Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Rabu, 30 Mei 2012

HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA

Tiada ulasan :



IJTIMAK PILIHANRAYA & MUNAJAT PERDANA 2012
(HIMPUNAN HIJAU MENUJU PUTRAJAYA)

PENDAHULUAN
o PRU-13 tidak dapat dielakkan akan diadakan dalam waktu terdekat;


o Sebagai Pemain Utama (main player) politik Malaysia, PAS perlu dan telah dan mesti kelihatan telah sedia memikul tanggungjawab serta mandat rakyat untuk mengemudi pemerintahan dan pentadbiran Negara dan negeri-negerinya bersama-sama Pakatan Rakyat (PR);


o PAS bergerak atas kekuatan, istiqamah dan ketaatan Ahlinya serta pertolongan Allah s.w.t. melalui usaha, ikhtiar, doa dan munajat untuk melaksanakan amanah di atas dengan keadaan yang tersusun rapi seumpama “sebuah bangunan yang terbina kukuh”;


o Justeru Program di atas adalah amat penting untuk dijayakan demi menzahirkan komitmen dan kesediaan PAS dalam mengharungi proses pemerintahan yang dibuat melalui saluran sah, iaitu demokrasi dan pilihanraya yang seharusnya di adakan secara bersih, adil dan telus.



TUJUAN DAN OBJEKTIF


· Mengumpulkan minima 100,000 Ahli PAS dalam satu majlis di atas;


· Melaksanakan Majlis Solat Hajat, Doa, Munajat, Amanah, Bai’ah dan Derma Jihad untuk menjayakan perjuangan yang suci dan sah ini;




PENGANJUR PROGRAM


PAS Pusat dengan kerjasama Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah.


PESERTA PROGRAM

(a) AMANAT KEPADA PIMPINAN (Program Tertutup):


(i) Ahli Majlis Syura;
(ii) Ahli Jawatankuasa PAS Pusat;
(iii) Ahli Perhubungan PAS Negeri/WP;
(iv) Ahli Jawatankuasa Dewan-Dewan Pusat;
(v) Ahli Jawatankuasa Dewan-Dewan Negeri/WP;
(vi) Ahli Parlimen / Ahli Dewan Negara / ADUN;
(vii) Jemputan yang diputuskan oleh PAS Pusat.


(b) HIMPUNAN 100,000, MUNAJAT DAN AMANAT KEPADA AHLI (Program Terbuka);


(i) Semua Pimpinan PAS di semua peringkat;
(ii) Semua Ahli PAS di semua peringkat;
(iii) Jemputan yang diputuskan oleh PAS Pusat.


(c) PROGRAM EKSPRESI HIJAU ANAK MUDA KE PUTRAJAYA
(Program Terbuka)




PENUTUP
v Sesungguhnya dengan IzinNya tiada sesuatu pun yang mustahil;


v “Seandainya kamu menolong (Agama) Allah, nescaya Dia (Allah) pasti akan membantu kamu”


v “Sesungguhnya Allah suka kepada mereka yang berjuang di jalanNya dalam suatu Saf yang tersusun rapi bak sebuah bangunan yang terbina kukuh”


v Tiada suatu harapan dan hasrat paling suci dari mendapat keredhaanNya di dunia ini dan di akhirat nanti.


v Wallahu A’lam / Allahu Akbar!




ATURCARA 

MAJLIS 1– AMANAT KHAS PIMPINAN (TERTUTUP)
Tempat : Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Simpang Empat, Alor Setar.


08.00 Pagi : Pendaftaran Peserta
09.00 Pagi : Ketibaan Pimpinan Ahli Majlis Syura dan AJK PAS Pusat
09.15 Pagi : Perbarisan Unit Amal dan Tabik Hormat
09.30 Pagi : Majlis Amanat Pimpinan Bermula
Pengerusi Tetap mempengerusikan Majlis
Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu PAS
Bacaan Al-Quran dan Doa
10.00 Pagi : Ucapan Aluan Setiausaha Agung
10.15 Pagi : Ucapan YBhg Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS
Ucapan YB. Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
Ucapan YBhg. Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Ucapan YB. Dato’ Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
11.00 Pagi : Ucapan Amanat Presiden
12.30 Tghari : Majlis Tamat dan Makan Tengahari



MAJLIS 2 – XPRESI HIJAU ANAK MUDA KE PUTRAJAYA
Tempat : Stadium Darul Aman, Alor Setar.


04.30 Ptg : Kuliah Asar oleh: USTAZ AZHAR IDRUS
Sketsa : Belantan Pusaka Durjana


MAJLIS 3 – MUNAJAT KE PUTRAJAYA
Tempat : Stadium Darul Aman, Alor Setar.


07.00 Mlm : Solat Maghrib Berjama’ah
Solat Hajat & Munajat
Solat Isya’ Berjamaah


MAJLIS 4 – HIMPUNAN HIJAU KE PUTRAJAYA
Tempat : Stadium Darul Aman, Alor Setar.


09.00 Mlm : Dipengerusikan Oleh : YB. Dato’ Pengarah Program
Ucapan Aluan YB. Dato’ Seri Diraja Pesuruhjaya PAS Kedah
Perisytiharan ‘Khas’
Ucapan Tokoh-tokoh Masyarakat yang menyertai PAS
Ucapan YBhg. Timbalan Presiden PAS
______________________________________________
Perisytiharan Derma Jihad
Pembacaan Puisi Khas oleh Pak Samad Said
Ikrar / Bai’ah Perjuangan – Diketuai oleh Dato’ Setiausaha Agung
______________________________________________
Ucapan & Amanat YB. Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS
Ucapan, Amanat & Doa YAB. Tuan Guru Dato’ Bentara Setia
Al-Mursyidul Am PAS

Selasa, 29 Mei 2012

Masih adakah Raja yg mengaku sbgai Tuhan? & Bagaimana mencari kebenaran?

Tiada ulasan :
Woww. Cam best tak tajuk ni? Hee. Sebenarnye, aku rasa teringin nak hapdate belog ni setelah aku terbaca artikel dalam majalah Solusi Isu 44 dalam segmen ‘beduk diketuk’ yg diberi judul “Seperti Neo-Firaun masih ada..”. wa cakap lu, artikel ni mmg best bro. hehe, tak tahulah korang. Selera ni masing2 berlainan. Ape pon aku nak share sikit ape yg aku dpt dalam artikel ni.

Ada seorang Ustaz ni, beliau mengendalikan program Mukmin Profesional. Semasa dalam kuliah itu, terdapat seorang professor bukan Islam yg turut hadir untuk mendengar atau lebih tepat lagi, dalam hatinye ade rasa ingin tahu. Hehe, xtahu cmne nak gambarkan.
Jom kite ikuti dialog ustaz dgn prof non-Muslim tu. =D

Bukan Mengikut Orang Ramai

“mula-mula kita lihat dulu kaedah yg salah dlm mencari kebenaran,” jwb ustaz tu smbil tersenyum.
Mungkin krn tidak puas hati prof td tegaskan “Kaedah salah? Saya mahu kaedah yg benar!” Hamboi, marahnye die. Leklu prof.

Ustaz tu rilek je, siap senyum-senyum lagi sambil menyambung. “Tidak mengapa. Apabila kita tahu kaedah yg salah secara automatik nnt kita tahu kaedah yg betul dlm mencari kebenaran”

Ustaz tu membuat kenyataan. “ Adalah salah kalau kita mncari kebenaran dgn mengikut org ramai!” fuh Nampak tak semangatnye ustaz tu?

Prof tu terdiam, tapi ustaz tu menyambung lagi. “ini krn ramai org yg berpihak kpd kebatilan(kejahatan). Penyokong kebatilan sentiasa melebihi bilangan penyokong kebenaran.”

“maksud awak, kebenaran berada di pihak minority?” soal prof non-Muslim tu. Lalu ustaz td mengangguk.

Al-Quran menegaskan bahawa jika kita mengikut org ramai, nescaya mrk akan menyesatkan kita dari jalan Allah. Begitu juga Allah menyatakan bahawa sedikit sekali drpd kalangan hamba-Nya yg bersyukur. Jadi, kalau kita mngikut pendirian majoriti, kita terdedah dgn kesesatan. Allah, Hebat sungguh Kalam Allah neh =D.

“Realitinya, prof lihat bagaimana? Adakah ramai org yg masih mengamalkan nilai-nilai murni spt jujur, penyayang, pemaaf dan sebagainya?” ustaz tu bertanya lagi.

Lalu prof menjawab. “Tidak ramai. Kalau ada pun org yg jujur, amanah dan baik hanya kerana adanya penguatkuasaan undang-undang, bukan dgn kerelaan hati sendiri. Faktornya ganjaran dan hukuman, bukan krn keikhlasan dan kerelaan”. Wah pandai prof ni jwb =D

“Itulah maksud saya. Majoriti manusia tak boleh dijadikan rujukan untuk mncari kebenaran” wow Awesome!

Tidak juga mengikut Orang Berkuasa

Ustaz tu membuat kenyataan lagi. “Adalah salah kalau kita mencari kebenaran mengikut pendirian org yg berkuasa.”

Prof tu terpinga lalu bertanya “Maksud awak, pihak atasan?” ustaz itu mengangguk mengiakan soalan prof td.

Fakta sejarah yg mengisahkan para penguasa spt Namrud, Firaun, Abu Jahal dan byk lagi yg menolak kebenaran. Para nabi berdepan dgn para penguasa yg zalim takbur dan ingkar kebesaran Allah SWT.

“Acapkali para penguasa melupakan kuasa Allah semasa mereka berkuasa. Malah, ada antara mereka yg mengaku sebagai Tuhan..” sedang ustaz tu memberi penerangan, tiba-tiba prof tu menyampuk “Seperti Firaun. Ada lagikah penguasa yg begitu pada hari ini?”.


Ustaz tadi menjawab. “Memang ada. Apabila ada penguasa yg menolak sistem hidup yg ditetapkan Tuhan dan menerima sistem hidup buatan manusia, itu sudah dikira mengambil hak Tuhan sebagai Pencipta dan Pentadbir hidup ni”. Wow, nmpak tak permainan die tu? Hehe. Osem la jwpan ustaz ni. Malah prof td menyokong kenyataan ustaz tu “Mereka seolah-olah mahu menjadi Tuhan”

Inilah dia konsep “Neo-Firaun” mmg tak mengaku Tuhan secara terang-terangan, tetapi merampas hak Allah sbgai satu-satunya Ilah (sembahan) yg berhak mmbuat peraturan dan undang-undang.

Mencari Tuhan

"Jadi, bagaimana saya harus mencari kebenaran?" Prof itu bertanya kpd ustaz.

"Mulakan dengan mencari Tuhan!" jawab ustaz tu pendek. "Mencari Tuhan?" Ustaz itu menegaskan : "Ya, kebenaran itu hanya pada Tuhan".

Kawan-kawan, kenapa ustaz ni suruh prof tu mencari Tuhan? Sedangkan topik ini kebenaran. 
Firman Allah "Sesungguhnya kami menurunkan kepadamu (Muhammad) kitab (al-Quran) dgn membawa kebenaran, supaya engkau mengadili manusia dengan apa yg telah diwahyukan oleh Allah kpd kamu. Janganlah engkau menjadi pembela kpd yg Khianat" - Surah al-Nisa' ayat 105
 Akhirnya prof tu bersuara: "Jadi, persoalan kita sudah bertukar drpd mencari kebenaran kepada mencari Tuhan. Ya, bagaimana caranya mencari Tuhan?"

"Pertama dengan akal. Kedua dengan hati." jawab ustaz tu seakan berbisik. Hihi.

"Dengan akal, maksudnya membaca, mengkaji,memikir dan menimbang?" Prof tu bertanya.

"Ya, bacalah buku dari pelbagai agama. Lihat bagaimana agama-agama tersebut menerangkan siapa Tuhan yg sebenarnya. Kemudian buat perbandingan, agama yg manakah dpt memuaskan akal fikiran kita tentang Tuhan. Kemudian kaji pula ttg bagaimana agama-agama tersebut mengatur kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Buat perbandingan sistem hidup antara agama-agama itu. Dan jangan lupa juga, lihat bagaimana penerangan agama tentang kehidupan selepas mati. Maksud saya lihat agama tersebut secara multidimensi dan holistik!" Jelas ustaz tadi dengan panjang lebarnye.



Korang ingat tak peristiwa tragedi 11 September. Hakikatnya ramai ilmuwan barat yg telah memeluk agama Islam. Kenapa ini terjadi? Sebab sejak peristiwa itu, para ilmuwan barat kecam tindakan Islam dan mengkaji ttg Islam bertujuan untuk mencari kelemahan Islam. Tapi semakin dikaji, semakin hampir dengan hidayah Allah. Sungguh maha Agungnya Allah. Subhanallah :'D

"Cara kedua? Dengan hati?". Bisikkan pada hati : "Wahai Tuhan, aku yakin Engkau ada. Engkau maha Pengasih lagi maha Penyayang. Aku sedang mencari-Mu wahai Tuhan. Tolonglah perkenalkan diri-Mu kepadaku," ujar ustaz tu penuh perasaan.

Ustaz tu pon tak sangka yg prof itu akan kata : "Ini doa minta hidayah, kan ustaz?". Rupa-rupanya prof itu lebih faham dan mendalami drpd apa yg ustaz itu sangka. Moga Allah membuka pintu hidayah kpd prof tersebut. :D

Petikan ini diambil dari artikel Solusi Isu 44. Dapatkan buku "beduk diketuk" :D Sgt2 menarik. 

Sabtu, 26 Mei 2012

Moderator debat kj-rafizi menulis surat terbuka untuk Dr. Hasan Ali

Tiada ulasan :
Moderator debat KJ/Rafizi menulis surat kepada Hasan Ali pula...!!




Assalamualaykom w.b.t.

YB Dato’ Dr Hasan Ali yang saya hormati,

Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Dato merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Dato’ juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Dato’ sekeluarga. Secara ikhlas, saya mula mengkagumi Dato’ sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Dato’ menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Dato’ mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan. Kesedaran bahawa apa yang telah Dato’ lemparkan kepada mantan parti Dato’ sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Dato’ di media dan juga lewat ceramah-ceramah Dato’ yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.

Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil untuk mengarang surat terbuka ini kepada Dato’ untuk menilai beberapa kenyataan Dato’ dari pertimbangan ilmu dan kacamata ilmiah di dalam bidang pengkajian saya. Saya kira tulisan surat terbuka saya sebagai ahli akademik ini adalah sebagai tanggungjawab saya kepada kejujuran terhadap disiplin ilmu yang saya pikul dan bukannya sebagai ahli politik. Saya bukanlah ahli parti PAS, yang tampil untuk membela PAS dari serangan Dato’. Maka saya bertegas menyatakan apa yang saya tulis ini hanyalah semata-mata pendangan orang luar dan ahli akademik yang neutral dan tidak berpihak, baik kepada Dato’ mahupun kepada parti PAS yang telah memecat Dato’.

Saya kira Dato’ mungkin telah maklum dengan pencapaian gerakan-gerakan Islam moderat di utara Afrika seperti Ikhwan Muslimun di Mesir, parti Ennahda di Tunisia, parti keadilan dan pembangunan (PJD) di Morocco dan juga parti-parti Islam lain selepas kebangkitan rakyat (Arab Spring). Kemenangan kesemua gerakan-gerakan tersebut secara empirikalnya seperti yang telah dianalisis oleh pakar politik di rantau berkenaan merujuk kepada tiga perkara utama: ‘Wacana Islam moderat yang segar’; Kesediaan ‘perkongsian kuasa’ (power sharing); dan juga ‘pengaruh di kalangan rakyat’ melalui jaringan kerja kebajikan dan juga pendidikan yang menyeluruh, berterusan serta meluas.

Apa yang dimaksudkan dengan wacana moderat yang segar ialah kemampuan gerakan-gerakan tersebut untuk menawarkan apa yang diperlukan oleh rakyat dan apa yang diperlukan oleh sesebuah Negara di dalam pendekatan mereka. Wacana moderat juga telah memperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam, tidak lagi memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan majoriti. Maka, di dalam wacana baru mereka, gerakan-gerakan Islam tidak lagi menawarkan retorik ‘Dawlah Islamiyyah’ (Negara Islam) yang agak bersifat utopia dan tidak tentu apakah modelnya. Mereka juga tidak menawarkan hukuman jenayah Islam ‘secara paksaan’ seperti yang pernah dilakukan oleh Taleban di Afghanistan, sebelum keadaan ekonomi dan kebajikan yang kondusif disediakan di dalam negara mereka. Mereka juga tidak mempamerkan diri sebagai penghukum, tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana keadilan setelah rakyat ditindas dan dizalimi selama berdekad-dekad lamanya oleh para diktator. Perkara ini telah membuatkan ramai dari kalangan pengkaji di barat telah mula mengatakan bahawa golongan ini telah merubah sikap dan prinsip mereka, lantas menggelar fenomena ini sebagai post-Islamism (pasca-Islamisme).

Saya konsisten untuk tidak menyokong istilah pasca-Islamisme yang sarat dengan makna neo-kolonialisme. Hakikatnya gerakan-gerakan Islam yang terlibat tidak pernah merubah prinsip. Mereka juga tidak meninggalkan landasan perjuangan, apatah lagi mengubah pendirian. Apa yang berlaku ialah proses kematangan gerakan-gerakan terlibat untuk melihat Islam dalam kerangkanya yang lebih luas dan komprehensif. Kejayaan

Isnin, 14 Mei 2012

Bolehkah kita bersama orang bukan Islam?

Tiada ulasan :
Suatu hari Amin, seorang Melayu Islam ingin mengajak kawannya, Ali ke kelab malam untuk minum beer. Pada masa yang sama, Raju seorang India Hindu juga ingin mengajak kawannya Ali (orang yg sama) minum di kedai mamak.


Amin : Ali, jom malam ni kita enjoy, ikut aku pergi clubbing.
Raju  : Hei Ali, banyak baik ka? jom pergi kedai mamak, aku belanja teh tarik. Apa macam?


Maka, pilihan yg manakah Ali patot buat? Ikut Amin, atau ikut Raju?


Ali : Baiklah, saya akan ikut Raju untuk minum teh tarik di kedai mamak.


Tiba-tiba, Amin marah dan terus mengherdik Ali,.
Amin : Hoi Ali! tak sedar dirikah? Kau tu Melayu, Aku Melayu, Kau tu ISLAM, Aku ISLAM, sepatutnya kau ikut aku, bukan dengan org kafir tu!
Maka, Ali dengan tenang menjawab " Tapi kau ajak aku untuk ke Kelab malam untuk minum beer"


Amin : Tak mengapa, Aku minum beer, kau minum la air cola!
Persoalannya, adakah wajar si Ali mengikut si Amin untuk menemani minum beer di kelab malam atas dasar si Amin seorang Melayu Islam?


Kesimpulan yg boleh disimpulkan dalam cerita pendek ini, perkara penting yg perlu kita fikirkan ialah 'apa yg kita buat' bukan 'siapa yg kita buat'. Sama keadaannya jika kita mendengar ceramah-ceramah, ape yg penting 'isi'nya bukan 'siapa' yg bercakap. 


Sebagai contoh lain, jika ada seseorang bergelar ustaz, mengajak kita minum arak, kita wajib menolak dan bantah tindakan ustaz itu. Kerana perbuatan itu terkutuk dan keji, sekiranya kita tidak membuat apa-apa tindakan kita juga mendapat dosa bersubahat atas kejahatan itu.


Sebaliknya, jika seorang yg bukan Islam mengajak kita minum di kedai mamak, tak salah kita memenuhi jemputannya.






Jadi, dalam hal politik negara sekarang ni, Boleh ke Pas ikut DAP? Kenapa Tak Mahu Bersatu dgn UMNO? Maka, inilah jawapannya. Walaupun Melayu, sebangsa, seagama tetapi Pas tak mahu bersekongkol dan bersubahat dgn kejahatan yg dilakukan UMNO. 




Cerita di atas ini, aku ambil, artikel dari akhbar HARAKAH 14-17 Mei 2012. Penulis : Khalid Abdul Samad, AJK Pas Pusat dan Ahli Parlimen Shah Alam.

Khamis, 10 Mei 2012

Sambut Hari IBU Haram?

Tiada ulasan :
Baru-baru ni, aku terdengar desas-desus yg mengatakan sambutan hari ibu adalah Haram. Ramai juga teman-teman di fb yg mempertikaikannya.


Pada pendapat aku, sambutan hari ibu tidak Haram, selagi kita tidak melakukan apa-apa ritual yg menyamai ritual agama lain, atau ber'iktiqad salah. Aku akan tunjukkan ayat-ayat sokongan untuk menguatkan hujah aku ni.


Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin atau dikenali ramai dengan Dr. Maza tidak mengatakan Haram.





Gambar atas ni perbualan antara DR.MAZA dgn Khairy Jamaluddin. Khairy Jamaluddin pon rujuk ulamak, bagus KJ ni, untung la cencalokikanmasin dpt wakil rakyat spt die. eh, apa yg aku mengarut ni ek? tak pe, abaikan.


Gambar ni pula, ialah gurauan seorang ulama, gurau-gurau seorang ulama ada isi, bukan macam kita, gurau, gelak ketawa smpai menangis, pastu tak reti ucap istighfar (yang cakap ni pon same je ) .


Jadi kawan2, kita boleh ambil kesimpulan bahawa kebanyakan ulama tak mengHARAMkan Sambutan hari Ibu, tapi tak tahu lah MAJLIS FATWA KEBANGSAAN. Walaubagaimana pon aku dimaklumkan bahawa, di Brunei, kerajaannya mengHARAMkan, tp belum dipastikan kesahihannya, sebab borak2 ngn kwn brunei 


segala salah silap, aku mntak maaf. Sebarkan dan selamat beramal :D



Tukar Nama : Budu Masham

Tiada ulasan :
Ok, kali ni dah xgune name sendiri, sebabnye aku ni takde pendirian...kekeke 


Sebab dinamakan Budu Masham, sebab..budu memang masam, disamping ada sedikit rasa pedas-pedas, tu pon kalau bubuh cili. Walaubagaimanapon penukaran nama blog ni, tiada kaitan dengan cencalokikanmasin.. keke.. InsyaAllah, Lepas ni, aku nak try hapdet belog ni sekerap yg aku mampulah. Aku ni, pemalas sikit sipatnye. 






so enjoy (^_^)

Rahim Noor dan Hanif Omar

Tiada ulasan :
Yeah.. asalnya blog aku bukannye blog berpolitik, tp situasi dan suasana semasa memaksa aku untuk menulis hal-hal politik. 


Rahim Noor, Hanif Omar


Baiklah point yg aku nak ketengahkan dlm blog ni iyelah. tgok tajuk la..huhu.. bagi yg baru menceburi bidang politik, mmg xkenal dgn 2 org manusia di atas. 


Baiklah, first aku nak bincang pasal Rahim Noor. ni setakat yg aku tahu ttg sejarah die je la. 


Rahim Noor - gambar Wiki


Rasenye tak keterlaluan kalau aku kate die ni samseng, kerana menumbuk mata Anwar Ibrahim ketika ditahan polis di lokap polis Bukit Aman. Dan Rahim pernah dipenjarakan 2bulan dan denda RM2000. Kiranya beliau selain dpt gelaran Tan sri, beliau juga ada gelaran 'bekas banduan'. banyak lagi kisah beliau, aku malas nk tulis panjang2. Kalau nak tahu story pasal Rahim Noor, anda boleh la bace artikel bebas di web wikipedia.org atau http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Rahim_bin_Mohd._Noor 


Beliau mencetuskan kontroversi menumbuk Anwar Ibrahim ketika zaman pemerintahan Tun Mahathir. 




NST - Gambar budumasin.com


dan kini Beliau muncul lagi membuat kontroversi dgn mengatakan :
Nik Aziz Is the Father of 'kafir'


Hanif Omar - Gambar Malaysiandigest.com

Ok, sekarang cerita pasal Tun Hanif Omar. Ini lagi best. Beliau seorang yg kaya-raya. Bagaimana tak kaye raye, Beliau merupakan Timbalan Pengerusi Syarikat Genting Berhad. Tau tak syarikat ape tu? aku tak mau cakap ape2, korang boleh nilai sendiri. Ok, ade sesape nak bantah sbb aku cakap die ni tokey genting? Aku bukan main cakap, aku cakap berdasarkan bukti :


Gambar bukti yg beliau tokey syarikat judi. Click for Enlarge
Gambar ni korang boleh tgok sendiri yg ori di sini http://www.gentingmalaysia.com/senior.htm


ok, ini memang aku tgok sangat tak puas hati, bila dia cakap yg Al-Quran tiada pengharaman judi. Ini kontroversi yg beliau buat dulu, hingga sekarang. Dan sekarang beliau dilantik sebagai panel penyiasat 'rusuhan' BERSIH 3.0




Mohon kpd pembaca blog ni, doakan mereka berdua ni, agar mendapat hidayah dan cepat2 lah BERSIHkan nama baik MALAYSIA. Ameen

Ahad, 6 Mei 2012

Syaitan takut pada Saidina Umar

Tiada ulasan :
Diriwayatkan drpd Muhammad bin Sa’ad bin Abi Waqqas drpd ayahnya, bahawa Umar bin al-Khattab memohon agar diizinkan masuk ke dalam rumah Rasulullah s.a.w. Ketika itu ada beberapa org wanita Quraisy sedang berbincang-bincang dgn Rasulullah dn mereka berbicara dgn nada suara yg agak kuat, melebihi suara Rasulullah s.a.w.

                Ketika Umar masuk, mereka segera berdiri dan menurunkan hijab. Setelah diberi izin Umar masuk ke rumah Rasulullah s.a.w sementara Rasulullah tertawa.


                Umar bertanya : “ Apa yang membuatkan kau tertawa wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab : “Aku hairan terhadap wanita-wanita ini. Ketika mereka mendengar suaramu segera mereka berdiri menarik hijab.”

                Umar berkata : “sebenarnya engkau yg lebih layak disegani wahai Rasulullah.” Kemudian Umar berkata kpd wanita-wanita itu : “ wahai para wanita yg menjadi musuh kpd nafsumu sendiri, bagaimana kalian segan terhadap diri dan tidak segan terhadap Rasulullah?” Mereka menjawab : “ Ya engkau lebih keras berbanding Rasulullah s.a.w. “

                Kemudian Rasulullah bersabda : “ Jangan memulai pembicaraan wahai Ibn al-Khattab. Demi Allah yg jiwakuberada dlm genggaman tangan-Nya, sesungguhnya tidaklah syaitan menemuimu sedang berjalan di suatu jalan kecuali dia mencari jalan lain yg tidak engkau lalui.”

Diriwayatkan drpd Aisyah r.ha. bahawa Rasulullah bersabda : “ Sesungguhnya syaitan lari ketakutan jika bertemu Umar .”
Rasulullah juga bersabda : “ Umatku yg paling penyayang ialah Abu Bakar dan yg paling tegas dalam menegakkan agama Allah ialah Umar.” 

Kwn2,betapa hebatnya sahabat Rasulullah bernama Umar Ibn al-Khattab, sampaikan syaitan sendiri takut nak jumpa Umar. Kita bagaimana? Kita hanya mampu berdoa kpd Allah s.w.t supaya dihindarkn gangguan dan hasutan syaitan agak dpt kita jauhkan segala doa dan maksiat :) Banyak ayat-ayat al-Quran yg boleh kita amalkan untuk berlindung dari makhluk terkutuk ini, antaranya Surah An-Nas. Surah ini boleh menghindarkn segala kejahatan jin dan manusia. Moga apa yg kalian baca dlm blog ni, kita amalkan dan sampaikan kpd org yg belum tahu ttg ini. :)