahala amalan kebajikan. Ini kerana amalan mereka akan menjadi sia-sia seperti debu yang berterbangan dan tidak akan dapat merasai nikmat syurga di akhirat nanti. 

Allah berfirman bermaksud : 

"Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apayang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan." 
(Surah al-Furqan, ayat 23).

Jelaslah pengaruh dan kesan riak itu boleh merosakkan keikhlasan amal ibadat dan kemuliaan akhlak seseorang serta akan mendatangkan kemurkaan Allah. Justeru, sebagai orang beriman, kita sepatutnya sentiasa memperbaiki niat dan tekad dalam melakukan sesuatu amal kebajikan supaya tidak menjadi sia-sia dan memperoleh keredaan daripada Allah.

INTI PATI

Empat peringkat nafsu yang mempengaruhi tabiat manusia 

Nafsu Ammarah.
Nafsu yang sentiasa mendorong manusia melakukan kejahatan. Bagi mereka yang berada pada peringkat ini tidak merasakan perbezaan di antara yang baik dan jahat. Apabila seseorang itu melakukan kejahatan, dia tidak menyesal dan sebaliknya, juga apabila melakukan kebaikan, dia tidak gembira. 

Nafsu Lawwamah.
Nafsu yang mula menunjukkan kelemahan diri, menilai tabiat masa lampau dan sedia keluar untuk memulakan kehidupan yang positif. 

Nafsu Mulhamah.
Nafsu yang sudah menerima kebenaran dan keinsafan serta merasakan keseronokan membuat kebaikan dan benci kepada kejahatan. 

Nafsu Mutmainnah.
Nafsu yang mencapai kedamaian dan kebahagiaan. Nafsu ini berusaha terus untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dalam dirinya. Ahli falsafah akhlak Islam, Ibnu Maskawaih menyatakan pertembungan nafsu dalam diri manusia menghasilkan tiga peringkat tabiat manusia. 

Manusia yang baik tabiatnya. 

Manusia yang baik tabiatnya tidak akan berubah menjadi manusia yang jahat.

Manusia yang jahat tabiatnya. 

Manusia dalam kategori ini tidak akan menjadi baik kerana memang pembawaannya sudah jahat. 

Manusia yang berada di pertengahan tabiatnya. 

Golongan ini boleh berubah menjadi baik atau jahat bergantung kepada pendidikan dan persekitaran yang diterimanya.

Kredit dari fesbuk Tanyalah Ustaz

Ahad, 9 Disember 2012

Bendera "Revolusi Syria" Turut berkibar di Palestine!

Tiada ulasan :


Di dalam majlis sambutan 25 tahun HAMAS di Gaza baru-baru ini, kelihatan turut dikibarkan bendera "Revolusi Syria". Lagi bukti bahawa HAMAS bersama perjuangan rakyat Syria.

Insya-Allah, setelah dibebaskan Dimasyq daripada cengkaman rejim Basyar, mujahidin akan bergerak ke Al-Quds pula. Doakan mereka.

Budu : Hoi, bendera PAS pon berkibar lah. Edit ni kah kah.

Kelihatan Bendera Pas di Sambutan Ulangtahun Hamas

Tiada ulasan :
Jalan-jalan cari makan di facebook. Aku terjumpa gambar-gambar yang menarik perhatian aku. Hehe. Apa dia? Itu dia, semasa Sambutan Ulangtahun Kepimpinan Hamas di Palestine, terdapat bendera PAS disitu.

Syabaslah kepada yang mengibarkan PAS. InsyaAllah Islam pasti menang!


Bendera PAS dan bendera Malaysia, berkibar megah di puncak bangunan tertinggi di Gaza.


Banyak lagi gambar, Apa yang pasti, gambar-gambar ini bukanlah diedit!.

Gambar Kredit to : Shahrina Ahmad Sharkawi

Jumaat, 7 Disember 2012

Terbongkar Agenda Kristian Untuk Malaysia di Jerusalem

Tiada ulasan :


Seorang ustaz yang juga merupakan seorang pendakwah yang terkenal dan sering muncul dalam progam keagamaan di kaca televisyen, sering ke Palestin membawa rombongan pelancong muslim melawat Baitulmuqaddis serta menjelajah bumi para Anbiya'. Beliau adalah Ustaz Muhammad Al-Amin juga seorang blogger popular yang sering menjadikan usaha dakwahnya di peringkat antarabangsa sebagai pengisian di dalam blognya,http://www.ustazamin.com/.

Kunjungan beliau ke sana baru-baru ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam dan pahit di lubuk hatinya.... Mari kita ikuti apa sebenarnya yang berlaku terhadap beliau di sana......

Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.

Seperti biasa, hari pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk ke dalam hotel, berehat sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa.

Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel.

Mahmood, pemandu pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut.

“Muhammad, mari sini” katanya.

“Kenapa?” tanya saya agak kehairanan kenana wajahnya agak serius, nada suaranya, agak perlahan seolah-olah ada rahsia yang ingin dibisikan pada saya.

“Tinggal bersama kamu di hotel ini satu rombongan dari Malaysia” terang Mahmood.
“Oh ye ke!” saya agak gembira mendengar berita itu.

“Tapi mereka rombongan Kristian” kata Mahmood lagi.

“Ye ke, ah, di sinikan banyak tempat penting buat Kristian, tentu mereka nak ziarah” kata saya.

“Sepanjang perjalanan dari border Jordan-Israel, mereka memang mengutuk Islam dan sangat tidak puas hati dengan orang Islam di Malaysia, mereka memang anti Islam” Mahmood Menambah.

“Mereka tak tahu aku Islam, mereka ingat aku Kristian” Mahmood semakin rancak berbual dengan saya di satu sudut di bahagian tangga.

“Memang bukan Islam di mana-mana pun tak suka Islam” kata saya tenang.
“Tak, mereka ini lain, mereka memang anti Islam di Malaysia” terang Mahmood bersungguh-sungguh.

Perbualan malam pertama itu habis dengan rasa tidak puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari Malaysia ini.

Selama berhari-hari kami di hotel yang sama, berselisih di dewan makan, memang rombongan ini tidak menegur kami sedangkan mereka dari Malaysia, duduk di Malaysia.

Tidak ada sepatah pun bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui, sama-sama dari Malaysia.

Ada juga kami ingin menegur siapa, tetapi tidak di jawab atau jawapan yang sangat dingin.

Saya tidak tahu, apakah tujuan mereka datang, sama ada untuk lawatan atau ada apa-apa persidangan Kristian yang mereka hadiri.

Saya tidak mengambil perhatian apa yang berlalu walaupun pada tiap-tiap malam, Mahmood akan menceritakan pada saya mengenai ketidak puasan hati mereka pada Islam di Malaysia.

Mahmood memarahi saya…

“Apa dah jadi pada kamu orang Islam di Malaysia hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak kamu?”

Apa yang mampu saya jawab hanyalah…“berpecah, dan ramai yang berpecah…”

Jawapan yang sangat tidak bersemangat dan seolah-oleh maksudnya, “apa nak jadi, jadilah…”

Ya, kurang rasa sensitiviti….

Allah ingin menunjukkan pada saya sesuatu terhadap jawapan di atas……

1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…
Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.

Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.

Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini.

Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.

Tulisan itu berbunyi..

Decree For Malaysia,“We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in seding missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”
Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.

Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.

Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.

Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.

Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai ahli politik yang punyai kepentingan.

Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka.

Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan:-

1. Bagi pendakyah Kristian, jangan pandang rendah kemampuan pendakwah Islam yang tidak berkepentingan di Malaysia. Kami para pendakwah dan orang-orang yang ikhlas akan tetap mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia sama ada menang atau kami mati di dalam usaha ini.

2. Malaysia bukan milik orang politik yang ada kepentingan yang menyokong tindakan kamu kerana harapkan sokongan, Malaysia di dokong oleh ramai pejuang agama Islam, bangsa muslim dan tanah air umat Islam. Kalau orang politik sibuk dengan perpecahan mereka, maka perjuangan itu tetap dibahu oleh umat Islam dari bidang lain.

3. Bagi umat Islam di Malaysia, ini bukan gimik popular, saya bukan ahli politik yang inginkan popular, Biarkan ahli politik bergaduh sesama mereka, yang boleh kita damaikan, kita damaikan atau sedarkan dengan apa cara sekalipun. Perpecahan ini satu yang sangat merugikan. Orang Kristian berbincang hingga ke luar negara merancang untuk mengkristiankan Malaysia, kita hanya menafikan dan hilang sensitiviti.

4. Bagi sahabat-sahabat dari Jabatan Agama Islam, anjurkanlah banyak program-program untuk menjaga dan mengawal umat Islam di Malaysia, bahagian zakat jangan berbangga dengan jumlah kutipan, tetapi usahakan untuk kepentingan umat Islam melalui lapan asnaf seperti yang disebut dalam al-Quran.

5. Bagi semua penguatkuasa agama. Jangan percaya dengan zon selesa yang dibisikkan dan penafian yang dicanangkan oleh orang berkepentingan. Jalankan pemantauan dan penguatkuasaan menurut enakmen yang telah diputuskan.

6. Bagi orang kaya, tolong infak harta untuk menganjurkan program-program keagamaan, semoga Allah sentiasa bersama anda sekelian.

7. Bagi sekelian yang membaca, kita umat Islam terlau beriya-iya ingin menjaga hati orang bukan Islam, adakah orang bukan Islam menghormati dan menjaga sensitiviti kita? Jalankanlah tugasan masing-masing di dalam ruang lingkup kemampuan anda semua, semoga Allah membantu usaha kita.

Semoga pendedahan ini memberi inspirasi pada saya untuk terus membantu Islam, yang ingin bersama mari, yang mahu mencebek dan tidak percaya silakan, yang mahu berfikir, renungkan dan yang mahu mendokan, doakan semua umat Islam di Malaysia agar terpelihara dari agenda global orang kafir.

Patah sayap bertongkat paruh, memperjuangkan dan mempertahakan Islam akan tetap menjadi keutamaan di dalam hidupku, biar berputih tulang, jangan berputih mata…

Al-Fatihah untuk seluruh pejuang Islam terdahulu, tuan-tuan guru kita terdahulu dan pahlawan Islam Nusantara yang telah mendahului kita di dalam tugasan mereka. Hari ini tugasan itu diwariskan pada kita, semoga kita dapat menyambungnya, amin

Source : http://www.ustazamin.com/2012/12/universiti-kehidupan-233-agenda.html

Bermusimkah Jihadmu? #PrayForGaza

Tiada ulasan :


Penderitaan mereka tidak bermusim, bayi dilahirkan dalam keadaan kicau bilau, kanak-kanak membesar dalam keadaan tertekan kehilangan ahli keluarga, bila mmbesar pulak dibiasakan dengan cita2 syahid, buka mata untuk berjuang tutup mati pun untuk syahid. penderitaanmereka tidak bermusim kan?

So apa khabar palestin dan syria hari ni?MIND TO CHECK? :)

tidak berniat sindir sesiapa, palestin bkn hnya skadar milik rakyat palestin, ia milik semua umat Islam.ayuh sentiasa beringat sahabat, untuk diri saya juga :)

Kredit : IKRAMTeens

Khamis, 6 Disember 2012

Ikhlaskan Niatmu - Imam al-Ghazali

Tiada ulasan :
Nama penuh Imam al-Ghazali ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Thusi Al-Ghazali. Imam Ghazali terkenal dengan ilmu falsafah dan ilmu sufi (tasawwuf) Islam. Bagaimanapun, beliau merupakan mahaguru dalam pelbagai bidang ilmu agama. Pada awalnya, Imam al-Ghazali ialah seorang alim dalam bab akidah, fiqh dan kurang berminat dengan ilmu falsafah dan tasawwuf. Namun atas kesedaran, beliau mula menjinakkan diri menceburi bidang falsafah dan tasawwuf.

Beliau merupakan seorang murabbi yang agung dalam Islam. Banyak karya-karya beliau yang menjadi rujukan umat Islam sehingga kini.

Salah satu karya Imam al-Ghazali. Sebuah nasihat berguna untuk anak muridnya

Imam al-Ghazali ada menukilkan sebuah nasihat buat anak muridnya yang tersayang antaranya berkenaan Ikhlaskan Niatmu. Sebuah nasihat yang wajar dan bagus untuk dijadikan pegangan dan kata-kata motivasi bagi seorang penuntut ilmu.

Wahai anakku yang tercinta,
Berapa banyakkah daripada malam-malam yang telah engkau penuhkan dengan berjaga untuk mengulangkaji dan mentelaah kitab, dan berapa lama engkau telah menahan tidur ke atas dirimu. Aku tidak pasti apakah niatmu yang mendorong engkau berbuat demikian, apakah hanya semata-mata mencari/mencapai keuntungan dunia dan mencapai kedudukan yang tinggi serta berbangga dengan kebolehanmu di hadapan kawan-kawanmu. Jikalau ini niatmu maka engkau akan rugi seruginya.  
Tetapi jika niatmu dalam segala usahamu itu untuk menghidupkan syariat Nabi Muhammad SAW dan memperbaiki akhlakmu, serta memecahkan keinginan nafsumu yang selalu menyuruh untuk berbuat jahat, maka untunglah seribu untung. Sungguh benar seorang syair yang berkata :  
"Berjaga malam kalau bukan kerana zatmu adalah sia-sia dan menangis kalau bukan kerana kehilanganmu adalah tidak berguna."


Isnin, 3 Disember 2012

Guru Dipecat kerana sertai Ceramah PR

Tiada ulasan :
Seorang guru agama dari Labuan dipecat kerana menghadiri satu ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. Sudah dipecat, guru tersebut mendakwa menerima borang keahlian UMNO oleh pemimpin UMNO  setempat.


Guru agama sementara dari Labuan yang dipecat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, mendakwa menerima borang keahlian Umno selepas ditelefon seorang pemimpin Umno setempat. 
Guru tersebut, Qatrun Nada Mohd Latfi juga mendakwa bahawa dalam perbualan telefon tersebut, beliau dinasihatkan bahawa sebagai kakitangan kerajaan beliau hanya boleh bergiat aktif dalam parti Umno. 
Beliau mendakwa borang itu dihantar secara serahan tangan pada 11 Oktober, dua hari selepas beliau 'dinasihati' pemimpin Umno berkenaan yang juga seorang senator Dewan Negara.
Beliau bagaimanpun tidak mengisi borang itu dan menerima notis pemecatan pada 24 Oktober dan berkuatkuasa 1 Disember lalu.
NONE

Qatrun (tengah) memberitahu demikian sebelum menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai pemecatannya oleh JAWI.
Sementara itu, pemimpin Umno yang didakwa oleh Qatrun sebagai pemangku Ketua Umno Labuan, Senator Datuk Yunus Kurus, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan beliau yang menghanta 10 borang keahlian Umno kepada bekas guru berkenaan.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, ia dihantar atas permintaan Qatrun sendiri, yang meminta borang tersebut melalui SMS, untuk dirinya sendiri dan rakan-rakannya.
Yunus juga mengakui ada menelefon Qatrun untuk mengesahkan laporan bahawa seorang guru agama sementara JAWI berkempen untuk PAS.
"Saya telefon dia tanya betul ke dia masuk PAS. Dia boleh ketawa-ketawa lagi. Saya cakap itu (masuk mana-mana parti) hak kamu.
"Dia minta borang saya kasilah," katanya.
Qatrun sewaktu sidang media juga mengaku bahawa beliau, secara berjenaka, meminta borang Umno dari Yunus.
Penyelaras NGO hak asasi manusia Suaram, Syukri Razab yang menemani Qatrun berkata siri kejadian yang berlaku sebelum Qatrun dipecat mengesahkan pemecatan itu bersifat politik.
Menurutnya, sebab pemecatan itu yang dipercayai berkaitan dengan kehadiran Qatrun ke ceramah pembangkang bercanggah dengan hak asasi manusia untuk berpersatuan.
Mengulas perkara itu, Yunus menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk membuang Qatrun dari tugasnya kerana perjawatan beliau terletak di bawah bidang kuasa JAWI. 
"Demi Allah, saya tidak pernah suruh JAWI buang atau pecat dia. Perkara ini perlu dirujuk kepada JAWI lah. 
"Bukan saya yang buang. Saya tiada kuasa untuk membuang sesiapa," katanya.
Beliau turut menafikan dakwaan Qatrun bahawa beliau menyatakan hanya pekerja kerajaan dengan keahlian Umno sahaja boleh berpolitik. 
"Tidak ada semua (kenyataan) itu. Itu temberang sahaja," kata Yunus.
Beliau turut menggesa Qatrun menghubunginya sendiri jika Qatrun berkata benar dengan dakwaan-dakwaannya tentang pemecatan itu.



Laporan Malaysiakini. 



Sementara itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini menerima memorandum berhubung pemecatan seorang kakitangan sementara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Labuan.

Ini ekoran Qatrun Nada Latfi yang bertugas sebagai guru sementara menerima notis pemecatan pada 24 Oktober yang berkuatkuasa 1 Disember lalu tanpa menyatakan secara terperinci sebab pemecatan tersebut.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Koordinator Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (Insan), Mohd Faris Abdullah kepada Pesuruhjaya Suhakam, Detta Samen di pejabat Suhakam pagi tadi. Qatrun Nada turut hadir.

Detta Samen selepas menerima memorandum tersebut berkata pihaknya akan mengambil masa seminggu bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh kakitangan tersebut.

Malah menurut Detta Samen lagi, jika pihak pengadu sudah berurusan dengan peguam dan akan membawa kes tersebut di mahkamah, Suhakam akan turut bersama-sama peguam bagi membantu di mahkamah.

"Dan apa yang kami melihat ia adalah satu tindakan yang tidak wajar, selain dari itu jika pihak pengadu sudah melantik peguam, Suhakam boleh turut sama dengan peguam tersebut di mahkamah," jelasnya.

Beliau berkata, sebagai seorang guru, pengadu boleh mengikuti sebarang aktiviti di luar waktu sekolah dan ia adalah hak seorang individu apatah lagi tidak mengganggu urusan sekolah.

"Semua boleh mengikuti ceramah parti dan tidak kira siapa yang menganjur, sebagai individu mahupun kakitangan awam itu adalah hak mereka dan mereka berhak untuk menilai sendiri seseorang pemimpin atau parti.

"Proses ini adalah bagi memastikan pilihan beliau pada pilihanraya nanti adalah bertepatan, lagipun undi itu rahsia," sambung beliau.

Sementara itu, Mohd Faris memberitahu memorandum yang sama telah diserahkan kepada Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali pada 29 November yang lalu namun sehingga sekarang tidak menerima sebarang jawapan.

Laporan Pas Putrajaya

Jika kita tengok fenomena dalam hal ini. Jelas, UMNO bertindak zalim ke atas guru agama, Qatrun Nada Latfi. Apa sebab beliau dipecat? Kes songlap duit? Kes bunuh? Kes rasuah? Tidak. Hanya dengan menghadirkan diri ke ceramah yang dianjur PR. Apa salah hadiri ceramah politik di sisi undang-undang? Pesanan saya untuk ustazah ini, bersabarlah ustazah. lepasni kalau rasa dizalimi, pastikan doakan kehancuran UMNO. Jangan ragu-ragu lagi.

kikiki

Sabtu, 1 Disember 2012

Ulama Muda UMNO : Tiada Jihad di Palestine

Tiada ulasan :
Baru-baru ni dalam minggu ni saya terserempak dengan video ucapan salah seorang daripada 'Ustaz' Muda atau lebih macho di panggil Ulama Muda UMNO mengatakan tiada jihad di Palestine, selain itu katanya yang mengejutkan saya juga ialah kerja memboikot barangan Israel adalah sia-sia.

Waduh! Gawat ni!

Oke, sebelum itu, jom baca apa isi yang diperkatakan oleh Ulama Muda UMNO (Ustaz Idris Sulaiman) ni.

1. Tiada jihad di palestine sebab kekuatan tak balance. Kalau kita nak serang orang, kekuatan kita kena dua kali ganda dari orang yang kita ingin perangi.

2, Tidak guna berjihad sebab tiada persediaan dari segi ketenteraan, senjata, persediaan rohani [akidah] dan persediaan zahir.

3. Salah boikot perniagaan yahudi kerana barangan yang dijual itu halal, bukan haram.

4. Tidak salah menjalankan perniagaan dengan yahudi kerana Rasul Allah pun melakukan urusniaga dengan yahudi. Asalkan dalam perkara2 yang halal.

5. Boikot dilakukan secara tidak konsisten dan sekejap2. Tidak ada kesan.

6. Menganiaya orang2 islam yang berkerja di syarikat2 yahudi kerana menjejaskan pendapatan mereka.

7. Cadangan nak boikot barangan halal tidak kena dengan caranya. Itu namanya dia kebodohan. Sebab tak kena cara.

8. Cara yang terbaik untuk memerangi musuh2 islam ialah kena bersedia dengan segala dengan apa yang kita mampu.

9. Palestine kena keluar dari palestine sebab Rasulullah S.A.W. keluar dari Mekah.

10. Pandangan ini didokong oleh Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani - ulama hadis zaman kini secara terus terang mengatakan bahawa umat palestine perlu keluar dari palestine untuk mengatur strategi.

11. Dan pandangan ini disokong dan diangkat oleh Ustaz Idris Sulaiman.

12. Orang2 yang menasihat orang2 palestine suruh berjihad dan dia duduk rumah goyang kaki sebenarnya bukan bagi nasihat sebaliknya merosakkan umat palestine. Asas kepada alasan ini ialah kata ustaz, umat palestine tak mampu berjihad. [kredit to : Sos Cili ]

Ini videonya 


Dei Ustaz, saya tertarik nak ulas dengan kata ustaz yang berbunyi:
"Palestine kena keluar dari palestine sebab Rasulullah S.A.W. keluar dari Mekah."
ILMU menyeru agar rakyat palestine keluar dari palestine dengan mengambil iktibar kisah Nabi saw yang keluar dari Mekah akibat ancaman bunuh ketika itu.

Lari menyelamatkan nyawa.

Yang sebenarnya palestine sudah lama keluar dari bumi mereka sendiri. Ini adalah bukti bahawa rakyat palestine sudah melakukan semua cara yang ustaz zahirkan dalam sebuah video.

Tanah palestine semakin mengecil dan mereka keluar dari tanah mereka sendiri untuk ke tempat yang selamat.

Mohon ustaz jangan la menghukum mereka hanya kerana mereka memilih untuk berjihad setelah bertahun lamanya bersabar dan lari dari tanah mereka sendiri. 

Aeh, Poning duk memikirkan apa sebenarnya fahaman salafi yang berfahaman UMNO ni. 

Nah, kita tengok pula pandangan Dr. Muhammad Asri Zainal Abidin (DR. Maza)


Sedarlah wahai Ostad UMNO. Isu Palestine ini adalah isu akidah seluruh umat Islam. Sekiranya saudara kita disana sakit, kita disini sebagai seagama seukhuwah pon merasa kesakitan mereka. Jihad yang paling cikai usaha kita. Apa usaha kita? Doa, boikot barangan Israel. 

Usaha kecil ini sedikit sebanyak mampu menggugat ekonomi Israel walaupun tak banyak, tapi kita berusaha. Berusaha mambantu saudara seagama.