Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Ahad, 26 Mei 2013

Selamat Pengantin Baru Buat Ustaz Azhar Idrus

1 ulasan :

(UAI) yang baru selamat diijabkabulkan dengananak saudara Tn Hj Omar bin Tahar, KetuaCawangan Keramat Permai AU 1, Hulu Klang,Gombak. Mudah-mudahan kedatangan UAI ke Gombak dapat menyebarluaskan lagi dakwah Islamiyah dibumi bertuah Gombak. Selamat datang ke Gombak dan menyertai kamidi Gombak! Kami bertuah menerima ahli baru BaarakalLahu-Lakuma wa-baraka 'alaikuma wa-jama'a bainakuma fi-khair. Syarhan Humaizi Abdul Halim, Ketua Pemuda PAS Gombak.

Rabu, 22 Mei 2013

3 Golongan yang Allah SWT Tidak Melihat Mereka di Hari Kiamat

Tiada ulasan :
Segala puji-pujian kepada Allah SWT, Tuhan semesta alam. Selawat dan Salam kepada junjungan mulia, penghulu bagi sekelian rasul, Muhammad SAW.


Tuan-tuan dan Puan-puan sidang pembaca. Ketahuilah di hari kiamat nanti terdapat tiga golongan yang Allah murka. Allah SWT tidak melihat mereka pada hari kiamat kelak. Iaitu :


  1. Anak yang derhaka kepada kedua ibu bapanya.
  2. Wanita yang menyerupai lelaki
  3. Lelaki Dayus
Ini berdasarkan hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Nasaie yang berbunyi :

"Tiga Golongan yang Allah tidak melihat mereka ( tidak memberi pertolongan dan diazab) di hari kiamat; anak yang derhaka kedua ibu bapanya, wanita yang menyerupai lelaki dan lelaki dayus"


Sahabat Rasulullah Mendoakan Kehancuran

Tiada ulasan :

Di zaman Pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab ra, Saad bin Abi Waqas telah dilantik sebagai Gabenor di Kuffah. Beliau merupakan antara 10 sahabat nabi yang dijamin syurga. Beliau memeluk Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.
Beliau juga merupakan antara sahabt nabi yang apabila berdoa maka akan dimakbulkan oleh Allah seperti Uwais Al-Qarni. Dua nama ini disebut oleh nabi. Nabi berpesan kepada Saad bin Abi Waqas supaya menjaga makan minumnya dari yang halal maka apabila diangkat tangan untuk berdoa akan dimakbulkan.
Maka pada suatu hari, Khalifah menerima sepucuk surat yang menceritakan tentang aib Saad bin Abi Waqas. Lantas Umar terus memecat Saad bin Abi Waqas. Maka Saad bertemu Umar dan menyatakan bahawa:mustajab
“Aku solat kepada mereka sebagaimana aku solat dibelakang nabi. Tidak aku tambah ataupun menguranginya walau sedikit pun.”
Maka kata Umar,
“Begitulah juga anggapan aku (Umar) pada kamu wahai Saad”
Ini menunjukkan bahawa manusia pasti akan ada silapnya. Sepatutnya Umar melakukan penyisatannya terlebih dahulu sebelum melakukan keputusan. Lantas Umar menghantar utusannya untuk membuat penyiasatan di seluruh masjid di Kuffah. Hasil penyiasatan itu, semua jemaah masjid memuji Gabenor yang dihantar oleh Umar.
Di jemaah Masjid Bni ‘Asim juga memuji Gabenor yang dihantar Umar kecuali seorang jemaah yang bernama Usmah bin Qatadah. Dia mengatakan yang buruk mengenai Gabenor, Saad bin Abi Waqas iaitu:
1. Pandai bercakap tetapi tidak melaksanakan – ketika seruan jihad dikeluarkan, Saad tidak keluar berjihad dan berada di Kuffah.
2. Mengambil ghanimah dan fai tetapi tidak mengagihkannya dengan betul.
3. Menjatuhkan hukuman dengan berat sebelah.
Maka sampailah berita itu kepada Umar. Lalu Umar memanggil Saad dan menceritakan tentang hal itu. Ini sangat memalukan Saad sebagai Gabenor yang mentaati Allah dan Rasul dipecat dari jawatannya. Beliau difitnah dan digulingkan dari jawatannya. Maka beliau berkata, beliau akan berdoa dengan tiga perkara:
Ya Allah, sekiranya hambaMu ini, Usamah bin Qatadah melakukan fitnah kepadaku maka:
1. Panjangkanlah umurnya.
2. Di waktu penghabisan umurnya merempat dan fakir.
3. Hidupkannya dalam keadaan maksiat.
doa tanganSemua yang mendengar doa itu tidak membantah termasuk Umar ra.
Maka pada suatu hari, dilihatnya seorang yang sangat tua usianya yang hidup dalam kefakiran berjalan di pasar. Maka apabila dilihatnya gadis-gadis, dicabulinya tanpa perasaan belas kasihan. Lalu ditanya pada orang tua itu mengapakah masih dilakukan hal sebegini?? sedangkan di waktu usia sebegini sepatutnya dihabiskan masa untuk beribadah. Maka dijawab oleh orang tua itu,
“Akulah Usamah bin Qatadah yang terkena doa Saad bin Abi Waqas”
Dipetik dari hadith Riwayat Muslim.
Beberapa pelajaran yang boleh diambil:
1. Jika hendak mendoakan kehancuran pada orang kafir, maka hendaklah berdoa secara keseluruhan sebagaimana nabi mendoakan kehancuran kepada kaum kafir Quraisy.
2. Jika hendak mendoakan kehancuran pada orang Islam yang menzalimi kita, hendaklahspecific (disebutkan namanya) sebagaimana Saad bin Abi Waqas berdoa.
3. Jika anda dizalimi maka dibolehkan berdoa supaya yang menzalimi diberi petunjuk dan hidayah sebagaimana doa nabi ketika dibaling batu di Thaif.
4. Jika anda dizalimi maka dibolehkan berdoa supaya yang menzalimi diberi kehancuran sebagaimana doa Saad bin Abi Waqas dengan syarat ada perkataan ‘sekiranya’ di permulaan doa.
5. Jika anda seorang PIMPINAN yang baik, maka anda difitnah, dizalimi dan digulingkan,maka berdoalah kepada Allah sebagaimana Saad berdoa.
Maka takutlah wahai orang yang berbuat zalim kerana doa orang yang dizalimi tiada hijab kepada Allah.

Ahad, 19 Mei 2013

Kelebihan Solat 5 Waktu Terutamanya Waktu Subuh

Tiada ulasan :



Daripada Jundub bin Abdullah, katanya, Rasulullah SAW bersabda : 
“Sesiapa yang bersolat Subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian Allah dengan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan – perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat Subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka.” (Riwayat Muslim)
Orang Islam digalakkan solat lima waktu berjemaah kerana terdapat banyak fadilatnya. Orang yang menunaikan solat lima waktu khususnya solat Subuh maka dia tetap berada dalam jaminan (tanggungjawab) Allah sepanjang hari.

Sesiapa yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT. Meninggalkan solat Subuh maka terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan.

Sesiapa yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT. Meninggalkan solat Subuh maka terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan.

Dikhususkan (ditentukan) solat Subuh dengan kelebihan ini kerana solat Subuh lebih berat daripada solat lain disebabkan Subuh waktu sedang nyenyak tidur, pada musim sejuk pula sukar untuk berwuduk.

Rasulullah SAW bersabda : 
“Segerakanlah solat Subuh sebelum matahari terbit. Sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya. Ketika itu pula orang kafir tengah bersujud kepada matahari.” (Riwayat Muslim)
Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengerjakan solat di awal waktu kerana di akhirat kelak, perkara pertama sekali disoal oleh Allah SWT adalah solat. Jika sempurna solat seseorang itu maka sempurnalah amalannya yang lain.

Seorang Muslim yang taat tidak akan melewat-lewatkan solatnya. Contohnya bersolat Zuhur apabila sudah hampir sampai waktu Asar, solat Maghrib menghampiri waktu Isyak, solat Subuh ketika matahari sudah terbit (subuh gajah).

Berusaha memperbaiki solat menjadi lebih sempurna bukan saja memastikan solat di awal waktu tetapi dilaksanakan secara berjemaah di masjid atau surau dengan menjaga kekhusyukan, bacaan, rukun dan kesempurnaan wuduk.

Rasulullah SAW bersabda : 
“Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Muttafaqun Alaih)


Nilai Seorang Guru oleh Imam Syafie

Tiada ulasan :
IMAM SYAFIE DAN SI BADWI YANG COMOT DAN BUSUK.

Pada suatu hari, sedang Imam Syafie memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali.

Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut.

Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie.

Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka.

Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru.



Selasa, 14 Mei 2013

CEO AirAsia X Boikot Utusan

Tiada ulasan :


Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia-X, Azran Osman-Rani membuat kenyataan menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya untuk menyatakan pendirian meluatnya terhadap Utusan Malaysia yang dilabelnya tidak mewakili Melayu Malaysia.

Azran secara terbuka menerusi kedua-dua akaun laman sosial miliknya itu menyalahkan Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan akhbar itu bertajuk Apa lagi Cina mahu pada 7 Mei lalu.

Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya anti-perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan)."

Dalam akaun Twitter pula, beliau juga menyatakan pihaknya menarik balik iklan AirAsia di Utusan.

"Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia," tulis ahli korporat Melayu baharu itu.

Credit : Orenji Ren Oren

Selepas aku dapat tahu Bos AirAsia ini boikot Utusan, aku terus cari akaun twitter dia, malang sekali, accountnya protected. Aku perlu follow dulu account twitter dia. Fb dia pon privated. Takpelah, dah bukan rezeki aku. 

Dan apa yang menariknya, selepas CEO Air Asia ini buat kenyataan sedemikian rupa di laman sosialnya, maka menyalak, melalak dan meroyanlah sahabat karib kepada akhbar Utusan ini, Perkasa. Ini dilaporkan dalam laman portal Malaysiakini. Anda boleh baca sendiri di sini.


Isnin, 13 Mei 2013

Nasihat Ustaz Azhar Idrus - Undi Parti Kerajaan

Tiada ulasan :
Icon anak muda yang tidak asing lagi, Ustaz Azhar Idrus. Ada sesetengah masyarakat kita yg berfikiran mesti mengundi parti kerajaan kerana mereka berjasa kepada masyarakat, rakyat, hakikatnya kerajaan tidak bertanding, yang bertanding ialah parti-parti politik.

Jom dengar, apa kata UAI selanjutnya..


Jumaat, 10 Mei 2013

Luahan Anak Malaysia Kepada Najib

Tiada ulasan :


Saya adalah salah seorang anak malaysia yang berumur 27 tahun dan bekerja sebagai jurutera di salah sebuah syarikat multinasional di Kulim. Di sini, saya mengambil kesempatan ini untuk menyuarakan pandangan saya mengenai cara kerajaan bawah pimpinan anda melayan pandangan rakyat mengenai isu-isu yang mereka hadapi dan menjadi buah mulut sekarang.Saya boleh merumuskan bahawa pihak kerajaan BN melepaskan diri malah gagal menjawab sebahagian kesangsian rakyat mengenai - Rasuah, Kronisme,salah laku piliharaya dan sebagainnya. Malah iannya di layan dengan angkuh dan memberi jawapan berbaur perkauman sekaligus menyekat suara rakyat.

Pertama kali, tahniah diatas "kemenangan" parti Barisan Nasional pada pilihan raya umum yang lepas. "Kesungguhan" jenteran BN yang "bekerja kuat dan bertungkus lumus" memang "amat mengkagumkan" saya. Tahniah...

Selama kini, pihak menteri Barisan Nasional hanya pandai membuat pengumuman,memberi ayat-ayat yang cukup cantik dengan susunan subjek dan predikat yang teratur, memberikan sesuatu kepada rakyat dalam apa jua rancangan kerajaan. Barisan kabinet BN duduk dalam bilik Air Cond, dapat kereta dengan pemandu (gaji and duit petrol di bayar oleh wang kerajaan dari cukai rakyat), rumah kerajaan di mana kesemua perbelanjaan ini ditanggung oleh kerajaan pusat. Cuba letak diri anda dan barisan kabinet anda dalam pandangan rakyat miskin dan cuba menjalani kehidupan mereka dengan bergaji biasa seperti

1. Tanpa pemandu, body guard.
2. Sesak dalam kesesakam lalu lintas. Bangun awal ambil LRT tanpa sepcial route..
3. Bebanan hutang PTPTN..
4. Bebanan ansuran kereta..
5. Guna petrol pakai duit poket anda...
6. Beli sayur dan keperluan barangan harian..
7. Bayar bil bil bulanan..

Baru anda memahami apa itu keperitan dan kesusahan rakyat yang sebenarnya.Sebagai contoh, di Malaysia seorang graduan jurutera akan memperolehi ijazah sarjana muda dalam lingkungan 23-24 tahun. Dia bermula kerja pada usia 25 dengan gaji pokok RN 2500 dan dalam masa empat tahun, hasil akaun2 dalam KWSP nya adalah cuma mencecah jumlah ~ RM 10K di mana duit sebanyak itu memang tidak cukup untuk bayar wang pendahuluan (10%) bagi rumah idamaanya yang berjumlah RM280K. Tambahan pula, dengan bebanan PTPTN, ansuran kereta, di mana akhirnya hanya tingaal beberapa ringgit sahaja dalam akaunnnya. BR1M, MR1M KR1M adalah cuma "gula-gula" sahaja di mana rakyat tiada sentiasa mengharapkan untuk menyelesaikan masala seharian mereka. Adalah mustahil bagi COCA COLA sekali kala sahaja kepada rakyat, padahal rakyat sengsara di sebabkan dahaga. Fahami kehendak rakyat yang asas. Kita memerlukan satu penyelesaian yang kolektif dan menyeluruh yang dapat membendungkan masalah mereka. Setakat memberitahu depan pemberita dan klik cahaya lens kamera "Kita turun padang" di bawah bilik air cond, memang tiada hasil kepada rakyat... Jangan turun padang, malah sentiasa berada di padang. Itu yang kita hendak semua pemimpin laksanakan. Ambilah Mahatma Gandhi, Nelson Mandela sebagai contoh kepimpinan untuk kerajaan anda.Pemimpin yang sebenarnya adalah bukan setakat memahami kesusahan rakyat malah mengalaminnya dengan perasaanya sendiri. Cubala keluar dari lingkungan GELOMBANG BIRU BN YANG SELESA KRONI itu dan masuk, bertapak dalam lingukungan kehidupan rakyat yang biasa and feel the pain and gain. Trust me, you will be appreciated !!!.... Memang kebanyakkan pemimpin BN berasal dari keluarga miskin tapi zaman itu kita boleh beli roti kosong dengan 20sen dan hari ini ia adalah RM1.80. Jangan bandingkan kehidupan masa sila anda dengan kehidupan mereka sekarang.

Selain itu, saya menyeru supaya jalanilah kehidupan sederhana seperti Tok Guru Nik Aziz, yang menjadi ulama model saya, walaupun saya beragama Hindu. Kehidupan beliau yang begitu sederhana, sekaligus menjadi contoh kepimpinan ulama yang berlandaskan Islam memang menarik perhatian ramai pemuda, bahkan bukan sahaja Melayu, tapi Cina dan India. Tapi dalam barisan BN, terdapat banyak pemimipn yang hidup mewah, dapat kontrak, bersifat perkauman, yang sentiasa mengeluarkan kenyataan yang mengguriskan hati oran lain dan Dato seri masih menyokong mereka. Tiada tindakan dikenakan terhadap mereka walaupun beratus-ratus laporan dibuat. Ini yang membuatkan rakyat marah dengan BN. Mereka hendak penjelasan mengenai rasuah Taib Mahmud, Misteri Altantuya, Defisit hutang kerajaan yang tidak pernah tinggi, rasional di sebalik membeli jack kereta sebiji dengan harga RM5000 dan bukan setakat menerima BR1M dan cium tangan BN..

Kita memerlukan Pemimpin seperti DSAI, LGE,TGNA,LKS, Rafizi, Nurul Izzah, Surendran, Mat Sabu dalam pentadbiran kerajaan menguruskan kewangan/ ekonomi.Dengar pandangan/idea mereka. Harus diingat, pembangkang dan kerajaan bekerja untuk rakyat. Pembangkang bukan musuh negara !.. Tetapi di Malaysia, sejak dari zaman Mahathir sampai zaman anda, idea mereka dicemuh malah langsung tidak dipeduli. Ajakan debat terbuka supaya rakyat boleh menilai rasional dan logik di sebalik kewibawaan idea itu dengan menganalisa dan mengupas keberkesanan, ditolak malah mengatakan debat bukan budaya kita. Tapi anda memberi hadiah kepada pertandingan Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri. Ape nie Dato Seri ? ?

Pembangkang terdiri daripda darah-darah muda seperti Rafizi. Cara mereka untuk memanifestokan kempen mereka melalui Youtube dengan memberitahu secara terperinci bagaimana menurunkan harga kereta dengan menggariskan kaedah-kaedah perlaksanaanya yang merangkumi nombor-nombor dan carta memang memenangi hati pemuda di laman web sosial, Tidak kira India, Cina dan Melayu,kempen mereka dipenuhi dengan gambaran kehidupan rakyat sekarang dan cara/kaedah penyelesaiaanya. Sebab itulah Tsunami pilihanraya berlaku kali ini, menyebabkan BN kalah dalam usaha memenangi majoriti 2/3 dalam Parlimen. Tetapi kempen BN, kebanyakkan konsep hanya meliputi BR1M, KR1M, video lucah, BIRIBURIBU TANIA, sewa Youtube bahagian iklan dengan tiada button SKIP, fitnah, dan unsur perkauman. Rakyat sudah mual dengan cara-cara kotor sebegini. Malah, bila kita menyuarakan pendapat/soalan, jawapan yang kami terima adalah SYUKURLAH APE YANG BN BUAT.... Pada pandangan saya,semua yang dibuat oleh BN selama ini adalah TANGGUNJAWAB sesebuah kerajaan walaupun ia tidak meliputi skop kehendak rakyat sebenarnya.. Hanya orang bodoh sahaja yang memuji sikap ayah seseorang yang membelikannya beg sekolah yang langsung tiada zip padahal anak dia meminta beg yang ada zip banyak, memudahkan urusan simpanan buku-bukunya... Itula tanggungjawab yang sebenar !!!..Kalau anda rasa pembangkang membuat tohmahan, cuba buktikannya salah berdasarkan kaedah yang telus dengan mendekati rakyat.....Bukan dengan angkuh...

Konsep Satu Malaysia pula,memang tidak mencapai objektif. Hapuskan politik perkauman dalam BN dulu. PKR ada Melayu, Cina dan India. DAP ade Melayu, Cina dan India. PAS pula ada Melayu, kelab penyokong PAS Cina dan India. Saya bangga mengatakan..

PAS letak calon wanita India...
DAP mempunyai 3 calon melayu memenangi Parlimen menentang calon Cina dari MCA..
PKR meletakkan calon India Surendar dan merampas kerusi Padang Serai...

MIC ada letak calon Cina ? 
UMNO ada letak calon India ?
MCA ada letak calon Melayu ?
Apa yang nampak, letak BANGLA aje...
Apa yang nampak, menyaksikan Earth Hour pada hari semakan undi....

Hapuskan mentaliti perkauman. Terapla nilai kesaudaraan dan semangat kemalaysiaan dalam pentadbiran anda. Semangat persaudaraan ini dilihat di Pakatan Rakyat yang menarik saya sememangnya, bahkan ramai pengundi2 Melayu dan Cina. Setakat reka tema, lagu dan goyang bendera 1Malaysia, memang tidak berbaloi untuk zaman ini. Apa gunannya mencantikan muka bayi dengan bedak wangi, padahal punggungnya yang bertahi dengan perkauman dibiarkan tanpa mencuci selama-lamannya ? 

Cuba buat kajian "kekalahan" BN dalam pilihanraya dan jangan sekali-kala menuding jari ke pihak lain. Baki ketiga-tiga jari itu menuding pada diri anda.Harap kerajaan yang baru dbentuk cuba menukarkan style pentadbiran anda. Bekerjasama dengan pembangkang menjamin masa depan rakyat... Nobody is perfect but if team work is achieved, we can make it as perfect !!!

Bagi racist yang inginkan saya keluar Malaysia..

Ini adalah tanah kami bersama dengan kawan-kawan Melayu dan Cina saya..

Datuk member Melayu saya berjuang dengan askar menentang British YANG SEKARANG SEMUA BOLEH FACEBOOK DUK GOYANG KAKI...

Datuk member India saya pula menghapuskan hutan-hutan dan memajukan kawasan ladang getah,mengayakan ekonomi yang sekarang jadi PUTRAJAYA...

Datuk member Cina saya pula turun siang di bawah serikan matahari, memajukan kawsan perlombongan YANG SEKARANG ADALAH KUALA LUMPUR....

Jangan rosakkan semangat kerjasama ini..Ini terbukti dalam Sejarah...

Darah saya tumpah di sini masa kecil..
Titik peluh semua di erap masuk de dalam tanah ini..
Maka nafas saya juga berakhir di sini....

Racist OR Macai BN,
Anda boleh menjadi HERO yang ZERO tapi adalah mustahil bagi anda memadamnkan

1.Memori saya menonton rancangan Peter Russel tanpa berbaju dengan member Cina dan Melayu saya masa di UnimAP dalam satu katil.....

2. Memori saya dengan seorang member Melayu saya yang menyuruh Makcik supaya jangan terbagi Nasi Goreng daging kepada saya masa makan kat cafe...

3. Memori saya tidur dikatil yang sama dengan member saya dari Kelantan and Sabah...

4. Memori saya pegang Tanglung dan ronda-ronda di sekitar hostel bersama amoi- amoi Cina...

5. Memori saya berpakat dengan member Melayu dan mengurat awek India...

6. Cinta crush saya pertama masa sekolah menegah adalah gadis Melayu dari kelas saya..

7. Memori saya menerima surat "secret admirer" dari gadis Melayu idaman saya di UniMAP...

Ini adalah persahabatan dan nilai kesaudaraan yang saya kecapi selama ini....

HARAP MAAF JIKA TATABAHASA SAYA SILAP...

Anak Malaysia,
Theeban

Khamis, 9 Mei 2013

Ustaz Azizan Kembali Stabil

Tiada ulasan :


Alhamdulillah. Setakat ini, dapat kepastian bahawa Ustaz Azizan Abdul Razak, bekas MB Kedah kini dalam keadaan stabil. Bekas Setiausaha media, Helmi Khalid melaporkan kepada Media Selangorku jam 5.30 petang tadi bahawa keadaan tekanan darah Azizan kembali normal.

Keadaannya kini dalam keadaan normal dan mampu berinteraksi tetapi dalam nada perlahan.





Azizan dimasukkan ke hospital itu pada petang semalam dan kini menerima rawatan di unit kardiologi kerana mengalami komplikasi hipertensi, diabetes dan ginjal.

Pengarah hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Yasmin Sulaiman berkata Azizan, 73, dimasukkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma semalam sebelum dipindahkan ke ICU pada pukul 9.15 malam tadi.

Teruskan berdoa untuk Ustaz Azizan Abdul Razak.

Rabu, 8 Mei 2013

Saya Cina Muslim, Apa Masalah Awak? [Sebuah Perkongsian]

Tiada ulasan :
Gambar Hiasan


"Babi!" kata itu keluar dari mulut seorang pelajar lelaki Tingkatan 2.
"Babi tak salah apa-apa..Babi binatang kejadian Allah juga," saya tegur dia dengan lembut. 
Dia memandang saya satu macam tapi tidak bersuara lagi.
"Mengapa orang Melayu suka marah orang dengan gelaran babi?" saya tanya pelajar-pelajar Melayu lain. "Itu ajaran Islamkah, menggelar manusia lain dengan nama binatang? Ibu bapa kamu kurang ajar kamu atau kamu sendiri yang seronok gelar orang macam itu?"
Mereka tiada jawapan. 
"Cikgu, jangan kata ibubapa saya kurang ajar!" jawab seorang pelajar yang kelihatan agak marah.
"Saya tak tuduh ibubapa kamu kurang ajar, saya tanya adakah kamu suka panggil orang lain itu 'babi sebab ibubapa kamu kurang meng-ajar kamu untuk guna bahasa yang lebih baik?"
Semua diam tak menjawab. Tapi saya dan mereka tahu, 'babi' itulah perkataan paling 'teruk' yang mereka tahu untuk memanggil orang yang dibenci.
Apa salah babi sehingga binatang yang Allah jadikan itu dianggap begitu hina oleh orang Melayu amnya? Begitu juga dengan anjing; menggelar seseorang itu babi dan anjing merupakan penghinaan paling teruk boleh diberikan pada orang lain.
Itukah ajaran Islam untuk gelar orang lain 'babi' atau 'anjing'? 
Tentu bukan, tapi mengapa ada orang Melayu Islam yang suka guna istilah itu bila marah orang? 

Saya dah lama tak baca akhbar bahasa Melayu. Bosan dengan pelbagai isu yang cuba diketengahkan. Lebih-lebih lagi yang berkenaan dengan isu bangsa dan agama. 
Hello saudara seagamaku.
Tanahair kita dah berapa tahun merdeka? 5 tahun? 55 tahun?
Mengapakah masih ada orang yang menganggap semua orang bangsa Melayu = Islam= dapat masuk syurga, semua orang bangsa Cina dan India = kafir = masuk neraka?
Sudah berpuluh ribu rakyat Malaysia berketurunan Cina Muslim tapi masih ada yang beranggapan semua orang Cina itu kafir dan makan babi. Alangkah kasihannya dia itu sebab masih tak sedar perkembangan semasa!

Bila ada orang Islam Melayu yang menggelar dengan kesat seperti 'Cina babi, Cina bangsat', apakah perasaan saudara saudari sekiranya anda sememangnya berbangsa Cina seperti saya? Saya, begitu juga saudara Islam bukan berbangsa Melayu di Malaysia, tidak minta untuk dilahirkan dalam keluarga bukan Islam. Allah yang tentukan begitu, dan syukur alhamdulillah kami yang kini seagama dengan orang Melayu lain di bumi bertuah ini mendapat hidayahNya untuk memeluk Islam.

Tak sedarkah media massa dan sebilangan warganegara ini akan kewujudan kumpulan rakyat yang beragama Islam tetapi bukan berbangsa Melayu, dan berstatus bukan bumiputera? Kami golongan saudara baru yang tidak mahu me-melayukan diri kami dan mahu kekal sebagai orang India muslim, cina mslim, kadazan muslim, bidayuh muslim dan sebagainya. Kami bersyukur diberi hidayah olehNya dengan memeluk Islam sebagai agama kami. Tapi setiap kali ada pihak tertentu melaungkan, 'demi bangsa dan agama' saya geleng kepala. Bukan cemburu, oh bukan cemburu. Cuma saya tahu slogan itu bukan untuk diri saya dan saudara mualaf saya yang lain. Saya juga sedih sebab di zaman ini, masih wujud assabiyah di kalangan muslim di negara ini. Kasihan sebab itu juga yang cuba dihapuskan oleh Rasulullah saw.

Maka, bila ada pihak tertentu mendakwa orang Cina itu dan ini, saya terasa hati juga terutama bila saya tahu bukan semua dakwaan itu benar. Ingatlah, mahu atau tak mahu, segala perbuatan dan percakapan kita sebagai orang Islam akan dinilai oleh orang bukan Islam. Kita adalah cermin agama kita iaitu Islam. Jikalau kita berbahasa teruk, berkelakuan buruk, orang bukan sahaja akan kutuk diri dan keluarga kita, bahkan agama kita juga. Islam juga yang akan mendapat nama buruk. Maka dengan ini jugalah, alQuran mmberi garis panduan kepada umat Islam supaya kita tidak mengutuk agama lain dan cara sembahan mereka.

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. (al-An'am [6:10]). 

Maaf sekiranya tulisan saya ini menyinggung mana-mana pihak tapi saya tidak boleh mendiamkan diri dan menganggap ini masalah politik semata-mata. Apabila ada pihak yang membuat 'general perception' bahawa orang Cina = makan babi [ tahukah ramai Cina adalah vegetarian?] = menyembah tokong [ ada Cina beragama kristian] = kaya [ jika semua Cina kaya, along takde bisnes] = kafir [ ramai kenalan saya di Selangior dan K.Lumpur adalah Cina Muslim] = tidak bersyukur sebab tinggal di Malaysia dan menolak parti politik tertentu, saya sebagai rakyat berbangsa Cina dan beragama Islam perlu membetulkan kesilapan itu. 

Apa Cina mahu? Apa India mahu? Apa Melayu mahu? Apa semua rakyat negara ini mahu? 
Kami semua mahukan keamanan. Kami inginkan kemakmuran yang boleh dikongsi bersama. Kami idamkan penghapusan korupsi sebab sejarah lama di tanah besar China mengajar kami bahawa korupsi di peringkat pentadbiran boleh menghancurkan negara. Kami mahu dilayan sebagai rakyat Malaysia yang berdaulat, dan bukan disuruh 'balik Cina! Balik India!' hanya sebab menyuarakan pendapat yang tidak popular di kalangan bangsa tertentu. Kami tidak mahu dilayan seolah-olah tidak boleh berfikir sendiri dengan disuakan lambakan poster yang berat sebelah.Sebab itulah survival parti politik yang tertentu kini tenat sebab ditolak oleh mereka yang bencikan rasism. Marahkan orang Cina amnya bukannya jalan penyelesaian untuk krisis tertentu. Itu hanyalah 'excuse' yang dicipta untuk mengelak daripada mengakui kelemahan sendiri.Menuduh orang Cina amnya sebagai bangsa yang tidak tahu membalas budi hanyalah mencerminkan kecetekan mindanya.

Apa kena mengena hal ini dengan saya, seorang Cina Muslim?
Sudah tentu ada. Sebab saya masi berbangsa Cina walaupun kini saya menyembah Allah dengan arah kiblat yang sama dengan orang Melayu yang lahir Islam. Keistimewaannya, saya dapat menyelami perasaan dan sentimen bangsa saya lebih baik daripada mereka yang hanya melihat dari tepi, dan membuat kesimpulan yang tak tentu betul itu.

Ada yang tanya saya - adakah artikel itu pendapat orang Melayu umumnya? Orang Melayu semua fikir macam itukah, bila beri minta balas; bila tak undi pihak tertentu dituduh rasis? 
Hmmm, bukankah negara kita Malaysia ini asyik dijulang sebagai negara demokrasi? Rakyat bebas membuat pilihan dan mengundi siapa sahaja yang menjadi calon pilihanraya? Mengapa pula sekarang bila ada pihak yang kurang kerusi empuknya, dituduhnya pula hanya bangsa tertentu sahaja sebagai rasis? 

'Itukah ajaran Islam?' tanya seorang kawan bukan Islam. 'Bila pilihanraya nak diadakan, disuruh orang undi calon tertentu supaya selamat bangsa dan agama, siap dengan manifestonya tersendiri untuk hanya bangsa tertentu sahaja diberi 75% tempat di ipta. Itu bukan rasis kan? kan? kan? ' soalnya yang mahir berbahasa Melayu.

'Itukah ajaran Islam? Bila tamat pilihanraya, ada satu bangsa yang dijadikan kambing hitam sebab menolak parti tertentu. Siap dituduh rasis pula.' 
Saya hanya mampu memberi ayat-ayat tertentu dalam alQuran yang menyatakan perlu berlaku adil pada semua orang. Dakwah kepada keluarga dan rakan nonMuslim menjadi semakin mencabar apabila orang Islam sendiri menyulitkannya dengan tuduhan rasis begitu rupa.

Saya benci dan menolak rasism. Saya cintakan keadilan.
Saya ada anak murid pelbagai bangsa dan agama - Melayu, Cina, India, Chindian,Kadazan, dan lain-lain. InsyaAllah, saya tak pernah amalkan prejudis terhadap mereka walaupun mereka anak orang Islam, misalnya memberi markah lebih hanya berdasarkan bangsa pelajar itu [saya tahu ada yang lakukannya, mereka jawablah depan Allah nanti]
Tapi untuk seketika ini, menjadi seorang warganegara Malaysia berbangsa Cina dan beragama Islam bukanlah satu gabungan yang mudah dipikul. 

Surah al-maaidah ayat 8 bermaksud: 
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

-Perkongsian daripada sister NurAliya Yeoh

Apa Respon Polis Untuk Himpunan Suara rakyat Suara Keramat di Kelana Jaya?

Tiada ulasan :


Kali ini, Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim menganjurkan satu perhimpunan pertama selepas PRU-13. Perhimpunan ini diadakan bagi menunjukkan :

Bantahan terhadap penipuan PRU-13

Bantahan terhadap kejadian Blackout semasa pengiraan undi.

Walaupun ada ura-ura yg menyatakan perhimpunan ini dipindahkan di Stadium Melawati, tapi tetap diteruskan di Stadium Kelana Jaya. 

Ini petikan dari FB Saudara Rafizi Ramli.:

PERHIMPUNAN "SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT" 8 MEI 2013 DITERUSKAN

Saya sedia maklum kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Negara mengenai Perhimpunan “Suara Rakyat Suara Keramat” yang bakal diadakan malam ini (8 Mei 2013) di Stadium Kelana Jaya bermula 830 malam.

Sebagai menyambut gesaan Tan Sri Ismail Omar, KEADILAN melalui YB Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Seri Setia telah memaklumkan secara rasmi kepada pihak balai berkenaan. Ini bertepatan dengan amalan biasa sebelum ini memandangkan perhimpunan diadakan di tempat persendirian yang telah dipersetujui dengan pengurusan dan pemilik stadium. Ia juga mengikut semangat Akta Perhimpunan Aman yang digunapakai sebelum ini yang tidak memerlukan permit untuk perhimpunan, hanyalah sekadar memaklumkan pihak polis.

Saya percaya dengan keikhlasan dan kebijaksanaan pasukan polis di bawah pimpinan Tan Sri Ismail Omar yang menghargai hak rakyat untuk berhimpun, seperti mana yang telah ditunjukkan dalam perhimpunan-perhimpunan sebelum ini.

Oleh itu, saya menggesa seberapa ramai rakyat Malaysia yang menuntut pilihanraya adil dan menolak penipuan PRU13 untuk turun dengan memakai baju hitam pada malam ini di Stadium Kelana Jaya bermula 830 malam.

Saya juga mengecam sepenuhnya anasir penghasut yang cuba menakut-nakutkan rakyat terutamanya golongan bukan Melayu kononnya perhimpunan itu adalah satu alasan agar satu pergolakan kaum bermula. Beberapa pesanan ringkas merujuk kepada peristiwa 13 Mei yang kononnya dikaitkan dengan perhimpunan malam ini sedang berlegar, yang jelas berniat jahat.

Oleh itu, saya akan membuat satu laporan polis di Balai Polis Tropicana pada jam 3 petang ini agar pihak berkuasa menyiasat secepat mungkin pihak yang cuba menimbulkan huru hara dan ketakutan dengan memainkan sentimen perkauman melalui edaran pesanan ringkas tersebut.


Apa pula respon Polis? Petikan dari FB Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Sidang media oleh Ketua Polis Negara pada 7 Mei 2013 (selasa) jam 3.30 petang di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman adalah dirujuk.

Sesetengah pihak media telah merujuk kepada pejabat ini mengatakan bahawa Ketua Polis Negara ada menyebut bahawa perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat tersebut memerlukan permit.

Adalah dengan ini ingin diperjelaskan bahawa Ketua Polis Negara tidak menyebut perkataan ‘memerlukan permit’ di mana-mana bahagian dalam sidang akhbar tersebut.

Ingin ditegaskan di sini bahawa semasa sidang media tersebut, seorang wartawan telah bertanya: “berkaitan dengan satu perhimpunan yang akan dianjurkan oleh pakatan rakyat pada malam esok, adakah perhimpunan ini……..”

Menjawab kepada soalan tersebut Ketua Polis Negara telah berkata:

“Saya dah sebutkan tadi, pertama, saya tidak membenarkan perhimpunan yang menyalahi undang-undang, perhimpunan hendaklah menepati Akta Perhimpunan Aman 2012; syarat-syarat dia seperti yang telah saya sebutkan tadi; maklum Ketua Polis Daerah; penganjur kena jumpa dengan Ketua Polis Daerah; dia ada syarat-syarat dia; penganjur kena tentukan perhimpunan itu adalah perhimpunan aman; peserta tidak boleh membawa apa-apa bentuk senjata merbahaya; tidak ada apa-apa bentuk hasutan, provokasi, untuk menggugat ketenteraman”.

Jelas bahawa daripada ungkapan soal-jawab di atas, Ketua Polis Negara tidak membuat apa-apa kenyataan mengenai keperluan permit.

Penjelasan ini adalah dibuat untuk memperbetulkan salah lapor oleh sesetengah media mengenai kenyataan Ketua Polis Negara semalam.

ACP Ramli Mohamed Yoosuf
Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat)


Maknanya polis memang beri kebenaran untuk berhimpun, asalkan jangan berarak. Tunggu apa lagi kawan. Jom Turun!! Jangan lupa berpakaian serba hitam!


PAS Pastikan Selangor Jadi Kubu Kuat Pakatan

Tiada ulasan :
Alhamdulillah, Syukur aku ucapkan ke hadrat Allah. Allah telah menghadiahkan rakyat Selangor dengan kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor. PR yg mendapat mandat baru selepas PRU-13 bagi dua penggal untuk mentadbir negeri terkaya Malaysia.

Menurut Laporan Harakahdaily, 
"Ini merupakan kejayaan paling besar kepada Pakatan Rakyat kerana kita mendapat jumlah kerusi yang lebih banyak, begitu juga PAS yang menunjukkan peningkatan dari jumlah kerusi yang dimenangi jika dibandingkan tahun 2008," jelas Dr. Abd Rani Osman kepada Harakahdaily.

Beliau yang turut memberitahu, PAS akan memastikan Selangor menjadi kubu kuat Pakatan Rakyat pada masa yang akan datang seperti mana Kelantan yang sehingga kini mampu bertahan selama 23 tahun.


Katanya lagi, kerjasaman erat antara ketiga-tiga parti merupakan rencah utama kejayaan Pakatan Rakyat di Selangor selain dari gerak kerja jentera yang kuat dan bersistematik.

"Kunci utama kejayaan Pakatan Rakyat di Selangor adalah jalinan kerjasama yang erat antara ketiga-tiga parti, perselisihan faham dapat diselesaikan dengan baik tanpa ada ketegangan.

"Selain itu gerak kerja jentera ketiga-tiga parti berada dalam keadaan yang lebih bersedia dan bersistematik sehinggakan Barisan Nasional (BN) gagal untuk merampas negeri ini," sambung beliau lagi.

Pada PRU13, Pakatan Rakyat memenangi 17 kerusi parlimen, manakala BN 5 sahaja.

Dr Abd Rani yang berjaya mempertahankan kerusi Dun Meru dengan majoriti sebanyak 9,079 undi berbanding 5,513 undi pada 2008.


Pakatan Rakyat mampu mempertahankan negeri Selangor. InsyaAllah, rakyat Selangor akan terus mendapat faedah dari manifesto Pakatan Rakyat Selangor. Apa yang rakyat Selangor bakal dapat dan terus dapat?



Selain itu, Calon MB Selangor Akan Diputuskan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. Tengok Video di bawah.


Apa Kata Orang Tua, Apa Kata Orang Muda?

1 ulasan :
Gambar Hiasan : Dr. Halimah Ali

Kata orang tua...

Kamu orang muda, tak pandai bersyukur. Kamu lahir dalam kesenangan. Nikmat dari titik peluh kami dahulu. 

Kami melawan penjajah untuk merdeka. Berperang dengan Jepun untuk pertahan tanah air. Berperang dengan Cina pada 13 Mei untuk pertahankan Raja Melayu.

Pertahankan hak bumiputera. Sanggupkah kamu serahkan negara ini kepada pendatang Cina?

Anak muda jawap...

Kalian orang tua sudah selesa. Kalian sudah ada sebidang tanah. Kalian sudah ada sebuah rumah. Kalian sudah ada kerja, gaji dan pencen. Dahulu, kalian mengaji percuma. Kami, belum habis mengaji sudah berhutang. Habis belajar, belum tentu ada kerja. Kalau bekerja, belum tentu boleh miliki kereta, rumah, dan tanah. Mahu makan sekali sehari pun susah.

Ya, benar. Jepun sudah pulang. Inggeris sudah berundur. Namun kami dijajah oleh bangsa sendiri. Melayu korup dan khianat. Membiar bangsa sendiri hidup melarat. Dahulu, meski dijajah, kamu masih boleh memiliki rumah sendiri. Kini, meski merdeka, kami hanya mampu menyewa.

Dahulu, demi mempertahankan tanah air, kita menghalau Joseph, Donald, Mizuno, Kozumi. Kini kita hanya berdiam diri ketika tanah kita dirampas oleh Mahmud, Muhammad dan Abdullah.

Kamu pinta kami berwaspada dengan Cina dan India? Tapi kamu import Indon, Myanmar dan Bangla? Kamu minta kami waspada dengan Cina, tapi mereka lebih prihatin tentang nasib kami berbanding Melayu, bangsa sendiri. Kamu minta kami berwaspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang merompak tanah kita. Kamu pinta kami waspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang berdusta.

Saya masih ingat. Ketika anak Melayu bawah umur dirogol oleh pembesar Melayu, Cina yang dikutuk hari ini bangkit membela. Beliau (LGE) akhirnya dihukum penjara. 

Kamu kata, Cina mahu hancurkan kita. Tapi yang dibina Melayu, roboh dan runtuh belaka. Kamu kata, Cina mahu kita binasa, tapi Melayulah yang merompak harta negara, merampas Royalti dari negeri yang mempunyai penduduk Melayu paling ramai.

Kamu kata, DAP benci Islam, tapi peruntukkan Islam dilipatganda berjuta-juta. Kamu dakwa UMNO bela Islam, tapi roboh masjid, tutup sekolah agama, sekat dakwah, batal biasiswa agama.


Kamu kata DAP rasis, ultra cina dan benci Islam, tapi Zairil Khir itu Melayu, Islam dan anak pemimpin UMNO. Lalu kami tanya, mana calon Cina dari UMNO? Mana calon Melayu dari MCA?

Kamu kata, Cina itu musuh kita. Saya tanya, jiran rumah kita siapa? Bermusuh dengan jiran bukan ajaran agama.

Kamu kata, mesti bantu Melayu kerana Cina semuanya kaya. Kami tanya, Ah Chong, penjaja sayur yang mengayuh basikal itu berbangsa apa?

Kamu kata, berpakat dengan Cina DAP haram. Kami tanya, MCA dan Chua Soi Lek itu Melayu?

Bila kami hormati Cina, kamu kata kami lupa asal usul. Yang kami ingat, kami berasal dari negara Malaysia yang berbilang bangsa, Cina, India Kadazan, Murut dan sebagainya.

Kamu kata, hanya BN yang boleh memerintah. Kami kata, Penang lebih cemerlang di bawah DAP, Selangor lebih maju di bawah PKR.

Malaysia apa yang kamu gambarkan kepada kami?

Kami inginkan Malaysia yang lebih damai. Warganya aman tanpa mengira bangsa dan keturunan. Kami tidak perlu memaki dan mengutuk Cina untuk membela Melayu. Kami anak Malaysia!

Semoga rakan-rakan Cina dan India saya tabah dalam menghadapi segelintir ultra Melayu yang nakal.

Credits: Chai Hakim

Ustaz Azizan Tenat di Hospital P. Pinang

Tiada ulasan :
Bekas MB Kedah Dato Seri Azizan Abdul Razak kini sedang tenat di hospital Pulau Pinang. 


Menurut laporan Harakahdaily, Ustaz Azizan menerima rawatan di Unit Kardiologi Hospital Pulau Pinang.

Sekitar jam 5.30 pagi tadi, keadaan beliau agak tenat.

“Sekitar jam 5.30 pagi tadi keadaan ustaz agak tenat, sehingga sekarang ustaz sedang menerima rawatan di Wad CCU Hospital Pulau Pinang,” tulis bekas setiausaha akhbarnya, Mohd Helmi Khalid dalam sms kepada Harakahdaily pada jam 10.44 pagi ini.

Mohon kepada semua, mendoakan kesihatan beliau.

Laporan Harakahdaily Klik sini >>

Sedih Dengan Mentaliti Segelintir Melayu

1 ulasan :

Saya tidak bersedih dengan keputusan PRU13. Tetapi saya sangat sedih dengan mentaliti kebanyakan orang Melayu.

Ternyata masih sedikit orang Melayu yang celik politik walaupun majoritinya sudah celik maklumat. Sebenarnya sepanjang sebulan kempen pun saya menyedari kekurangan ini.

Tidak sukar untuk berkempen di depan pengundi Cina. Saya hanya perlukan sekitar 20 minit membentangkan pelbagai data-data ekonomi dan fakta sejarah mengapa perlu rehatkan BN. Mejoritinya faham dan menerima baik.

Isu yang berlegar dalam kalangan mereka adalah isu ekonomi, pendidikan dan keselamatan. 

Manakala dalam kalangan majoriti pengundi Melayu khususnya di pinggir dan luar bandar, isu yang berlegar-legar adalah isu-isu perkauman. Kelihatan orang melayu takut dengan bayang-bayang sendiri. Tiada keyakinan diri walaupun teras politik negara ini masih orang Melayu selain penduduk majoriti adalah Melayu.

Di hadapan mereka, saya mengambil masa yang lama untuk mengulas isu-isu yang mengarut itu. Ia memenatkan malahan sangat membuang masa. Apabila saya meninjau laman-laman FB, isu-isu yang berlegar di kalangan orang Melayu adalah perkauman, ancaman DAP, kalimah Allah dan video seks. Hanya segelintir yang menilai polisi dan dasar antara parti yang bertanding.

Awalnya, saya sangkakan hanya cybertrooper Umno yang sengaja menimbulkan isu-isu nonsense tersebut. Rupa-rupanya saya tersilap. Masih ramai termasuk yang berpendidikan tinggi. Saya pencaya program Biro Tata Negara telah berjaya memperbodohkan sebahagian orang Melayu.

Saya sangat sedih dengan hal ini.Saya sedih sebab ada pemimpin Melayu mengekalkan kuasa dengan memperbodohkan orang Melayu.Biarlah siapa pun menang dalam pilihanraya tetapi jangan sesekali memperbodohkan bangsa sendiri.

cc : Hasbie Muda