Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Ahad, 26 Disember 2010

Langkah Pemantapan Jiwa yang Kekosongan

2 ulasan :
Salam 'Alaik

Bismillah..

Dalam entry saya kali ni, saya nak kongsi sikit ilmu kepada pembaca setia blog hamba Allah nih.

Dalam hidup serba penuh ujian mehnah ni, kita perlu mantapkan cara kehidupan kita sikit demi sikit secar berperingkat mengikut kemampuan masing-masing. Antaranya ialah :

  1. Selalulah kunjungi Masjid. Khusus bagi lelaki. Kalau tak silap saya dalam mazhab imam Hanafi, tak sah solat bagi lelaki kalau tidak berjemaah. Jadi, bg kaum lelaki, rajin2kanlah kaki tu ke masjid. Terlalu banyak fadhilatnya. Bila kita ke masjid, kita secara automatik akan berasa rendah hati dengan tuhan. Kita akan mengira berapa dosa kita yang telah kita lakukan. Dan satu lagi tips untuk menjadi lelaki yang baik dan Suami yang mithali. Contohilah sifat Rasulullah S.A.W.
  2. Penuhilah dada dengan ilmu bermanfaat. Dapatkan ilmu sebanyak mungkin. Imam Syafie pernah bermadah, Keperluan ilmu bermanfaat umpama Keperluan kita terhadap makan, minum, pakaian dan pasangan. Rajin-rajinlah ke majlis ilmu berdekatan khususnya Masjid yang kini di Selangor telah di upgradekan sebagai tempat menimba ilmu bermanfaat. Negeri lain pon OK gak..heee..
  3. Melawat tempat-tempat yang boleh timbul rasa kagum kita kepada penciptaan alam semesta yang serba indah. Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. selalukan kita dengar ayat ni? Kalau kita diberi pilihan samada Genting Highland dengan Cameroon Highland, mana yang anda akan pilih? Pilihlah Cameroon Highland, kerana disana tercipta taman-taman indah. kita akan rasa kagum dengan penciptaan alam ini. Sungguh maha besar Allah dan maha suci Allah dari menyerupai makhluq2..
  4. Pebanyakkan berzikir, khusus kepada mereka yang dalam kesedihan dan gundah-gulana..hehe..berzikir dengan penuh keikhlasan, dan memahami ucapan zikir itu dengan mendalam. InsayAllah, jiwa akan terisi dengan aura Tingginya Tuhan itu. Semoga Bahagia.
  5. Perbayakkan minum air kosong dan disusuli dengan bacaan Bismillah. dengan ini, kita dapat seimbangkan makanan yang telah kita telan sebelum itu. Daripada terlebih gula, kita boleh seimbangkan, dengan izin Allah yang maha Kuasa, kita terhindar dari kebanyakkan penyakit. Kurangkan minuman seperti Teh, Cocacola, Apa-apa yang bergas dan lebih gula.
Alhamdulillah, tips-tips ini, saya sendiri yang buat, muga bermanfaat untuk para pembaca. Segala tips ni boleh dan dialu-alukan share kepada kawan-kawan yang lain..
Dan nasihat ini khas untuk diri saya yang kadang-kadang merasa kekosongan jiwa...hehe..peace!!