Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Khamis, 6 Disember 2012

Ikhlaskan Niatmu - Imam al-Ghazali

Nama penuh Imam al-Ghazali ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Thusi Al-Ghazali. Imam Ghazali terkenal dengan ilmu falsafah dan ilmu sufi (tasawwuf) Islam. Bagaimanapun, beliau merupakan mahaguru dalam pelbagai bidang ilmu agama. Pada awalnya, Imam al-Ghazali ialah seorang alim dalam bab akidah, fiqh dan kurang berminat dengan ilmu falsafah dan tasawwuf. Namun atas kesedaran, beliau mula menjinakkan diri menceburi bidang falsafah dan tasawwuf.

Beliau merupakan seorang murabbi yang agung dalam Islam. Banyak karya-karya beliau yang menjadi rujukan umat Islam sehingga kini.

Salah satu karya Imam al-Ghazali. Sebuah nasihat berguna untuk anak muridnya

Imam al-Ghazali ada menukilkan sebuah nasihat buat anak muridnya yang tersayang antaranya berkenaan Ikhlaskan Niatmu. Sebuah nasihat yang wajar dan bagus untuk dijadikan pegangan dan kata-kata motivasi bagi seorang penuntut ilmu.

Wahai anakku yang tercinta,
Berapa banyakkah daripada malam-malam yang telah engkau penuhkan dengan berjaga untuk mengulangkaji dan mentelaah kitab, dan berapa lama engkau telah menahan tidur ke atas dirimu. Aku tidak pasti apakah niatmu yang mendorong engkau berbuat demikian, apakah hanya semata-mata mencari/mencapai keuntungan dunia dan mencapai kedudukan yang tinggi serta berbangga dengan kebolehanmu di hadapan kawan-kawanmu. Jikalau ini niatmu maka engkau akan rugi seruginya.  
Tetapi jika niatmu dalam segala usahamu itu untuk menghidupkan syariat Nabi Muhammad SAW dan memperbaiki akhlakmu, serta memecahkan keinginan nafsumu yang selalu menyuruh untuk berbuat jahat, maka untunglah seribu untung. Sungguh benar seorang syair yang berkata :  
"Berjaga malam kalau bukan kerana zatmu adalah sia-sia dan menangis kalau bukan kerana kehilanganmu adalah tidak berguna."


Tiada ulasan :