Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Ahad, 12 Januari 2014

Para Sahabat Dilanda Duka...

1 ulasan :

Gambar sekadar hiasan

Tarikh 12 rabi'ul awwal 11 hijriah adalah tarikh dimana segenap para sahabat dilanda kedukaan.

Anas Radhiallah'anh meluahkan : 

"Aku tidak pernah melihat hari yg lebih baik dan lebih terang selain pada saat Rasulullah Shallallah'alaihiwasallam masuk ke tempat kami dan aku tidak melihat hari yg lebih buruk dan lebih muram (menyedihkan) selain hari saat Rasulullah wafat"
(Diriwayatkan oleh al-Darimi)

Ketika itu, Fathimah menuturkan :

"Wahai Ayah, Rabb telah memenuhi doamu. Wahai ayah, Firdaus tempat kembalimu. Wahai ayah kepada Jibrail kami khabarkan kewafatanmu"
(Ibnu Hisyam)

Umar al-Khattab yg seolah-oleh tidak dapat menerima khabar bahawa Rasulullah telah wafat berkata :

"Demi Allah, Rasulullah akan kembali! Siapa yang menganggap bhw Rasulullah telah wafat, hendaklah pancung tangan dan kakinya!"
(Ibnu Hisyam)

Abu Bakr al-Siddiq dtg menenangkan keadaan sambil mengucapkan kata semangat dihadapan para sahabat :

"Sesiapa diantara kamu yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad telah wafat, tetapi sesiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah maha hidup dan tidak Mati. Allah berfirman :



Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, telah berlalu sebelumnya beberapa rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh, kamu berpaling (ingkar, murtad)? Sesiapa yang berpaling ke belakang maka ia tidak memudharat sedikit pun kepada Allah, dan Allah memberi balasan kepada mereka yang bersyukur
(Surah Ali 'Imran - 144)

'Umar berkata :

Demi Allah, setelah mendengar Abu Bakr membaca ayat tersebut, aku menjadi lemah hingga aku tidak berdaya mengangkat kedua kakiku, aku terduduk ketika mendengarnya. Kini aku sedar bahawa Nabi memang telah wafat
(Sahih Bukhari)

_____________________

Betapa besarnya cinta para sahabat kpd insan bernama Muhammad.

اللهم صل على محمد وعلى آل محمد، كما صليت على إبراهيم، وعلى آل إبراهيم، إنك حميد مجيد، اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد، كما باركت على إبراهيم، وعلى آل إبراهيم إنك حميد مجيد

Ringkasan dari Rahiq al-Makhtum oleh Shafiyyurrahman al-Mubarakpuri

Tiga Doa Yang Tidak Mustajab Tanpa Syak

Tiada ulasan :




عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، كَانَ يَقُولُ: " ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لَهُنَّ، لَا شَكَّ فِيهِنَّ: دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ، وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ عَلَى وَلَدِهِ "


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah shallallah 'alaihiwasallam bersabda : "Tiga doa yang mustajab tanpa syak ialah doa golongan yang dizalimi, doa orang yang bermusafir, doa ibu bapa kepada anaknya.

(Diriwayatkan oleh Ahmad)

Sabtu, 11 Januari 2014

Pandangan Prof. Dr. Syaraf al-Qudhah Terhadap Isu Sambutan Maulid

Tiada ulasan :


Sambutan maulid Nabi S.A.W dan hari-hari kebesaran islam yg lain. Soalan: Apakah hukum sambutan peringatan hari kelahiran Nabi S.A.W yang mulia dan hari-hari kebesaran Islam yang lain seperti awal tahun hijri dan sambutan peringatan Isra' dan Mi'raj?

Jawapan: Dengan nama Allah, Segala puji bg Allah, selawat dan salam ke atas Nabi S.A.W…terdapat beberapa golongan dari Muslimin yang beranggapan perbuatan menyambut, mengambil berat ataupun setiap bicara berkenaan dgn hari-hari kebesaran Islam, peristiwa hijrah, Isra' dan Mikraj, pembukaan Mekah, ataupun apa-apa peristiwa dalam sirah Nabi S.A.W adalah bidaah dalam agama dan setiap yg bidaah itu sesat dan kesesatan adalah dalam neraka. Menghukum secara mutlak ia sbg bidaah tidak benar. Sebaliknya yg kita larang dlm sambutan seperti ini jika ia bercampur dgn perkara mungkar dan perkara yang bercanggah dgn agama dan perkara yang Allah tidak izinkan seperti apa yg berlaku di sebahagian negara yang menyambut maulid Nabi S.A.W yang mana mereka menyambutnya dgn memuliakan (secara berlebihan) kpd wali-wali dan org salih. 

Tetapi jika kita mengambil peluang hari maulid ini untuk memperingati manusia tentang sirah Nabi S.A.W, tentang sahsiah baginda yang agung dan tentang risalah baginda yang kekal sehingga kiamat yang mana Allah jadikan sebagai rahmat kpd seluruh alam, adakah ia dikira bidaah dalam agama? Adakah ia dikira sesat? 

Sebaliknya apabila kita menyambut hari-hari seperti ini kita akan mengingatkan manusia tentang nikmat Allah yang agung dan memperingati mereka tentang nikmat adalah syarie, dipuji dan dituntut. Allah memerintahkan kita (untuk memperingati nikmat) dalam kitab-Nya yang bermaksud:

Wahai orang-orang beriman ingatlah nikmat Allah kepada kamu apabila datang kepadamu tentera, maka Kami hantarkan angin dan tentera yang kamu tidak nampak. Sesungguhnya Allah Maha melihat apa yang kamu lakukan. (al-Taubah: 9)

Allah mengingatkan tentang perang Khandak atau Ahzab apabila kaum Quraisy, Ghatafan dan puak-puak mereka memerangi Nabi S.A.W dan kaum Muslimin untuk memusnahkan bumi mereka. Mereka mengepung Madinah seperti gelang melilit pergelangan tangan. Mereka mahu memusnahkan tanaman orang-orang Muslimin dan menghapuskan akar-akarnya. Maka Allah membebaskan Muslimin daripada bahaya itu dengan menghantar angin dan tentera dari kalangan malaikat yang manusia tidak nampak. Allah mengingatkan mereka dengan nikmat ini, maka ingatlah kamu semua (wahai Muslimin), janganlah kamu lupa semua perkara ini. Maknanya wajib ke atas kita untuk mengingati nikmat ini dan tidak melupakannya.

Dalam ayat lain Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang beriman, ingatlah nikmat yang Allah kurniakan kepada kamu ketika ada satu kaum bercita-cita ingin menghulurkan tangan mereka kepada kamu (untuk menyerang kamu), maka Allah menghalang tangan mereka itu, dan bertaqwalah kamu kepada Allah, dan kepada Allah jualah (hendaklah) orang beriman itu perlu bertawakal" (al-Maidah:11) 

Allah mengingatkan Muslimin supaya memperingati nikmat apabila orang Yahudi Bani Qainuqa' berazam untuk melakukan serang hendap terhadap Rasulullah S.A.W dengan merancang helah dan tipu daya mereka tetapi kuasa Allah menggagalkan tipu daya mereka lebih kuat dan pantas. (Mereka merancang, Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang).

Jadi, memperingati nikmat adalah dituntut, kita memperingati nikmat Allah dalam peristiwa ini. Apabila kita memperingatkan manusia dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku untuk mengambil iktibar dengan menyebut pengajaran daripadanya adakah ia dikira salah? Adakah ia dianggap bidaah dan sesat? Wallahua'lam.

Ahad, 5 Januari 2014

Asal Hukum Dalam Ibadah Adalah Haram

Tiada ulasan :
Tiba masanya untuk kita mengulangkaji dalam bidang usul fiqh. Ramai terfikir dan tertanya-tanya bahawa adakah boleh melakukan sesuatu perkara itu selagimana tidak bercanggah dengan syari'at? Mungkin cetusan-cetusan persoalan ini timbul kerana adanya kaedah "asal sesuatu itu harus selagi tiada nas yang melarang" malah amat malang, menggunakan analogi minum arak. Asalnya boleh, tetapi ada nas yang mengharamkan ia, maka ia haram.

Kemusykilan ini bukan sahaja berlaku dikalangan orang awam, malah golongan asatizah yang berijazah syari'at juga turut mengiyakan pernyataan itu. Ini sangat mendukacitakan. Firman Allah azzawajall :

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ

“Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah?” (QS. Al Ahzab: 21)

Ayat dari surah al-Ahzab merupakan suatu amaran kepada pelaku-pelaku bid'ah dan pereka-pereka amalan baru, Ibn Kathir mensifatkan mereka sebagai pengikut-pengikut syaitan dari kalangan jin dan manusia.

Kaedah Usul fiqh menyatakan bahawa "Sesuatu ibadat adalah terputus, melainkan ada nas yang mengharuskannya" sepertimana yang disebut oleh Sheikh Ibn Hajar al-'Asqalani rahimahullah (w 852) :

أَنَّ الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَةِ التَّوَقُّفُ
"Sesungguhnya asal (hukum) dalam ibadat terputus."1

Apakah yang dimaksudkan terputus? Maksudnya ia tidak harus (haram). Perkara ini jika dilakukan boleh dikatakan sebagai bid'ah. iaitu sesuatu perkara yang direka-reka dalam ibadat. Kalau kita lihat, para ulama mazhab al-Syafi'e juga memutuskan perkara yang sama. Kata Sheikh Syamsuddin bin Abi 'Abbas al-Romli al-Syafi'ie rahimahullah :

إن كان الأصل في العبادة أنها إذا لم تطلب لا تنعقد

“Asal hukum di dalam ibadat adalah jika ia tidak dituntut, ia tidak berlaku”.2
Sheikh Sulaiman al-Bujairomi al-Syafi'e rahimahullah menaqalkan perkataan al-Syaubari :

أَنَّ الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَةِ إذَا لَمْ تَطْلُبْ بُطْلَانَهَا

"Asal (hukum) dalam ibadat jika tidak dituntut adalah ia terbatal"3

Ini adalah sebahagian kecil kata-kata ulama dalam perbahasan ini. Banyak lagi qaul dari para ulama dari 4 mazhab. Boleh lihat dalam entry blog sebelum ini disini.



Disini, ingin saya lahirkan rasa kenal dan dukacita bahawa masyarakat masih ramai yang belum faham mengenai tajuk perbahasan ini, tetapi para asatizah sendiri yang mempromosikan bid'ah, serta menggunapakai kaedah "asal sesuatu itu harus" dengan tidak kena pada tempatnya, yang akhirnya menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

Kekeliruan ini biasa kita lihat apabila kita berbincang dengan mereka, mereka akan jawab "ustaz itu cakap boleh...", "ustaz tu buat...", "Ini benda baik, apa salahnya buat...." dan banyak lagi ayat-ayat yang digunapakai untuk menghalalkan sesuatu perkara yang berkaitan dengan ibadat. Ini kerana mereka tidak dilatih untuk belajar dengan kaedah pendalilan. Mereka belajar terikat dengan satu-satu ustaz. Ustaz itu kata ini harus, maka inilah kesannya. Taklid. 

Jadi, kita perlu dan mesti faham dan hadam kaedah ini sekemas-kemasnya supaya tidak terjerumus ke lembah bid'ah yang banyak ancamannya dari Nabi shallallahu 'alaihiwasallam.

Akhir kalam. Pegang teguhlah dengan sabda Nabi :

فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسَنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ، عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ، وَإِيَّاكُمْ وَالْمُحْدَثَاتِ، فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ.

"Berpeganglah dengan sunnahku dan sunnah Khulafa' al-Rashidin yang diberi petunjuk, genggamlah dengan gigi geraham, jauhi perkara baru (dalam agama). kerana sesungguhnya setiap perkara baru itu bid'ah."

(lafaz dari sunan al-Darimi dengan sanad yang sahih daripada 'Irbadh bin Saariyyah radhiallahu'anh)


Nota Kaki:

  1. Ibn Hajar al-'Asqalani, Fath al-Bari jilid 3. hal 54
  2. Sheikh al-Ramli al-Syafi'e, Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj, jilid 1 hal 330
  3. al-Bujairomiy al-Syafi'e, Tuhfah al-Habib 'ala Syarh al-Khatib, juz 1 hal 428