Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Memaparkan catatan dengan label Ust Azhar Idrus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ust Azhar Idrus. Papar semua catatan

Rabu, 31 Julai 2013

Air celupan rambut Nabi SAW - Apa Komen Ustaz Azhar Idrus?

Tiada ulasan :




Alhamdulillah, jawapan yang baik daripada al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus mengenai bertabarruk dengan air celupan Nabi SAW. 

- Komen ustaz Azhar Idrus tentang tabaruk dengan rambut Nabi s.a.w. dan memperdagangkan air celupannya.
- Apa pula pandangan UAI tentang air sarang anai-anai yang makan al-Quran?

Seperti apa yang telah saya tulis dalam artikel-artikel lepas mengenai air celupan rambut nabi Muhammad SAW ; Jawapan Sheikh Mahir Yasin al-Fahl Yang Juga dari Ahlu Bait tentang rambut Rasulullah SAW dan Tabarruk dan Sikap Berlebihan terhadap Orang-Orang Shalih.

Pointnya disini, tabarruk itu sendiri tiada masalah. Malah, sahabt nabi juga bertabarruk dengan bahan peninggalan Baginda SAW spt rambut, selipar, jubah, kuda dll yang disandarkan oleh nabi. Ia diharuskan. 

Cuma persoalannya, adakah ia benar-benar sampai kepada nabi? Bagaimana jika ia hanya propaganda individu tertentu yang ingin mengambil kesempatan atas kejahilan orang ramai? Maka, disitu kita perlu ambil langkah berhaati-hati. Jangan sampai itu berlaku pada diri kita, Takut-taku bahan yg disandarkan kepada nabi itu hanya dari tubuh individu lain, dan akhirnya kita mendakwa ia datang dari nabi. Nauzubillah.

*Saya dapat agak, sikit masa lagi Ustaz Azhar Idrus dilabel pejuang Wahhabi. Hehehe..

Sabtu, 24 November 2012

Wanita dan Wangian

Tiada ulasan :


Memang fitrah manusia, ingin kelihatan cantik, kacak dan handsome. Namun, kita sebagai Muslim, semuanya telah dibatasi dengan garis panduan yang selari dengan fitrah sebagai manusia biasa. Tujuan garis panduan ini dibuat bukan untuk menyekat seseorang itu sesuka hati. Ada hikmah disebalik pensyariatan yang ditetapkan Allah SWT.

Sememangnya, berwangi-wangian dan bercantik-hias ini adalah sangat dituntut dalam Islam tertama dalam mengerjakan ibadah, kerana Allah itu cantik dan suka akan kecantikan. Hal ini bersesuaian dengan maksud surah Al-A'raaf, ayat yang ke-31:

"Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan solat), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas."

Terdapat beberapa hukum tentang wanita memakai minyak wangi iaitu wajib, harus, sunat, makruh dan haram.

Wajib

Bila wanita itu diwajibkan memakai wangian? Bilamana si suami menyuruh si isteri memakai wangian. Maka, dengan perintah si suami, hukum berwangian bagi wanita ketika itu adalah wajib

Harus

Seorang wanita harus memakai wangi-wangian ketika berada di dalam rumah bersama suami. Selain daripada itu, adalah tidak diharuskan sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

"Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu..." (Riwayat an-Nasa'is dari Abu Hurairah)
Sunat

Bila seorang wanita itu disunatkan memakai wangi-wangian? Sunat seorang wanita itu memakai wangian ketika di rumah, ingin beribadah di rumah, melayan tetamu sesama wanita. 

Wanita juga disunatkan memakai wangian sebelum melakukan ihram. Aisyah r.a berkata,
"Kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah s.a.w. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah s..aw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi s.a.w tidak melarang)" (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Makruh

Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulama dan terdapat penjelasan dalam bab puasa.

Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alasan ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan "makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa". Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.

Haram

Wanita yang memakai wangian ketika dikhalayak ramai, luar rumah hukumnya adalah Haram. Sabda Baginda SAW :
"Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina" (Abu Dawud, Tirmidzi)
Hadis di atas memberi perumpamaan seorang wanita yang mengenakan wangian yang melintasi khhalayak ramai adalah seperti penzina.

Ustaz Azhar Idrus
Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur "Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa Allah s.w.t tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi......" (Abu Daud, An-Nasaie, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)



Isnin, 19 November 2012

Jawapan ringkas dari UAI tentang Burger McD Free

Tiada ulasan :
McDonald Akan Beri 200,000 Burger Secara Percuma Isnin Ini
PETALING JAYA: McDonald Malaysia akan memberikan 200,000 buger 'Egg McMufin'secara percuma Isnin ini.
Dikenali sebaga 'McDonald Breakfast Day',semua cawangannya seluruh negara akan memberikan burger 'Egg McMufin' secara percuma kepada 1,000 pelanggan pertamanya.
Pengarah Urusan McDonald, Sarah Casanova berkata inisiatif tersebut diperkenalkan sebagai langkah memberitahu masyarakat kepentingan mengambil sarapan pagi yang berkhasiat.
“Dengan tawaran rakyat Malaysia bersarapan bersama kami, kita mahu memulakan langkah bagi mengalakkan masyarakat untuk mengambil sarapan yang berkhasiat untuk lebih cergas pada waktu pagi,” kata Casanova yang juga Pengurus McDonald Wilayah Malaysia dan Singapura dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurut McDonald Malaysia, burger 'Egg McMuffin' diperbuat daripada telur segar daripada ladang bersama dengan keju keemasan serta disaluti hirisan daging disertakan dengan mufin segar.
Bagi 1,000 pelanggan pertama di 215 cawangan McDonaland seluruh negara, termasuk di Genting Highlands dan lapangan terbang, mereka akan mendapat burger percuma bermula pada pukul 7 pagi hingga 10 pagi selagi stok masih ada.
Hanya satu 'Egg McMufin' bagi setiap pelanggan yang datang sendiri ke cawangan, bawa pulang mahupun pembelian secara penghantaran ke rumah.

Sumber berita - http://mstar.com.my

Hampir semua berita di dada-dada akhbar dan media seluruh dunia menyiarkan berita kezaliman Rejim Zionis Israel. McDonald yang didakwa majoriti rakyat Malaysia ada kaitan dengan Zionis, membuat satu promosi untuk burger percuma. Malah, mengeluarkan notis bahawa McD tiada kaitan dengan sumbangan Zionis Israel.

Disini ada nasihat ringkas dari Ustaz Kesayangan kita, Ustaz Azhar Idrus.


Ingatlah wahai saudaraku seIslam, nasihat saya,janganlah sesekali support produk mereka sekalipun percuma. Jom Boikot produk Israel

Jumaat, 19 Oktober 2012

(Lawak) Ustaz Azhar Idrus berpantun

Tiada ulasan :

Tak Patut betul lah orang tu hantar soalan sedemikian rupa pada Ustaz Azhar Idrus. Ape pon, Dalam video ini, kita belajar bagaimana cara memulangkan barang yang kita curi. Hoho. Ustaz Azhar Idrus Terbaik :)

Isnin, 11 Jun 2012

"Cinta kepada bunga akan layu, cinta kepada manusia akan berpisah, cinta kepada Allah swt akan kekal abadi"

Tiada ulasan :



"Cinta kepada bunga akan layu, cinta kepada manusia akan berpisah, cinta kepada Allah swt akan kekal abadi" - Ustaz Azhar Idrus


Jom share-share perkara baik ini di fb, twitter, blog, tumblr dsb. Moga apa yg kita post di laman sosial menjadi saham amalan di akhirat =)




Follow me @safibnrahman at twitter 

Ahad, 10 Jun 2012

Mutiara Kata Ust. Azhar Idrus

Tiada ulasan :




Jom share-share perkara baik ini di fb, twitter, blog, tumblr dsb. Moga apa yg kita post di laman sosial menjadi saham amalan di akhirat =)




Follow me @safibnrahman at twitter