Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Jumaat, 29 Mac 2013

Mutiara Kata dari kuliah mingguan TGHA di Masjid Rusila

Tiada ulasan :
Pagi tadi, kuliah TG Hj. Abdul Hadi Awang di Rusila. 
Seperti biasa TGHA menyampaikan 3 slot dlm kuliah mingguannya iaitu kuliah akidah, kuliah tafsir ayat al-Quran dan Hadis.

TGHA menyampaikan sebuah hadis berkenaan dengan penghulu segala istighfar. Hadis yg berbunyi :

"Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari (pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam (petang) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga." (HR al-Bukhari).



Penghulu Istighfar ini maksudnya : 

"Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku, aku adalah hamba-Mu, dan aku berjanji mentaati-Mu semampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan kelakuanku, Kukembalikan kepada-Mu segala nikmat yang Kau berikan dan aku kembali kepada-Mu dengan dosa yang kulakukan. Ampunilah aku, kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku melainkan Engkau."
(Riwayat al-Bukhari no. 6306, 6323)

Selain itu, Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyampaikan tafsir ayat surah al-Jin. 

Antara intipati yang sempat saya catatkan semasa kuliah Tok Guru ialah :
  • Golongan Jin sama seperti manusia, iaitu ada yang beriman dan ada sebahagian yang kufur.
  • Golongan jin yang beriman pula masing-masing berpegang kepada mazhab-mazhab berdasarkan Tok Guru ditempat jin itu menghuni. Jika tok guru di sesuatu tempat itu membawa ajaran manhaj Asyairah, maka jin dikawasan itu yang beriman berpegang dgn manhaj itu.
Akhir kata dari saya, moga Allah panjangkan umur Tuan Guru agar dapat berbakti kepada umat yang sentiasa dahagakan ilmu agama. Ini sahaja yang dapat saya sampaikan dalam tulisan saya kali ini, moga ianya membei manfaat kepada pembaca. Dan suka saya merakamkan kesyukuran krn dapat bersalaman dengan tangan Tuan Guru. Mungkin lepas ini saya tak dapat jejakkan kaki ke bumi Terengganu kerana tempoh pengajian diploma saya telahpun tamat. Kini tiba masanya kumpul kekuatan untuk menempuh hidup yang lebih mencabar, iaitu berhadapan dgn masyarakat. 





Ahad, 24 Mac 2013

11 soalan untuk ISMA

2 ulasan :


ISMA secara tiba-tiba mengumumkan untuk bertanding dalam pilihanraya. Di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, hasrat ISMA itu tidak boleh dihalang sebagaimana nenek Maimun Yusuf yang dibenarkan menjadi calon bagi parlimen Kuala Terengganu pada tahun 2008 dahulu.


Walaubagaimanapun, sebagai sebuah NGO yang mendakwa diri mereka sebuah jemaah Islam yang mirip Ikhwanul Muslimin di Mesir, beberapa persoalan perlu dijawab agar rakyat tidak terus terkeliru dengan beberapa kenyataan dan tindakan mereka mutakhir ini yang agak memeningkan.

1. Melayu sepakat, Islam Berdaulat

Slogan yang dicadangkan oleh Timbalan Presiden ISMA Haji Aminuddin Yahaya dan dipersetujui oleh pimpinan ISMA ini secara jelas memberi jaminan bahawa Islam di Malaysia akan berdaulat jika kaum Melayu sepakat.

Persoalannya, bagaimana dengan tahun 1974 – 1978 apabila dua entiti Melayu terbesar iaitu PAS dan Umno bergabung, adakah kedudukan Islam pada waktu itu lebih baik?

Jika Islam eksklusif untuk orang Melayu, bagaimana pula dengan Cina Islam, India Islam dan kaum-kaum lain beragama Islam di Malaysia? Adakah Melayu Islam lebih mulia berbanding Muslim dari kaum lain?

2. PAS sepakat dengan Umno

ISMA konsisten mendesak agar PAS bersatu dan bersepakat dengan Umno kononnya untuk kedaulatan Islam. Malangnya, kewujudan ISMA adalah hasil kegagalan peristiwa ‘indimaj’ iaitu penggabungan tanpa penyertaan ahli antara tanzim Abu Urwah dan tanzim Ustaz Dahlan pada tahun 1995. Ini diakui sendiri oleh Ustaz Abdullah Zaik. Wajarkah satu pihak yang gagal dalam bersepakat tiba-tiba mengajar orang lain untuk bersepakat?

Telah wujud pelbagai jemaah yang memperjuangkan Islam di Malaysia. PAS, ABIM dan IKRAM. Jika benar ISMA memperjuangan kesepakatan Melayu Islam, mengapa diwujudkan lagi jemaah baru? Tidakkah lebih baik sertai dan kuatkan jemaah sedia ada?

3. Amanat Haji Hadi vs Amanat Dr Mahathir

Pada 4 Januari 2013, Presiden ISMA meminta agar Presiden PAS menarik balik ‘amanat Haji Hadi’ yang dibuat pada tahun 7 April 1981 di Banggol Peradong dengan alasan bahawa amanat itu telah menyebabkan perpecahan orang Melayu.

Persoalannya mengapa ISMA tidak mendesak Dr Mahathir supaya menarik balik kenyataan-kenyataan beliau yang memperlekehkan Hudud, menghina janggut Nabi Muhammad, menghina syariat Islam dan pelbagai lagi kenyataan yang dibuat sewaktu menjadi Perdana Menteri?

Adakah kenyataan Ustaz Hadi yang pada tahun 1981 hanya seorang AJK Pas Pusat (bukan ADUN, MP mahupun MB) lebih berpengaruh dan berbahaya berbanding kenyataan seorang Perdana Menteri yang juga presiden sebuah parti Melayu terbesar di Malaysia. Dr Mahathir memiliki akses pada segala bagai media arus perdana.

Juga mengapa perlu mengambil masa selama 32 tahun untuk mengkaji ke’sesat’an amanat tersebut?

4. Penglibatan dalam pilihanraya

Pada awal-awal penubuhan ISMA, salah satu modal yang digunakan untuk mengkritik jemaah PAS adalah kerana PAS terlibat dengan politik dan politik bagi ISMA adalah kotor.

Mengapa kini berubah? Adakan ISMA mengamalkan politik lidang bercabang?

5. Bertanding di Kapar

Sebelum ini, ISMA menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi-kerusi majoriti Melayu yang ditandingi oleh calon bukan Islam samada belah BN atau PR. Salah satu yang menjadi tumpuan adalah Parlimen Kapar melibatkan calon India dari PKR (S. Manikavasagam) dan calon India dari MIC (P. Komala Dewi).

Hujah ISMA, calon Melayu mesti bertanding di kerusi majoriti Melayu. Tetapi apabila Datuk Abdul Rahman Palil (Ketua Umno Kapar) menyatakan hasrat untuk bertanding kerusi parlimen Kapar, tiba-tiba ISMA melalui ketua biro politiknya membuat kenyataan terbuka memohon agar Rahman tidak meneruskan hasrat bertanding di Kapar sekaligus memberikan peluang kepada ISMA.

Mengapa begitu? Bukankan Rahman Palil adalah calon Melayu? Jika Rahman Palil bertanding, ISMA sepatutnya membatalkan hasrat. Ataupun keperluan wakil rakyat Melayu hanya alasan semata-mata?

6. Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah

Setiausaha Biro Politik ISMA, Ustaz Hazizi Abdul Rahman menyelar Lim Kit Siang kerana ingin bertanding di Gelang Patah, Johor dengan alasan bahawa Lim Kit Siang mempunyai agenda tertentu.

Persoalannya apa agenda tertentu yang ISMA maksudkan? Adakah agenda tertentu itu adalah untuk memenangi kerusi sekaligus membentuk kerajaan pusat? Jika itu agendanya, bukankan semua maklum agenda DAP sejak ditubuhkan adalah menang pilihanraya dan menjadi kerajaan? Mana ada parti politik atau individu bertanding tanpa agenda?

7. Larangan menjadikan orang bukan Islam sebagai pemimpin

ISMA juga menggunakan beberapa ayat Al Quran misalnya ayat 144 surah An Nisa, ayat 23 surah At Taubah dan ayat 51 surah Al Maidah sebagai alasan bahawa tidak boleh menjadikan orang bukan Islam sebagai pemimpin.

Persoalannya, bagaimana dengan ahli-ahli ISMA yang berkerja di tempat-tempat yang dipimpin oleh bos bukan Islam. Atau paling mudah, ahli ISMA yang bertugas sebagai doktor, ahli farmasi atau jururawat di hospital kerajaan? Bukankan pemimpin mereka iaitu Menteri Kesihatan Dato’ Sri Liow Tiong Lai adalah seorang bukan Islam? Bagaimana juga dengan 11 menteri bukan Islam dalam kabinet?

8. Calon Muslim vs calon non Muslim

Di Melaka pada tahun 1994, ada seorang gadis bawah umur dirogol. Yang merogol gadis itu adalah seorang wakil rakyat Melayu beragama Islam. Manakala yang membela gadis itu adalah seorang wakil wakyat Cina beragama Buddha.

Jika kedua-dua wakil rakyat tersebut kembali bertanding dalam pilihanraya, siapakah yang akan diundi oleh ahli dan pendokong ISMA? (Dengan andaian ISMA atau mana-mana individu bebas tidak sempat menampilkan calon Melayu berwibawa kerana tempoh penamaan calon hanya sejam dan mereka tidak menjangka kedua-dua calon tersebut ditampilkan pihak PR dan BN).

9. Kuasa politik orang Melayu

ISMA menyatakan bahawa kuasa politik orang Melayu pasca PRU12 semakin merosot. Apa kriteria yang digunakan? Bukankan jumlah ahli parlimen Melayu meningkat daripada 123 orang dalam PRU11 kepada 130 orang dalam PRU12? Hanya ahli parlimen Umno yang merosot daripada 108 orang kepada 77 orang.

Bukankan jumlah MB atau Ketua Menteri Melayu juga kekal? Lim Guan Eng yang menjadi KM Pulau Pinang hanya menggantikan Koh Tsu Koon, juga bukan Melayu.

10. Perjuangan menegakkan Hudud

ISMA mengkritik PAS bahawa PAS sudah mula meminggirkan agenda Hudud. Jika begitu apa usaha ISMA dalam menegakkan Hudud? Sedarkan ISMA, bahawa Enakmen Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) telah digubal dan diluluskan di DUN Kelantan pada tahun 1993 dan DUN Terengganu pada tahun 2003 di bawah pemerintahaan PAS? Mana blueprint Hudud milik ISMA?

11. Hubungan intim dengan Umno

Apa hubungan ISMA dengan setiausaha politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail yang diketahui orang kuat PM dalam mengatur pelan strategik mendapatkan sokongan NGO Islam? Apa yang dibincangkan dalam pertemuan di bilik mesyuarat Yayasan Tun Razak.

Benarkah ISMA tidak mendapat dana dari Umno ataupun agensi kerajaan di bawah kerajaan Umno bagi tujuan program berunsurkan politik?

Copy Paste from : Hasbie Muda's Facebook

Orang pertama memasukkan syirik dan mengajak bangsa ‘Arab menyembah berhala

Tiada ulasan :
Orang yang mula pertama memasukkan syirik dan mengajak bangsa ‘Arab menyembah berhala, ialah ‘Amru Bin Luhay Bin Qam’ah; nenek moyang kepada suku Khuza’ah. 

Ibnu Ishaq meriwayatkan dan Muhammad Bin Ibrahim Bin Al-Harits Al Taimey, bahawa Abu Salih Al-Saman menceritakan kepadanya, bahawa beliau mendengar Abu Hurairah berkata: “Saya dengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam berkata kepada Aktsam Bin Jaun Al-Kuza’i, mathumnya:

“Saya lihat ‘Amru Bin Luhay Bin Qam’ah Bin Khandaf menarik berhala kayunya ke dalam neraka, saya lihat dia itu benar-benar menyerupai engkau”; lalu kata Aktsam: “Apakah penyerupaan itu membahayakan saya Wahai Rasulullah?” “Tidak, kerana engkau adalah orang mukmin dan ‘Amru itu kafir, sesungguhnya dialah orang yang mula mengubah agama Ismail dengan memasang berhala, mencipta Bahira, Saibah, Wasilah dan Hami [tiga yang tersebut itu adalah unta betina yang dihadiahkan kepada berhala, unta-unta itu dihormati, tidak boleh ditunggang, tidak boleh diminum susunya, ia bebas memakan rumput di mana-mana]. (Sirah Ibnu Hisham.) 

Ibnu Hisham meriwayatkan bagaimana cara ‘Amru Bin Luhay menerapkan penyembahan berhala ke dalam bangsa ‘Arab; ia mengembara ke negara Syam atas urusan perniagaan, bila ia tiba di Maab dalam daerah Baiqa’ yang ketika itu didiami oleh suku Amaliq — ‘Amaliq ertinya anak cucu ‘Amliq Bin Lawaz Bin Sam Bin Nuh ‘alaihi Sallam

Amnu melihat mereka menyembah berhala, lalu ia bertanya: “Apa bendanya yang kalian sembah ini?” “Inilah patung-patung berhala, kami sembahnya meminta hujan maka ia menurunkan hujan, kami minta pertolongan ia memberi pertolongan.” “Mahukah kalian beri kepada saya salah satu berhala itu, saya akan bawa pulang ke bumi orangorang ‘Arab untuk mereka sembahnya?” Lalu diberikan kepada ‘Amru satu berhala yang dinamakan “Hubal”, berhala itu dibawa pulang ke Makkah dan di suruh orang menyembahnya. (Sirah Ibnu Hisham.J. 1.H.77. juga Kitabul-Asnam Ibnul- Kalabi. H. 8-9.)