Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Memaparkan catatan dengan label Free Palestine. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Free Palestine. Papar semua catatan

Ahad, 9 Disember 2012

Bendera "Revolusi Syria" Turut berkibar di Palestine!

Tiada ulasan :


Di dalam majlis sambutan 25 tahun HAMAS di Gaza baru-baru ini, kelihatan turut dikibarkan bendera "Revolusi Syria". Lagi bukti bahawa HAMAS bersama perjuangan rakyat Syria.

Insya-Allah, setelah dibebaskan Dimasyq daripada cengkaman rejim Basyar, mujahidin akan bergerak ke Al-Quds pula. Doakan mereka.

Budu : Hoi, bendera PAS pon berkibar lah. Edit ni kah kah.

Kelihatan Bendera Pas di Sambutan Ulangtahun Hamas

Tiada ulasan :
Jalan-jalan cari makan di facebook. Aku terjumpa gambar-gambar yang menarik perhatian aku. Hehe. Apa dia? Itu dia, semasa Sambutan Ulangtahun Kepimpinan Hamas di Palestine, terdapat bendera PAS disitu.

Syabaslah kepada yang mengibarkan PAS. InsyaAllah Islam pasti menang!


Bendera PAS dan bendera Malaysia, berkibar megah di puncak bangunan tertinggi di Gaza.


Banyak lagi gambar, Apa yang pasti, gambar-gambar ini bukanlah diedit!.

Gambar Kredit to : Shahrina Ahmad Sharkawi

Jumaat, 7 Disember 2012

Terbongkar Agenda Kristian Untuk Malaysia di Jerusalem

Tiada ulasan :


Seorang ustaz yang juga merupakan seorang pendakwah yang terkenal dan sering muncul dalam progam keagamaan di kaca televisyen, sering ke Palestin membawa rombongan pelancong muslim melawat Baitulmuqaddis serta menjelajah bumi para Anbiya'. Beliau adalah Ustaz Muhammad Al-Amin juga seorang blogger popular yang sering menjadikan usaha dakwahnya di peringkat antarabangsa sebagai pengisian di dalam blognya,http://www.ustazamin.com/.

Kunjungan beliau ke sana baru-baru ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam dan pahit di lubuk hatinya.... Mari kita ikuti apa sebenarnya yang berlaku terhadap beliau di sana......

Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.

Seperti biasa, hari pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk ke dalam hotel, berehat sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa.

Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel.

Mahmood, pemandu pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut.

“Muhammad, mari sini” katanya.

“Kenapa?” tanya saya agak kehairanan kenana wajahnya agak serius, nada suaranya, agak perlahan seolah-olah ada rahsia yang ingin dibisikan pada saya.

“Tinggal bersama kamu di hotel ini satu rombongan dari Malaysia” terang Mahmood.
“Oh ye ke!” saya agak gembira mendengar berita itu.

“Tapi mereka rombongan Kristian” kata Mahmood lagi.

“Ye ke, ah, di sinikan banyak tempat penting buat Kristian, tentu mereka nak ziarah” kata saya.

“Sepanjang perjalanan dari border Jordan-Israel, mereka memang mengutuk Islam dan sangat tidak puas hati dengan orang Islam di Malaysia, mereka memang anti Islam” Mahmood Menambah.

“Mereka tak tahu aku Islam, mereka ingat aku Kristian” Mahmood semakin rancak berbual dengan saya di satu sudut di bahagian tangga.

“Memang bukan Islam di mana-mana pun tak suka Islam” kata saya tenang.
“Tak, mereka ini lain, mereka memang anti Islam di Malaysia” terang Mahmood bersungguh-sungguh.

Perbualan malam pertama itu habis dengan rasa tidak puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari Malaysia ini.

Selama berhari-hari kami di hotel yang sama, berselisih di dewan makan, memang rombongan ini tidak menegur kami sedangkan mereka dari Malaysia, duduk di Malaysia.

Tidak ada sepatah pun bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui, sama-sama dari Malaysia.

Ada juga kami ingin menegur siapa, tetapi tidak di jawab atau jawapan yang sangat dingin.

Saya tidak tahu, apakah tujuan mereka datang, sama ada untuk lawatan atau ada apa-apa persidangan Kristian yang mereka hadiri.

Saya tidak mengambil perhatian apa yang berlalu walaupun pada tiap-tiap malam, Mahmood akan menceritakan pada saya mengenai ketidak puasan hati mereka pada Islam di Malaysia.

Mahmood memarahi saya…

“Apa dah jadi pada kamu orang Islam di Malaysia hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak kamu?”

Apa yang mampu saya jawab hanyalah…“berpecah, dan ramai yang berpecah…”

Jawapan yang sangat tidak bersemangat dan seolah-oleh maksudnya, “apa nak jadi, jadilah…”

Ya, kurang rasa sensitiviti….

Allah ingin menunjukkan pada saya sesuatu terhadap jawapan di atas……

1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…
Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.

Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.

Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini.

Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.

Tulisan itu berbunyi..

Decree For Malaysia,“We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in seding missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”
Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.

Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.

Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.

Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.

Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai ahli politik yang punyai kepentingan.

Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka.

Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan:-

1. Bagi pendakyah Kristian, jangan pandang rendah kemampuan pendakwah Islam yang tidak berkepentingan di Malaysia. Kami para pendakwah dan orang-orang yang ikhlas akan tetap mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia sama ada menang atau kami mati di dalam usaha ini.

2. Malaysia bukan milik orang politik yang ada kepentingan yang menyokong tindakan kamu kerana harapkan sokongan, Malaysia di dokong oleh ramai pejuang agama Islam, bangsa muslim dan tanah air umat Islam. Kalau orang politik sibuk dengan perpecahan mereka, maka perjuangan itu tetap dibahu oleh umat Islam dari bidang lain.

3. Bagi umat Islam di Malaysia, ini bukan gimik popular, saya bukan ahli politik yang inginkan popular, Biarkan ahli politik bergaduh sesama mereka, yang boleh kita damaikan, kita damaikan atau sedarkan dengan apa cara sekalipun. Perpecahan ini satu yang sangat merugikan. Orang Kristian berbincang hingga ke luar negara merancang untuk mengkristiankan Malaysia, kita hanya menafikan dan hilang sensitiviti.

4. Bagi sahabat-sahabat dari Jabatan Agama Islam, anjurkanlah banyak program-program untuk menjaga dan mengawal umat Islam di Malaysia, bahagian zakat jangan berbangga dengan jumlah kutipan, tetapi usahakan untuk kepentingan umat Islam melalui lapan asnaf seperti yang disebut dalam al-Quran.

5. Bagi semua penguatkuasa agama. Jangan percaya dengan zon selesa yang dibisikkan dan penafian yang dicanangkan oleh orang berkepentingan. Jalankan pemantauan dan penguatkuasaan menurut enakmen yang telah diputuskan.

6. Bagi orang kaya, tolong infak harta untuk menganjurkan program-program keagamaan, semoga Allah sentiasa bersama anda sekelian.

7. Bagi sekelian yang membaca, kita umat Islam terlau beriya-iya ingin menjaga hati orang bukan Islam, adakah orang bukan Islam menghormati dan menjaga sensitiviti kita? Jalankanlah tugasan masing-masing di dalam ruang lingkup kemampuan anda semua, semoga Allah membantu usaha kita.

Semoga pendedahan ini memberi inspirasi pada saya untuk terus membantu Islam, yang ingin bersama mari, yang mahu mencebek dan tidak percaya silakan, yang mahu berfikir, renungkan dan yang mahu mendokan, doakan semua umat Islam di Malaysia agar terpelihara dari agenda global orang kafir.

Patah sayap bertongkat paruh, memperjuangkan dan mempertahakan Islam akan tetap menjadi keutamaan di dalam hidupku, biar berputih tulang, jangan berputih mata…

Al-Fatihah untuk seluruh pejuang Islam terdahulu, tuan-tuan guru kita terdahulu dan pahlawan Islam Nusantara yang telah mendahului kita di dalam tugasan mereka. Hari ini tugasan itu diwariskan pada kita, semoga kita dapat menyambungnya, amin

Source : http://www.ustazamin.com/2012/12/universiti-kehidupan-233-agenda.html

Bermusimkah Jihadmu? #PrayForGaza

Tiada ulasan :


Penderitaan mereka tidak bermusim, bayi dilahirkan dalam keadaan kicau bilau, kanak-kanak membesar dalam keadaan tertekan kehilangan ahli keluarga, bila mmbesar pulak dibiasakan dengan cita2 syahid, buka mata untuk berjuang tutup mati pun untuk syahid. penderitaanmereka tidak bermusim kan?

So apa khabar palestin dan syria hari ni?MIND TO CHECK? :)

tidak berniat sindir sesiapa, palestin bkn hnya skadar milik rakyat palestin, ia milik semua umat Islam.ayuh sentiasa beringat sahabat, untuk diri saya juga :)

Kredit : IKRAMTeens

Sabtu, 1 Disember 2012

Ulama Muda UMNO : Tiada Jihad di Palestine

Tiada ulasan :
Baru-baru ni dalam minggu ni saya terserempak dengan video ucapan salah seorang daripada 'Ustaz' Muda atau lebih macho di panggil Ulama Muda UMNO mengatakan tiada jihad di Palestine, selain itu katanya yang mengejutkan saya juga ialah kerja memboikot barangan Israel adalah sia-sia.

Waduh! Gawat ni!

Oke, sebelum itu, jom baca apa isi yang diperkatakan oleh Ulama Muda UMNO (Ustaz Idris Sulaiman) ni.

1. Tiada jihad di palestine sebab kekuatan tak balance. Kalau kita nak serang orang, kekuatan kita kena dua kali ganda dari orang yang kita ingin perangi.

2, Tidak guna berjihad sebab tiada persediaan dari segi ketenteraan, senjata, persediaan rohani [akidah] dan persediaan zahir.

3. Salah boikot perniagaan yahudi kerana barangan yang dijual itu halal, bukan haram.

4. Tidak salah menjalankan perniagaan dengan yahudi kerana Rasul Allah pun melakukan urusniaga dengan yahudi. Asalkan dalam perkara2 yang halal.

5. Boikot dilakukan secara tidak konsisten dan sekejap2. Tidak ada kesan.

6. Menganiaya orang2 islam yang berkerja di syarikat2 yahudi kerana menjejaskan pendapatan mereka.

7. Cadangan nak boikot barangan halal tidak kena dengan caranya. Itu namanya dia kebodohan. Sebab tak kena cara.

8. Cara yang terbaik untuk memerangi musuh2 islam ialah kena bersedia dengan segala dengan apa yang kita mampu.

9. Palestine kena keluar dari palestine sebab Rasulullah S.A.W. keluar dari Mekah.

10. Pandangan ini didokong oleh Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani - ulama hadis zaman kini secara terus terang mengatakan bahawa umat palestine perlu keluar dari palestine untuk mengatur strategi.

11. Dan pandangan ini disokong dan diangkat oleh Ustaz Idris Sulaiman.

12. Orang2 yang menasihat orang2 palestine suruh berjihad dan dia duduk rumah goyang kaki sebenarnya bukan bagi nasihat sebaliknya merosakkan umat palestine. Asas kepada alasan ini ialah kata ustaz, umat palestine tak mampu berjihad. [kredit to : Sos Cili ]

Ini videonya 


Dei Ustaz, saya tertarik nak ulas dengan kata ustaz yang berbunyi:
"Palestine kena keluar dari palestine sebab Rasulullah S.A.W. keluar dari Mekah."
ILMU menyeru agar rakyat palestine keluar dari palestine dengan mengambil iktibar kisah Nabi saw yang keluar dari Mekah akibat ancaman bunuh ketika itu.

Lari menyelamatkan nyawa.

Yang sebenarnya palestine sudah lama keluar dari bumi mereka sendiri. Ini adalah bukti bahawa rakyat palestine sudah melakukan semua cara yang ustaz zahirkan dalam sebuah video.

Tanah palestine semakin mengecil dan mereka keluar dari tanah mereka sendiri untuk ke tempat yang selamat.

Mohon ustaz jangan la menghukum mereka hanya kerana mereka memilih untuk berjihad setelah bertahun lamanya bersabar dan lari dari tanah mereka sendiri. 

Aeh, Poning duk memikirkan apa sebenarnya fahaman salafi yang berfahaman UMNO ni. 

Nah, kita tengok pula pandangan Dr. Muhammad Asri Zainal Abidin (DR. Maza)


Sedarlah wahai Ostad UMNO. Isu Palestine ini adalah isu akidah seluruh umat Islam. Sekiranya saudara kita disana sakit, kita disini sebagai seagama seukhuwah pon merasa kesakitan mereka. Jihad yang paling cikai usaha kita. Apa usaha kita? Doa, boikot barangan Israel. 

Usaha kecil ini sedikit sebanyak mampu menggugat ekonomi Israel walaupun tak banyak, tapi kita berusaha. Berusaha mambantu saudara seagama.

Jumaat, 23 November 2012

Felda Angkuh, Tak Benar Masuk, Terus Support Israel

Tiada ulasan :


FELDA ANGKUH, TAK BENAR MASUK!

Himpunan Aman tuntut Felda hentikan penjualan minyak sawit kepada Sykt Yahudi bermula dengan solat Jumaat di Masjid UTM, Jln Semarak. Selesai ucapan, Tuan Hj Mohd Sabu, mengetuai perarakan hampir 2 ribu orang menuju ke Ibu Pejabat Felda di Jln Semarak. Turut bersama, Ust Nik Abduh, Ust Idris Ahmad, Ust Aris Faizol, Aiman Atirah, Abby Abadi dll.

Malangnya, 5 orang wakil yang diketuai Hj Mohd Sabu dihalang masuk dalam premis HQ Felda untuk menyerahkan memorandum kpd Tan Sri Isa Samad. Pegawai Khas Pengarah Besar Felda, hanya bersedia menerima memorandum di pintu pagar sahaja; sama hodoh tindak tanduknya dengan Pegawai Kedutaan Amerika Syarikat! 

Kami batalkan hasrat menyerahkan memorandum tersebut, ekoran sikap angkuh Pegawai Khas Faizoull Ahmad. ANAK memberi tempoh 7 hari kpd Felda untuk menghentikan penjualan minyak sawit kpd sykt Yahudi.


Menurut laporan Malaysiakini, Sekumpulan kira-kira 700 orang yang diketuai oleh PAS, hari ini gagal menyerahkan memorandum kepada Felda, menggesanya supaya menghentikan dakwaan jualan minyak sawit kepada "sebuah syarikat Yahudi".

NONE
Para pengawal di ibupejabat Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur 
enggan membuka pintu atau membenarkan wakil masuk untuk menyerahkan memorandum itu kepada pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

"Inilah caranya mereka melayan rakyat Malaysia, seolah-olah Felda milik ibu bapa mereka," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kepada para hadirin.

"Malah, di Istana Negara pun mereka terima dan membenarkan wakil masuk."

Menurut Presiden ANAK, Mazlan Aliman, Felda telah dimaklumkan melalui faks dan e-mel sebelum demonstrasi hari ini diadakan.


Aduhai Kerajaan Malaysia, apa semua ni? Umat Islam di Gaza menderita, Ngo-Ngo tak kenal erti penat lelah memberi bantuan, bertukus lumus memberi bantuan untuk Gaza, tapi Kerajaan Malaysia tiada usaha untuk selamatkan umat Malaysia. 

Ya Allah ampuni dosa-dosa kami sekiranya kami rakyat Malaysia ada memberi sumbangan ke atas Yahudi Zionis laknatullah.

Gaza Hari Ini

Tiada ulasan :
First sekali, jom kenali sejarah ringkas Bumi Palestine yang di cerobohi Zionis Yahudi dan tertubuhnya negara haram Israel


Malam tadi (dari post ini ditulis) saya menghadiri ceramah keadaan semasa di Gaza oleh penceramah dari aktivis Aqsa Syarif, En. Masrul Arifin Mohd Nazir. Beliau menceritakan pengalaman beliau di Gaza yang baru beberapa bulan balik dari sana. Beliau sempat solat sunat Teraweh bersama pemimpin Hamas.

Menurut beliau, Gaza berbentuk memanjang, dan tersangatlah kecil kawasannya. Ini bermakna, rakyat Gaza tersepit dan tidak bebas melakukan aktiviti sosial. Lihat rajah di bawah


Menurut beliau, jarak dari Gaza City dengan Rafah hanya lebih kurang 42 KM sahaja, sementara di kelilingi laut, sempadan Mesir dan Negara haram Israel. Para nelayan di laut Gaza pula, tidak dibenarkan memancing atau mencari ikan sejauh lebih kurang 36 KM sahaja.

Lihat betapa kejamnya zionis Israel ini, merampas tanah hak orang Islam.

Apa pun secara ringkasnya, saya tertarik dengan usaha gigih Aqsa Syarif dan NGO-NGO lain yang berusaha membantu rakyat Palestine yang memerlukan. Samada bantuan jangka pendek dan bantuan jangka panjang.

Bantuan jangka pendek termasuklah bantuan makanan yang dihantar dari Malaysia, wang ringgit, pakaian dan sebagainya.

Bantuan jangka panjang pula, mereka telah membuat satu kilang roti yang beroperasi secara automatik yang boleh menghasilkan lebih kurang 30 ribu roti dalam sehari. Untuk maklumat lanjut tentang kilang roti boleh lihat disini.

Lebih 60 tahun rejim zionis Israel bermaharajalela di bumi Palestin. Sepanjang tempuh itu juga rakyat Palestin terpaksa menanggung derita yang teramat sangat. Pembunuhan, pengusiran, perampasan tanah, perampasan rumah, penangkapan, pemenjaraan, perobohan rumah, pemusnahan kebun dan ternakan, penafian untuk ke masjid, beberapa usaha berterusan meroboh Masjidil Aqsa .... sebut apa juga jenis jenayah di atas muka bumi yang tidak dilakukan Israel ! Kesemuanya dilakukan oleh para pemimpin yang rakus, para tentera yang ganas dan para pendatang haram yang bongkak


Lihat Gaza Diserang 18 Nov 2012 lalu.


Video ini memberi gambaran bagaimana serangan 18 Nov dilancarkan Israel ke atas Gaza. 

Kemuncak ceramah tersebut, aktivis Aqsa Syarif menayangkan lagi satu video yang sangat menyedihkan, video tentang keadaan sebenar rakyat Palestine menderita, kanak-kanak di bunuh dengan kejam. Dalam video tersebut mayat kanak-kanak di asingkan di suatu tempat, dimana ada kesan tembakan jarak dekat tembus di kepala dan di dada kanak-kanak tersebut.

Moga Allah memberikan kemenangan kepada Umat Islam di Gaza. Moga Palestine kembali milik seluruh umat Islam. InsyaAllah. Allauakbar!


Kenyataan Media Brigade Al-Qassam

Tiada ulasan :


Antara isi kandungan kenyataan media KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM (Brigade Al-Qassam) sayap tentera kepada Gerakan Perjuangan Islam (HAMAS) yang menyerang negara haram Israel

Siapa Brigade Al-Qassam? Jom Kenali mereka klik sini

Al-Qassam: Setinggi-tinggi penghormatan kepada para syuhadak.Kami mengumumkan kemenangan pejuang Palestin ke atas tentangan yang dilakukan oleh rejim zionis.

Al-Qassam: Kami telah sampaikan mesej kepada musuh yang mana mereka tidak mampu menjangkakan keupayaan roket buatan tempatan.

Al-Qassam: Roket-roket jenis M75 adalah sempena nama komander Al-Qassam yang dibunuh oleh zionis pada tahun 2003, maka akan wujud roket-roket yang akan dinamakan as-syahid Ahmad Al-Ja'bari.

Al-Qassam: Kami telah menghentam setiap penjuru musuh sama ada darat, laut, dan udara.

Al-Qassam: Serangan-serangan balas kami memang telah disusun sebelum ini oleh komander-komander tentera kami.

Al-Qassam: Kami biarkan musuh yang menilai kerugiannya sendiri, ianya terlalu besar dan perkara ini disembunyikan.

Al-Qassam: Kami telah mengebom lokasi-lokasi musuh yang dianggap sensitif dengan semua jenis roket yang ada.

Kami juga telah memecah masuk ke dalam siaran 2 dan 10 Israel versi hebrew serta mengutuskan mesej kami kepada musuh.

Al-Qassam: Yang menentukan corak tempur bukannya di tangan musuh, akan tetapi pejuang Palestin yang menentukannya.

Al-Qassam: Pertempuran dengan musuh tidak akan selesai lagi.

Kami mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Palestin di Gaza dengan peranannya yang menjaga keamanan pertahanan dalam negeri.

Al-Qassam: Kami minta kepada umat Islam agar giatkan usaha bagi membebaskan tempat yang diperjalankan Rasulullah

Al-Qassam: Kami mengucapkan terima kasih kepada antum semua yang menyumbang senjata dan peluru bagi menghadapi tentangan penjajah.

Al-Qassam: Sewaktu tentangan sengit, kami telah menyasarkan tempat-tempat perkumpulan tentera musuh dengan menghujani serangan roket.

Kamilah yang membuat keputusan memasuki pertempuran 'Hijarah As-Sijjil' dan kami telah laksanakan serangan yang mengejutkan musuh 7 malam 8 hari ..

Via  TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT


Jom Kenali BRIGED ELIT AL-QASSAM

Tiada ulasan :
Sheikh Izzuddin al Qassam
Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Syeikh Ahmed Yasin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Syeikh Salah Shehada pada tahun 1984.

Nama al-Qassam diberi bersempena nama seorang pejuang ulama' yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Syeikh Izzuddin al-Qassam.

Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari telah dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan peluang sebegitu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin; apatah lagi kepada orang luar.

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda yang berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.


"Objektif utama penubuhan al-Qassam adalah untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.

Apabila ditanya jumlah tentera al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya engga menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.

SYARAT UTAMA KEANGGOTAAN SEBELUM DIPILIH
[1] Mesti menjaga solat 5 waktu secara berjemaah.
[2] Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
[3] Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
[4] Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
[5] Berdisiplin dan mentaati amir.
[6] Mencintai dan bersedia untuk syahid.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza, bukan kerana serangan tentera Israel tetapi sebaliknya ia merupakan sesi latihan tentera al-Qassam yang dijalankan.


Briged ini juga terkenal dengan roket al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa anggota elit al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan sama sekali kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka. Penulis sungguh terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya memiliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar.


Jelas nampak keikhlasan pada raut wajah mereka untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Keimanan para anggota Briged al-Qassam ini cukup tinggi sehinggakan ada di antara mereka menyatakan bahawa mereka tak perlukan apa-apa bantuan, cuma cukuplah sekadar minta didoakan. Bukan doakan mereka selamat tetapi doakan agar mereka cepat menemui syahid! Inilah kunci kekuatan dan rahsia sebenar kehebatan mereka yang amat digeruni oleh 700,000 ribu tentera Israel di sana!

Semoga Allah terus bantu dan hadirkan pertolongan buat pejuang Islam seperti mana yang Dia telah bantu dan beri pertolongan kepada umat-umat yang terdahulu dalam menentang golongan kuffar ini. Sesungguhnya tiadalah daya dan upaya kami melainkan dengan kekuasaan-Mu. Bantulah mereka....Ya Qahhar Ya Jabbar Ya Mutakabbir!

via Dr. Zainur Rashid Zainuddin


Rabu, 21 November 2012

Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada para Pemuda dan Pemudi

Tiada ulasan :


☛ Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai...keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

☛ Aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

☛ Para Pemuda, aku ingin kamu menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kamu untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda. 

☛ Aku ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

☛ Wahai Puteriku , aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

via : Ustaz Roslan Mohamed

Akaun FB, Twitter TPM Israel digodam

Tiada ulasan :
Akaun Facebook dan Twitter milik Timbalan Perdana Menteri Israel, Silvan Shalom di godam oleh sekumpulan penggodam/hacker yang menggelarkan sebagai "ZCompanyHackingCrew" yang dipercayai hacker dari Pakistan. Link akaun twitter boleh di lihat disini dan akaun facebook disini.

Akaun twitter milik TPM Israel, Silvan dibanjiri dengan mesej pro-Palestine.

Ikuti laporan Sinar Harian berkenaan "Akaun FB, Twitter TPM Israel digodam"


21 November 2012
TEL AVIV - Akaun Facebook, Twitter, Linkedln dan YouTube milik Timbalan Perdana Menteri Israel, Silvan Shalom digodam dan 'dibanjiri' dengan mesej-mesej  pro-Palestin. 
Menurut  ZCompanyHackingCrew, pihak yang bertanggungjawab berhubung kejadian ini, terlibat sama dengan perang siber yang sedang melanda Israel bermula beberapa hari lalu.
Penggodam berjaya menggodam masuk e-mel peribadi Shalom dan mempunyai rancangan untuk menghapuskan dokumen lama yang terkandung dalam e-mel. 
Melalui Twitter milik Shalom, kumpulan penggodam melakukan protes dan mengemas kini status yang berbunyi, “perang ini sangat tidak adil” dan “siapa yang perlu bertanggungjawab ke atas kematian anak-anak kecil dan orang yang tidak bersalah cuba melindungi tanah air mereka sendiri?” 
Serangan skala penuh siber ini bermula selepas kumpulan penggodam terkenal Anonymous membocorkan maklumat peribadi 5,000 pegawai Israel. 
Setakat ini, Anonymous telah menggodam 700 laman web Israel termasuk Bank Jerusalem, Kementerian Pertahanan Israel, IDF Blog, laman web rasmi presiden dan majoriti  laman web masih tidak lagi dapat diakses. 
Menteri Kewangan Israel, Yuval Steinitz memperitahu AP yang serangan itu merupakan salah satu gelombang perang melalui siber dan berkata, kerajaan kini cuba membuat serangan balas dan mempertahankan lama web rasmi kerajaan dari terus digodam.



Setakat ini, saya dapat berikan snapshot akaun twitter Silvan Shalom sahaja, facebook tak dapat saya berikan snapshot kerana dipenuhi dengan bahasa Israel mungkin. Apa pon saya ucapkan tahniah kepada penggodam kerana menggodam manusia dajjal ini.

Klik sini untuk follow kumpulan yang bertanggungjawab atas kejadian menggodam akaun Twitter TPM Israel.