Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Sabtu, 7 Disember 2013

Tidakkah Engkau Malu? Bait Syair Arab Yang Meruntut Jiwa


Semalam (6 Desember 2013) berforum bersama Prof Dr. Basri Ibrahim dan Dr Mohammad Syafie dalam Forum "Ziarah Ke Alam Barzakh", sebelum memulakan program pihak penganjur memasang satu video puisi dalam arab yang sedikit sebanyak menyentuh jiwa.



Liriknya atau isinya berbunyi :

ENGKAU TIDAK MALU??
إَذَا مَا قَالَ لِي رَبِّي أَمَا اسْتَحْيَيْتَ تَعْصِيْنِي ..؟
Jika (di akhirat) Robku berkata kepadaku : "Apa engkau tidak malu bermaksiat kepadaku?"
وَتُـخْفِي الذَّنْبَ عَنْ خَلْقِي وَبِالْعِصْيَانِ تَأْتِيْنِي
Engkau menyembunyikan dosamu dari makhlukKu, sedangkan engkau menemuiKu dengan membawa kemaksiatan?"
فَكَيْف أُجِيْبُ يَا وَيْحِي وَمَنْ ذَا سَوْفَ يَحْمِيْني؟
Maka bagaimana aku menjawab?? Sungguh celaka diriku siapakah yang akan membelaku?? 
أُُسَلِّي النَّفْسَ بِالآمَالِ مِنْ حينٍ إِلَى حِيْنِي...
Kuhibur diriku dengan harapan dan angan-angan dari waktu ke waktu hingga saat ini…
وَأَنْسَى مَا وَرَاءَ الْمَوْتِ مَاذَا بَعْدُ تَكْفِيْنِي
Sementara kulupakan sesudah kematian, apa bekal yang cukup buatku…??
كَأَنِّي قَدْ ضَمِنْتُ الْعَيْشَ لَيْسَ الْمَوْتُ يَأْتِيْنِي
Seakan-akan aku telah menjamin kehidupanku, dan kematian tidak akan datang menjemputku…
وَجَائَتْ سَكْرَةُ الْمَوْتِ الشَّدِيْدَةِ مَنْ سَيَحْمِيْنِي؟؟
Dan tiba-tiba datang sakaratul maut yang sangat keras, lantas siapakah yang akan menjagaku..??
نَظَرْتُ إِلَى الْوُجُوْهِ أَلَيْسَ مْنُهُمْ مَنْ سَيَفْدِيْنِي؟
Kulihat wajah-wajah yang melayatku, siapakah diantara mereka yang akan menebusku/menolongku…??
سَأُُسْأَلُ مَا الَّذِي قَدَّمْتُ فِي دُنْيَايَ يُنْجِيْنِي
Aku akan ditanya, apakah yang telah aku amalkan di dunia yang bisa menyelamatkan aku…??
فَكَيْفَ إِجَابَتِي مِنْ بعدُ ماَ فَرَّطْتُ فِي دِيْنِي
Bagaimana jawabanku setelah kelalaianku pada agamaku…
وَيَا وَيْحِي أَلَمِ أَسْمَعْ كَلاَمَ اللهِ يَدْعُوْنِي؟؟
Sungguh celaka diriku…apakah aku tidak mendengar firman Allah menyeruku…??
أَلَمِ أَسْمَعْ بِمَا قَدْ جَاءِ فِي قَافٍ وَيـَاسِيْنِ
Apakah aku tidak mendengar ayat-ayat yang datang dalam surat Qoof dan surat Yaasiin??
أَلَمْ أَسْمَعْ بِيَوْمِ الْحَشْرِ يَوْمَ الْجَمْعِ وَالدِّيْنِ
Apakah aku tidak mendengar tentang hari kebangkitan…hari manusia dikumpulkan…hari pembalasan..??

أَلَمْ أَسْمَعْ مُنَادِيَ الْمَوْتِ يَدْعُوْنِي يُنَادِيْنِي
Apakah aku tidak mendengar penyeru kematian memanggilku dan menyeruku…??
فَيَا رَبَّاهُ عَبْدٌ تَائِبٌ مَنْ ذَا سَيَأَوِيْنِي ؟
Wahai Robku…hambaMu bertaubat…siapakah yang akan mengasihiku…??
سِوَى رَبٍّ غَفُوْرٍ وَاسِعٍ للحقِ يَهْدِيْنِي
Selain Rabb yang Maha Pengampun Maha Pemberi karunia…yang menunjukan aku kepada kebanaran….
أَتَيْتُ إِلَيْكَ فَارْحَمْنِي وَثَقِّلِ فِي مَوَازِيْنِي
Aku mendatangiMu…maka sayangilah aku….beratkanlah timbangan kebaikanku…
وَخَفِّفْ فِي جَزَائِي أَنْتَ أَرْجَـى مَنْ يُجَازِيْنِي
Dan ringankanlah dalam memberi pembalasan kepadaku, sungguh Engkaulah Yang paling aku harapkan dari yang memberi balasan kepadaku


rupa-rupanya bait syair ini begitu femes, dan pernah didendangkan oleh Imam Besar al-Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah suatu ketika dahulu.

Abu Haamid Al-Khulqooniy berkata : "Aku berkata kepada Ahmad bin Hanbal : Bagaimana menurutmu tentang untaian qosidah?". 
Beliau berkata : "Seperti apa?"
Aku berkata : Seperti engkau berkata :
إَذَا مَا قَالَ لِي رَبِّي أَمَا اسْتَحْيَيْتَ تَعْصِيْنِي ..؟
Jika (di akhirat) Robku berkata kepadaku : "Apa engkau tidak malu bermaksiat kepadaku?"
وَتُـخْفِي الذَّنْبَ عَنْ خَلْقِي وَبِالْعِصْيَانِ تَأْتِيْنِي
Engkau menyembunyikan dosamu dari makhlukKu, sedangkan engkau menemuiKu dengan membawa kemaksiatan?"
Maka Ahmadpun menutup pintu dan beliau pun mengulang-ngulangi perkataan 
إَذَا مَا قَالَ لِي رَبِّي أَمَا اسْتَحْيَيْتَ تَعْصِيْنِي ..؟
Jika (di akhirat) Robku berkata kepadaku : "Apa engkau tidak malu bermaksiat kepadaku?"
وَتُـخْفِي الذَّنْبَ عَنْ خَلْقِي وَبِالْعِصْيَانِ تَأْتِيْنِي
Engkau menyembunyikan dosamu dari makhlukKu, sedangkan engkau menemuiKu dengan membawa kemaksiatan?"
Maka akupun keluar dang meninggalkannya" 

(Adz-Dzail 'Ala Tobaqoot Al-Hanabilah 1/299, tahqiq : DR Abdurrahman bin Sulaiman Al-'Utsaimin)




Tiada ulasan :