Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Khamis, 20 Februari 2014

Kelas Bahasa Arab 1 oleh Dr Zulazhan Ab Halim

Tiada ulasan :

Sedikit Maklumat Mengenai Kelas Pengajian Bahasa Arab

Kelas Bahasa Arab yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Dr Zulazhan Ab Halim. Kelas ini lebih khusus dalam bab Nahu (kaedah tatabahasa arab). Kelas ini telah berjalan dalam beberapa siri, lebih kurang dalam 5 atau 6 atau mungkin lebih lagi siri, cuma kali ini saja yang sempat dirakamkan dan di muat naik ke Youtube.

Pengajian bahasa arab ini, menggunakan kitab Murshid al-Tullaab ila al-Nahwi wa al-I'raabi



InsyaAllah, jika tiada apa-apa halangan, kelas ini akan berlangsung secara mingguan iaitu pada setiap hari Isnin petang, jam 5.15 pm di Surau Toriq (Surau Baru) berhampiran dengan cafeteria Kampus Gong Badak, UniSZA.

Siapakah Dr Zulazhan?


Mari kita berkenal-kenalan dengan Dr Zulazhan secara ringkas. Nama penuh beliau Dr. Zulazhan Ab Halim, pensyarah bahasa arab dalam Fakulti Bahasa dan Komunikasi Unisza, merangkap Timbalan Dekan (penyelidikan dan inovasi). Pendidikan beliau, beliau pernah belajar di Uni. Islam Madinah. BA Hons (Madinah), MA (UKM), PhD (UKM). Boleh hubungi beliau melalui email : zulazhan@unisza.edu.my




Jangan lupa untuk Subscribe channel SafIbnRahman untuk mengetahui update video terkini mengenai kuliah-kuliah sunnah sekitar Kuala Terengganu. Klik gambar di bawah


Selasa, 18 Februari 2014

Pengajian Aqidah oleh Prof Madya Dr. Basri Ibrahim

Tiada ulasan :

Sedikit pengenalan mengenai Dr. Basri Ibrahim. 

Nama penuh beliau ialah Basri Bin Ibrahim atau Prof Madya Dr. Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari. Beliau merupakan pensyarah tetap di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA di kampus Gong Badak, Kuala Terengganu. Beliau pakar dalam bidang perbandingan fiqh, perubatan Islam, Fiqh kontemporari dan banyak lagi.

Beliau banyak menulis, menterjemah buku-buku bertemakan Islam. Karya beliau banyak tidak terhingga banyaknya. Antara karya atau terjemahan beliau ialah :
  • Menilai Tarikat al-Tijaniyah berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah (terjemahan)
  • Fiqh Tasawuf Ibn Taimiyyah (terjemahan)
  • Menjawab Tuduhan Paderi Kristian (bersama Dr Rohaizan bin Baru)
  • Isu-Isu Halal dan Haram Semasa (2 jilid)
  • Dan banyak lagi

Beliau juga pernah berdebat, berdialog dan berdiskusi dengan ajaran-ajaran sesat di Malaysia dan beberapa kumpulan tareqat yang melampau.

Untuk menghubungi beliau, bolehlah hantarkan email kepada beliau : basri@unisza.edu.my

Untuk semester ini, subjek Aqidah Islamiyyah diajar oleh Prof Madya Dr Basri Ibrahim menggunakan kitab تبسيط العقائد الإسلامية karangan Sheikh Hassan Ayyub.


Boleh download pada link ini : https://archive.org/details/DrBasriIbrahim

Atau download satu persatu :

Semoga Bermanfaat.