Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Khamis, 15 Disember 2011

Sahabat Sejati

Tiada ulasan :
Secara fitrahnya, seseorang manusia itu saling memerlukan antara satu sama lain. Orang yang sentiasa bersama kita tak mengira apa pun keadaan dan situasi kita waktu itu di samping menjadi kekuatan untuk kita terus bersemangat berjalan atas bumi  ini dinamakan sahabat sejati. Sahabat sejati juga berperanan mempengaruhi semangat, pemikiran, perangai, akhlak dan sebagainya. 

Cukup besar peranan Sahabat sejati. Jadi pesanan untuk diri sendiri dan kawan-kawan, pilihlah kawan yang boleh membantu kita mengapai kejayaan. Sahabat yang baik bukan saja bersama kita dikala kita dalam kegembiraan, tapi setia dengan kita dikala kesusahan dan kesedihan.



Ciri-ciri sahabat sejati :
  • Tak jemu menasihati kita kearah kebaikan
  • Memberi kata-kata semangat, motivasi dan kata-kata perangsang.
  • Membantu kita dikala susah,
  • Sentiasa mendoakan kita kearah kejayaan
  • Membimbing kita kearah kebaikan
  • Menegah kita dari kemaksiatan

p/s : lame bebeno xupdate blog..pesanan ringkas ini khas untuk semua sahabat2 :D

Ahad, 25 September 2011

Santai-santai bersama lembu-lembu lunak

Tiada ulasan :


Url : http://svt.se/hogafflahage/hogafflaHage_site/Kor/hestekor.swf

Isnin, 22 Ogos 2011

Youtube Channel template

Tiada ulasan :
Seperti yang telah aku sebutkn dalam page gitarkapok202, aku nak share secara ringkas je bagaimana nak edit atau melawakan background youtube channel.

software yang diperlukan ialah photoshop any version

Klik gambar untuk besarkan

Step pertama : download template youtube dulu. klik sini
dah download? beres da..then korang boleh edit gamba yang korang download tu dengan software Photoshop any version.


Step Kedua : extract file zip yg korang download tu. Gambar yang korang download tu akan menunjukkan seperti bawah ni



ok..nampak kan macam youtube template?? ok bereh. skang korang boleh edit gmba atas ni dengan PS anyversion..xkesahlah nak edit yang macamana, nak colorful ke, nak drop shadow, outer glow or bagai2 lagi la ikut kreatif korang. Korang boleh tengok hasil yang aku dah buat kat Channel Gitarkapok202..Smart x?hehe

ok..kalau ikut format yang aku edit..
aku buang layer yg aku tandekn warne kuning.. spt dibawah



hanya yang tinggal ini..


pastu klik gradient tool, (berwarne kuning)
 pastu pilih la warne yang korang rase menarik..pastu dengan gradient tool tu..korang buat satu garisan lurus ke bawah pada backgroud layer

then..korang tulis la ape yang korang nak tulis..contohnya "design by " or ape2 jelah..

ok..pastu pndai-pndailah korang edit ye..da siap..save pic as JPEG..then korang boleh upload gmba ni ke channel korang..pastu korang boleh la, tukar transparent backgroud tu..pandai-pandai la ek..haha

ni tutorial paling malas..apa-apa hal..sila tinggalkan komen :D


Khamis, 18 Ogos 2011

Senyum

Tiada ulasan :
Dalam kamus google, senyum dalam bahasa English ialah Smile. (ntah la, aku main translate je). So, entry aku ni berkisarkan kisah atau pengalaman. Tapi sebelum tu, aku nak share sikit kata-kata motivasi dari pakar motivasi.

Senyum dapat menambahkan kesihatan fizikal dan mental kepada diri sendiri dan juga orang yang menerima senyuman. Orang sekeliling akan rasa terhibur dan bahagia bila diri mereka terima senyuman. Ibaratnya, senyuman ni sebagai penawar hati. malah, pendengki pon tak sanggup nak mendengki orang yang suke senyum ni - sumber Dr. Safwan Al-Kachak, anggota gitarkapok202 yang lembut-lembut

Sirah Nabi pon ada menceritakan bahawa nabi xpernah bermasam muka. Contohnya, Nabi junjungan besar, Muhammad S.A.W yang biase kite dengar, nabi dilempar najis ketika keluar rumah oleh seorang pembenci nabi. Tapi baginda ada buat muka benci? Baginda senyum je tau! sampaikan pencaci nabi tu heran. "kenapa aku baling najis, dia makin senyum pulak?"

ok..ni kisah aku pulak!
ni kisah mase aku tingkatan 5, ada seorang ustazah ni, . Ustazah . Ape yang bestnye?

Ceh, aku kan nak cite pasal senyum, so, ape yang ada dengan ustazah ni ialah, mukanya sentiasa senyum..

Kelas bising--> ustazah senyum, tegur dengan senyuman
Banyak kerja--> tetap tersenyum
Mengajar dalam keadaan mengandung--> senyum..
Aku buat masalah kat skolah--> bagi kaunseling kat aku dalam keadaan senyum
aargh..sentiasa senyumlah, kami kawan-kawan tak pernah nampak beliau muke monyok, masam, muka marah.

Biasanya, watak seseorang tu, akan terserlah dengan menghadap orang yang biasa dia jumpa. Apakah mksud ayat ni? ok..senang skit la kan. Kalau seseorang tu suke buat muka garang dengan anak-anak muridnya, soo, biasanya kat rumah pun akan garang bila jumpa dengan suami atau anak-anak. yeah, itu adalah salah satu statistik yang telah aku jalankan. dan ianya tepat.

Masih tak nampak? baik, contoh lainnya, jika kita dalam keadaan marah, mungkin sebab tak siap assaignment la sbgai contohnya. kemudian ada kawan yang suke menyibuk datang kt korang tanye itu ini, then awak pun melentinglah kat kawan tu. melenting pun jenis yang sungguh-sungguh! amboi, so perangai mamat ni lazimnya sama je bila jumpa adik-adik, mama papa, kengkawan etc semua dalam keadaan moody. Fuhh, bak kata awie "anoyying gile"


So, nasihat aku kepada yang sedih-sedih, marah-marah, moody, tanamkanlah sikap murah dengan senyuman, baru ramai yang dekat dengan kita. Nasihat untuk diri sendiri juga :D

Rabu, 10 Ogos 2011

Pergi

Tiada ulasan :
Pergi - Aizat

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia




Ahad, 7 Ogos 2011

Gitarkapok202

Tiada ulasan :
Gitarkapok202



Apakah
Gitar kapok ialah satu kumpulan vlogger berkonsepkan nasihat, jenaka dan petua-petua. Gitarkapok202 terdiri daripada 2 orang pelakon, iaitu Saf dan Awie.

Kenapakah 'Gitarkapok202'?
Dikatakan kumpulan ini, bukanlah terdiri daripada yang pandai main gitar. Cumanya, dinamakan gitarkapok iailah sebagai Trademark kumpulan ini. 202 pula, menunjukkan nombor yang tiada kaitan langsung dalam penubuhan ni :)

Sejarah Ringkas
Sifat hobi dan minat bervlogging pada diri masing-masing dua kepala ahli gitarkapok202 ni, Saf dan Awie bersetuju membuat satu prinsip, iaitu men-publishkan video nasihat atau jenaka kepada semua. Sama seperti konsep-konsep vlogger-vlogger yang lain seperti MentolPecah, Maccaboyz91, Shahrincool, Matluthfi90 dan ramai lagi.

aiceh, dah siap da beberapa video untuk sajian korang. haha, letihlah guna bahase formal. 

Korang boleh usha2 gitarkapok202 dgn klik gambar gitar diatas!


Like Gitarkapok202 FB page.. klik sini

Jumaat, 5 Ogos 2011

Youtube!

Tiada ulasan :
Ramai yang suka berBLOGGING. Ya, aku pasti!
Cuma tak ramai yang ada Youtube Account. Apa yang menariknya dgn Youtube Account?


Best ke? Boleh kenyang ke?
Post kali ni nak share kat kawan-kawan apa kelebihan Youtube Account.
Youtube Account, aku boleh bahagikan kepada 2 bahagian, sebelum tu, apa kelebihan akaun Youtube ni?
  • boleh 'like' video yang korang rase berminat dengan video tu
  • boleh lebelkan video yang korang MINAT GILE ke dalam video FAVORITE korang, then boleh la tgok lagi bila-bila masa korang nak.
  • boleh komen, apa yang korang rasa dengan video yang korang tengok, tak kesahlah nak komen buruk ke baik ke..hak koranglah!
  • boleh subscribe channel-channel yang korang anggap menarik. So, bila akaun tu korang subscribe, boleh taulah apa video baru yang telah diupload.
  • boleh tambah kawan, dengan add channel korang minat tu sbagai kawan, then borak-borak la ape yang patot, itu pon kalau ada respond la :D
  • boleh upload video, ikut suka koranglah, kalau ada video yang menarik untuk dikongsikan dalam youtube, boleh lah upload.

FIRST, youtube account yang minat VLOGGING/ buat video or bla bla. katogori ni, dikira advance la sikit, sebab korang boleh berBLOGGING dalam bentuk VIDEO. itu cukup MENARIK! So, adakalanya, kalau nak luahkan apa yang korang rasa, boleh luahkan dalam bentuk video, cuma kenelah ada syarat-syaratnya. Syarat utama ialah, video yang korang buat mestilah menarik, barulah orang suka nak tengok video tu, tapi kalo ANNOYING, maka ANNOYING lah jawabnya!

SECOND, orang yang buat account semate untuk like video, komen, lebelkan favorite dan macam-macam lagi, bagi aku, katogori ni adalah lebih bagus daripada yang tak ada account youtube, haha. Sebab, orang yang tak de account youtube, aktivitinya terhad dalam laman web video tu, nak komen video xboleh, nak like xboleh, mcm.....eerr..mcm nothing la..adus


so, nak ceritanya sekarang, keje aku bukan setakat berBLOGGING, tapi aku juga minat berVLOGGING.
Bagi semua para follower aku or para pengunjung yang datang blog ni yang ada minat bervlogging or just minat usha2 video kat youtube, bolehlah singgah ke channel aku

korang yang datang melawat channel aku ni bolehlah subscribe. so, bile aku upload je video baru, boleh tahu la :P


Rabu, 3 Ogos 2011

hari yang ditunggu dah tiba

2 ulasan :
hah, hari yang ditunggu dah pon tiba, peh..tengah-tengah duit tengah kering ni, aku hanya mampu lihat bil p1 ni dengan mata yang hampir berlinangan..haha..jiwang la pulak.


ape pon aku cube untuk langsaikan hutang p1 ni, baru bisnes boleh jalan..haha
TQ la P1!!

Selasa, 2 Ogos 2011

Nota ringkas ttg puasa

Tiada ulasan :
Selamat Menyambut Ramadhan Karim!

Lama dah blog ni xdisentuh, akibat kekeringan idea, kesibukan membuka gerai bazar Ramadhan dan Tumpu pelajaran (bajet je).

So, buah fikiran untuk entry kali ni, takdelah menarik mane, cuma aku nak ulang je entry pasal puasa aku tahun lepas, iaitu entry yang berjudul Puasa dari sudut Saintifik. Actually, entry aku sebelum ni bukanlah cerita pasal puasa pada saintifik secara keseluruhan, tapi cuma ringkasan jelah.

Idea ni aku ceduk sikit daripada sebuah buku yang amat menarik isinya, buku tu berjudul "SYOKNYA BERPUASA"


Sedikit Pengenalan
hipotalamus - (nama saintifik) bertindak balas dengan glikogen di dalam darah. Hipotalamus terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Lateral Hypothalamus(Pusat Lapar) dan Ventromedial Hypothalamus Nucleus (Pusat Kenyang).  Apabila kandungan glikogen rendah, pusat lapar akan memerintahkan tubuh untuk makan dan apabila kandungan glikogen tadi sudah tinggi, pusat kenyang menyuruh tubuh berhenti makan.


sistem pencernaan semasa kita berpuasa

Apabila Hipotalamus memerintahkan tubuh untuk makan tetapi kita berpuasa, otak akan menghidupkan program autolisis sebagai pengganti sumber tenaga. Apabila program ini aktif, seluruh bahagian tubuh menyampaikan laporan kpd bahagian tubuh yg mempunyai lemak. Selepas mendapat laporan bahawa terdapat lemak, program ini memburu lemak dan segera mengubahnya menjadi sumber nutrien (ganti makanan) dan sumber tenaga. Kedua-dua sumber ini (sumber nutrien&tenaga), seterusnya diedarkan melalui darah. Dengan kandungan glikogen dalam darah yg mencukupi, hipotalamus tidak lagi memerintahkan tubuh untuk makan.  

 
Dalam otak, kita berniat puasa mulai dari Subuh hingga Maghrib. Dengan niat itu, apabila tiba hari siang, apabila hipotalamus mengesan kadar glikogen yg rendah dlm darah dan memberi perintah makan pada tubuh, otak segera mengambil alih tugas perintah itu. Otak mengarah kita supaya tidak makan kerana kita sedang berpuasa. Oleh kerana kadar glikogen dalam darah rendah dan kita tidak makan ataupun minum, otak memberi perintah bagi menjalankan program autolisis. Apabila lapar tapi kita berniat berpuasa, kita dapat manfaat drpd proses autolisis dan detoksifikasi yg menyihatkan dan menyegarkan tubuh.


   Apabila kita tidak berniat puasa, semasa kita lapar dan hipotalamus memerintahkan diri untuk makan, otak tidak mengambil alih kerana kita tidak berniat puasa. Otak merestui dan membiarkan perintah hipotalamus itu. Kesannya seluruh tubuh organ pencernaan bersiap sedia:

  • mulut mula mengeluarkan air liur
  • limpa mengeluarkan asid
  • hati & pankreas mengeluarkan enzim pengurai
  • otot-otot usus melakukan pemanasan bagi proses penyerapan nutrien.
Apabila persiapan organ ini sudah berlaku, dan kita tidak makan, maka zat-zat kimia yang sudah disiapkan ini dapat merosakkan organ-organ pencernaan kita. perut terasa sakit dan kita boleh mendapat GASTRIK!!


Alhamdulillah, moga apa yang kita dapat hari ini, menjadi satu panduan dalam hidup sehari-hari :))

SELAMAT BERAMAL!!

Selasa, 26 Julai 2011

Fixie untuk Di Jual

Tiada ulasan :
Harga RM 600+-
baru guna dalam sebulan, masih berkilat
Sape berminat boleh emel saya





Ahad, 17 Julai 2011

My feberet Youtuber III

2 ulasan :
My feberet Youtuber>My feberet Youtuber II> My feberet Youtuber III


Seperti yang korang belum tahu, antara hobi aku ialah gelak. Yah gelak, aku pun xtahu sejak bile penyakit ni datang mari kat aku.

Cume kadang-kadang, aku xdapat nak gelak, mungkin atas faktor-faktor tertentu. So, aku ambik langkah-langkah yang baik untuk aku terus gelak. Tapi mintak maaf dulu kawan-kawan, ni bukan gelak yang terbahak, ni gelak untuk release tension, lagi pon ni gelak tiada kaitan dengan mengumpat, hehe.

So, habes je kelas pagi tadi, aku imbau-imbau video-video matlutfi, saje tengok-tengok, then aku ternampak seseorang komen dibwah video matlutfi ni, dengan berkata:

"love all of them. matluthfi the best! for next episode kan, masukkan lh shahrincool pulak ye. he's soo comel and vids dia semua bestt!"

so, aku macam tertarik dengan komen die ni, maka aku terus taip name Shahrincool kat Youtube search tu, maka terteralah channel youtubenye, aku tengok sebijik demi sebijik, peeh, kelaka gila budak comel ni, kelakar & comel. I'm sori, aku bukan gay ok. just, wanna say, he's cute!

Tak caye. korang tengok sendiri video beliau, eloknye g tengok channel youtube die, boleh la korang layan sume video2 die.

ni channel dia SHAHRINCOOL 


So, aku bawakan satu video pertama dia, untuk santapan korang. Memang best!

 

Jumaat, 15 Julai 2011

BERSIH 2.0

Tiada ulasan :

Ramai yang post video ni kat wall fb masing-masing. Satu video yang berkesan!

PDRM = REJIM ISRAEL

Khamis, 14 Julai 2011

I'm not a perfect Person

5 ulasan :
Sepertimana yang telah dijanjikan, aku ditugaskan untuk menulis sepucuk surat buat bakal isteri. hua3, xde pengalaman lah nak buat surat untuk isteri ni. Sebab aku belum lagi kawen. aha..terimejelah ape yang aku nak tuliskan nih. Cuma sebelum tu, apa ciri utama yang perlu ada pada seorang Isteri solehah

Selasa, 12 Julai 2011

Speaker Corner UniSZA?

Tiada ulasan :
Baru balek dari cafe baru UniSZAku tercinta. Mendengar beberapa pendapat para mahasiswa yang berani bersuara. Ya, aku sukakan part ni. Pada mulanya, aku sangat tertarik dengan program ni. Antara kelebihannya:

Berlatih bersuara dikhalayak ramai
Menyatakan hasrat, hak, dan pendapat mahasiswa
Membuka minda dan pandangan para pendengar

Tapi apa yang tak berapa minat dalam Speaker Corner.
MC, merangkap MPP UniSZA berkata "Jangan takot untuk menyuarakan pendapat, mari kita sama-sama suarakan pendapat, hasrat, dan apa-apa yang ingin diluahkan di Speaker Corner, cuma saya minta kepada para mahasiswa siswi, jangan sentuh pasal politik luar"

Ini ke yang dikatakan bebas bersuara? Kalau bebas bersuara kenapa mesti hadkan dengan peraturan yang jumut seperti ni?

Apa? Salah ke kita sentuh pasal politik luar? Pada aku tak salah. Kerana dengan kita bercakap pasal politik luar di khalayak ramai, kita cuba untuk membuka minda para mahasiswa. Tak kisahlah apa mereka nak cakap.. nak cakap perjuangan Umno pun, dipersilakan. 

Malam ni aku ingat nak berucap pasal dunia politik di Malaysia sekarang. Tapai awal-awal dah diberi warning, aku minta diri dulu

Isnin, 11 Julai 2011

Belajar Adobe After Effect dan Adobe Premiere.

Tiada ulasan :
Sejak akhir-akhir ni, minat aku dalam seni pengambaran makin menjadi-jadi..haha. Antara hasilnya, sudah pon aku post kat entry sebelum ni. So, aku nak share sikit blog-blog atau website yang berguna menyediakan sessi tutorial bagi mereka yang ingin belajar edit-edit video khususnye pengguna Adobe After Effect dan Adobe Premiere.

Seperti yang kita tau 2 software ini iaitu Adobe After Effect(AE) dan Adobe Premier merupakan software terbaik untuk edit video. Walaupun ada jugak software lain seperti sony vegas, imovie dan sebagainya, namun apa yang pasti rujukan untuk 2 software yang aku nyatakan diatas lebih banyak.
Bagi korang yang bekerja dalam bidang pengiklanan, filem, dan sewaktu dengan edit2 video ni, walaupun HARGA software ini agak berat, namun ianya memang berbaloi. Sebab, kebanyakkan industri perfileman menggunakan software ini. Setakat ni, aku tak nampak sangat di Malaysia, tetapi dibarat, kebanyakkan video editor mereka menggunakan software ini dengan plugin2 tertentu.


Okeh, let me show beberapa laman web yang menyediakan tutorial untuk menguasai 2 software ini:

Sangat excited dengan website ni, beri penjelasan yang perinci dari mereka yang beginner sehingga yang advanced, cumenye, kalau nak download video tutorial, mesti kene ade IDM, kalau xde, kene tengok tutorial tu secara online lah..huhuu

Website ni pon ok..not bad, lengkap dengan tutorial AE

Website ni juga menyediakan tutorial. Korang boleh gak carik plug-in terkini untuk AE di website ni. Website ni, korang boleh tengok video tutorial secara online atau download video tutorial, tu yang best tu, bila dah download, bile2 mase kite boleh tengok

website ni ok gak, selain AE dalam mase yg same, korang boleh gak dapatkan tutorial Photoshop. Gempak!

Terbaik. Website ni sediakan tutorial motion2 yang menarik. Cumanya, kalau nak video yang advanced dalam website ni, terhad kepada ahli premium members aje. Kene tengok video secara online sahaja. Melainkan korang ade IDM, boleh la download video tutorial tuh


Ini pun salah satu website yang boleh dibuat rujukan untuk AE

Lebih kurang seperti blog2 diatas jugak. Cuma lebih banyak tutorial2 lain yang berkaitan dengan motion dan graphic design.

Boleh tahan blog ni. Walaupun simple tetapi penuh dengan tutorial yang best2. Tak jauh dari ciri2 blog lain, blog ini juga memiliki tutorialnya sendiri.


Antara Lainnya, tutorial korang boleh carik sendiri di Youtube atau vimeo. Sekian, ada apa-apa pertanyaan, boleh je bertanya..jangan malu jangan segan..huhuu




Khamis, 30 Jun 2011

My feberet Youtubers

Tiada ulasan :
Buat masa ni. Aku minat 2 je youtuber. matluthfi90  dan IniAnwarHadi
Kenapa aku minat 2 mamat ni?
  • Kekreatifan 2 mamat ni dalam membuat video
  • Banyak mesej-mesej membina dalam video-video mereka
  • Sempoi
 For the latest, aku minat video IniAnwarHadi yang paling latest yang diberi judul "Song For Bapak". Sebaliknya, video latest matlutfi kureng menarik minat aku yang diberi judul "new album" but aku respek jugak mamat lutfi ni, video beliau amat kreatif. Video matlutfi yang aku boleh bagi thumb up plus 5 star ialah video yang diberi judul "typical local film/drama scene" dan "nama pun sampah". 

Bagi aku, Anwar Hadi pulak, aku suke video-videonya kerana video beliau sarat dengan nasihat agama secara kontemporari. Video Anwar yang boleh aku bagi Thumb up plus 5stars ialah video Song For Bapak tadi. Sebab aku suke tone pada part doa ibu bapa.
Jom mai tengok naa..

Selasa, 28 Jun 2011

Tutorial: Float Shoutbox

Tiada ulasan :
Act, xde sesiape pon request aku untuk buat post ni, tapi ade gak tengok kawan aku punye kawan tanye, so, tak slahlah kot nak buat tutorial ni. ehe

STEP 1
first sekali, korang register dulu Shoutmix, or Cbox atau ape2 chat box yang korang tau.
Untuk Shoutmix--------> klik sini
Untuk Shoutbox-------> klik sini
Untuk Cbox-----------> klik sini

Dah register? ok, ikuti langkah Seterusnya

STEP 2
korang pergi kat dashboard > design > klik "add a gadget". Pilih "HTML/Java Script"
 korang copy HMTL bawah ni.



<style type="text/css">
#at{
position:fixed;
right:300px;
z-index:+1000;
}
* html #at{position:relative;}
.attab{
height:100px;
width:30px;
float:left;
cursor:pointer;
background:url();
}
.atcontent{
float:left;
border:2px solid #F7FE2E;
background:url() #000000 repeat bottom center scroll ;
-moz-border-radius-topleft:15px;
-moz-border-radius-topright:15px;
-moz-border-radius-bottomleft:15px;
-moz-border-radius-bottomright:15px;
padding:5px;
}
</style>
<script type="text/javascript">
function showHideAT(){
var at = document.getElementById("at");
var w = at.offsetWidth;
at.opened ? moveAT(0, -200-w) : moveAT(20-w, 0);
at.opened = !at.opened;
}
function moveAT(x0, xf){
var at = document.getElementById("at");
var dx = Math.abs(x0-xf) > 25 ? 35 : 1;
var dir = xf>x0 ? 1 : -1;
var x = x0 + dx * dir;
at.style.bottom = x.toString() + "px";
if(x0!=xf){setTimeout("moveAT("+x+", "+xf+")", 10);}
}
</script>
<div id="at">
<div class="attab" onmouseover="showHideAT()"> </div>
<div class="atcontent">
<div align="center">
<div style="background:url()#000000 no-repeat;">
<div style="text-align: center;">



<gantikan kod ini dengan kod shoutmix korang tuh!!!!>


<div align="right"><a href="javascript:void(0);" onclick="showHideAT()">CLOSE</a></div>
<br /><div align="left" float: right;><a href="http://safwanabdulrahman.blogspot.com/">by VanDerSaf</a><div style="color: #FFFFFF;">
<span ></span></div></div>
</div></div>


<script type="text/javascript">
var at = document.getElementById("at");
at.style.bottom = (-200-at.offsetWidth).toString() + "px";
</script>


<style type='text/css'>
a.linkopacity img {
filter:alpha(opacity=50);
-moz-opacity: 0.5;F
opacity: 0.5;
-khtml-opacity: 0.5;}

a.linkopacity:hover img {
filter:alpha(opacity=100);
-moz-opacity: 1.0;
opacity: 1.0;
-khtml-opacity: 1.0; }
</style>

<div style='display:scroll; position:fixed; top:150px; right:5px;'>
<a href="javascript:void(0);"onclick="showHideAT()"/><img src="http://i1185.photobucket.com/albums/z356/saikomonky/Untitled-asd1-1.gif" alt="PUSH" title="KLIK ME" /></a>

</div></div></div></div>
 

tulisan yang berwarna merah tu, korang gantikan dengan code Shoutbox, Cbox, Shoutmix korang
Yang tulisan biru pulak, korang boleh gantikan dengan HTML gambar comel-comel yang korang nak

Kalau dah siap, klik je butang BIRU tu, yang ade tulisan SAVE..aha
Dah siap pon..


Option Lain:
yang tulisan biru tu, mungkin korang boleh gantikan dengan kod lain yang korang suke. Antaranya:


http://i160.photobucket.com/albums/t189/loonybee/clickhere.gif

http://i891.photobucket.com/albums/ac118/Deathwish_Zero/ClickHere.jpg

http://i662.photobucket.com/albums/uu342/Tomicdawg/thclickheretochat.jpg


Korang boleh carik banyak lagi kod image yang lain di Photobucket, Flickr, Picasa.
Tak pun, korang kalau kreatif, editlah image korang sendiri kat photoshop, photoescape, picasa ke hape. then boleh upload ke Web Photo Sharing spt: Photobucket, Flickr, Picasa atau berbagai-bagai lagi.

SELAMAT MENCUBA!!

Isnin, 27 Jun 2011

Cara Mengatasi Right-Click Disable

Tiada ulasan :
Ramai para blogger yang tension dengan blogger-blogger lain yang settingkan Disable right-click pada blog-blog mereka. Bukan ape, mungkin mereka nak pelihara isi-isi entry dorg daripada diculik, aha. Tapi ramai dah yang buat setting ni termasuk aku, Alah, apelah sangat entry mereka, kalau mereka tu pengarang puisi takpelah jugak buat setting macam ni, kadang-kadang entry entah mengarut pun nak buat setting ni (akulah tu,,aha). 

Baiklah, tanpa membuang mase, aku nak ajar bende simple, yang blogger lain mungkin tak pernah buat tutorial ni, sebab kadang-kadang tutorial ni xperlu sangat, tapi bagi kaki copy & paste mungkin perlu.

But sebelum tu, korang ni faham ke ape tu Disable Right-Click Setting?......----> ni contonh die


Inilah die settingnye, bila kita right click je sesuatu blog tu, akan keluar kata-kata yang melarang kita melakukan aktiviti copy mencopy.
Mungkin korang ade tertarik dengan kawan korang punye entry, pastu nak curik, hah. aku ade penyelesaian, tapi jangan dakwe aku pulak nanti.

Ape yang ade dalam function right clik ni? Antaranya:
  • Nak bukak new tab dalam sesuatu blog
  • Mungkin nak copy entry, coding HTML, image link location
  • Nak bookmark page
  • and berbagai lagilah.
Act, aku just dapat bantu korang sekadar yang mampu je.

First, Nak bukak new tab bagi link yang dikehendaki.
  korang nampak tak bulatan kuning tu? Scroll pada mouse tu boleh berfungsi untuk membuka tab baru pada link yang korang nak bukak pada blog yang dah Disablekan setting Right-Click. Caranya letakkan Cursor (anak panah mouse korang tu) pada link yang korang maksudkan, then tekan scroll tu, Jangan pegi pusingkan scroll tu dah la..lari la dol.


 Second, Nak copy entry? Korang highlightkan entry atau ape-ape perkataan yang korang nak copy, macam ni.

 Bereh, kalau dah highlightkan, tekan Ctrl+C, untuk copy. Then korang boleh paste macam biase.

Third, Nak bookmark page, senang je, just tekan Ctrl+D pada papan keyboard anda, then akan keluar satu window kecik untuk korang berikan nama pada bookmark  tu.

Setakat ni lah dulu tutorial mengarut nih, untuk function yang lain korang cariklah sendiri, sebab aku pun belum habis belajar camne nak hack ni. (haha..hack ke ni?)

Aku ingat lepas ni nak share sedikit tutorial photoshoplah, korang nak ke? Kalau ade yang nak, aku buatlah nanti.


Selamat Mencuba!!!

Dihalau Keluar Masjid Kerana Pakai Baju Bersih?

Tiada ulasan :


Saje petang-petang ni g bace sikit artikel tentang Menjelang Bersih 2.0, aku bukak harakahdaily.my. Agak terkejut dengan berita ni, Dihalau Keluar Masjid Kerana Pakai Baju Bersih. Kalau korang, pembaca, apa yang korang fikirkan bila perkara ni berlaku? em, Tempat ibadah jadi tempat pergaduhan. Kenapa? apa pemakai baju BERSIH tu kafir ke? Adoi, tu lah yang berlaku sekarang.

Secara tak langsung atau secara langsung mencemarkan nama tempat ibadah orang Islam. hmm

Dalam dakwah Rasulullah, makin umat Islam ditekan, makin Islam tu bangkit membela. Sekatlah BERSIH, mesti BERSIH makin gempak. Aku sendiri akan sertai perhimpunan BERSIH 2.0 nanti, kepade sesapa yang join, kita jumpa disana. Tegakkan seruan JIHAD..huhuu

Jumaat, 24 Jun 2011

Jeles

2 ulasan :
Jeles..
Ape yang aku nak cite pasal jeles ni weh?? Sebenarnya jeles ni bermaksud cemburu dari segi bahaselah.

 jeles yang macam mane aku nih?
Satu rahsia yang xdapat dirungkaikan..

Khamis, 23 Jun 2011

Photoshop lagih.

2 ulasan :

Aku kalo bab edit gamba photoshop, kadang-kadang sampai 3pagi pon aku sanggup belajar. hoho, ni pun baru je lepas siap wat editing gambar member aku. Agak pedih gak mate duk ngadap tutorial gambar ni, at least, mmg puasgak hati bila siap, okeyh..korang tengoklah puas-puas. Nak g Surau..Tata..haha

lagi satu..klik gambar tu kalo nak usha original saiz..


Khamis, 16 Jun 2011

Politik Kotor membawa kepada Penghinaan Islam

2 ulasan :
Hari ini, kita banyak mendengar berita tentang Fitnah yang sangat 'famous' keluar di dada-dada akhbar dan media massa. Berita paling hangat ialah tentang kes video lucah Ketua pembangkang, PR. Inilah akibatnya bila dunia diperintah oleh pemerintah yang jahil dan cetek ilmu agama, sehingga sanggup Agama dipersendakan. 


Semalam tanggal 15hb Jun, akhbar Utusan telah mengeluarkan satu kartun yang jelas-jelas mnghina Islam.




Apa yang akan orang bukan Islam katekan dengan Kartun ini? Fikir-fikirkanla!!

muga kita dihindari dosa-dosa fitnah, dan moga Allah mengampuni dosa-dosa yang terlibat, berlindung dari bala Allah yang dahsyat..Ameen


Jumaat, 6 Mei 2011

2 ulasan :
Assalamualaikum... apa perasaan kita apabila memakan sebiji limau yang amat manis... sempurna rasanya... cantik kulitnya. begitu juga isinya... tentu kita memuji limau tersebut.. wah.. bestnya limau ni. teruja kita. kita makan dengan begitu asyik sekali. betulkan? dan kita kata inilah contoh limau yang cemerlang, gemilang dan terbilang! ke guane?

namun apabila direnung jauh-jauh.. kecemerlngan sebiji limau yang amat manis itu bukannya terhasil dengan sendirinya. ia adalah hasil dari gabungan kerjasama semua pihak. dari pekebunnya yang tidak kenal penat lelah menjaga dan membaja. dari sumbangan kerja sekumpulan daun yang rimbun yang tidak pernah ponteng dari tugasnya walaupun seterik mana mentari memancarkan sinarnya. ia tetap menjalankan tugas untuk mengumpul cahaya untuk menjalankan proses fotosentisis. dari sumbungan sekumpulan akar yang begitu kuat mencari bahan makanan untuk petumbuhbesaran. begitu juga sumbangan awan yang menurunkan hujan yang cukup kuantitinya. tidak lupa juga sumbangan tanah yang subur sebagai tempat bertapaknya sebatang pokok.. dan, yang terpenting, kewujudan izin Allah untuk membenarkan kewujudan sebiji limau yang manis itu direalisasikan..

namun, segala sumbangan yang penulis taipkan di atas menjadi sirna dan terhijab. yang wujud hanya pujian terhadap sebiji limau yang manis dan kita terlupa untuk memuji kesempurnaan proses kewujudan sebiji limau yang manis... betulkan?

yang terpenting, kita terlupa untuk memuji kebijaksanaan Allah yang mencukupkan segala-galanya dalam merealisasikan kewujudan sebiji limau yang manis. kita terlupa mengucucap syukur. yang terlihat di mata kita ialah kehebatan makhluk, yang terhijab dari pandangan hati kita ialah kehebatan Allah. kita memuji kesempurnaan rasa sebiji limau dan kita terlupa memuji kehebatan Allah Yang Maha Sempurna...

semoga hati kita akan sentiasa melihat kebesaran Allah dalam setiap gerak kehidupan kita.. janganlah kita hanya terhijab dengan makhluk. bukakan hati kita, bersihkan ia, semogakan tersingkap tirai makhluk dari hati kita dan hanya Allah yang wujud di hati kita..

Rabu, 4 Mei 2011

Kesalahan Lazim Pada Bacaan Al-Quran

2 ulasan :
Banyak kita jumpe dari kalangan pendakwah-pendakwah muda yang masih tak tahu hukum tajwid. Jadi apa salahnya kita belajar sedikit ilmu tajwid, ni antara kesalahan lazim yang aku dapat simpulkan semasa tadarus dengan para kaki surau di kampus aku.







Nampak tak tulisan yang aku highlight dengan warne kuning?? itu lah yang selalu kita terlepas pandang.
Ok, aku nak terangkan sikit ape penerangan bagi perkataan yang aku kuningkan ni.

  1. lihat kat kuning yang pertama, ia merupakan hukum ikhfa' haqiqi, iaitu dengung dengan 2 harkat, apa kesalahan yang selalu kita buat? kita tak mendengungkan atau dengung tapi xsampai 2 harkat.
  2. kuning yang kedua ialah idgham ma'al ghunnah, sama je cara bacaannya dengung tapi dengan memasukkan tanwin tu dalam huruf ya'. bunyiknye "sujjadayabtaghu..."ape kesalahannya yang biasa kita dengar? same je, kurang 2harkat dengungnye.
  3. kuning yang ketiga, sama macam yang kedua.
  4. hah, ini yang perlu ditekankan, banyak antara yang membaca kuning yaang keempat dengan bacaan qalqalah, Kenapa qalqalah? huruf Dha bukan dalam huruf qalqalah, memang biasa sangat kita dengar, dan kadang2 kita tak perasan yang kita yang bace dengan qalqalah.
Yang lain boleh rujuk sendiri, masa tak mengizinkan, doakan aku berjaya dalam Final Exam, ni paper last. (sempat lagi nak blogging).haha

Bagaimana membuat Transparent Image untuk Header Blog

Tiada ulasan :
Tak tahu cmne nak bagi pendek tajuk entry aku ni, ni kot yang paling pendek..Sepertimana pernah diajar oleh salah seorang kawan aku nih, Zizie Zizot yang banyak mengeluarkan entry tentang tutorial men'comel'kan blog, aku pon nak gak menyibuk mengajar orang dalam tema yang same, cantekkan blog..hoho, tapi aku ajar benda yang agak specifik skit lah, yang penting korang yang nak buat cara aku ni, kene ade software Photoshop 7.0 dan ke atas, dan dalam tutorial aku ni, aku menggunakan Photoshop CS3.




So, tajuk khusus aku ni ingin mengajar sedikit tentang kemahiran menggunakan Photoshop,mungkin dalam video aku ni agak laju sikit, yelah nak mengejar mase. OK, korang saksikanlah tutorial ni kat video bawah ni, ade ape-ape masalah feel free je nak bertanye, jangan risau, saya bukan jenis makan orang k..Selamat menonton



Sabtu, 30 April 2011

Rio

Tiada ulasan :
Ape tu Rio?
Rio ni sejenis kuih raya yang sedap bile dimakan dengan Twisties Mesti Mau.


hohoo..
Act, Rio ni ialah Movie, kali ni aku agak excited nak share dengan korang movie ni, movie ni memang best. Tapi ni kartoon lah, ade gak segelintir kaki movie yang kureng layan cerite kartoon ni, tapi bagi mereka yang kaki kartoon bolehlah dapatkannya melalui belog mahal aku nih..haaha..jap, sebelum tu, aku nak puji sikit tentang movie ni,  memang best,


memang best memang best memang best memang best memang best memang best memang best memang best memang best memang best memang best memang best memang best memang best

Fast And The Furious 5

Tiada ulasan :
Kali ni, genap ke-200 entry aku. Aku cukup gembira dan bahagia, dan disebabkan itu, entry aku kali ni, nak share sikit link untuk download movie yang agak panas dan amat diminati oleh kaki DVD. Fast And The Furious 5, kat Malaysia, movie ni belum lagi ditayangkan di mana-mana pawagam, kali ni aku share khas buat para reader belog aku ni,

Khamis, 28 April 2011

Tutorial : How To Download Movie [part2]

Tiada ulasan :
seperti yang aku janjikan entry lepas, aku nak ajar method ke due plak cara nak download moviez.

sebelum tu, aku nak bagitau ape kelebihan dan kelemahan menggunakan kaedah ni
first, aku listkan kebaikkannya:

Tutorial : How To Download Movie [part1]

Tiada ulasan :
Tengok orang wat tutorial, aku pon teringin nak wat tutorial. but kali ni aku nak update belog berwajah baru ni dengan mengajar anak-anak semua cara mendownload movie.

Tutorial yang akan aku tunjuk ni khas untuk movies English sahaja. Dalam otak aku ni, just ade dua cara je download movie, yang first aku nak update sini, part 2 akan aku sambung untuk hari seterusnya. So, nantikan episod entry aku seterusnya..hoh.

Sabtu, 16 April 2011

Mari Tengok Belog Baru

Tiada ulasan :
Kali ini, aku nak mengajak kawan-kawan lihat, usha, dan komen-komen belog baru aku. Aku sure, ramai lagi kawan-kawan yang belum mengetahui belog baru aku ni, and isn't mean aku nak tinggalkan belog hamba Allah ni, 

Aku just nak yang lain tau, aku ada dua belog, dan aku akan usaha untuk mengaupdate kedua-dua belog ni, 



Mari2 lawat belog baru aku nih...klik je gambo atas tu...huhuu..jangan lupe folow

Selasa, 12 April 2011

Selamat Kembali..dan Selamat Pulang

4 ulasan :
Hai kaki belog...hari ni akhirnya aku berjaya UNDELETE belog lame ni..Rindunye hamba ALLAH..hehe..


Dalam masa yang sama, aku agak malu jugaklah xreti nak restore belog ni semula..
Aku still Sayangkan belog ni, Belog yang penuh dengan sejarah, sejarah-sejarah sejak terbinanya ketamadunan manusia, hua-hua..Alhamdulillah, thnx kepada Zizie Zizoot dan Shida Nangka yang memberi tunjuk ajar aku camne nak restore balek belog ni..


Kalo nak dibandingkan belog ni dengan belog baru aku tu, aku rasa belog baru aku nampak agak matang sikit ayat-ayatnye ..huhuu..


Baiklah, kesimpulannya.. aku akan memulakan Entry-entry yang bagus2 saja lepas ni. xD

Ahad, 20 Februari 2011

Raihan - Rayuan Rindu

1 ulasan :

Hatiku merayu rindu
Kasihku padaMu syahdu
Munajat hamba padaMu
Mengharap kasih sayangMu

Carilah ilmu mengenal Allah
Tanamkan takut neraka Allah
Sampaikan harap surga Allah
Carilah keridhoan Allah

Rinduku ya Rasulullah
Padamu ya Habibullah
Walau tak pernah bersua
Cintaku tetap membara

Rinduku ya Rasulullah
Padamu ya Habibullah
Engkaulah buah hatiku
Engkaulah kekasih Allah

Alangkah indah pribadimu
Tidak tergambar mulia akhlaqmu
Engkaulah rasul pilihan Allah
Kaulah rahmat seluruh alam

My heart is loving You
My heart is just for You
Knowing You Allah
I will try to get close to You

Let us find the way to know God
Feel the torches of hell-fire
Think of pleasures of paradise
Find the way to get Allah's love

Hatiku merayu rindu
Kasihku padaMu syahdu
Bertemu Allah yang esa
Menjadi idaman kalbu

Khamis, 17 Februari 2011

Flickr

Tiada ulasan :
This is a test post from flickr, a fancy photo sharing thing.

Selasa, 15 Februari 2011

Muhasabah Cinta - EdCoustic lirik

2 ulasan :

Muhasabah Cinta

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Sabtu, 12 Februari 2011

Mustafa Kemal Atatürk

Tiada ulasan :
Melihat kepada sejarah kekejaman Mustafa Kamal Artatuk, sungguh membawa impak yang sangat besar kepada Bumi Turki pada suatu masa dahulu. Mustafa Kemal Atatürk penuh Gazi Mustafa Kemal Pasha adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi dan presiden Turki yang pertama.


Beliau pernah mengaku sabagai tuhan, sama seperti Firaun.

Beliau membuktikan diri beliau sebagai komander tentera yang berjaya ketika berkhidmat dalam Pertempuran Gallipoli pada Perang Dunia Pertama. Setelah kekalahan Empayar Uthmaniyyah di tangan Tentara Bersekutu, terdapat rancangan oleh Tentera Bersekutu untuk memecahkan negara Turki. Mustafa Kemal kemudiannya memimpin gerakan nasional Turki dalam apa yang kemudiannya menjadi Perang Kemerdekaan Turki.

Setelah kejayaan dalam Perang Kemerdekaan Turki dan dipilih sebagai Presiden Turki yang pertama, beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara. Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar bersesuaian dengan tuntutan semasa yang dikenali sebagai ideologi "Kemalisme". Ideologi ini bertujuan untuk menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional. Beliau memerintah dari tahun 1918 sehingga tahun 1934. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan dikebumikan di Ankara.



Namun begitu, bagi umat Islam di Bumi Turki, beliau merupakan perosak kepada empayar Bumi Islam di Turki. Pepatah Melayu 

"Harimau mati meninggalkan belang gajah mati meninggalkan tulang manusia mati meninggalkan nama dan jasa. Apatah lagi jika seorang pemimpin, pemergiannya akan dikenang generasi akan datang dengan apa yang telah dilakukannya ketika berkuasa"
Ikuti sejarah ringkasnya. Klik di sini 


Apa yang aku tertariknya dalam sinopsis sejarah Mustafa Kemal Ataturk yang di ceritakan oleh Abdul Latib Talib dalam blognya ialah Kata-kata akhirnya :
Kisah beliau akan dijadikan novel....
InsyaAllah, Aku akan cuba dapatkannya!! 




Rabu, 9 Februari 2011

15 Penyebab Bala

Tiada ulasan :
Daripada seorang sahabat nabi S.A.W, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
"Apabila umatku melakukan 15 perkara, pasti akan turun bencana menimpa mereka :

  1. Menganggap kekuasaan sebagai suatu perniagaan mencari keuntungan
  2. Menganggap amanah seperti ghanimah (harta rampasan perang)
  3. Menganggap membayar zakat adalah merugikan
  4. Lelaki tunduk kepada isterinya.
  5. Anak derhaka kepada ibunya.
  6. Anak lebih taat kepada kawannya berbanding kepada orang tuanya.
  7. Anak membenci ayahnya
  8. Ramai orang menjerit-jerit di dalam masjid
  9. Pemimpin adalah orang yang rendah budinya
  10. Orang ditakuti kerana kejahatannya
  11. Minuman arak berleluasa
  12. Ramai orang memakai sutera
  13. Penari wanita berleluasa
  14. Muzik dimainkan di merata tempat
  15. Orang yang merendahkan Para Sahabat, Tabiin dan Imam
Apa yang korang fikir tentang ini??
Apakah korang masih memikir ini sebagai perkara remeh temeh? Sedar-sedarkanlah diri. Siapkan diri untuk menghadapi-Nya. Berusahalah menjauhi perkara buruk, yang boleh menimbulkan fitnah serta merosakkan akhlak.

Nasihat ini, aku tak tujukan kepada sesiapa. Hanya untuk renungan kita bersama. moga kita pertingkatkan lagi iman kita dari hari demi hari.

Semalam merupakan sejarah yang tak boleh kita capai, Hari ini merupakan penentu untuk hari esok, dan rancanglah yang terbaik untuk hari esok. Moga harimu penuh bermakna dari semalam (:)