Sepatah Kata Dari Admin

Berkata Admin BuduMasham:

"Sekiranya didapati artikel dan tulisan dalam blog ini menyalahi sunnah, maka tinggalkan blog ini, dan ikutilah sunnah. Apa yg baik, diambil, apa yg buruk, jangan segan-segan untuk menegur"

Followers

Tweet!

Like This Blog!

Memaparkan catatan dengan label pengalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengalaman. Papar semua catatan

Selasa, 30 Julai 2013

Jabatan Usuluddin UniSZa

Tiada ulasan :
LATAR BELAKANG
Jabatan Usuluddin adalah salah sebuah daripada enam (6) jabatan di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam yang diketuai oleh seorang Ketua Jabatan. Jabatan ini menawarkan dua program pengajian peringkat Ijazah iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin) dan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dengan Kaunseling Dengan Kepujian dan satu program pengajian peringkat Diploma iaitu Diploma Pengajian Islam (Usuluddin).
Di bawah jabatan ini, para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai persoalan dan isu-isu berkaitan dengan akidah,pemikiran Islam dan tasawuf. Ini bertepatan dengan matlamat program Usuluddin itu sendiri untuk melahirkan pelajar yang dapat memperkukuhkan keimanan mereka dan mampu menangani permasalahan masyarakat khususnya serta mengatasi kekeliruan minda apabila berhadapan dengan pemikiran yang menyeleweng dalam negara amnya. Selain itu, pelajar akan dimantapkan dengan beberapa lapangan disiplin ilmu melalui kurikulum dan ko-kurikulum bersepadu yang dirancang dari semasa ke semasa oleh pihak jabatan dan aktiviti-aktiviti dalam persatuan mahasiswa Usuluddin (PMUS). Seterusnya, jabatan ini akan sentiasa mengorak langkah untuk merealisasikan motto "Bersama Memartabatkan Usuluddin Ke Persada Dunia"

MOTTO
"Bersama Memartabatkan Usuluddin Ke Persada Dunia"

PROGRAM PENGAJIAN
1. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin) Dengan Kepujian
2. Ijazah Sarjana Muda (Usuluddin Dengan Kaunseling) Dengan Kepujian
3. Diploma Pengajian Islam (Usuluddin)

STRUKTUR PENAWARAN KURSUS
1. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin)

StatusBil.KodNama KursusJumlah KreditJum
Kursus
1UBA 3022Bahasa Arab2
2UBI 3012English For Communication I2
3UIU 3012Aqidah dan Akhlak2
4UBI 3022English For Communication II2
5UMW 3012Asas Pembudayaan Keusahawanan2
Kursus6UIT 3012Tamadun Islam dan Tamadun Asia2
Universiti7UIE 3012Hubungan Etnik2
8*** ****Ko Kurikulum I1
9UIU 3022Fiqh Islami2
10*** ****Ko Kurikulum II1
11*** ****Ko Kurikulum III1
12UIQ 3010Talaqqi al-QuranAudit
19
1IUF 3012Tafsir I2
2ISF 3013Usul Fiqh3
3IQF 3002Ulum al-Quran2
4IQF 3012Hadis I2
5IQF 3032Ulum al-Hadis2
6TKF 3283Pengantar Teknologi Maklumat3
7IUF 3022Tafsir II2
Kursus8IQF 3022Hadis II2
Fakulti9IRF 3013Metodologi Penyelidikan3
10IQF 3041Hafalan al-Quran I1
11IBF 3012Bahasa Arab II2
12IIF 3012Bahasa Inggeris III2
13IBF 3022Bahasa Arab III2
14IIF 3022Bahasa Inggeris IV2
15IQF 3051Hafalan al-Quran II1
16ILF 4013Kemahiran Komunikasi3
17IRF 4043Latihan Ilmiah (Pengajian Islam)3
18IQF 4061Hafalan al-Quran III1
19*** ****Elektif Luar Fakulti2
20IXF 4996Latihan Industri6
46
1IUS 3013Kepercayaan Masyarakat Melayu3
2IUS 3023Aqidah II3
3IUS 3033Metodologi Pendalilan Ilmu Kalam I3
4IUS 3043Mantiq Kelasik3
5IUS 3053Falsafah Islam3
6IUS 3063Metodologi Pendalilan Ilmu Kalam II3
7IUS 3073Mantiq Moden3
Kursus8IUS 3083Falsafah YunanI3
Program9IUS 3093Kajian Teks Aqidah I3
10IUS 4103Falsafah Akhlak3
11IUS 4113Haqa’iq Tasawwuf I3
12IUS 4123Perbandingan Agama dan Mazhab3
13IUS 4133Kajian Teks Aqidah II3
14ISS 4202Fiqh Semasa2
15IUS 4143Falsafah Moden3
16IUS 4153Haqa’iq Tasawwuf II3
17IUS 4163Tasawuf Perbandingan3
18IUS 4173Kajian Ajaran Sesat3
19ISS 4212Fiqh Perbandingan2
55
Kursus ElektifKursus Elektif44
Jam Kredit Setiap Semester124
Jumlah Jam Kredit124

Jumaat, 10 September 2010

surat Untuk Kekasih...

Tiada ulasan :


Sudah lama kita tidak bersua. Aku percaya engkau juga memiliki perasaan rindu yang mencengkam sepertiku. Namun aku tetap bersyukur kepada Allah yang kerana tidak menemukan kita. Ya, kalau aku menemuimu mungkin inilah peluang syaitan menyesatkanku dan membawaku jauh dari Allah. Walaupun begitu, aku tetap menyayangimu, sayang…

Aku masih ingat pertemuan kita yang pertama dulu, bila mata kita bertentang, tubuh badanku rasa begetar. Engkau tahu mengapa? Kerana engkau amat cantik dengan pakaianmu yang cantik dan agak seksi. Perfume yang engkau pakai…pergh !!! Mengancam betul. Sebab tu, aku tergamam sehingga badanku menggeletar…

Selepas tu, kita sama-sama pergi ke restoran KFC. Ingat tak lagi? Di sana, aku belanja engkau makan. Sambil makan, kita borak-borak. Kita saling berkenalan dengan lebih rapat lagi. Lepas tu, kita jalan-jalan kat Taman Tasik…Masa tu bermula episod ‘cinta sejati’ kita. Engkau memegang tanganku. Seronoknya engkau buat begitu. Tak pernah sebelum ini seorang permpuan memegang tanganku… Aku pun apa lagi, menggenggam erat tanganmu. Hinggalah menjelang maghrib, baru kita pulang ke rumah masing-masing.

Malam tu aku tak boleh tidur. Ada sesuatu yang mengganggu perasaanku. Perasaan yang menyebabkan aku rasa bersalah. Aku cuba mengambil wudhu’ dan terus tidur. Dalam tidur itu aku mimpikan dirimu, sayang… Engkau datang dalam keadaan yang amat busuk dan pakaian kau kotor dengan darah dan nanah…aku bertanya ketika itu “kenapa sayang…apa dah jadi pada sayang…” Engakau hanya tunduk diam dan menitiskan air mata…tiba-tiba engkau bersuara “Tolonglah sayang, abang…”

Aku terkejut dari lamunan mimpi itu lalu dengan tak semena aku ucap “Astaghfirullah…apa yang perlu aku tolong insan yang aku sayangi ni?...”

Seminggu selepas itu, engkau menelefonku. Engkau nak jumpa aku di luar. Rindu katamu…Aku pun terus bersiap-siap dan keluar dari rumah. Sebelum sampai di tempat yang dijanjikan, aku sempat membeli sesuatu kepada sayang…Setelah sampai di tempat yang dijanjikan, engkau terus menerpa kearahku hendak memelukku, tetapi aku sengaja mengelak dengan berkata aku hendak ke tandas…

Bila aku kembali, engkau sudah siap menungguku di sebuah kerusi panjang. Aku duduk jauh darimu. Aku masih ingat apa yang kita borakkan hari tu…

“Abang ni…kenapa duduk jauh dari sayang. Dah tak sayang kat sayang ke?”
“Sayang, abang bukan tak sayang kat sayang, Cuma abang bimbang, nanti kita tak dapat duduk dekat-dekat dalam syurga nanti..”

Engkau tunduk. Aku rasa engkau tunduk tanda mengerti apa yang aku maksudkan..

“Abang, bolehkah sayang pegang dan kucup tangan abang sebagai tanda setianya sayang pada abang?”

“Sayang, andainya sayang ingin setia pada abang, tangan ini kita gunakan untuk membantu satu sama lain di yaumul mahsyar ye, sayang!”

Engkau tak jadi memegang dan mengucup tanganku. Alhamdulillah…

“Abang nak tau, semalam sayang pergi set rambut kat kedai sebab nak jumpa abang hari ni. Abang nak tengok? Sayang tunjukkan kat abang ye”

“Sayang, jangan buka tudung sayang tu. Abang takut nanti rambut sayang yang cantik tu dibakar dek api neraka.rugi je sayang setting rambut tu.”

Engkau batalkan niatmu itu walaupun wajahmu nampak sedikit kecewa.

“Abang dah seminggu kita tak jumpa kan? Sayang rindu sangat kat abang,tau!”

“Abang pun rindukan sayang. Sebab tu abang belikan hadiah ni untuk sayang.”

Engkau ambil dan buka buka bungkusan itu. Wajah kau nampak tenang ketika itu.dalam bungkusan tu aku letakkah sehelai tudung labuh, seutas tasbih dan senaskah Al-Quran. Engkau masih menyimpannya ke,sayang? Aku berharap engkau lebih merindui Allah daripada engkau merinduiku…Selepas tu aku menceritakan mimpiku kepadamu. Fahamlah engkau mengapa aku berbuat begitu kepadamu.

Hingga hari ini kita tidak berjumpa selepas kejadian itu, Namun cinta kita tetap bersemi dan subur bersama kewangian keredhaan Allah…Aku dan engkau akan bertemu juga suatu hari nanti bila kita sama-sama bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Sayang, aku mahu berkongsi hidup di syurga bersamamu.

Ya Allah, ampunilah kami berdua dan satukanlah kami sebagai suami isteri dengan keredhaanmu. Satukanlah kami juga di dalam jannahmu. Janganlah engkau pisahkan salah seorang dari kami atau kedua-dua kami ke dalam nerakamu yang amat perit dan pedih. Semoga Engkau ya Allah mengizinkan kami bersama selamanya di dunia dan akhirat…
artikel ni aku 'copy paste' je dari blog mmbe aku...aku suke sgt2 artikel ni...

Ahad, 20 Jun 2010

keciknya ilmu yg aku dapat!

1 ulasan :
mmg da jadi kebiasaan aku stiap hari sabtu minggu pertama & ke-3 aku akan ke Pej. Agama Islam Daerah(PAID) untuk menuntut ilmu bidang pengajian hadis dan tasawwuf(akhlak&ketuhanan), dan minggu ni, aku sekeluarga dapat sama2 luangkan masa untuk menimba ilmu Akhirat...dan setakat ni je lah yg dapat aku kongsikan...mudah2han kite amalkan sme2 ntuk kbaikan kite bersama..insyaAllah



  • org yg benar2 faham dlm agama dengan sepenuh2 faham, payahlah ia jatuh ke jurang kehinaan atau kejahatan dan terpelihara daripada segala maksiat.
  • Allah akan permudahkan hambanya ke syurga jika hambanya tekun dan gigih menuntut ilmu Allah. Hadis ada menerangkan, rasulullah bersabda :"barang siapa memudahkan jalannya menuntut ilmu, nescaya Allah memudahkan jalannya ke syurga".
  • org yg kuat pegangan tauhidnya tidak terpengaruh dengan segala pujian dari org laen, bahkan kembalikan segala pujian itu hanya kepada Allah, krn Allah bermula segala kebaikan dan kesempurnaan.
  • tiada taklid dalam hal tauhid. Tak sah imannya jika bertaklid dalam hal tauhid.
  • manusia ini diibarat makhluk yg mati, kecuali org yg berilmu.
  • hati yg hidup akan berasa resah jika meninggalkan perintah dari Allah
  • sebaliknya, hati yg mati tak merasa apa2 jika meninggalkan apa yg diperintahkan, malah rasa resah, gelisah dan menyesal jika tak melakukan kejahatan
ni saje yg dapat aku muatkan dalam buku nota kecilku..yg laen aku tertidur, terleka, terangan2 atau terborak..jika ada kesalahan dalam penulisan ini, sila tegur..

sabda nabi S.A.W: "ballighu anni walau ayah" ertinya sampaikanlah kamu drpadaku walau satu ayat!

wallahu'alam

Isnin, 31 Mei 2010

Pemergian yang menyedihkan.

2 ulasan :
Solat 5 waktu aku tak pernah lakukan di rumah, pasti aku menunaikannya di rumah Allah. Kerana tempat itu memberi ketenangan yang luar biasa. Dan di masjid itulah tempat aku main sejak aku kecik berhingus lagi. Aku dah makin rapat dengan Ajk-ajk masjid. Samada pak imam, nazir, bilal, pak siak, dan semua ajk yang lain. Masjid Al-Ubudiah, itulah nama diberi. Banyak kenangan aku di masjid ni. Sampailah suatu hari aku ditawarkan menjadi pembantu bilal. Hanya pembantu bilal!, bukan bilal 1 atau bilal 2. t upon aku dah cukup bersyukur dan aku terima jawatan tu dengan hati terbuka.


Tanggal 4hb July ni, aku akan berangkat ke Kuala Terengganu untuk melanjutkan pengajian. Dan berita ni cepat heboh dalam kalangan pengunjung tetap masjid tu. Dan amat meruntun perasaan aku kala ini ialah s/u masjid itu seakan menangis setelah mendengar khabar itu, lalu berjumpa denganku. “tahniah mat dapat sambung belajar! Nanti dah habis belajar jangan lupe buat dakwah kat kampong Telok Gong ni, nanti abang kasi duit belanje ye”. Aku sungguh terharu dengan kata-katanya.


Dalam pada itu, aku terfikir sendiri, siapa yang akan menggantikan aku sebagai azan Isyak?? Bilal1 dan bilal2 jarang-jarang sngat nampak batang hidungnya kat masjid ni. Malah yang selalu melaungkan azan 5 waktu ialah pembantu bilal saja, setakat ni hanya 3orang pembantu bilal termasuk aku. Memang aku agak geram dengan sikap bilal utama masjid ni. Jawatan dah tinggi, tapi batang hidung pon jarang nampak, hampeeh! Sepatotnya azan subuh dilaungkan oleh bilal 1, tapi pak siak yang selalu melaungkan azan. Kesian aku lihat pak siak, dah la bergelar warga emas, aku sendiri tengok pak siak seakan tak berdaya nak laungkan azan subuh, makin lena penduduk Telok Gong dibuatnya. Aku bukan xnak membantu, tapi yelah, aku ni slalu lewat ke masjid bila waktu subuh *tidur la tuh*. Walaupon lewat aku jarang sekali sembahyang dirumah.

Isnin, 3 Mei 2010

who is our enemy?

Tiada ulasan :
Dear bloggie, now I’m trying to improve my English.. So, I take this opportunity to preach you also myself for our reminder. And I’m so sorry if my language weak

        Firstly, be grateful to Allah that we’ve been given strength by Allah. With that we become more convince of ourselves, hence, our religious commitments for the Islamic teachings become stronger. This is the biggest assistance which has been given by Allah to His good and obedience servants.

        However, we should be cautious against our surrounding enemies which surely would like to shake our strength and conviction.
Our enemies as well are:

      I.      Carnal desires
  II.      Satan
III.      Humans

According the book of ‘ISLAM IS SIMPLE’, “The natural inclination of humans, as implanted by Allah, is for the carnal desire. It would always influence human being to commit various destruction or evils. Therefore, Allah has required us to confront and subdue the urge of destructive desires. Beware, that only those who possessed strength as well as strong conviction would be able to fight-off all the urges of evil passions. Hence, use our sound mind and tranquility of soul as the best solution to obtain success in this world and the Hereafter. Satan is the enemy of Allah and the enemy of mankind. Satan will always strive to deceive and mislead mankind. Satan has acted rebelliously against all the commandments of Allah. Allah says

        “Behold! We said to the angels, “Bow down to Adam”, they bowed down except Iblis. He was one of the Jinns and he broke the command of his Lord”.
(The cave: 50)


Translation:
Pertamanya, marilah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kita kepada Allah yang telah memberi kita kekuatan. Dengan itu kita akan menjadi bertambah yakin dengan diri kita sendiri, oleh itu, komitmen agama kita dalam pengajaran Islam bertambah kuat. Ini adalah pertolongan/anugerah Allah teragong supaya hambanya bertakwa dan patuh..
Bagaimanapon kita mestilah mengambil langkah berjaga-jaga terhadap musuh di sekeliling kita yang mana sudah pasti mengganggu/menggoncang keyakinan kita.

Musuh kita antaranya :
                  I.      Nafsu
              II.      Syaitan
           III.      Manusia


Moga artikal ini membawa kita kepada kesedaran bahawa syaitan bukan berdiam diri, malah berusaha menyesatkan kita supaya menjadi menemankan mereka di NERAKA..sama-sama kita renungkan wahai sahabat!

Khamis, 29 April 2010

MATI, PERINGATAN YANG DILUPAKAN OLEH UMAT ISLAM

2 ulasan :

Dalam satu wasiat nabi Muhammad SAW kepada Ibnu Umar r.a. berbunyi : “ Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir atau pun sebagai pengembara.”

Keterangan,

Hadis ini menganjurkan kepada kita supaya sentiasa mengingatkan mati dan mengurangkan cinta keterlaluan terhadap dunia yang bersifat sementara ini.

Ibnu Umar pernah berkata: Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang jangan tunggu hingga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit.

Justeru, wasiat nabi di atas sentiasa mengingatkan kita betapa kita bagaikan musafir yang sedang berlalu sementara di dunia ini, maka apakah persiapan bekalan yang telah kita buat bagi menghadapi Allah  SWT pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar?

Kita tidak akan hidup kekal di dunia. Oleh itu, jangan sesekali kita melakukan kejahatan.

Manusia hari ini enggan bercakap tentang mati. Ia terjadi kerana mereka tidak mahu meletakkan urusan agama itu lebih penting daripada segalanya. Sebagai contoh, kalau pada hujung minggu, selepas solat subuh mereka sambung tidur, tidak berapa terikat dengan kuliah subuh, pembacaan al-Quran, membaca zikir al-Ma’thurat, kaunseling diri, isteri, anak-anak, kawan-kawan atau apa sahaja yang boleh meningkatkan tahap keimanan seseorang itu.

Persoalannya, kenapa elemen-elemen agama tidak termuat dalam diari atau agenda harian hidup seseorang Muslim. Apakah kita rasa sudah cukup dengan ilmu yang ada di dada mengenai ilmu-ilmu yang boleh mengingatkan kita kepada alam kamatian?

Rasulullah S.A.W pada penghujung hayatnya, pernah memanggil menantunya, Ali bin Abi Tolib. Baginda mewasiatkan, katanya : Wahai Ali, Jika berlalu di kalangan orang Islam 40 hari, mereka tidak hadir dalam majlis ilmu, maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk. Pertama hatinya menjadi keras (sukar untuk menerima hidayah Allah atau segala kebaikan) dan kedua berani pula melakukan dosa-dosa besar.

Insan bernama Muslim hari ini kebanyakan tidak mempedulikan persoalan agama mereka sendiri. Bahkan terasa senang melakukan dosa-dosa besar. Si suami membiarkan isteri keluar tanpa bertudung. Si ayah membiarkan anak gadis tidak bertudung dan menampakkan pusat mereka. Anak lelaki tidak mengenal huruf-huruf al-Quran dan ada juga yang tidak tahu bermandi junub.

Ada antara para ibu bapa yang seronok melihat anak-anak mereka berjaya dalam bidang hiburan malah mereka berasa bangga.


Sabtu, 24 April 2010

dakwah keEsaan Allah

Tiada ulasan :

- عَنْ أَبِي مَعْبَدٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ حِينَ بَعَثَهُ إِلَى الْيَمَنِ إِنَّكَ سَتَأْتِي قَوْمًا أَهْلَ كِتَابٍ فَإِذَا جِئْتَهُمْ فَادْعُهُمْ إِلَى أَنْ يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ.

1- Dari Abu Ma'bad dari Ibn Abbas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Mu'az bin Jabal ketika Baginda s.a.w mengutusnya ke negeri Yaman ".. Sebenarnya engkau akan sampai kepada suatu kaum:  Ahli kitab, kemudian apabila engkau menemui mereka, maka serukanlah supaya mereka meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnyaNabi Muhammad ialah pesuruh Allah ."

وَفِي رِوَايَةٍ ( فَلْيَكُنْ أَوَّلَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَى أَنْ يُوَحِّدُوا اللَّهَ تَعَالَى)

Menurut satu riwayat yang lain (Baginda s.a.w. bersabda): ..."Maka hendaklahdakwah yang mula-mula engkau kemukakan kepada mereka ialah supaya merekamengakui keEsaan Allah Taala..."

وَفِي رِوَايَةٍ ( فَلْيَكُنْ أَوَّلَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ عِبَادَةُ اللَّهِ )

Dan pada satu riwayat pula, (Baginda s.a.w. bersabda) "...Maka hendaklah perkara yang mula-mula sekali engkau mengajak mereka kepadanya ialah (tunjang atau asas)ibadat kepada Allah. .."

(البخاري ومسلم)

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang pertama ini mengandungi tentang:

(1) Islam berkembang dengan jalan dakwah.

(2) Pemilihan Baginda s.a.w. tentang orang-orang yang ditugaskan berdakwah.

(3) Dakwah Islamiah wajib disampaikan kepada umat manusia termasukkaum Yahudi dan Nasrani. 

(4) Asas agama ialah Ma'rifat Allah.